Thursday, November 27, 2008

Abstrak


Usah di tanya apa yang aku lukis ini. Sebab aku pun tidak tahu. Cuma masa pada hari ini sangat perlahan aku rasa-kan. Aku menjadi lemau. Mengerti? Lemau seperti keropok-keropok keping dalam bekas kedap udara yang tidak di tutup rapat. Tiap kali aku mengerling jam di tangan aku, ku lihat seakan jarum-nya tidak berputar. Mustahil jam aku kehabisan bateri, kerana ia adalah jam tangan kinetik. Beli di bazar larut malam Cheras tu. Nama kota-nya, 'downtown'. Nama tak nak kalah.

Ini apa yang aku fikir-kan sewaktu lakaran ini dalam proses penyiapan. Jam tangan yang meliuk-lentuk itu aku gambar-kan sebagai diri aku yang lemau hari ini. Bukan lemau 'auww' itu ye. Sila buang karutan pada fikiran anda itu.

Lelaki tua itu pula simbol penantian aku menanti masa pulang dari kerja. Berjanggut aku menanti. Dan kura-kura itu sebagai penunjuk betapa perlahan-nya detik bergerak hari ini, hingga di buat perbandingan lebih perlahan daripada makhluk bercengkerang itu. Dan garis-garis belakang itu terhasil dari pergerakn di bawah sedar aku. Otak dan ginjal aku berfungsi tidak seiringan. Mungkin kerana proses perkumuhan aku hari ini tidak seperti jadual sepatut-nya.

Teman pejabat sebelah aku ini(baca : Muspa) mencadang-kan agar aku memberi tajuk lukisan ini sebagai abstrak dan menyuruh aku meminta siapa-siapa yang terbaca nukilan ini untuk memberi definisi mereka yang tersendiri. Oleh kerana beliau yang memberi cadangan, aku akan paksa beliau menjadi pengomen pertama untuk lukisan ini.

Mus, cepat beri definisi kau!

Wednesday, November 26, 2008

Saturday Nite Fever


Terima kaseh sekali lagi kepada Puan Maslina. Ini kali kedua seingat aku berterima kaseh kepada Puan Maslina kerana mengirimkan lakaran aku ini. Di harap-kan dengan ucapan terima kaseh ini dapat-lah di balas dengan membelanja aku mee goreng mamak di warta Bangi yang di canang-canangkan sangat sedap itu.

Aku tidak pasti kenapa aku lakar-kan mamat ini. Mungkin pada masa itu aku sedang mendengar lagu-lagu Elvis. Atau mungkin juga pada hari itu ada parti malam DJ di kampus aku. Serius aku sudah lupa bagaimana boleh terhasil lakaran ini.

Tidak mengapa-lah. Cukup untuk di jadikan koleksi aku. Walaupun tiada iras Elvis di sini.

Friday, November 21, 2008

Photo-Tag Oleh Cik Xaximie

Cik Xaximie dari Sarawak telah meng'tag' aku semalam. 'Photo-tag'. Aku pun tidak pernah tahu ada spesis tag seperti ini. Mengikut cik Xaximie lagi, antara peraturan-peraturan 'photo-tag' ini adalah :

1. Take a recent picture of yourself OR take a picture of yourself right now.

2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.

3. Post that picture with NO editing.

4. Post these instructions with your picture.

5. Tag people to do this.

Jadi, seperti yang cik Xaximie sendiri sedia maklum bahawa aku tidak memiliki kamera, malah jika ada sekalipun aku tidak mahu menaik-muat(upload) gambar aku di sini, maka aku di beri sedikit kelonggaran oleh cik Xaximie untuk melukis gambar aku, mengikut peraturan di atas.

1. Aku sudah lakar-kan diri aku sekarang. Di pejabat.

2. Aku tidak tukar baju. Lihat itu baju syarikat aku. Walaupun logo-nya agak merapu. (Hey, sukar untuk lakar-kan dengan ms-paint, ok?). Seluar hitam. Rambut tidak di usik.

3. Aku tidak mengubah apa-apa pada gambar ini. Objek warna kelabu di depan aku itu adalah papan kekunci. Sengaja aku warnakan kelabu untuk tidak mengelirukan cik Xaximie.

