Thursday, November 27, 2008

Abstrak


Usah di tanya apa yang aku lukis ini. Sebab aku pun tidak tahu. Cuma masa pada hari ini sangat perlahan aku rasa-kan. Aku menjadi lemau. Mengerti? Lemau seperti keropok-keropok keping dalam bekas kedap udara yang tidak di tutup rapat. Tiap kali aku mengerling jam di tangan aku, ku lihat seakan jarum-nya tidak berputar. Mustahil jam aku kehabisan bateri, kerana ia adalah jam tangan kinetik. Beli di bazar larut malam Cheras tu. Nama kota-nya, 'downtown'. Nama tak nak kalah.

Ini apa yang aku fikir-kan sewaktu lakaran ini dalam proses penyiapan. Jam tangan yang meliuk-lentuk itu aku gambar-kan sebagai diri aku yang lemau hari ini. Bukan lemau 'auww' itu ye. Sila buang karutan pada fikiran anda itu.

Lelaki tua itu pula simbol penantian aku menanti masa pulang dari kerja. Berjanggut aku menanti. Dan kura-kura itu sebagai penunjuk betapa perlahan-nya detik bergerak hari ini, hingga di buat perbandingan lebih perlahan daripada makhluk bercengkerang itu. Dan garis-garis belakang itu terhasil dari pergerakn di bawah sedar aku. Otak dan ginjal aku berfungsi tidak seiringan. Mungkin kerana proses perkumuhan aku hari ini tidak seperti jadual sepatut-nya.

Teman pejabat sebelah aku ini(baca : Muspa) mencadang-kan agar aku memberi tajuk lukisan ini sebagai abstrak dan menyuruh aku meminta siapa-siapa yang terbaca nukilan ini untuk memberi definisi mereka yang tersendiri. Oleh kerana beliau yang memberi cadangan, aku akan paksa beliau menjadi pengomen pertama untuk lukisan ini.

Mus, cepat beri definisi kau!

Wednesday, November 26, 2008

Saturday Nite Fever


Terima kaseh sekali lagi kepada Puan Maslina. Ini kali kedua seingat aku berterima kaseh kepada Puan Maslina kerana mengirimkan lakaran aku ini. Di harap-kan dengan ucapan terima kaseh ini dapat-lah di balas dengan membelanja aku mee goreng mamak di warta Bangi yang di canang-canangkan sangat sedap itu.

Aku tidak pasti kenapa aku lakar-kan mamat ini. Mungkin pada masa itu aku sedang mendengar lagu-lagu Elvis. Atau mungkin juga pada hari itu ada parti malam DJ di kampus aku. Serius aku sudah lupa bagaimana boleh terhasil lakaran ini.

Tidak mengapa-lah. Cukup untuk di jadikan koleksi aku. Walaupun tiada iras Elvis di sini.

Friday, November 21, 2008

Photo-Tag Oleh Cik Xaximie

Cik Xaximie dari Sarawak telah meng'tag' aku semalam. 'Photo-tag'. Aku pun tidak pernah tahu ada spesis tag seperti ini. Mengikut cik Xaximie lagi, antara peraturan-peraturan 'photo-tag' ini adalah :

1. Take a recent picture of yourself OR take a picture of yourself right now.

2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.

3. Post that picture with NO editing.

4. Post these instructions with your picture.

5. Tag people to do this.

Jadi, seperti yang cik Xaximie sendiri sedia maklum bahawa aku tidak memiliki kamera, malah jika ada sekalipun aku tidak mahu menaik-muat(upload) gambar aku di sini, maka aku di beri sedikit kelonggaran oleh cik Xaximie untuk melukis gambar aku, mengikut peraturan di atas.

1. Aku sudah lakar-kan diri aku sekarang. Di pejabat.

2. Aku tidak tukar baju. Lihat itu baju syarikat aku. Walaupun logo-nya agak merapu. (Hey, sukar untuk lakar-kan dengan ms-paint, ok?). Seluar hitam. Rambut tidak di usik.

3. Aku tidak mengubah apa-apa pada gambar ini. Objek warna kelabu di depan aku itu adalah papan kekunci. Sengaja aku warnakan kelabu untuk tidak mengelirukan cik Xaximie.

4. Sudah.

5. Cik Xaximie suruh aku tag orang lain pulak. Baik, aku tag orang-orang di bawah :
Mustafa ( Beliau ada telefon bimbit berkamera baru)
Saizul (Beliau ada kamera mahal yang aku tidak reti nak menyebut-nya)
Maslina (Aku tahu kamu juga memiliki kamera)
Miezi (Aku tidak pasti kamu ada kamera atau tidak, tapi aku selalu nampak wajah kamu menempel dalam gambar-gambar orang lain)
Hafeez (Aku mahu gambar kamu sekarang, bukan gambar Neo atau kaki kamu)
Magenta (Sebab aku tidak pernah lihat gambar kamu)
Saharil (Aku tidak berharap sangat kamu akan menaik-muat gambar kamu. Tapi kalau ada, aku kira satu bonus untuk aku)
Halimah (Aku mahu lihat gambar kamu di kota Singa)

Ramai betul aku tag. Maaf ye. Sila cari cik Xaximie. Sekian.

Wednesday, November 19, 2008

Jangan Di Benci Perpisahan Itu

Seringkali kita persalah-kan ‘perpisahan’ andai kita berada pada detik itu. Tidak-kah kita sedar bahawa ‘perpisahan’ hanya menjalan-kan lengkapan putaran kehidupan yang memang telah diciptakan berpasang-pasangan? Malam dan siang, hidup dan mati, jantan dan betina. Begitu juga ‘perpisahan’. Detik itu hanya-lah pelengkap kepada pasangan-nya, ‘pertemuan’. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah, bukan?

