Tuesday, January 6, 2009
Percubaan Kali Kedua
Untuk percubaan-melakar-potrait kali kedua, aku memilih untuk melakar wajah ini. Hmm dan aku terlintas untuk tidak memberitahu terlebih dahulu wajah siapa yang aku lakar-kan ini. Kira macam menguji pasaran lebih kurang. Atau dalam bahasa Turki-nya, 'test-market'. Pada perkiraan aku, jika ramai yang dapat meneka wajah siapa-kah gerangan-nya ini dengan tepat, mungkin aku sudah berjaya meningkat-kan sedikit kemahiran dalam bidang per-potraitan ini.
Harus di ingat, tujuan aku ini bukan-lah untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah. Adapun hanya-lah sekadar mengisi masa senggang ini sahaja. Kepada rakan-rakan di syarikat XXX, pasti kalian tahu masa terluang yang aku miliki ini. Mungkin selepas ini, jika ditakdir-kan kerja yang datang bergolek-golek, maka aku pasti sudah tidak mempunyai masa untuk menarik-narik tetikus ini lagi. Dan aku tahu ramai lagi di luar sana yang lebih berbakat daripada aku.
Jadi, aku memberi kebebasan untuk siapa-siapa yang singgah di nukilan ini untuk meneka wajah tatapan kali ini. Mungkin esok atau lusa aku akan memberi-kan jawapan-nya. Siapa yang dapat meneka dengan betul akan aku hadiah-kan kacang tanah cap Ngan Yin yang aku rembat dari lebihan majlis hari lahir budak-budak bulan Disember 'department' aku semalam. (Selagi stok masih ada).
Labels:
Masterpiece,
Poli-tik,
Sampah-an
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
kening yg berkerut dan hidung mcm gitu mcm tun..gambar dia kat kerusu yg dia paling ke belakang tu kan?
sila poskan hadiah saya yer..
huhu
Mantan PM, Tun Dr Mahathir...
Yoe: betul!! eheh
Ala yoe, takkan kacang tanah cap nyan yin jek..at least, kasi arr hadiah satu kotak kecil pizza cap domino ke, tak pun percutian ke pulau bali ker...erkkk
Che Det, Robert De Niro, Al Pacino, Hugo Chavez. Itu telahan aku.
Tp apsl kaler kelabu? Dua kali tgk mcm Stonehenge pun ada.
saspek r yo, lukis gambok pok sedara.. tabik jetak! nyete jap. haha!!
pemimpin terbaik mesia..TUN..xpun muka ko sdiri yoe.hahahaa
yg sy prasan..idung sume potret yg kmu lakarkn sume sepesen jeee..
hihi =p
label politik just gave it away la.. tak saspen langsung... hidung besar tu dr jauh pun org bole kenal. lebih kurang mcm zunar lukis muka dr mahathir ni jadik litar sepang. apa pun cubaan yg bagus. lukis la lagi. suke aku nak komen byk2. sementara ada masa nih. huhu.
oh oh.. muka dia ini macam pakcik sedare adik tiri mak mertua belah adik ipar dua pupu kakak angkat aku.
tapi kenape ade senget sket kat bwh tengkuk die
bile aku klik kat gamba tu.. kuar satu window.. kat tab tu terang2 da tulih mahathir2.JPG..
komfem aku pemenang kan? jawapan aku paling tepat.
Hahaha...terkantoi plak di situ. camane bleh lupa nak rename pic tuh...
Post a Comment