Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan

Ramadhan datang lagi..(kenapa aku rasa ayat ini seperti dalam iklan Tora?)

Okey, baca dengan nada serius.

Ya, Ramadhan datang lagi. Jujur-nya seperti manusia lain, aku mengharap-kan sesuatu pada Ramadhan kali ini. Tiada yang lebih agung dalam hidup ini selain keampunan daripada Sang Pencipta.

Keampunan, keberkatan dan ketenangan.

Penghapus dosa yang sekian lama membaluti jiwa dan tubuh ini. Apa-kah bisa di ampunkan? Apakah bisa dibersihkan? Dosa-dosa selama ini yang sering membuat-kan hati ini rendah dan malu pada-Nya. Malu untuk berdoa, malu untuk meminta.

Tetapi, jujur dan jauh di sudut hati, aku pohon-kan keampunan dan peluang untuk diri ini.

Itu sahaja. Benar, itu sahaja harapan aku pada Ramadhan kali ini.

Ampunkan aku, ya Allah.

Wednesday, April 7, 2010

Masak Laa Aku Nak Bangun Pergi Kerja Pagi Ni Nanti...

Apa lagi aku nak cerita pasal mamat ni? Apa lagi? Aku tak pernah tulis pasal individu, apatah lagi biografi, biodata atau biologi. Tapi mamat ni memang di puncak sekarang. Salah seorang pemain yang boleh membuat-kan aku berjaga malam selepas Zidane dan Ronaldinho.

Dan malam ni memang tak rugi aku bangun tengok dia main. Tak payah nak letak mancis kat celah kelopak mata nak tengok sampai habis perlawanan tadi.

Huru hara pertahanan Arsenal di buat-nya. Dia sorang sumbat empat bijik. Makan nestum ke ape kecik-kecik dulu nih? Apa-apa pun, aku memang tabik-lah. Maaf-lah kat peminat Arsenal. Suka atau tidak, kena akui la mamat ni tengah bermaharajalela sekarang.

(Gempak kan Maharajalela? Orang ambil nama dia jadi-kan perkataan)

Thursday, April 1, 2010

Aku, Blog dan Kain Pelikat

Aku mula menulis blog sekitar September 2008. Aku menulis kerana desakan perasaan kebosanan yang teramat tinggi di pejabat waktu itu. Tiada kerja, tapi wajib datang ke pejabat. Memang betul-betul gaji buta-lah.

Walaupun begitu, aku sudah membaca blog sekitar, aku lupa sekitar bila. Tapi sekitar dua atau tiga tahun sebelum itu-lah. Dan aku jarang meninggal-kan komentar pada blog-blog yang aku singgah. Aku tidak tahu mengapa. Ada banyak blog yang aku gemar baca. Jangan fikir aku hanya baca blog yang aku link-kan di tepi belah kanan laman aku sahaja. Banyak lagi sebenar-nya. Blog rakan-rakan, boleh dikatakan kesemua-nya aku baca setiap nukilan terbaru mereka.

Sama-lah juga dengan blog kereta si Paul Tan, blog Faisal Tehrani, Neem dan lain-lain. Sekadar menyebut beberapa nama. Masak aku kalau mahu senarai-kan semua. Sampai subuh belum tentu habis. Tapi seperti yang aku nyata-kan tadi, aku jarang meninggal-kan komentar. Tak tahu kenapa. Barangkali kerana aku bukan jenis yang suka komen tentang orang, tulisan mereka, diri mereka atau apa-apa saja berkaitan mereka. Bukan-nya tidak komen langsung, tapi jarang.

Di pejabat, banyak gossip yang aku tahu. Kadang-kadang datang seorang staff mahu bercerita sesuatu yang dia fikir-kan 'hot' dan 'latest' la konon-konon. Tapi aku sudah tahu. Dialog-dialog tipikal yang aku akan dengar -

"Eh, kau dah tahu rupanya? Mana kau tahu?"
atau
"Banyak cerita yang kau tahu rupa-nya kan, tapi kau buat diam je. Siot ah!".

Aku kurang pasti kenapa mereka suka datang ke tempat aku dan bercerita itu ini. Walhal aku kadang-kadang bukan-nya bagi sebarang respon sangat pon. Aku sekadar layan-kan aje. Dan cerita itu habis di situ. Hingga-lah datang orang lain pula bercerita.