Namun, kenapa kita sering benci pada ‘perpisahan’? Bukan-kah kita sepatut-nya lebih benci pada ‘pertemuan’? Kalau kita tidak bertemu, maka tidak akan terjadi perpisahan. Secara logik-nya, sepatut-nya begitu. Tidak wajar kita membenci ‘perpisahan’. Kerana ‘perpisahan’ lah yang memberi kita kenangan. ‘Perpisahan’ juga mengajar kita erti suatu penghargaan. Sudah menjadi kebiasaan kebanyak-kan homo-sapiens, mereka lebih menghargai sesuatu apabila ia telah tiada. Apabila mereka sudah merasa kehilangan. Tatkala itu-lah seribu macam rasa penghargaan dan mungkin juga kekesalan akan membadai tiba.

Lantas, apa makna-nya ‘pertemuan’ kepada kita? Apa perlu-nya kita bertemu andai tidak mahu berpisah? Lebih baik duduk di rumah, kunci-kan pintu, tonton televisyen sambil makan kacang sampai mati. Lebih mudah begitu, bukan? Tidak perlu bertemu sesiapa dan tidak perlu menangisi perpisahan. Namun apa erti-nya kehidupan jika itu yang kita pilih. Tiada makna.

Kehidupan yang hambar dan membosankan. Kenapa perlu melawan fitrah kehidupan? Kehidupan yang sebegitu hanya mengundang kepada kesunyian. Bukan-kah kesunyian itu membingit-kan? Kita mungkin tiada di alam ini jika tidak ada ‘pertemuan’ kedua orang tua kita. Merasa tiap hembus udara yang dicipta-kan percuma, mendengar kicauan burung dan menatap indah kerdipan kejora.

‘Pertemuan’ itu akan mengajar kita erti persahabatan. Kita akan lebih mengenali siapa mereka dan siapa kita. ‘Pertemuan’ juga akan mengajar kita erti kaseh dan sayang. Kita tidak akan bersama dengan si dia andai tidak bertemu. Kita tidak akan kenal akan si dia andai tidak ketemu. Usah di khuatiri tentang ‘perpisahan’ itu. Kerana ia pasti datang. Tidak cepat, lambat. Ia pasti tiba. Betapa berharga nya dia, betapa kaseh-nya kita pada dia, Izrail akan datang memisah-kan kita pada pengakhirannya. Kurung-lah dia dalam almari, sorok-lah dia dalam peti besi. Ikat-lah dengan rantai besi, andai tiba detik ‘perpisahan’, ia pasti terjadi.

Bertenang-lah. Kerana kita tidak tahu siapa yang akan kita ketemu esok. Kerana esok masih di alam ghaib. Malah kita tidak tahu ada atau tidak ‘pertemuan’ dengan hari esok. Nikmati-lah hidup ini perlahan-lahan. Jangan-lah membenci ‘pertemuan’, kerana ia akan sentiasa membawa kita ke dalam episod baru kehidupan. Jangan juga di benci ‘perpisahan’ itu. Kerana ia akan membawa kepada ‘pertemuan’ yang baru. Saat kita berpisah dengan alam ini, bukan-kah ia satu detik baru ‘pertemuan’ dengan alam barzah sebelum ‘berpisah’ lagi dan ‘bertemu’ dengan alam hakiki?

Berputar-lah dengan roda kehidupan itu. Kerana kita tidak bisa keluar dari putaran-nya. Tiada siapa tahu rahsia ‘pertemuan’ dan ‘perpisahan’. Detik bila dan sebab-nya. Kita hanya pelakon. Yang mana skrip-nya dari pengarah yang di atas sana.

Tuesday, November 18, 2008

The Joseph Cycle

Hujung minggu lalu aku ke Rawang. Merajinkan diri ke sana supaya tidak di cop anak saudara yang lupa daratan. Al-maklum lah, di kala bergelar siswa dulu, waktu-waktu poket sedang tenat, pada mereka lah aku menumpang kaseh. Walaupun tidak keluar secara terus dari mulut aku waktu itu tentang keadaan poket dan ekonomi aku kala itu, tapi mereka faham. Justeru adalah tidak wajar setelah aku berkerjaya dan poket pun sudah sedikit selesa (walaupun kadang-kala sering batuk-batuk) aku tidak menjenguk mereka.

Bercakap tentang poket dan ekonomi, Pak Long aku ada menunjukkan padaku sebuah buku yang aku kira agak menarik untuk di baca. Buku tulisan Simon Sim, bertajuk 'The Joseph Cycle'. Terus-terang, aku tidak-lah berminat sangat tentang ekonomi. Namun, buku ini sedikit sebanyak mengubah situasi tersebut.




'The Joseph Cycle' adalah teori dan fakta ekonomi berdasarkan pemerhatian dan kajian penulis bermula tahun 1929 lagi. Apa yang lebih menarik, Simon Sim turut mengaitkan keadaan ekonomi dunia berdasar-kan surah Yusuf di dalam Al-Quran atau Joseph dalam kitab Injil. Sebagaimana dalam surah Yusuf, firaun telah bermimpi sesuatu yang pelik selama 2 malam berturut-turut. Pada malam pertama, firaun bermimpi 7 ekor lembu gemuk di makan oleh 7 ekor lembu kurus. Pada malam kedua pula, si firaun telah bermimpi 7 tangkai penuh berisi gandum dan 7 tangkai gandum yang kering, tidak berisi.

