Showing posts with label Poli-tik. Show all posts
Showing posts with label Poli-tik. Show all posts

Tuesday, March 24, 2009

Be Inspired

Sedang aku membelek-belek e-mail lama, terjumpa satu kiriman daripada seorang teman. Gambar yang penuh dengan seribu satu tafsiran dan inspirasi. Usah-lah difikir aku ini seorang yang pro-Obama. Kerana bagi aku siapa pun yang menjadi Presiden US, selagi di belakang-nya adalah puak-puak Yahudi karut itu, hasil-nya sama sahaja.

Cuma di sini, gambar di atas memapar-kan gambar seorang lelaki yang entah dari ceruk mana datang-nya tiba-tiba menjadi presiden kuasa besar dunia. Dan aku percaya jika gambar ini di diperlihat-kan pada aku 10 tahun dahulu, aku tidak rasa atau fikir apa-apa pun.

Tapi hari ini, gambar ini bisa membuat-kan aku berfikir 2 kali. Okay, jika tidak 2 kali pun, membuat-kan aku berfikir sejenak. Lihat pada pernyataan-nya. Jika Tuhan berkata itu untuk kamu, tiada siapa yang mampu menghalang. Dan jika Tuhan berkata itu memang tertulis bukan untuk kamu, terima sahaja-lah. Kenapa mahu di pertikai-kan lagi? Dia lebih mengetahui. Lama mana pun kamu bersama dengan barang itu, jika ia bukan milik kamu, bila-bila masa boleh di ambil semula.

Yakin-kan lah itu. Pasti ada sebab-nya jadi begitu.

Tuhan makbul-kan doa kamu melalui 3 cara.
i - Dia makbul-kan semua permintaan kamu itu.
ii - Dia tangguh-kan permintaan kamu buat seketika, dan kabul-kan pada suatu masa lain yang sesuai.
iii - Dia tidak makbul-kan doa kamu itu, tetapi di ganti-kan dengan sesuatu yang lebih baik.

Tuesday, February 10, 2009

Cukup Laa Tu...

Politik. Politik. Politik.

Banyak benar perkara-perkara yang memual-kan akhir-akhir ini. Aku sudah malas dan bosan mahu mengikuti cerita-cerita sekeliling. Seperti tiada kesudahan. Sebelah sini kata begini, sebelah sana kata begitu. Lompat sana, lompat sini. Tidak ubah seperti kanak-kanak. Lalu, apabila golongan muda tidak hormat pada mereka, di cop kurang ajar, tidak mengenang jasa, tidak patriotik. Tapi orang-orang begini-kah yang perlu di hormati? Hidu kentut aku dulu-lah!

Seperti sudah tidak ada perkara lain selain berpolitik. Apa kukuh sangat-kah ekonomi kita saat ini? Apa cukup makan-kah rakyat marhaen ketika ini? Apa banyak sangat-kah lubang-lubang kerja untuk warga tanah ini?

Kenapa tidak di fikir-kan hal-hal itu? Kenapa tidak duduk semeja cari solusi untuk perkara-perkara itu? Hatta persatuan bola sepak yang sudah sedia nazak itu pun tidak habis-habis di kepal oleh tangan-tangan ahli politik? Mahu jahanam sampai mana lagi sukan itu? Mahu tunggu hingga terkeluar dari ranking FIFA?

Sudah-sudah lah. Tidak perlu-lah gila kuasa sampai begitu sekali. Tanah ini sekarang ada kurang lebih 27 juta manusia. Tolak ahli politik, sultan-sultan, artis, 'programmer' dan budak-budak sekolah, ada ramai lagi yang tahu dan mahir dalam bidang masing-masing. Biar-kan ahli ekonomi dengan kerja mereka. Dengar kata mereka. Mereka lebih arif. Tidak usah-lah mahu tunjuk pandai.

Biar-kan ahli sukan ambil alih persatuan mereka. Mereka lebih tahu sepak terajang dunia itu. Tidak usah-lah mahu tunjuk lagak konon engkau-lah pakar segala-nya. Sepak bola pun tak betul!