Tujuan aku menulis nukilan ini, sebenar-nya kerana ada orang yang pinta aku meninggal-kan komentar di blog-nya. Bukan aku tidak mahu, tapi bila aku baca nukilan terbaru-nya, aku tidak tahu apa yang hendak di tulis. Mungkin aku boleh menjadi seorang pembaca atau pendengar yang setia sahaja..kot?

Jadi kepada yang berkenaan, usah berkecil hati. Tiada atau kurang komentar aku pada laman kamu, tidak bermakna aku tidak membaca hasil tulisan kamu. Tapi mungkin ada orang lain yang lebih sesuai untuk memberi komentar. Aku akan meninggal-kan komentar bila aku rasa perlu. Tidak perlu di suruh atau dipinta, mengerti?

Kain pelikat? Oh ya. Tiada kaitan dengan nukilan ini. Saja aku letak sebagai tajuk nak bagi nampak panjang sikit. Lagipun aku menulis nukilan ini dengan hanya berkain pelikat. Malam-malam ni, pakai kain je. Bagi angin masuk sikit. Baru nyaman.

Hah, dah baca tu, tulis la komen! Selamat malam!

Tuesday, March 30, 2010

Pengalaman Pukul Orang

Hari terakhir di kolej matrikulasi. Budak-budak rumah aku semua dah balik. Tinggal aku seorang tengah lepak, kemas barang. Tak payah nak 'rush-rush'. Rumah aku dekat je. Jalan kaki seploh minit dah sampai.

Tengah-tengah layan blues kemas barang, datang Kumbing, member aku dari asrama lain. Dengan muka cemas campur 'excited' mengajak aku ke asrama MLVK. Kolej matrikulasi aku waktu itu adalah kolej swasta. Jadi kami bercampur dengan budak-budak yang mengikuti kursus MLVK. Sekolah tadika pun ada dalam kolej aku.

Asrama aku hanya berhadapan dengan asrama MLVK. Jalan kaki tak sempat nak nyala-kan sebatang rokok pun. Setiba-nya aku di asrama MLVK, kedengaran bunyi suara riuh-rendah. Ape jadah pulak nih? Ada pesta buih ke? Fikir aku sendirian.

Rupa-rupanya aku silap. Aku kira ada hampir 20 orang member-member matrik yang belum pulang sedang berkumpul. Mengelilingi seorang mamat MLVK. Ada jugak terdengar bunyi sedas dua tumbukan dan sepak terajang. Riki punya riki aku pun tahu-lah cerita sebenar. Mamat ni kantoi mencurik rupa-nya.

Penuh barang-barang curian dalam loker. Kira yang belasah mamat tu tuan punya barang yang kena curik tu la. Pakat-pakat lepas geram. Mentang-mentang la 'last day', semua dah tak peduli. Bukan nak kena gantung, buang kolej ke ape. Belasah la cukup-cukup.

Aku?

Aku tak suka pukul-pukul orang ni. Tak baik. Kesian beliau. Dah la sorang-sorang je. Member-member asrama beliau semua dok tepi, tengok je. Takleh buat apa. Aku nampak dua tiga titik air mata dah menetes dari kelopak mata mamat tu. Kesian sungguh. Tapi padan muka jugak la. Siapa suruh gatal tangan mencurik? Kantoi pulak tu.

Tapi emosi kesianan aku tiba-tiba hilang tatkala aku ternampak walkman, poster nirvana dan koleksi kaset-kaset aku dalam loker beliau. Zaman tu mana ada ipod dengan mp3 lagi. Semua layan walkman je. Semua pakat kumpul kaset.

Aku memang sayang gila kat kaset-kaset dengan poster nirvana tu. Aku memang ingat aku carik bagai nak mati poster tu. Rupa-nya lahanat ni yang ambik. Memang bedebah betul la. Aku dah tak sedar apa waktu tu. Sedar-sedar je penumbuk aku hinggap kat pipi mamat tu. Hati tengah panas, ramai pulak yang membakar kat belakang. Apa lagi, aku bagi pulak tendangan ala capoeira kat mamat tu. Tepat kena dada. Muntah darah mamat tu. Siap keluar tulang ikan.