Lantas di suruh Nabi Yusuf terjemahkan. Sebagaimana kita sedia maklum, Nabi Yusuf memiliki mukjizat dalam menafsir mimpi. Yusuf menyuruh mereka menyimpan bekalan yang mencukupi untuk menghadapai musim kemarau selama 7 tahun. Dari situ timbul teori atau kitaran ekonomi di mana 7 tahun akan berada dalam kekayaan manakala 7 tahun berikut-nya berada dalam kerugian atau kegawatan. Dan kitaran ini telah di buktikan oleh Simon melalui graf kitaran ekonomi dunia(Amerika sebenar-nya) bermula dari tahun 1929 lagi. Dari graf itu, memang terbukti 7 tahun pertama ekonomi Amerika akan naik, diikuti oleh kegawatan pada 7 tahun berikut-nya. Kitaran ini berulang-ulang tanpa gagal. Dan kitaran atau tahun ini berbeza antara satu negara dan negara yang lain. Tapi 'pattern' nya sama.

Aku tidak bermaksud untuk menjadi seorang perumus sesebuah buku. Tapi bagi aku, buku ini sangat menarik. Maaf, aku tidak dapat menerangkan dengan lebih terperinci lagi kerana aku pun belum habis membaca buku tersebut. Sekadar berkongsi.

Waktu buku ini di terbit-kan, tahun 2004, Simon meramalkan ekonomi Amerika akan melaui 7 tahun kegawatan bermula tahun 2008 hingga 2015. secara lebih tepat kegawatan itu bermula selepas Sukan Olimpik Beijing. Dan sekarang kita boleh nilai-kan sendiri benar atau tidak teori dan kitaran itu. Cari dan google-lah tentang buku atau surah Yusuf ini. Menarik untuk di fikirkan.

Sunday, November 16, 2008

Killed By Java



Pertama sekali, aku nak ucap-kan terima kaseh kepada Puan Maslina, si bakal ibu kerana sudi mengirim-kan email yang berlampirkan lukisan aku ini. Aku tidak menyangka Puan masih menyimpan lukisan aku sewaktu di India dahulu. Dapat aku 'publish' kan di nukilan ini untuk di jadikan koleksi aku.

Lukisan yang aku lakar-kan sewaktu aku memang bingung dalam kelas Java. Kepada sesiapa yang mungkin terbaca nukilan ini dan tidak tahu apa itu Java, ia adalah sejenis bahasa pengaturcaraan yang semakin meluas di gunakan. Baik untuk aplikasi sistem seperti perbankan atau insuran dan juga untuk aplikasi di dalam telefon bimbit. Bukan orang Jawa yang mencipta bahasa pengaturcaraan ini. Orang putih, bernama James Gosling. Dan nama Java itu di ambil daripada nama biji kopi. Untuk lebih lanjut, sila tanya James Gosling sendiri. Maaf, aku tiada nombor telefon beliau.

Memerlu-kan mereka yang mempunyai logik akal yang tinggi untuk menguasai bahasa ini.Namun logik akal aku tidak menentu. Kadang-kala ia bagus, kadang-kala tidak. Tapi selalu-nya tidak. Mungkin otak aku lebih banyak memikir-kan apa yang hendak di lakukan selepas kelas, sukan apa yang hendak aku main-kan nanti atau makanan apa untuk santapan makan malam nanti. Tapi serius, aku rasa seperti di bunuh perlahan-lahan sewaktu cuba menguasai bahasa ini. Memening-kan otak serta mengecilkan seluruh urat nadi aku. Darah terasa tersekat dan menyukar-kan oksigen untuk di hantar ke otak dan ruang-ruang badan-ku yang lain. Menyebab-kan tubuh aku kadang-kala kejang dan kaku seperti terkena kejutan eletrik.

Namun, aku akui gemarkan Java. Walaupun ia cuba membunuh aku dan tidak membenar-kan aku menguasai-nya, aku tidak akan mengalah. Seperti sambal belacan, walaupun pedas, tapi enak di makan. Dan aku yakin aku dapat menjinakkan benda alah ini suatu hari nanti. Mana bisa mungkin aku lontar-kan jauh cinta yang telah aku semai selama ini. Bermula dari tahun tiga lagi di universiti. Aku yakin satu hari nanti ia akan datang pada-ku. Sekeras-keras kerak nasik, lama-lama nanti terkena air, akan lembut juga.

Thursday, November 13, 2008

Blues


'Aku Dan Sesuatu' - Karya Aie

Aku rasa bagi penggemar karya Aie, pasti sudah biasa dengan gambar di atas, bukan? Itu antara karya beliau yang menjadi satu 'fenomena' suatu ketika dulu di kalangan remaja dan penggemar kartun. ( Kalaupun tidak semua ). Aku dulu pun memang suka baca karya beliau. Sebenar-nya, bukan beliau seorang saja-lah, sebab aku memang penggemar kartun. Tidak dapat di nafikan hasil lukisan beliau memang hebat.

Tapi yang aku nak tulis-kan di sini bukan lah tentang lukisan beliau, atau pun menceritakan semula karya-karya beliau yang bertajuk 'Blues Untuk Aku' atau 'Aku Dan Sesuatu' itu. Aku nak persoal-kan beberapa perkara tentang 'blues'. Ok, sebelum tu aku nak tahu apa maksud 'blues' tu sebenar-nya. Kalau mengikut dictionary.com, 'blues' di definasikan sebagai 'depressed spirit', 'despondency' atau 'melancholy'. Aku menghadapi sedikit kesukaran di sini untuk menerangkan dalam Bahasa Melayu. Tapi secara kasar-nya, perasaan 'syahdu' lah.