Cukup-cukup lah...Tidak penat-kah?

Thursday, January 22, 2009

Percubaan Kali Ketiga : Obama

Aku pasti mamat di atas ini adalah makhluk paling terkenal di planet kita sekarang. Dah jadi presiden US, sudah tentu-lah seperti berada di puncak dunia. Siaran langsung majlis angkat sumpah-nya sahaja, hampir 2 juta orang warga US berkumpul di National Mall, Washigton untuk menyaksi-kannya dan hampir 1.5 bilion orang di seluruh dunia menonton di kaca televisyen. Gah sekali.

Semua meletakkan harapan yang tinggi pada Obama. Warga US dengan harapan penyembuhan ekonomi dan penurunan peratus pengangguran-nya, dunia Islam dengan harapan perubahan persepsi dan penarikan tentera US dari Iraq dan Afghanistan serta masalah di Palestin, sementara negara-negara lain mengharapkan sedikit perubahan pada dasar luar US.

Aku? Apa harapan aku ke atas mamat ni? Secara jujur-nya, tiada. Apa yang hendak di harap-kan pada seorang presiden yang di belakang-nya adalah Yahudi? Memang aku sedikit mengagumi beliau kerana berjaya muncul sebagai orang kulit hitam pertama menjadi presiden US. Bukan senang hendak memenangi hati orang kulit putih yang memang kita tahu tebal dengan sikap ego dan serba betul mereka itu. Mungkin selepas ini, negara Uncle Sam itu akan mendabik dada mengatakan mereka sudah matang dalam politik dan demokrasi yang memilih pemimpin tanpa melihat pada warna kulit dan keturunan.

Biar-lah mereka dengan harapan palsu mereka. Aku tidak mengharap-kan apa-apa. Aku tidak boleh menyeru semua orang supaya berfikiran seperti aku. Masing-masing punya pendapat dan pandangan yang berbeza. Terpulang-lah. Tapi nasihat aku, baca dahulu sejarah panjang bangsa Yahudi.

Di bawah adalah lakaran wajah Obama. Macam biasa, guna paint. Dan macam biasa, muka senget sikit. Trademark aku. Ikut nasihat Edot, jangan lukis sebijik sama. Nanti orang cakap copy-paste pula (Ayat cover-line).

Wednesday, January 7, 2009

RE : Percubaan Kali Kedua

Baik-lah, menjawab kepada nukilan semalam. Ya, memang lakaran itu adalah wajah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir. Tahniah kepada mereka yang meneka dengan tepat. Kepada Maslina, sememang-nya aku sengaja meletak label poli-tik sebagai 'hint'. Namun, apabila terbaca komentar ReeBelle, membuat-kan aku tertawa. Kerana terlupa aku sudah menama-kan gambar itu Mahathir2.jpg. Pandai sungguh si ReeBelle ini. Macam Sang Kancil.

Walau-bagaimanapun, aku agak berpuas-hati kerana 'pengujian pasaran' kali ini, ramai yang berjaya meneka dengan betul wajah tersebut. Sedikit peningkatan untuk aku. Tapi aku tahu masih banyak yang perlu di perbaiki.

Dan berbanyak-banyak maaf kerana stok bekalan kacang tanah cap Ngan Yin untuk pemenang sudah kehabisan. Seperti yang tertera pada nukilan sebelum ini, hadiah akan di beri selagi stok masih ada. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan di layan.

Di bawah ini adalah gambar yang aku jadi-kan rujukan lakaran. Terima kasih di atas segala komentar. Aku tersangat-sangat menghargai-nya.

Tun Mahathir yang dihormati.

Tuesday, January 6, 2009

Percubaan Kali Kedua


Untuk percubaan-melakar-potrait kali kedua, aku memilih untuk melakar wajah ini. Hmm dan aku terlintas untuk tidak memberitahu terlebih dahulu wajah siapa yang aku lakar-kan ini. Kira macam menguji pasaran lebih kurang. Atau dalam bahasa Turki-nya, 'test-market'. Pada perkiraan aku, jika ramai yang dapat meneka wajah siapa-kah gerangan-nya ini dengan tepat, mungkin aku sudah berjaya meningkat-kan sedikit kemahiran dalam bidang per-potraitan ini.