Ok. Aku tipu. Tak keluar darah pun. Tulang ikan pun tak keluar. Saja nak bagi nampak efek tendangan tu macam padu la. Ala-ala Baja Hitam gitu.

Memang teruk jugak la mamat tu kena tibai. Aku buat 'calculation', kalau purata seorang bagi 2 das, kalo 20 orang dah 40 das mamat tu kena. Tapi nasib baik la kitorang masih boleh berfikir dengan waras lagi. Tempat-tempat sensitif yang boleh mendatangkan kecederaan serius seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, rusuk, testikel, halkum dan ketiak kitorang tak sentuh. Kang koma, mati ke apa, jadik kes polis naya je. Tak dapat pulak karang nak menjejakkan kaki ke menara gading. Bagi sekadar secukup rasa je. Kasik ajar sikit. Tapi kira nasib baik la kitorang tak report kat polis atau 'management' kolej. Kalau tak, gelap la masa depan mamat tu.

Camni la gaya tendangan capoeira tanpa bayang aku bagi kat mamat tu.


Dua hari selepas hari kejadian. Aku kat rumah. Baru lepas mandi nak bersiap keluar pekan. Carik baju 'favorite' aku, tapi tak jumpa. Merata aku carik baju cap Levi's yang ku beli kat 'bundle', tapi tak jumpa. Memang sah, mamat hari tu yang tibai. Tapi barangkali kami tak perasan masa dok sibuk belasah dia. Aku 'roger' dua orang budak kampung aku. Ajak masuk kolej, carik mamat MLVK tu.

Dengan gaya ala-yakuza kami bertiga berdiri depan pagar kolej. Hati tengah mendidih, kepala tengah berasap. Dalam kepala memang takde pikir lain dah. Memang nak belasah mamat tu je. Siapa-siapa yang halang, semua kena. Akan aku amuk satu kolej ini!

"Assalamualaikum, pakcik. Nak masuk jap. Jumpa kawan," ujar-ku penuh sopan kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Nak amuk pun, salam kena bagi.

Aku masuk asrama MLVK. Jumpa mamat tu. Menggigil-gigil mamat tu, tak ngaku dia yang curik baju aku. Member aku lagi dua orang tengah menggeledah almari beliau. Habis bersepah. Rasa macam ah long pun ada. Cuma tak bawak cat merah je.

Barang bukti tak ditemui dalam almari suspek. Kitorang memang bengang. Aku bagi jugak sedas penumbuk kat dagu mamat tu. Nak pukul lebih-lebih, takleh. Tak jumpa barang. Takda bukti. 'Last-last', kami blah macam tu je lah, walaupun rasa tak puas hati dan marah masih membara di dada. Member aku sempat jugak la jentik telinga mamat tu.

Aku terus pulang ke rumah. Menghampiri pagar rumah, dari kejauhan aku lihat mak aku sedang sibuk menjemur kain. Dan dari kejauhan jugak aku nampak baju Levi's 'favorite' aku tersidai kebasahan di ampaian.

Friday, January 8, 2010

Beri Chenta Itu Waktu


Saat datang mendung itu, terasa datang bersama angin kecewa dan hampa. Tapi jangan sesekali biarkan ia terus membaluti jiwa mu, hati mu. Kerana segala apa yang di ucap-kan bukan terbit langsung dari minda kita. Hanya permainan emosi dan di marak-kan oleh hembusan bisikan syaitan.

Hidup memang tidak pernah adil kepada kita. Kerana itu ia dipanggil kehidupan. Di sini bukan syurga. Di sini bukan tempat untuk kita mengharap-kan kesempurnaan. Kerana tiada apa yang sempurna di sini. Tapi di sini kita bisa lihat di mana diri kita.

Secekal mana hati ini. Sekuat mana jiwa ini. Seteguh mana tali ini.

Jangan biar-kan jasad kita hanyut di bawa arus sengsara itu. Jangan. Kelak roh akan mencari dan mempersalah-kan kamu. Chenta bukan alasan untuk minta difahami. Tetapi chenta adalah untuk kamu memahami.