Sebagai contoh, aku tidak dapat pulang beraya pada tahun ini. Lantas, pada pagi 1 Syawal tu, aku terkenang kampung halaman dan keluarga. Di tambah pula dengan alunan takbir raya. Membuat-kan aku rasa sungguh syahdu. Perasaan aku ketika itu boleh-lah di kategori-kan sebagai 'blues'. Ini mengikut pemahaman aku-lah.

'Blues Untuk Aku' - Satu lagi karya Aie

Berdasar-kan karya-karya Aie, (sebab beliau-lah pengasas benda-benda blues nih) memang situasi cerita-nya hanya berkisar kepada perasaan-perasaan seperti itu. Bagaimana si hero tu terjebak dalam masalah rumahtangga si perempuan cun+ayu ni. Si perempuan ni pulak dah mula bergantung harap pada si hero. Si hero serba salah. Terus 'blues'. Atau pun si hero jumpa perempuan kat 'bus stop'. Perempuan yang memang selama ini di cari dan di damba-kan. Masing-masing suka sama suka, tapi tidak di luah-kan. Si perempuan ini pun ada masalah dengan keluarga, menyebab-kan dia takut untuk terima si hero ni. Abang si hero ni pun ada masalah di tempat kerja. Terus 'blues'.

Dan satu perkara yang aku perasan, dalam cerita-cerita 'blues' ni, si hero mesti tampan dan berambut panjang. Bekerja sebagai 'freelance', bujang, seorang yang 'cool' dan taat pada si ibu. Anak derhaka tak boleh nak 'blues'. Biasa-nya si hero ni memang tak pernah ada kekasih. Mesti juga di selit-kan nukilan-nukilan atau luahan hati dalam setiap cerita. Gambar jam berputar atau burung kelicap tengah terbang, itu antara fenomena biasa.

Aku bukan-lah hendak menghentam Aie, sebab aku dulu pun memang suka dengan lukisan beliau. Walaupun cerita-nya agak meleret dan melankolik, tapi aku tetap beli. Sebab aku suka-kan lukisan beliau. Menarik, cantik dan kemas. Lepas tu, sanggup duduk berjam-jam tiru lukisan beliau. Walaupun tak jadi. Hampeh! Cuma di sini aku sekadar nak persoal-kan beberapa perkara yang bagi aku agak 'klise' atau stereotaip bagi cerita-cerita 'blues' ni. Yang membuat-kan aku sekarang tersenyum sendirian bila teringat balik benda-benda ni.

Seorang lagi kartunis yang aku boleh kategorikan karya beliau ada kena mengena dengan 'blues' adalah Ujang. Karya-karya beliau seperti 'Aku Budak Minang' dan 'Aca' kalau di perhatikan memang ada unsur-unsur 'blues'. Tentang bagaimana dilema anak kampung dalam mengharungi permasalahan kehidupan dan mencari-cari identiti diri. Mungkin pada tahun 80-an istilah 'blues' ni masih belum popular jadi orang tidak perasan. Tapi 'blues' beliau agak keras, 'straight forward' dan tidak bermelankolik.

Dan aku sendiri terikut dengan cara si Ujang. Mencari pengalaman di jalanan, di luar kelas, di luar sistem pendidikan formal. Yang kadang-kala membawa bersama hukuman-hukuman keras dan risiko-risiko lain. Biasa-lah zaman remaja dulu, mudah terikut. Ingin mencuba segala. Tak kan sepanjang masa nak ikut peraturan dan membaca buku pelajaran. Bosan betul. Jadi aku pun tarik-tariklah tetikus aku sekejap, lakarkan wajah hero 'blues' versi rekaan aku. Macam biasa, menggunakan 'paint'.

Dah siap pun. Hahaha..Enjoy!


Wednesday, November 12, 2008

Baha Dan Husin

Husin dan Baha menarik kerusi plastik. Melabuh-kan punggung. Segelas sirap dan teh tarik di pesan. Mamak pelayan kedai tekun menulis pesanan. Entah apa yang di tulis, hanya Tuhan yang tahu.

“Kau bila nak kahwin? Umur dah lanjut, dah tua! Hahaha,” usik Husin.

“Aku dan kahwin la, bro,” balas Baha.

“Ceh! Bila masa-nya kau kahwin? Takde siapa bagitau pun. Senyap je. Takde kad jemputan pun. Paling kurang, ‘sure’ kau dah upload gambar kat Friendster atau Facebook. Hahaha,” Husin tahu Baha memang suka berlawak. Tak boleh pakai punya orang. Sudah agak lama Husin kenal orang tua ni.

“Ni yang susah sikit nak cerita ni. Aku kahwin bukan macam orang lain,” serius nada Baha.

“Apasal? Kau kena tangkap basah ke? Hahaha,” Husin sambung ketawa. Sesekali dapat menyakat Baha.

“A’ah. Macam tu la lebih kurang cerita-nya,” balas Baha, perlahan.

“Kah kah kah! Dengan awek mana pulak kau kena tangkap ni? Macam-macam la kau. Tak habis-habis nak melawak,”

“Aku serius ni. Bukan buat lawak. Kau tengok muka aku ada muka tengah buat lawak ke? Serius ni,” ujar Baha sambil buat muka ketat. Serius habis.

Husin diam. Direnung-nya muka Baha. Senyap, hening, sepi.

