Di sepanjang lebuh-raya ini, aku telah singgah di beberapa hentian. Mungkin untuk menghilang-kan dahaga, memperbetul-kan duduk letak tulang pinggul atau sekadar menyegar-kan mata.
Dan di setiap hentian itu aku akan bertemu dengan segala macam jenis manusia. Yang mana ada di antara-nya bisa ku pilih jadi-kan sahabat. Berbual dan berkongsi cerita. Gelak tawa dan mungkin duka bersama. Malang-nya tidak semua sahabat yang aku temui itu akan bergerak kembali di atas lebuh-raya bersama aku. Kerana mereka dan aku punya destinasi yang berbeza.
Ya, destinasi dan hala tuju yang berlainan. Aku mahu ke sana. Kamu mahu ke situ. Mereka mahu ke arah sinun. Masing-masing punya matlamat dan cita-cita yang tidak sama. Tapi itu sudah cukup untuk aku bertemu dan kenal mereka. Walau untuk seketika.
Dan apabila aku singgah pada hentian yang lain, aku akan bertemu lagi dengan manusia-manusia yang lain. Kitaran roda yang sama berulang. Kenal. Bercerita. Berkongsi. Gelak tawa. Duka nestapa. Namun, apabila tiba masa untuk kembali bergerak, masing-masing dengan hala tuju sendiri. Apa yang pasti, selagi adrenalin dalam badan ini masih berdegupan, kalian tidak akan aku lupa-kan.
Ada juga beberapa teman yang aku temui di hentian sebelum ini, ku temui lagi di hentian lain. Hey, tiada siapa menyangka, bukan? Dalam pada menuju destinasi kita, jalan kita tiba-tiba bersimpang di laluan yang sama. Dan kita duduk berbicara lagi. Berkongsi khabar baru atau mengimbau cerita lama di hentian terdahulu.
Seperti biasa, tatkala tiba masa untuk bergerak, kita berpisah lagi. Apa-apa pun, semoga selamat tiba di destinasi kalian. Mungkin kita akan bertemu lagi di hentian lain. Atau jika tiada umur lagi, kita masih mampu saling berhubungan. Semoga kalian dapat menggapai bintang kamu.
Mungkin satu hari nanti ada antara kalian bakal menjadi orang-orang besar negara? Ahli musik yang terkenal? Atau barangkali jutawan mewah yang dermawan? Tiada siapa yang tahu. Hatta si tukang sihir dalam cerita Snow White juga tidak mampu menilik. Waktu itu aku dengan bangga-nya akan berkata pada anak aku, "Lihat orang di dalam kaca televisyen itu, nak. Bapa pernah bersama dia satu masa dahulu. Kenalan lama bapa,". Ok, mungkin perkataan bapa agak konvensional. Ganti-kan ia dengan 'daddy'. Nampak kebaratan sedikit, bukan?
Sekali lagi, ucapan selamat kepada kalian semua. Terima kasih kerana menemani aku di hentian ini. Doa-kan juga aku selamat tiba di destinasi aku.
Orang putih kata 'bye-bye'. Orang Spanish bilang 'adios'. Orang Cina sebut 'chiow sinn chee'. Orang India cakap 'chalo betty'. Orang Terengganu say 'tata-titi-tutu'.