Beri ruang dan waktu untuk bebas bergerak. Kerana untuk memahami chenta bukan hanya sekadar satu malam. Bukan juga sekadar sepurnama. Kadang-kala bertahun lama-nya. Kadang-kala juga hingga mati, masih tidak memahami erti chenta.

Sekurang-kurang nya bersyukur-lah jika kamu telah berusaha untuk memahami-nya. Kerana tidak ramai yang cuba untuk memahami. Ramai yang hanya minta di fahami.

Tidak salah. Aku tidak pernah bilang salah untuk di fahami, wahai chenta.

Jangan dipaksa bahagia itu datang. Ia tidak akan datang. Tapi bina-lah bahagia itu. Jangan di tutup minda kamu untuk ke jalan bahagia itu. Kerana hanya minda dan hati yang terbuka sahaja mampu melihat jalan itu.

Dengar, lihat dan teliti apa yang aku tutur-kan.
Aku bercakap bahasa kamu, bahasa ibunda kamu, bahasa yang kamu mampu mengerti.
Buang rasa rendah diri dan sekatan minda itu.

Kamu damba-kan masa dan waktu untuk berubah.
Dia perlu-kan masa dan waktu untuk fahami chenta.

Nyata di sini masa adalah watak utama. Aku bilang, "masa', bukan "Musa". Mengerti?

Jangan-lah mengharap-kan kesempurnaan. Kerana tiada siapa antara kita yang sempurna. Biar-kan saja masa dan waktu berbicara untuk kita.
Biar-kan saja masa dan waktu menentukan-nya.

Harapan sentiasa ada. Tinggal untuk kita untuk terus menyala-kan nya atau memadam-kan nya. Memadam-kan harapan sama seperti kita berputus asa dengan Tuhan. Harap-nya kewarasan masih milik kita.

Monday, January 4, 2010

Wakil Sekolah Part III

Sekolah aku letak-nya dalam daerah Kinta. Untuk pertandingan hoki peringkat daerah, Kinta dibahagikan kepada dua. Kinta 1 dan Kinta 2. Daerah Kinta 1 mengandungi beberapa sekolah antara-nya Sekolah Anderson. Sekolah ni jangan cakap-lah. Antara kuasa utama hoki. Bukan setakat di Perak sahaja, bahkan di Malaysia. Andai kurang percaya, sila bertanya kepada Encik Google. Mujur sekolah aku di zon-kan dalam Kinta 2. Budak-budak yang masuk Sekolah Anderson ni rata-rata memang dah main hoki dari kecik. Ada yang pernah wakil daerah atau negeri masa sekolah rendah. Sekolah projek hoki-lah katakan. Dibanding-kan dengan pemain sekolah aku, semasa di Tingkatan 1, baru 'first time' sentuh kayu hoki. Tu pun ada yang tertukar dengan sabit rumput.

Aku sendiri kurang pasti kenapa perlu dibahagi kepada 2 bahagian. Kerana setahu aku, sekolah dalam daerah Kinta yang bertanding hoki, bukan-nya banyak sangat pon. Aku syak mungkin nak bagi peluang sekolah aku menang dan mewakili daerah. Hmm politik dan sukan memang sukar dipisah-kan.

Secara tradisi-nya, sekolah aku memang kuasa besar dalam daerah Kinta 2. Beberapa kali juga kami menang peringkat daerah. Paling cicir pon, nombor empat, 'sure' dalam tangan-lah! Kerana Kinta 2 hanya ditandingi oleh 4 sekolah; Sekolah Izzudin, Sekolah Sultan Yusuf dan Sekolah St Michael.

Ada dalam satu tahun tu, aku ingat-ingat lupa dah tahun bila. 10000 BC kot. Macam biasa, kami menang peringkat Kinta 2. Yang best-nya, bila menang daerah, satu team boleh wakil daerah. Kira kalau engkau pemain simpanan, yang tak pernah main sekali-pun, buta-buta je dapat wakil daerah. Best-kan? Jadi dengan gaya berlagak wakil daerah kami pun ke Stadium Azlan Shah untuk pertandingan peringkat negeri. Selaku pemain daerah, sebelum 'game', kena taruk gel banyak-banyak kat rambut. Walaupun aku tahu tak ada orang nampak, sebab aku main pakai helmet. Tapi aku tak kesah.