“Hahaha. Tak boleh bla la kau buat muka camtu,” Husin tidak dapat menahan gelak. Pandai sungguh Baha buat muka ketat macam tu. Memang Baha pandai berlawak dan berlakon. Boleh masuk Raja Lawak ni.

Baha mengeluar-kan kad kahwin dari dompet. Menunjukkan gambar dia bersama isteri dan seorang bayi perempaun comel di telefon bimbit-nya. Terkedu Husin. Diam seribu bahasa.

“Aku dah setahun kahwin. Terlanjur dengan awek aku. Tapi tak kena tangkap basah laa. Budak dalam gambar ni anak aku laa. Aku rasa bersalah. Sebab tu aku kahwin dengan dia. Kitorang kahwin kat Masjid Kerinchi,” cerita Baha, jujur.

Family kau dengan dia camana?”

“Masa mula-mula aku cerita kat mak aku, memang la dia marah. Family dia pun sama. Tapi lepas aku cerita satu-satu, aku nak bertanggungjawab apa semua, diorang setuju je lah. Benda dah jadi,”

Husin terdiam lagi. Kalau sebelum ini, Husin hanya lihat di kaca televisyen sahaja cerita-cerita keterlanjuran seperti ini. Tapi hari ini kawan dia sendiri sudah melakukan perkara yang sama. Sebelum ini, Husin marah kalau terdengar cerita-cerita seperti ini. Tapi hari ini Husin tidak marah. Tidak marah bukan kerana Baha adalah kawan-nya. Tapi Baha sanggup bertanggungjawab atas segala kesalahannya. Tidak ramai orang mampu berbuat demikian. Sekurang-kurangnya Baha tidak melarikan diri. Atau menyuruh perempuan itu menggugurkan kandungan. Di hati Husin timbul sedikit rasa hormat pada Baha.

Setiap manusia tidak dapat lari dari kesilapan. Besar atau kecil. Banyak atau sedikit. Memang sekarang Husin boleh berkata tidak mahu melakukan kesilapan yang serupa. Tapi siapa tahu esok atau lusa, perkara yang sama boleh terjadi pada Husin? Tapi bagaimana untuk mengaku dan memperbaiki kesilapan tersebut, itu yang lebih penting. Husin menghirup baki sirap dalam gelasnya.

Tuesday, November 11, 2008

Andai Pohon Beringin Itu Mampu Berbicara

Tasik itu cantik air-nya. Biru dan jernih. Orang Kedah bilang 'crystal clear'. Nampak ikan, nampak dasar. Tempat bermain itik dan angsa. Juga burung flamingo.

Sepohon beringin di tepi tasik itu. Berdekad berdiri menjadi penunggu si tasik. Akarnya mencengkam tanah, daun-nya menjulang mendongak langit. Rendang dan rimbun. Jadi tempat berteduh dan bersandar.

Sepohon beringin di tepi tasik itu. Menjadi saksi pelbagai kisah. Kisah manusia dan bangsa. Yang mungkin lupa niat dan tujuan hidup. Atau yang hanyut dengan candu duniawi.

Di perdu pohon beringin di tepi tasik itu. Pernah menjadi sarang mayat hidup. Yang datang menyuntik serbuk khayal. Mereka berkulit sawo matang bermata coklat. Bercakap bahasa yang sama. Pohon beringin tahu mereka sebangsa. Tapi pohon beringin tidak tahu bangsa apa.

Di perdu pohon beringin di tepi tasik itu. Pernah menjadi tempat beradu si bayi terbuang. Si kecil yang lahir kerana keterlanjuran uda dan dara. Yang menuruti nafsu dan menghenyak akal serta iman di kepala lutut mereka. Pohon beringin menjadi saksi. Si ibu itu berkulit sawo matang. Bercakap bahasa yang sama seperti mayat hidup itu. Tapi pohon beringin tidak tahu bangsa apa-kah itu.

Di perdu pohon beringin di tepi tasik itu. Berdiri segak lelaki separuh abad usia. Berucap dan berhujah di hadapan pengikut-pengikutnya. Berdegar-degar pidato si lelaki itu.
Perjuangan bangsa!
Pembasmian kemiskinan!
Pertahan-kan ketuanan bangsa!
Berapi-api sekali manusia yang berhimpun itu mendengar-nya.

Di perdu pohon beringin di tepi tasik itu juga. Lelaki tadi pernah datang. Menerima suapan daripada para kroni dan kabel-nya. Menjual subsidi baja. Menebalkan saku kontang-nya dengan wang rakyat. Dan pelbagai urusan korupsi yang jijik dan kotor. Lupa si lelaki tadi pada neraca mizan. Lupa juga dia pada penjaga di kedua bahu-nya. Lupa segala-nya. Hanya kelihatan perkataan ringgit di kedua mata. Berpusing silih berganti. Seperi permainan Jackpot di Las Vegas. Atau di Genting Highland untuk versi tempatan-nya. Pohon beringin masih ingat si lelaki itu. Pohon beringin masih berteka-teki. Lelaki itu juga berkulit sawo matang dan bertutur bahasa yang sama. Sama seperti si ibu dan mayat hidup dahulu.

Mim lam alif ya wau. Itu yang si ustaz berkopiah putih pernah eja-kan. Semasa mengajar kepada murid-nya. Di perdu pohon beringin ini. Ya, ustaz itu juga berkulit sawo matang dan bercakap bahasa yang sama. Sama dengan si lelaki, si ibu dan mayat hidup itu.

