Perlahan-lahan kelopak mata ini aku buka-kan. Rasa pening masih berpinar di benak ini. Kelam dan gelita. Rasa lemas dan sesak hingga ke halkum. Aku cuba berdiri, tapi lemah. Terduduk semula di ruang entah di mana ini.
Nun di hujung sudut dunia, ku lihat cahaya halus seakan memanggil. Datang-lah ke mari. Akan ku bawa kamu ke pengakhiran terowong panjang ini. Terus-terusan bergema memanggil dan memujuk jiwa aku yang kosong ini. Aku menggagah-kan kaki untuk berdiri. Setapak demi setapak aku cuba melangkah dalam kepayahan. Cuba untuk mengejar cahaya halus itu.
Berkali-kali aku terjatuh. Usah di tanya tentang seribu satu calar-balar dan luka di kaki. Tidak mampu melangkah, kuheret kaki yang longlai ini. Masih lagi cuba mengejar cahaya yang semakin lama semakin jauh meninggal-kan jasad ini. Berlalu tanpa belas, tanpa peduli. Hanya bisikan-bisikan halus sang aurora melempar-kan seribu satu persoalan yang aku sendiri tidak mampu terjawab.
Aku terjatuh lagi. Terduduk. Aku sudah letih. Telah ku perah segala urat dan nadi berfungsi. Tapi mereka seakan sudah buntu tidak berdaya. Cahaya itu semakin jauh. Semakin mengecil. Semakin hilang.
Dan aku hanya mampu terduduk, diam memerhati.
7 comments:
erk. saya tak tau apa yang terjadi.
tabah ye?
ayuh senyum!
jgnnnnn!!!
jgn pegi ke arah cahaya!!..
errr...
mungkin itu NUR yg akan membawa perubahan pada diri..insya allah..gapai lah ia.genggam lah ia.mugkin cahaya itu ditakdirkan untukmu..
erm..ape ni?hehe..menyibuk saja saya ni.haha
ler.. bakpe susah2 kejar cahaya tu.. guna je la torch light.. mancis ke.. hahaha
Owhh hampir terlupe..
Hepy belated besday... yg ke 52 kan yoe? heeeee...
p/s: Mungkinkah cahaya itu merupakan perumpamaan usia mu '52' tahun yang lepas? Yang sudah hilang itu? erkkk...
selamat hari lahir!
aqila : baik! =)
noli : xpegi pun..dah jatuh.xlarat nak bangun dah
myName : x tergapai
darkness : lupe bwk mancis..camano?
afida : terima kaseh. err bab 52 tahun tu, sila perbetulkan ye..eheh
NHA : terima kaseh juga.
Post a Comment