Peringkat negeri, di mana wakil-wakil setiap daerah dari seluruh Perak datang berkumpul di Stadium Azlan Shah. Sekolah-sekolah yang tak pernah main atas 'turf' pon wajib datang. Aku tak ingat daerah mana yang satu kumpulan dengan kami. Yang penting, bukan dengan Anderson(Kinta 1). Dengan semangat kesukanan yang tinggi, kami bermain bermati-matian. Sebelum ini, kami tidak pernah melepasi peringkat kumpulan. Namun, kami bertekad untuk mencuba yang terbaik, memahat sejarah mencipta tamadun untuk melepasi peringkat kumpulan seterus-nya ke final.

Dan, kami berjaya. Kami dapat tempat kedua peringkat kumpulan, layak ke peringkat separuh akhir. Air mata kegembiraan bergenang di kelopak mata kami, meraikan detik bersejarah itu. Impian kami ke final semakin jelas. (Untuk kesan yang lebih mendalam, sila baca sambil mendengar lagu 'We Are The Champion')

Undian separuh akhir, kami akan bertemu juara kumpulan satu lagi. Sekolah mana lagi, kalau bukan Anderson. Kami meneliti kembali keputusan perlawanan sepanjang peringkat kumpulan. Kami menang 1-0, 2-1 dan seri 2-2. Dilihat pula keputusan yang dicatat-kan oleh Anderson pada peringkat kumpulan, mereka menang ketiga-tiga perlawanan dengan jaringan: 25-0, 12-0, 16-0. Sumpah aku tak tipu. Kalau tak caya, tanya la budak-budak hoki yang sekolah kat Perak. Mesti diorang pon menyampah kat Anderson nih.

Namun, aku yakin dengan jurulatih kami. Beliau biasa-nya penuh dengan idea dan strategi. Kami yakin strategi-strategi beliau mampu menewas-kan Anderson. Kami berlatih dengan gigih dan penuh keazaman. Di mata kami, terbayang saat paling hebat bakal di catat-kan dalam lipatan sejarah hoki negeri Perak. Di mana pasukan gergasi akan tumbang di tangan pasukan bawah anjing(under-dog).

Hari perlawanan. Angin petang itu agak-agak nyaman. Stadium mula dipenuhi pelajar-pelajar kedua-dua sekolah yang dipaksa hadir memberi sokongan. Pemain sekolah aku masing-masing sudah berkobar-kobar untuk menghadapi Anderson, hanya menunggu rencana terakhir daripada jurulatih kami. Dan, aku terkedu saat jurulatih memberitahu strategi kami pada petang itu.

"Petang ni, kita main untuk mengurang-kan jumlah gol. Itu sahaja,"

Sebaik semboyan di bunyi-kan, kami menyerang habis-habisan. Tapi hanya dua kali bola melepasi garisan tengah padang. Pertembungan sengit yang dijangka-kan memang benar-benar berlaku! Segala keringat telah diperah, kudrat dituntut, maruah dipertaruh-kan. Kami tidak rela diperlekeh dan diperkotak-katik-kan. Biar putih tulang, jangan putih mata. Genggam bara biar sampai jadi abu. Ibarat melepas-kan anjing tersepit. Dan segala macam peribahasa bermain-main di minda kami tika itu.

Setelah berjuang bermati-matian, mengerah segala keringat, namun kami terpaksa akur. Mereka lebih hebat. Tapi sekurang-kurang nya kami telah berusaha, dan hanya nasib sahaja tidak menyebelahi kami. Dalam perlawanan yang sengit dan mendebar-kan itu, kami tewas tipis 9-0. Namun, kami tetap berbangga. Kerana jersi pasukan sekolah kami lebih mahal daripada jersi pasukan Anderson. Jersi sekolah kami 'brand' Adidas. Kami cop nombor jersi di Kompleks Yik Foong. Bukan seperti mereka, jersi cap 'cobra'. Tak glemer sungguh!

