Saturday, November 29, 2008

Rindu Pada Aurora

Jiman benci perasaan ini. Rasa kerinduan yang menghempas cukup meletih-kan hati-nya. Rasa rindu yang tidak dapat di-lepaskan. Rindu pada seseorang yang tidak mungkin tahu dan tidak mungkin Jiman dapat luah-kan. Bimbang di salah erti dan bimbang kehilangan.

Panjang nafas yang di tarik Jiman. Cukup untuk menyegar-kan otak yang kering dan tipis edaran oksigen-nya sebentar tadi. Saki-baki udara yang ditarik menyusup masuk pula ke dalam ruang paru-paru, menghalau asap-asap kotor dan tercemar yang selama ini bermukim di dalam gumpalan organ itu. Perlahan Jiman menghembus keluar nafas itu. Lega sedikit rasa-nya.

Jiman rindu pada Aurora. Aurora yang dikenali hampir tujuh tahun lalu. Seseorang yang pernah hadir dalam hidup Jiman. Mereka pernah berkongsi segala. Suka duka, kenangan, harapan dan cita-cita. Tapi Jiman tidak tahu kenapa sekarang tidak lagi.

Masakan Jiman boleh lupa baju merah dari Tasik Toba pemberian Aurora beberapa tahun lalu. Baju merah yang membawa kepada pertemuan pertama mereka. Dan baju itu masih Jiman pakai. Walau sudah lusuh, walau sudah buruk, tapi Jiman sayang. Tanda kenangan pada Aurora.

Masakan Jiman boleh lupa bagaimana Aurora menangis kepada Jiman bilamana bercerita tentang hidup-nya. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Titisan air mata tidak bisa tumpah bersama luahan sekeping hati andai tiada rasa percaya. Dan Jiman terharu kerana Aurora percayakan-nya.

Masakan Jiman boleh lupa bagaimana setahun Aurora berdiam diri dari Jiman. Tidak tahu sebab, tidak tahu punca. Jiman seperti orang hilang akal. Separuh dari hidup-nya di rasa-kan hilang. Kosong. Tiada erti. Jiman masih ingat dengan jelas bagaimana Aurora berlari meninggal-kan Jiman tatkala Jiman terpacul di hadapan-nya. Memang Jiman akui kehadiran-nya waktu itu agak mengejut-kan. Tapi Jiman mahukan jawapan. Kenapa di seksa jiwa-nya? Apa yang dia sudah lakukan? Apa salah dia? Tapi Aurora masih membisu.

Jiman sayang dan cinta-kan Aurora. Mana hendak Jiman cari pengganti Aurora? Orang yang banyak berkongsi cerita hidup dengan Jiman. Orang yang memujuk Jiman bilamana Jiman bersedih. Orang yang pandai melayan lawak Jiman. Orang yang menarik Jiman bangun apabila jatuh. Sudah puas Jiman cari. Sudah ramai Jiman ketemu.

Ramadhan menemu-kan mereka. Ramadhan juga yang memisah-kan mereka. Di bulan Ramadhan juga mereka bertaut kembali. Dan Ramadhan hadir sekali lagi, membawa khabar pada Jiman, bahawa Aurora bukan milik Jiman. Detik dan ketika tidak pernah memihak pada Jiman. Tidak cukup dengan hanya menjadi orang yang sesuai, tetapi juga perlu berada pada masa yang sesuai. Dan Jiman tidak pernah mendapat masa, detik dan peluang itu.

Kehidupan di rasakan kejam pada Jiman. Tidak adil pada Jiman. Kerana tidak pernah memberi Jiman peluang untuk membuktikan sesuatu. Tapi Jiman sedar, tiada siapa yang harus di salah-kan. Jika memang bukan milik Jiman, kejar-lah hingga ke hujung dunia sekalipun, selam-lah hingga ke dasar lautan Pasifik sekalipun, hatta cari-lah hingga ke planet Pluto sekalipun, Jiman tidak akan dapat memiliki-nya. Itu sudah tertulis.

Biar-lah ia menjadi kenangan Jiman. Merpati putih yang pernah hinggap seketika di jendela hidup Jiman. Menggembirakan Jiman walaupun untuk seketika cuma. Dan Jiman sudah bersedia untuk kehilangan sebahagian daripada hidup-nya.

8 comments:

N.H.A said...

Jiman,
Bunga bukan sekuntum.. Masih ada banyak lagi bunga yang harum di luar tu. Cuma perlu bukakan mata dan minda dan menghirup udara yang tidak segar itu untuk mengecam bunga yang lebih harum dari Aurora..

wr@ said...

ur life story??huhu.is it hard to say something that's really sincere from ur heart.why?why?tell me why?

Afida Anuar said...

Baju merah yang lusuh dan buruk...
hurmm....jap pkir..

aku tau..aku tau..baju mung hok mung slalu pakai tu.. eceh.pepandai jek:P

**mEaSa** said...

kak fida..ni cite jiman ke cite yoe neh? :P

miezi said...

It's much more worst if we are "rindu"ing someone that doesn't even bother our existance. Erk.

Anyway, Jiman itu ialah ko ka?

putrixue said...

saya suka lagu aurora yg estranged nyanyi tu :-)

unicorn said...

N.H.A : kalau-lah ada bunga yg harum-nya sama.

wr@ : someone's story..cant tell who.

afida : tu baju CES sports day.apadaa..

measa & miezi : cerita seseorang. dia x bagi btau identiti die.

putrixue : best gak lagu tu. walopun aku tak paham senikata dia

Anonymous said...

yoe...ak cm tau je aurora 2 sape...ehem.yoe,mmg dlm hdup sblum kite jmpe org yg tepat utk kite,kte akn jmpe org lain yg akn jd pngalaman utk kite.mgkin aurora 2 bkn tuk ko.ade hkmah sumenye yoe....moga ramadhan kali ni adesinar baru utk ko.insyaallah..