4. Sudah.

5. Cik Xaximie suruh aku tag orang lain pulak. Baik, aku tag orang-orang di bawah :
Mustafa ( Beliau ada telefon bimbit berkamera baru)
Saizul (Beliau ada kamera mahal yang aku tidak reti nak menyebut-nya)
Maslina (Aku tahu kamu juga memiliki kamera)
Miezi (Aku tidak pasti kamu ada kamera atau tidak, tapi aku selalu nampak wajah kamu menempel dalam gambar-gambar orang lain)
Hafeez (Aku mahu gambar kamu sekarang, bukan gambar Neo atau kaki kamu)
Magenta (Sebab aku tidak pernah lihat gambar kamu)
Saharil (Aku tidak berharap sangat kamu akan menaik-muat gambar kamu. Tapi kalau ada, aku kira satu bonus untuk aku)
Halimah (Aku mahu lihat gambar kamu di kota Singa)

Ramai betul aku tag. Maaf ye. Sila cari cik Xaximie. Sekian.

Wednesday, November 19, 2008

Jangan Di Benci Perpisahan Itu

Seringkali kita persalah-kan ‘perpisahan’ andai kita berada pada detik itu. Tidak-kah kita sedar bahawa ‘perpisahan’ hanya menjalan-kan lengkapan putaran kehidupan yang memang telah diciptakan berpasang-pasangan? Malam dan siang, hidup dan mati, jantan dan betina. Begitu juga ‘perpisahan’. Detik itu hanya-lah pelengkap kepada pasangan-nya, ‘pertemuan’. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah, bukan?

Namun, kenapa kita sering benci pada ‘perpisahan’? Bukan-kah kita sepatut-nya lebih benci pada ‘pertemuan’? Kalau kita tidak bertemu, maka tidak akan terjadi perpisahan. Secara logik-nya, sepatut-nya begitu. Tidak wajar kita membenci ‘perpisahan’. Kerana ‘perpisahan’ lah yang memberi kita kenangan. ‘Perpisahan’ juga mengajar kita erti suatu penghargaan. Sudah menjadi kebiasaan kebanyak-kan homo-sapiens, mereka lebih menghargai sesuatu apabila ia telah tiada. Apabila mereka sudah merasa kehilangan. Tatkala itu-lah seribu macam rasa penghargaan dan mungkin juga kekesalan akan membadai tiba.

Lantas, apa makna-nya ‘pertemuan’ kepada kita? Apa perlu-nya kita bertemu andai tidak mahu berpisah? Lebih baik duduk di rumah, kunci-kan pintu, tonton televisyen sambil makan kacang sampai mati. Lebih mudah begitu, bukan? Tidak perlu bertemu sesiapa dan tidak perlu menangisi perpisahan. Namun apa erti-nya kehidupan jika itu yang kita pilih. Tiada makna.

Kehidupan yang hambar dan membosankan. Kenapa perlu melawan fitrah kehidupan? Kehidupan yang sebegitu hanya mengundang kepada kesunyian. Bukan-kah kesunyian itu membingit-kan? Kita mungkin tiada di alam ini jika tidak ada ‘pertemuan’ kedua orang tua kita. Merasa tiap hembus udara yang dicipta-kan percuma, mendengar kicauan burung dan menatap indah kerdipan kejora.

‘Pertemuan’ itu akan mengajar kita erti persahabatan. Kita akan lebih mengenali siapa mereka dan siapa kita. ‘Pertemuan’ juga akan mengajar kita erti kaseh dan sayang. Kita tidak akan bersama dengan si dia andai tidak bertemu. Kita tidak akan kenal akan si dia andai tidak ketemu. Usah di khuatiri tentang ‘perpisahan’ itu. Kerana ia pasti datang. Tidak cepat, lambat. Ia pasti tiba. Betapa berharga nya dia, betapa kaseh-nya kita pada dia, Izrail akan datang memisah-kan kita pada pengakhirannya. Kurung-lah dia dalam almari, sorok-lah dia dalam peti besi. Ikat-lah dengan rantai besi, andai tiba detik ‘perpisahan’, ia pasti terjadi.