Di perdu pohon beringin di tepi tasik itu. Di ketika yang lain. Datang lagi sekumpulan lelaki. Bawa kemenyan, bawa ayam, bawa pulut kuning. Apa tujuan semua ini? Aku pohon beringin. Aku hanya berfotosintesis. Aku tidak reti menyuap pulut kuning dan mengunyah ayam. Lelaki pembawa kemenyan itu membaca sesuatu. Baru pohon beringin tahu. Mereka sedang meminta nombor ekor. Mereka fikir aku ini siapa? Dewa? Tuhan kamu? Tauke Magnum?

Yang bisa menurunkan sebarang nombor pada kalian? Si pohon beringin ketawa. Memikir-kan betapa pelik-nya bangsa ini. Mereka mengaku sebangsa dengan si ustaz tadi. Mereka mengaku Islam. Mereka kata mahu masuk syorga. Tapi mereka tidak langsung membina tangga ke pintu syorga.

Lucu. Sungguh lucu. Sampai keluar air mata si pohon beringin tertawa. Satu hari datang lagi sekumpulan manusia. Juga berkulit sawo matang dan bermata coklat. Hidung kemek. Dari jauh sudah membuat bising. Mengacau lena si pohon beringin. Apa pula kali ini?

“Pokok ni-lah punca segala-nya!” teriak seorang lelaki.

“Eh, apa yang aku sudah buat?” pohon beringin kehairanan.

“Kat pokok ni-lah mat pet-mat pet tu hisap dadah! Budak-budak ‘couple’ tu beromen! Buang anak kat sini! Sekarang dah jadi tempat orang menurun nombor ekor pulak! Sebelum jadi lagi teruk, sebelum jadi tempat orang sembah, baik kita laku-kan sesuatu!” teriak seorang lagi lelaki lain.

“Kita tebang saja pokok ni !!!”

“Ya, kita tebang saja pokok ni !!!” balas yang lain. Tanpa usul periksa. Bertuhan-kan emosi dan nafsu amarah.

“Apa-kah kalian sudah gila?? Mana mungkin aku yang jadi punca segala-nya? Aku tak buat apa. Aku tak salah,” bentak si pohon beringin.

Thupp !!

Batang kapak sudah mula melekat di batang pohon beringin itu.
Lelaki-lelaki itu tidak mendengar bicara si pohon beringin.

Thupp ! Thupp ! Thupp !

Belahan kapak datang hinggap silih berganti.

“Aduh, sakit! Hentikan! Tolong hentikan! Apa salah aku?? Aku tiada kena-mengena dalam ini gambar ! Arghh !!!” teriak si pohon beringin.

Thupp! Thupp ! Thupp !

“Arghh!!!

Kraaakkk !!! Thummm !!

Si pohon beringin itu tumbang akhir-nya. Tumbang bersama kenangan dan saksi kepada gelagat dan kelakuan satu bangsa. Bukan niat si pohon beringin untuk mengutuk bangsa itu. Tapi pohon beringin mahu mereka sedar. Sudah jauh mereka terpesong dari jalan ke syorga idaman mereka itu. Cukup-lah dengan maksiat dan noda. Cukup-lah bercakaran sesama sendiri. Tanah ini kecil sahaja. Pohon beringin bimbang datang bala dari yang di atas. Bala yang bisa menarik semua nikmat yang di beri ini sekelip mata sahaja. Dan bala ini turun tanpa mengira siapa. Semua kena. 'Fair and square!'

Sunday, November 9, 2008

Gambar Orang Tidur



Uhuk..uhuk. Maaf, tersedak sedikit. Aku tersedak bukan kerana ada orang kutuk atau umpat aku. Tetapi sedang aku membelek-belek e-mail lama, terjumpa satu gambar ni. Gambar yang juga aku lukis semasa di India dulu. Gambar seorang mamat yang duduk di belakang aku waktu kuliah. Biarlah aku nama-kan dia Lan. Alamak, tersebut nama sebenar! Ok lah. Anggap sahaja kamu tidak membaca ayat sebelum ni tadi. Biar-lah aku namakan dia Mr. L(bukan nama sebenar).

Mamat ni memang kuat tidur. Dah puas aku nasihat dia. Tapi dia memang degil. Walaupun ramai lagi yang tidur masa kuliah, aku lukis gambar dia sebab dia botak dan muka dia senang di lukis. Ala-ala 'chubby' gitu. Walaupun dia kuat tidur, tapi dia pandai. Aku tak tahu bagaimana dia menyerap ilmu masa kuliah tu. Hebat betul dia ni. Kalau pertama kali jumpa, mesti ramai orang akan ingat dia ni samseng. Memang pun. Bila bercakap, suara mesti nak 'control' macho. Perasan ketua yakuza la tu. Tapi dia baik. Serius aku cakap. Kami panggil dia 'pengetua'.

Seorang yang pandai, baik, bersopan-santun, berbudi bahasa, bertatasusila, setia pada Raja dan negara serta comel. Sekian.

Pesanan kepada Mr. L : Kalau anda terbaca nukilan ini, aku hanya nak beritahu, tulisan pada perenggan terakhir tadi bukan-lah datang dari hati aku yang ikhlas. Aku mengharap-kan balasan. Mungkin minum petang di Subway? Atau makan malam di atas bot di tasik Putrajaya, barangkali?

Wednesday, November 5, 2008

Di Sudut Termenung Jauh...

