Hujan sudah mulai turun. Macam biasa. Lebat-lebat. Silau kilat dan bunyi guruh silih berganti. Masa-masa begini, siapa-siapa yang sedang digigit kura-kura akan terlepas dari gigitan itu. (Adakah ia benar atau sekadar mitos?). Aku tidak pasti. Sebab aku tidak pernah di gigit kura-kura. Walaupun aku pernah membela empat ekor anak kura-kura waktu kecil dahulu. Pengaruh animasi Ninja Turtle. (Usah di tanya nama keempat-empat ekor anak kura-kura aku itu. Kalian bisa meng-agak).
Kebosanan. Baru terima berita dari tanah India. Ya, syarikat ini sudah di ambil alih. Secara automatik-nya aku sudah bertukar syarikat. Tapi esok belum pasti. Entah apa yang boleh terjadi.
Haus.
Aku ke pantry. Di fikiran, terbayang campuran nestum dan milo yang hangat. Mampu memanis-kan anak tekak dan mengalas perut.
Kecewa.
Kehabisan nestum dan milo. Berputar-putar memerhati. bancuh sahaja apa yang ada. Nescafe dan susu nespray. Eh, bukan sepatut-nya creamer ke? Tidak mengapa. Teguk sahaja. Hujan di luar masih belum mahu berhenti.
Wei, siapa mahu main fussball??
P/s : Aku sedang mencuba proxy baru. Melihat adakah mampu aku bernukilan kembali.
Monday, April 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
semoga dengan company baru, semua proksi sesawang akan dinyahsekat.
.
.
.
.
.
Hahaharapan kau! hari ini dapat proksi sesawang, esok dah kena sekat.
hahaharu-biru...
aku tidak berharap apa-apa. cukup lah sekadar dorang bayar gaji aku.
tu kire harapan gak ke?
fussball...
Post a Comment