Bertenang-lah. Kerana kita tidak tahu siapa yang akan kita ketemu esok. Kerana esok masih di alam ghaib. Malah kita tidak tahu ada atau tidak ‘pertemuan’ dengan hari esok. Nikmati-lah hidup ini perlahan-lahan. Jangan-lah membenci ‘pertemuan’, kerana ia akan sentiasa membawa kita ke dalam episod baru kehidupan. Jangan juga di benci ‘perpisahan’ itu. Kerana ia akan membawa kepada ‘pertemuan’ yang baru. Saat kita berpisah dengan alam ini, bukan-kah ia satu detik baru ‘pertemuan’ dengan alam barzah sebelum ‘berpisah’ lagi dan ‘bertemu’ dengan alam hakiki?

Berputar-lah dengan roda kehidupan itu. Kerana kita tidak bisa keluar dari putaran-nya. Tiada siapa tahu rahsia ‘pertemuan’ dan ‘perpisahan’. Detik bila dan sebab-nya. Kita hanya pelakon. Yang mana skrip-nya dari pengarah yang di atas sana.

Tuesday, November 18, 2008

The Joseph Cycle

Hujung minggu lalu aku ke Rawang. Merajinkan diri ke sana supaya tidak di cop anak saudara yang lupa daratan. Al-maklum lah, di kala bergelar siswa dulu, waktu-waktu poket sedang tenat, pada mereka lah aku menumpang kaseh. Walaupun tidak keluar secara terus dari mulut aku waktu itu tentang keadaan poket dan ekonomi aku kala itu, tapi mereka faham. Justeru adalah tidak wajar setelah aku berkerjaya dan poket pun sudah sedikit selesa (walaupun kadang-kala sering batuk-batuk) aku tidak menjenguk mereka.

Bercakap tentang poket dan ekonomi, Pak Long aku ada menunjukkan padaku sebuah buku yang aku kira agak menarik untuk di baca. Buku tulisan Simon Sim, bertajuk 'The Joseph Cycle'. Terus-terang, aku tidak-lah berminat sangat tentang ekonomi. Namun, buku ini sedikit sebanyak mengubah situasi tersebut.




'The Joseph Cycle' adalah teori dan fakta ekonomi berdasarkan pemerhatian dan kajian penulis bermula tahun 1929 lagi. Apa yang lebih menarik, Simon Sim turut mengaitkan keadaan ekonomi dunia berdasar-kan surah Yusuf di dalam Al-Quran atau Joseph dalam kitab Injil. Sebagaimana dalam surah Yusuf, firaun telah bermimpi sesuatu yang pelik selama 2 malam berturut-turut. Pada malam pertama, firaun bermimpi 7 ekor lembu gemuk di makan oleh 7 ekor lembu kurus. Pada malam kedua pula, si firaun telah bermimpi 7 tangkai penuh berisi gandum dan 7 tangkai gandum yang kering, tidak berisi.

Lantas di suruh Nabi Yusuf terjemahkan. Sebagaimana kita sedia maklum, Nabi Yusuf memiliki mukjizat dalam menafsir mimpi. Yusuf menyuruh mereka menyimpan bekalan yang mencukupi untuk menghadapai musim kemarau selama 7 tahun. Dari situ timbul teori atau kitaran ekonomi di mana 7 tahun akan berada dalam kekayaan manakala 7 tahun berikut-nya berada dalam kerugian atau kegawatan. Dan kitaran ini telah di buktikan oleh Simon melalui graf kitaran ekonomi dunia(Amerika sebenar-nya) bermula dari tahun 1929 lagi. Dari graf itu, memang terbukti 7 tahun pertama ekonomi Amerika akan naik, diikuti oleh kegawatan pada 7 tahun berikut-nya. Kitaran ini berulang-ulang tanpa gagal. Dan kitaran atau tahun ini berbeza antara satu negara dan negara yang lain. Tapi 'pattern' nya sama.

Aku tidak bermaksud untuk menjadi seorang perumus sesebuah buku. Tapi bagi aku, buku ini sangat menarik. Maaf, aku tidak dapat menerangkan dengan lebih terperinci lagi kerana aku pun belum habis membaca buku tersebut. Sekadar berkongsi.