Bilek termenung adalah satu lagi nama samaran bagi sebuah bilek yang dalam bahasa kasar-nya kita panggil 'jamban'. Dalam bahasa sopan ia di panggil tandas atau 'toilet' dalam bahasa Inggeris. Sesuai dengan nama manja-nya, bilek termenung memang satu tempat yang mana banyak masa di habiskan dengan termenung sambil menunggu proses penyahtinjaan selesai. Kadang kala ia memakan masa hanya selang beberapa minit, setengah jam atau mungkin juga sejam, bergantung kepada apa yang di telan dan berapa efisien-nya ginjal dan pankreas kita berfungsi.


Salah satu contoh bilek termenung tradisional

Selain daripada termenung mengenangkan untung nasib, ada lagi beberapa cara yang kita boleh lakukan dalam bilek tersebut. Sila baca entry ini dengan matlamat 'for the sake of knowledge', bukan dengan imaginasi bilek yang berbau kurang harum dan hasil-hasil kumuhan yang tidak patut di lihat.

Antara perkara-perkara yang aku fikir kita boleh lakukan dalam bilek kecil lagi seram itu sambil menunggu proses perkumuhan selesai adalah:

i) Membaca. Memang membaca itu jambatan ilmu. Tapi membawa masuk bahan-bahan ilmiah ke dalam bilek ini adalah sangat tidak di galakkan sama sekali. Selain tidak elok dan biadap terhadap ilmu, aku juga tidak sanggup membeban-kan otak aku berfikir sesuatu yang serius semasa proses kumuhan berlaku. Apa yang aku maksud-kan di sini adalah bahan bacaan ringan seperti komik atau majalah atau Harian Metro. Tapi jangan bawa masuk komik yang terlampau kelakar. Bimbang jika dekahan ketawa yang melampau akan mengganggu proses perkumuhan.

ii) Merokok. Ramai yang telah mengamal-kan perkara ini, terutama-nya bagi perokok tegar. Mereka kata ia melicin-kan lagi proses perkumuhan di samping menenangkan kepala. Aku pernah sekali cuba. Tapi tidak sedap. Bagaimana aku boleh menyedut dan menghembus gumpalan asap tersebut bersama dengan aroma semula jadi bilek itu? Jijik betul.Tak boleh bla...

iii) Menyanyi. Inilah masa yang sesuai untuk kamu mengasah bakat dalam nyanyian. Tanpa kutukan, tohmahan dan kritikan pedas dari juri atau audiens. Kalau hendak lagi menarik, bawa sekali gitar. Menyanyi sambil di iringi petikan gitar. Atau jika bilek termenung kamu cukup luas, bawa masuk satu set drum. Mana tahu, boleh jadi studio jamming satu hari nanti?

iv) Bermain permainan konsul berkomputer. Permainan konsul berkomputer di sini meliputi segala versi PlayStation dan X-Box. Konsul berkomputer keluaran Nintendo dahulu yang terkenal dengan siri permainan Mario dan Tetris juga boleh di ambil kira andai masih ada dalam simpanan. Aktiviti ini boleh jadi sangat melekakan, jadi jangan sampai kamu terlupa tujuan sebenar kamu ke bilek termenung tersebut.

v) Berbalas SMS dengan kekasih gelap. Jadikan peluang waktu kamu bersendiri ini untuk mengeratkan silaturahim dengan si dia. Kesunyian dan keheningan akan membuatkan kamu lebih kreatif dalam merangka ayat-ayat romantis untuk menambat hati si dia. Untuk lebih tips, SMS On Cinta dan hantar ke 33999.

vi) Beradu. Beradu di sini bukan bermaksud bergaduh dengan sesiapa. Beradu di sini bermaksud tidur. Untuk orang yang kuat tidur, memang sangat sesuai. Sementara menanti sessi perkumuhan selesai, guna-kan sepenuhnya masa untuk melelap-kan mata dan merehatkan minda kamu. Tanpa gangguan. Untuk tidur yang lebih berkualiti, bawa bersama bantal dan tilam ke dalam bilek termenung kamu.

Mungkin ada lagi cara lain untuk mengisi masa lapang di dalam bilek termenung yang aku tidak terfikir-kan. Mungkin lebih eksotik dan bermanfaat. Cuba-lah mana-mana cara yang kamu suka atau cara yang tersendiri. Sekurang-kurang-nya masa kita akan terisi daripada hanya termenung kosong. Ingat, masa itu emas!

Saturday, November 1, 2008

Balada Pemuzik Jalanan

Zip beg hitam itu perlahan-lahan gua tarik. Sebuah gitar kapok gua keluarkan. (Apa penjodoh bilangan untuk gitar? Sebuah ke sebijik?). Ini lah gitar kapok kesayangan gua. Yang banyak berjasa kat gua. Eh, bukan gitar kapok. Bunyi macam orang sengkek. Sebut saja gitar akustik. Nampak macam seniman sikit, kan?

Gua lepak jap atas bangku simen yang ada pokok kelapa di tengah-tengah-nya tu. Bagus DBKL ni, menyahut seruan kerajaan nak menghijaukan kota. ‘Slow-slow’ gua hembus asap rokok. Carik ‘feel’. Molekul-molekul asap putih yang berlanggar dengan zarah-zarah udara menghasilkan ruang-ruang kosong yang pantas di isi dengan segala kekusutan dan permasalahan hidup gua. Lantas datang angin menyapu gumpalan campuran asap, udara dan kebejatan dari otak gua itu ke tempat lain. Terasa sedikit ringan kepala hotak ini. Lepas hembusan terakhir, gua campak puntung rokok tu tepi jalan. Alamak, penguatkuasa DBKL kat depan gua! Dia pun dah ‘usha’ semacam kat gua. Perlahan-lahan gua ambik balik puntung rokok tadi tu, simpan dalam poket baju. Jangan buat main, beb. Melayang lima puluh ringgit nanti kena saman buang sampah merata-rata. Tak pasal-pasal je.