Motto sekolah aku - 'Biar kalah asal bergaya'


Suasana semasa perlawanan. (Klik untuk besar-kan imej)

Monday, November 16, 2009

Wakil Sekolah Part II

Menginjak naik ke tingkatan dua, bermakna berpindah ke bangunan asrama baru. Jika sebelum ini kami hanya bermukim sesama kami, kali ini kami berpecah mengikut asrama rumah masing-masing. Mula bercampur bersama para senior di bawah satu bumbung. Buli? Andai tidak tahu erti perkataan ini, usah tinggal di asrama. Saat ini lah buli dan sepak terajang menjadi mainan. Hanya yang benar-benar cekal hati-nya bisa menerus-kan kehidupan di sini. Usah bicara tentang perjuangan jika gentar pada kezaliman. Cewah, macam ayat Anwar Ibrahim pula!

Aku ditempatkan di blok asrama paling jauh dari blok akademik. Nun, sayup mata memandang. Kira-nya jika aku tertinggal buku atau barang sewaktu tiba dikelas, harapan untuk aku patah kembali ke bilik dan mengambil-nya memang tidak ada. Jika aku patah kembali ke asrama, memang dua ratus peratus aku tidak akan kembali ke kelas. Begitu-lah konsikuens-nya.

Jadi, dek kerana asrama aku yang begitu menghujung dan jauh, jauh dari gelanggang bola keranjang, dewan badminton, padang bola dan segalanya. Hanya ada satu padang yang betul-betul hampir dengan asrama aku - padang hoki. Ya, padang hoki. Hanya bersebelahan asrama aku. Justeru, aku memilih menyertai pasukan hoki.

Dalam misi aku untuk mencapai matlamat mewakili sekolah, aku perlu bijak memilih posisi. Jadi aku telah memilih posisi sebagai penjaga gol. Tiada siapa yang sanggup menjadi penjaga gol hoki. Waktu itu, untuk pasukan bawah 15 tahun, hanya ada seorang penjaga gol hoki. Budak tingkatan tiga. Setelah menjalani latihan lebih kurang, agak-agak sudah reti memakai kelengkapan penjaga gol hoki yang iras-iras robocop itu, aku diserap masuk ke pasukan hoki bawah 15 tahun sekolah. Mudah bukan? Di kala rakan-rakan sebaya aku terpaksa bersaing sesama mereka dan pelajar tingkatan tiga, tempat aku sudah terjamin dalam pasukan sekolah. Secara automatik-nya matlamat aku untuk wakil sekolah telah tercapai.

Itu-lah guna-nya akal. Bukan untuk diletak-kan di lutut semata-mata.

Aku masih ingat hingga sekarang perlawanan pertama aku mewakili sekolah. Mana bisa aku lupa-kan. Kami menentang pasukan Sekolah Raja Perempuan, Ipoh. Benar, sekolah perempuan. Pasukan bawah 15 tahun kami menentang pasukan bawah 18 tahun Sekolah Raja Perempuan yang baru mendapat tempat ketiga pertandingan hoki sekolah-sekolah seluruh Malaysia tahun itu. Hingga sekarang aku tidak faham kenapa 'coach' kami mengatur 'friendly game' menentang pasukan sekolah tersebut. Aku suspek beliau mahu lihat daya fokus kami di sepanjang perlawanan terbabit. Ini kerana rata-rata antara kami gagal memberi sepenuh perhatian pada bola dan kayu hoki. Kebanyak-kan hanya bertumpu pada skirt pemain lawan. Otak pula hanya sibuk memikir-kan bagaimana cara mahu menjatuh-kan badan bersama pihak lawan, bukan mahu menjaring-kan gol. Kuning sungguh pemikiran mereka ini.

Kami tewas 3-0 pada perlawanan itu. Itu pon kerana aku bermain sambil memejam mata. Tidak mahu melihat peha-peha dan betis gebu serta mungil pemain lawan yang ber-skirt pendek. Takut mendapat dosa mata. Biasa-nya aku hanya melihat sekali sahaja. Kerana pandangan pertama adalah rezeki, bukan?


Bersambung.....(musik latar Nur-kasih berkumandang lagi)

Pemain Sekolah Raja Perempuan merai-kan jaringan. Saat ini 'coach' kami risau memikir-kan anak buah-nya yang mudah hilang tumpuan.
- Gambar hiasan