Waktu buku ini di terbit-kan, tahun 2004, Simon meramalkan ekonomi Amerika akan melaui 7 tahun kegawatan bermula tahun 2008 hingga 2015. secara lebih tepat kegawatan itu bermula selepas Sukan Olimpik Beijing. Dan sekarang kita boleh nilai-kan sendiri benar atau tidak teori dan kitaran itu. Cari dan google-lah tentang buku atau surah Yusuf ini. Menarik untuk di fikirkan.

Sunday, November 16, 2008

Killed By Java



Pertama sekali, aku nak ucap-kan terima kaseh kepada Puan Maslina, si bakal ibu kerana sudi mengirim-kan email yang berlampirkan lukisan aku ini. Aku tidak menyangka Puan masih menyimpan lukisan aku sewaktu di India dahulu. Dapat aku 'publish' kan di nukilan ini untuk di jadikan koleksi aku.

Lukisan yang aku lakar-kan sewaktu aku memang bingung dalam kelas Java. Kepada sesiapa yang mungkin terbaca nukilan ini dan tidak tahu apa itu Java, ia adalah sejenis bahasa pengaturcaraan yang semakin meluas di gunakan. Baik untuk aplikasi sistem seperti perbankan atau insuran dan juga untuk aplikasi di dalam telefon bimbit. Bukan orang Jawa yang mencipta bahasa pengaturcaraan ini. Orang putih, bernama James Gosling. Dan nama Java itu di ambil daripada nama biji kopi. Untuk lebih lanjut, sila tanya James Gosling sendiri. Maaf, aku tiada nombor telefon beliau.

Memerlu-kan mereka yang mempunyai logik akal yang tinggi untuk menguasai bahasa ini.Namun logik akal aku tidak menentu. Kadang-kala ia bagus, kadang-kala tidak. Tapi selalu-nya tidak. Mungkin otak aku lebih banyak memikir-kan apa yang hendak di lakukan selepas kelas, sukan apa yang hendak aku main-kan nanti atau makanan apa untuk santapan makan malam nanti. Tapi serius, aku rasa seperti di bunuh perlahan-lahan sewaktu cuba menguasai bahasa ini. Memening-kan otak serta mengecilkan seluruh urat nadi aku. Darah terasa tersekat dan menyukar-kan oksigen untuk di hantar ke otak dan ruang-ruang badan-ku yang lain. Menyebab-kan tubuh aku kadang-kala kejang dan kaku seperti terkena kejutan eletrik.

Namun, aku akui gemarkan Java. Walaupun ia cuba membunuh aku dan tidak membenar-kan aku menguasai-nya, aku tidak akan mengalah. Seperti sambal belacan, walaupun pedas, tapi enak di makan. Dan aku yakin aku dapat menjinakkan benda alah ini suatu hari nanti. Mana bisa mungkin aku lontar-kan jauh cinta yang telah aku semai selama ini. Bermula dari tahun tiga lagi di universiti. Aku yakin satu hari nanti ia akan datang pada-ku. Sekeras-keras kerak nasik, lama-lama nanti terkena air, akan lembut juga.

Thursday, November 13, 2008

Blues


'Aku Dan Sesuatu' - Karya Aie

Aku rasa bagi penggemar karya Aie, pasti sudah biasa dengan gambar di atas, bukan? Itu antara karya beliau yang menjadi satu 'fenomena' suatu ketika dulu di kalangan remaja dan penggemar kartun. ( Kalaupun tidak semua ). Aku dulu pun memang suka baca karya beliau. Sebenar-nya, bukan beliau seorang saja-lah, sebab aku memang penggemar kartun. Tidak dapat di nafikan hasil lukisan beliau memang hebat.