Gua bangun. Orang tak ramai lagi kat Pasar Seni. Masih awal. Baru pukul 4 petang. Lagipun bukan hari minggu. Gua mulakan ‘show’ hari ni dengan lagu ‘band’ Oasis. Lagu ‘warm up’, kena rancak-rancak sikit.

Talking to the songbird yesterday, flew me to a place not faraway,
Shes a little pilot in my mind, singin song of love to pass the time’

Tenang dan santai gua habiskan lagu itu. Tiga empat orang pengunjung gua lihat terhangguk-hangguk kepala mendengar lagu tadi. Layan.

“Brader, lagu M.Nasir boleh main tak?”

“Lagu ape?”

“Apa-apa je lah…”

“Ok lah, gua main ‘Sentuhan Listrik Mu’ tu, boleh?”

“Boleh brader…layan!”

Mamat baju hitam tu tersengih. Macam kerang busuk.

Inilah kerja gua. Pemain gitar jalanan di tepi Pasar Seni ni. Dengan gitar kapok ni, eh silap. Dengan gitar akustik ni lah gua petik setiap hari, buat mencari sesuap nasi. Gua letak sebijik topi depan gua untuk orang letakkan wang.(Penjodoh bilangan topi apa?). Tak kisah-lah berapa yang mereka mahu letak. Seikhlas yang boleh. Upah untuk gua menghiburkan mereka.

Dah empat tahun gua kat Kuala Lumpur ni. Dah empat tahun gua buat kerja ni. Kalau gua datang, dah ada orang buat ‘show’ kat sini, gua main dekat depan Dayabumi tu. Tak pun kat stesen LRT KLCC. Malam biasanya gua main kat Kampung Baru. Kedai nasik lemak belakang Kelab Sultan Sulaiman tu. Hidup gua ni sama lah macam ayam. Pasal apa sama?

Lu pernah dengar peribahasa ‘carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum semula’? Eh,bukan yang tu bro..Peribahasa ni, ‘Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Haa, yang ni baru betul. Macam tu lah hidup gua. Kadang-kadang tu dapat laa dua puluh ringgit sehari. Kalau hujung minggu banyak laa sikit biasanya. Tapi dengan keadaan harga barang yang makin naik sekarang, mana cukup? Sewa rumah, tambang LRT lagi. Karipap yang mak cik Senah jual depan masjid Jame’ tu dulu tiga seringgit. Sekarang dua seringgit. Gua memang selalu laa ‘miss’ soru. Kadang-kadang ‘breakfast’ je. Kadang-kadang ‘lunch’ je. Kalau dapat lebih, boleh laa ‘breakfast’, ‘lunch’ dengan ‘diner’. Kalau nasib tak baik, tak makan langsung. Puasa la gua hari tu.

Tapi gua tak kisah. Itu rezeki gua. Gua seronok buat kerja ni. Gua ‘happy’ bila tengok orang-orang terhibur. Menyanyi sekali dengan gua. Kadang-kadang tu mat saleh datang tengok. Tepuk tangan sekali. Gua seronok. Ini memang jiwa gua. Gua tak kacau orang. Gua tak peras ugut orang. Gua tak makan duit projek. Gua tak main politik wang. Gua tak kacau hidup lu. Lu pun jangan la kacau hidup gua. Jangan hina gua.

Salah ke gua buat kerja ni? Orang selalu pandang serong kat orang-orang macam gua. Gua rambut panjang, orang cop gua pecah rumah. Gua muka cengkung, pakai jeans koyak kat lutut, orang kata gua hisap dadah. Gua bukan suka-suka macam ni, bro. Nak makan pun selalu tak lepas, mana gua ada duit nak gunting rambut? Nak beli seluar baru lagi laa. Jeans ni pun abang gua punya. Gua ‘kebas’ masa nak datang KL empat tahun dulu. Kenapa nak hina gua? Lu ingat orang yang banyak duit, pakai ‘smart’ tu semua baik ke? Kurang-kurang gua tak rasuah, tak ambik duit rakyat.

Gua ada impian. Gua nak jadi terkenal. Gua nak lagu kan karya-karya gua. Gua nak jual hasil seni gua. Biar semua orang dengar. Orang-orang seni macam M.Nasir, Kopratasa, Imuda semua bermula di sini. Di Pasar Seni. Search pun pernah main tepi jalan, kenduri kahwin. Tak kan gua tak boleh? Mungkin belum sampai masa gua lagi. Gua ada jugak hantar ‘recording tape’ gua kat dua tiga syarikat rakaman, tapi belum ada ‘reply’ lagi. Gua sedar, gua tak ‘handsome’, tak ada pakej nak jadi artis, tapi gua yakin dengan bakat gua. Tunggulah suatu hari nanti.

Cuma jangan hina gua. Itu aje gua mintak. Gua pun manusia. Ada hati. Ada maruah. ‘I got waterface, you know!’. Sori, ter'speaking' laa pulak. Emosi sikit.

Titik-titik hujan mula turun. Aiseh, ‘show’ gua habis awal hari ni. Gua masukkan gitar dalam beg, tengok dalam topi baru ada empat ringgit. Gua angkat topi, terus lari masuk Pasar Seni. Tak pe lah. Cukup la buat makan malam karang. Ingat nak makan piza. Tapi nampak gaya dapat roti telur je kot. Hentam saja-lah, Labu. Janji perut gua tak berkeroncong malam ni.