Harus di ingat, tujuan aku ini bukan-lah untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah. Adapun hanya-lah sekadar mengisi masa senggang ini sahaja. Kepada rakan-rakan di syarikat XXX, pasti kalian tahu masa terluang yang aku miliki ini. Mungkin selepas ini, jika ditakdir-kan kerja yang datang bergolek-golek, maka aku pasti sudah tidak mempunyai masa untuk menarik-narik tetikus ini lagi. Dan aku tahu ramai lagi di luar sana yang lebih berbakat daripada aku.

Jadi, aku memberi kebebasan untuk siapa-siapa yang singgah di nukilan ini untuk meneka wajah tatapan kali ini. Mungkin esok atau lusa aku akan memberi-kan jawapan-nya. Siapa yang dapat meneka dengan betul akan aku hadiah-kan kacang tanah cap Ngan Yin yang aku rembat dari lebihan majlis hari lahir budak-budak bulan Disember 'department' aku semalam. (Selagi stok masih ada).

Wednesday, September 17, 2008

Pasca 16 sept

Hmm...pagi ni aku bangun tidur. Agak 'rush' sebab dah lewat ke 'opis'..
Tu laa siapa suruh tidur lepas subuh?...Tapi berbaloi laa semalam bangun tengok bola..Liverpool menang. Kalau tak, memang aku dah maki. Penat aku bangun tapi main macam haram..Opss..puasa, tak-leh maki hamun..
Astagfirullah...

Ok, sampai 'opis', baca 'paper'..eh Pak Lah 'still' PM lg?
Aiseh, aku ingatkan Anwar dh jd PM...kalo tak, 'sure' harga minyak dah turun..(berangan)

So, masing-masing ada 'view' tersendiri....Ada kata Anwar 'bluffing', ada kata Anwar tak nak ambik alih kuasa tergesa-gesa...kang jd 'chaos' ke ape..die nak amik alih 'smoothly'...
Hmm..entah lah..macam-macam laa...Political ni susah nak percaye sgt...
Anwar pun entah betul entah tidak dia dah ada 31 org ahli parlimen nak lompat parti..
BN pun dlm dok nafi-nafi kan pasal tu, apsal nak hantar 49 org ahli parlimen ke Taiwan?Dari situ rakyat blh terfikir, "Oh, maybe betul kata Anwar"...
Pada aku, mungkin Anwar ada 'plan' mende-mende ni...Mungkin die pun memang dah ada 'list' ahli parlimen yg nak lompat..Tapi silap die kot pi habaq awai-awai..So tau-tau je lah..tak kan BN nak tengok je..Mesti laa penuh dengan ugutan dan amaran keras...

Jadi tak perlu laa aku ulas panjang-panjang..Sebab dah ramai yg ulas psl ni..
Carik je laa..Berlambak-lambak blogs dan posts pasal mende ni..

Bace dan pikir lah sendiri..

Monday, September 15, 2008

16 sept....

Ada kebarangkalian ke akan terjadi perubahan kerajaan esok?
Mungkin...walaupun Pak Lah & co menafikannya, tp tindakan mereka kebelankangan ini menceritakan sebalik-nya...Kenapa perlu dihantar 49 ahli parlimen ke Taiwan utk mendalami teknologi pertanian di sana? Rasanya jiran kita, Thailand lebih hebat dlm bidang itu...
Dan kenapa perlu di hantar ahli parlimen?kenapa tidak di hantar Menteri Pertanian dan pegawai-pegawai-nya? Dan ada beberapa isu lagi yang terjadi, yang aku rasa malas untuk dikupas...dan tak reti untuk dikupas...
Maklum-lah...aku bukan ahli politik...
Mereka lagi handal bermain catur...
Apa-apa pun, tunggu sajalah esok...