Tapi yang aku nak tulis-kan di sini bukan lah tentang lukisan beliau, atau pun menceritakan semula karya-karya beliau yang bertajuk 'Blues Untuk Aku' atau 'Aku Dan Sesuatu' itu. Aku nak persoal-kan beberapa perkara tentang 'blues'. Ok, sebelum tu aku nak tahu apa maksud 'blues' tu sebenar-nya. Kalau mengikut dictionary.com, 'blues' di definasikan sebagai 'depressed spirit', 'despondency' atau 'melancholy'. Aku menghadapi sedikit kesukaran di sini untuk menerangkan dalam Bahasa Melayu. Tapi secara kasar-nya, perasaan 'syahdu' lah.

Sebagai contoh, aku tidak dapat pulang beraya pada tahun ini. Lantas, pada pagi 1 Syawal tu, aku terkenang kampung halaman dan keluarga. Di tambah pula dengan alunan takbir raya. Membuat-kan aku rasa sungguh syahdu. Perasaan aku ketika itu boleh-lah di kategori-kan sebagai 'blues'. Ini mengikut pemahaman aku-lah.

'Blues Untuk Aku' - Satu lagi karya Aie

Berdasar-kan karya-karya Aie, (sebab beliau-lah pengasas benda-benda blues nih) memang situasi cerita-nya hanya berkisar kepada perasaan-perasaan seperti itu. Bagaimana si hero tu terjebak dalam masalah rumahtangga si perempuan cun+ayu ni. Si perempuan ni pulak dah mula bergantung harap pada si hero. Si hero serba salah. Terus 'blues'. Atau pun si hero jumpa perempuan kat 'bus stop'. Perempuan yang memang selama ini di cari dan di damba-kan. Masing-masing suka sama suka, tapi tidak di luah-kan. Si perempuan ini pun ada masalah dengan keluarga, menyebab-kan dia takut untuk terima si hero ni. Abang si hero ni pun ada masalah di tempat kerja. Terus 'blues'.

Dan satu perkara yang aku perasan, dalam cerita-cerita 'blues' ni, si hero mesti tampan dan berambut panjang. Bekerja sebagai 'freelance', bujang, seorang yang 'cool' dan taat pada si ibu. Anak derhaka tak boleh nak 'blues'. Biasa-nya si hero ni memang tak pernah ada kekasih. Mesti juga di selit-kan nukilan-nukilan atau luahan hati dalam setiap cerita. Gambar jam berputar atau burung kelicap tengah terbang, itu antara fenomena biasa.

Aku bukan-lah hendak menghentam Aie, sebab aku dulu pun memang suka dengan lukisan beliau. Walaupun cerita-nya agak meleret dan melankolik, tapi aku tetap beli. Sebab aku suka-kan lukisan beliau. Menarik, cantik dan kemas. Lepas tu, sanggup duduk berjam-jam tiru lukisan beliau. Walaupun tak jadi. Hampeh! Cuma di sini aku sekadar nak persoal-kan beberapa perkara yang bagi aku agak 'klise' atau stereotaip bagi cerita-cerita 'blues' ni. Yang membuat-kan aku sekarang tersenyum sendirian bila teringat balik benda-benda ni.

Seorang lagi kartunis yang aku boleh kategorikan karya beliau ada kena mengena dengan 'blues' adalah Ujang. Karya-karya beliau seperti 'Aku Budak Minang' dan 'Aca' kalau di perhatikan memang ada unsur-unsur 'blues'. Tentang bagaimana dilema anak kampung dalam mengharungi permasalahan kehidupan dan mencari-cari identiti diri. Mungkin pada tahun 80-an istilah 'blues' ni masih belum popular jadi orang tidak perasan. Tapi 'blues' beliau agak keras, 'straight forward' dan tidak bermelankolik.

Dan aku sendiri terikut dengan cara si Ujang. Mencari pengalaman di jalanan, di luar kelas, di luar sistem pendidikan formal. Yang kadang-kala membawa bersama hukuman-hukuman keras dan risiko-risiko lain. Biasa-lah zaman remaja dulu, mudah terikut. Ingin mencuba segala. Tak kan sepanjang masa nak ikut peraturan dan membaca buku pelajaran. Bosan betul. Jadi aku pun tarik-tariklah tetikus aku sekejap, lakarkan wajah hero 'blues' versi rekaan aku. Macam biasa, menggunakan 'paint'.

Dah siap pun. Hahaha..Enjoy!