Sunday, September 26, 2010

Merenung

Aku penat.

Aku lelah.

Buntu, sesak di dada, keliru. Semua bermain di fikiran kini.

Apa lagi selepas ini?

Wednesday, September 22, 2010

Berlari

Sedar tak sedar sudah dua tahun usia blog ini. Tiba-tiba tergerak mahu membuka nukilan-nukilan lama, baru aku terperasan nukilan pertama aku dahulu. Genap 15 september lepas merupa-kan ulang tahun kedua 'picisanku' ini. Aku memang dah tak ingat bila aku mula menulis. Ingat dalam bulan september 2008 macam tu je.

Nasib baik blog ini bukan seorang perempuan. Kalau tak, mau merajuk sebab tak ingat 'birthday' dia nih. Jenuh pulak nak memujuk.

Kepada perempuan di luar sana, jangan lah terasa ye. Ini fakta, bukan auta. Harap dapat diterima hakikat ini dengan tenang. Peace no war.

Diam tak diam juga tinggal sebulan lebih sahaja lagi aku di syarikat jjj ini. Benar, aku sudah hantar surat berhenti kerja. Kalau dalam bahasa profesional-nya, 'tender resignation letter'. Jujur-nya, berat hati ini nak melangkah pergi. Memikir-kan suasana di sini, staff-staff yang mesra alam dan tak kurang juga gila-gila membuat-kan aku selesa. Tapi apa boleh buat. Masa untuk aku melangkah pergi.

Ketidakpuasan dengan pengagihan kerja yang kurang tersusun, bos yang selalu berlagak tahu serba-serbi ditambah pula dengan peluang dalam bidang baru membuat-kan aku nekad untuk mengangkat kaki.

Rezeki ada di mana-mana. Aku akan terus berlari dan melompat. Sehingga-lah aku bertemu tempat dan minat aku. Bila dan di mana hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Thursday, September 2, 2010

Gundah-Gulana.

Perjalanan bas kali ini sangat perlahan aku rasa-kan. Berulang kali aku melihat jam di pergelangan tangan-ku. Terasa jarum berputar seperti acuh tidak acuh. Sudah kelemahan bateri-kah? Aku seluk keluar pula telefon tangan dari kocek sebelah kiri seluar ku. Lihat tanda waktu di situ. Sama seperti waktu pada jam tangan-ku. Bermakna bateri jam tangan-ku masih normal.

Tapi masa memang sangat perlahan aku rasa-kan. Aku tidak betah untuk duduk di dalam perut bas ekspres ini. Penghawa dingin yang di pasang seolah tidak mampu menyaman-kan aku. Peluh memercik keluar dari dahi dan liang-liang roma yang lain.

Menggeletar dan menggigil. Seram sejuk aku rasa-kan. Berdebar dan tidak keruan. Sesekali aku mengerling melihat penumpang sebelah yang lena di ulit mimpi. Jaki sungguh aku lihat beliau tidor. Jaki kerana aku tidak dapat tidor seperti beliau. Mahu sahaja aku hulur-kan penampar mesra kepada beliau agar beliau bingkas bangun, agar beliau tidak dapat tidor seperti aku juga.

Owh, tapi itu tidak bermoral. Tidak baik berdengki. Astaga. Aku mengucap di dalam hati.

Tidak tahu berbuat apa. Cuma berdoa agar perjalanan ini cepat sampai ke destinasi. Aku perlu segera sampai. Agar aku dapat merungkai segala keresahan dan kekusutan ini.

Biar aku tenang, biar aku lega. Biar tiada lagi percikan halus peluh. Biar tidak lagi berdiri bulu roma di badan-ku ini. Biar selesai semua-nya.

Setelah beberapa jam berteman-kan gundah gulana serta perasaan yang tidak mententeram-kan, ku lihat bas mula memasuki ibu kota. Menuju ke hentian terakhir di perut hutan batu. Makin hampir, makin berdebar hati-ku. Saat yang semakin hampir. Untuk aku membuat perhitungan. Melangsai-kan segala yang terpendam dan tertunggak. Ya, aku nekad. itu perkara pertama yang harus aku laku-kan di kota ini. Apa nak jadi-jadi lah.

Saat bas berhenti, aku terus menerpa keluar, memecut laju menuju ke arah papan tanda yang aku tunggu-tunggu dari dalam bas tadi.