Saturday, October 16, 2010

Luangkan 7 minit kamu untuk ini.

Saat aku di beri video ini, aku rasa-kan tujuh minit yang luangkan untuk menonton-nya, adalah tujuh minit yang sangat bermakna dalam hidup aku. Aku kongsikan bersama siapa yang mahu bangkit.

Monday, October 4, 2010

Turun Naik

Angka-angka pada alat penimbang eletronik laju memaparkan berat badan aku. Aku tersengih-sengih halus. Sebulan berpuasa, berat aku turun sebanyak dua kilogram. Memang ideal. Harus di 'maintain' nih. Azam aku di dalam hati.

Selepas sebulan berpuasa, tiba-lah satu syawal. Azam yang terpatri di hati masih kusemat kemas di sanubari ini. Makan segala juadah yang terhidang. Tapi secukup rasa sahaja. Tidak berlebih-lebih. Jaga badan. Tapi kalau tak makan terus ketupat rendang tu, kempunan pulak nanti.

Raya kelima. Aku cuba berdiri di atas penimbang sekali lagi.

Naik tiga kilogram. Damn!

Saturday, October 2, 2010

Kong Kali Kong

"Baris, sedia! Senang diri!" laung Iban, senior aku waktu di sekolah dulu, merangkap ketua Persatuan Kadet Bersatu Malaysia. Lebih dikenali budak-budak dengan nama 'Kadet Askar'. Sebab uniform kami memang terus dari kem askar Tambun, Ipoh. Memang sebijik. Yang datang latih kami berkawad, menembak, baca kompas dan macam-macam lagi lah pun dari kem askar.

"Baik, esok adalah hari-nya, Hari Kebangsaan," ujar Sarjan Misai. Aku lupa nama beliau. Tapi disebabkan misai yang iras-iras A.Galak, kami cuma memanggil Sarjan Misai. Beliau adalah tentera yang bertanggungjawab melatih kami kawad untuk Hari Kebangsaan.

"Kita telah sebulan berlatih. Panas, hujan semua kita redah. Saya bangga dengan dedikasi yang kamu semua tunjuk-kan,"

Iban tersengih-sengih halus. Bangga barangkali apabila pasukan-nya di puji sarjan. Aku musykil kenapa dia di panggil Iban. Bukan orang Iban pun. Orang Sarawak pun bukan.

Sarjan menyambung bicara.

"Jadi, esok tunjukkan yang terbaik. Berkawad-lah dengan bangga. Bangga menjadi warga Malaysia. Kembang-kan dada kamu, terutama-nya semasa tabik hormat di hadapan pentas utama. Semoga, kita boleh menjadi johan kawad Hari Kebangsaan tahun ini. Kalau kamu menang, saya tak dapat apa pun, tapi kamu yang bangga. Sekolah kamu akan berbangga. Jadi, lakukan yang terbaik!" kata-kata motivasi dan tips-tips terakhir dari sarjan.

Lubang hidung masing-masing kembang kempis. Mungkin sudah terbayang perasaan bangga yang bakal membaluti jiwa andai bergelar johan. Rasa berkobar-kobar di dada tidak sabar menunggu hari esok.

"Jadi sebelum bersurai, elok-lah kita baca sedikit doa sebagai keberkatan. Hah, Iban! Kamu baca doa selamat," arah Sarjan Misai.

Terkebil-kebil Iban di hadapan. Kelihatan berderau darah-nya. Sementara kami di dalam barisan ada yang sudah tersengih-sengih menahan tawa. Siapa yang tidak kenal Iban? Jangan kata-kan surau, sejadah pun beliau tidak kenal. Solat lima waktu jauh sekali. Alih-alih di suruh baca doa.

"Tak apa, Sarjan. Saya bagi penghormatan kepada sarjan untuk baca doa. Lebih afdhal rasa-nya kalau orang yang lebih tua daripada kami yang baca. Lagipun sarjan ibarat guru kami. Dah banyak ajar kami berkawad, menembak, berburu. Doa seorang guru itu lebih berkat. Misai sarjan pun memang mengancam. Memang molek-lah kalau sarjan yang baca-kan. Biar kami semua yang amin-kan," panjang lebar bodekan daripada Iban. Satu 'escapism' untuk tidak membaca doa.

"Hah? Suruh baca doa selamat yang pendek pun kamu nak suruh aku?! Aku bukan suruh kamu baca yasin pun. Banyak songeh kamu ni. Eh, tapi betul ke misai aku mengancam?"

Satu pasukan kadet mengangguk. Mengiyakan.

"Ok, angkat tangan. Kita baca doa ringkas untuk hari esok,"

Aku lihat Iban mengesat peluh di dahi. Lega barangkali tidak perlu membaca doa. Yelah, doa apa yang dia tahu? Karang tidak pasal-pasal menanggung malu di hadapan junior.

"Allah humma bariklana, fima rozak tana, wakina azar banna," baca Sarjan Misai dengan kuat dan jelas. Gaya seorang sarjan.

Saat itu kesemua kami yang dari tadi terkepit-kepit bibir menahan ketawa, sudah tidak mampu membuat apa lagi. Tersembur kesemua ketawa dan perasaan yang terpendam dijiwa.

Dan natijah-nya. Elok-elok latihan dah nak bersurai, dah boleh balik tido, kami di denda 'push-up' seratus kali dan berkawad sampai ke malam. Jahanam sungguh.