Kadang-kala selepas kita memilih salah satu daripada simpang yang ada, di sepanjang kita menyelusuri jalan tersebut, kita akan tertanya-tanya ada-kah betul laluan yang kita ambil ini? Apakah yang menanti kita di penghujung jalanan ini? Dan apakah yang akan terjadi kira-nya aku memilih haluan yang satu lagi? Persoalan-persoalan ini akan sering menerjah di benak kita kerana sebagai manusia yang lemah, kita tidak tahu perihal masa hadapan. Kalau awal-awal lagi kita sudah tahu, senang-lah sedikit, bukan?
Sebagai renungan, andai-kan kita mahu membuka sebuah kedai runcit atau barangkali sebuah restoran. Adakah kita tahu berapa ramai manusia yang akan singgah di kedai kita? Laku-kah jualan kita? Untung-kah perniagaan kita itu? Kita tidak tahu hingga-lah kita melakukan langkah pertama iaitu memulakan perniagaan tersebut. Dan apa yang terjadi selepas itu adalah rezeki kita. Itu adalah salah satu contoh. Kerana kadang-kala mungkin kita tersilap perhitungan dalam memilih haluan mana ketika di persimpangan hidup kita itu.
Kita merasa-kan jalan yang kita pilih itu adalah betul, tapi mungkin pengakhiran-nya tidak sama dengan apa yang kita impi-kan. Dan saat itu, kita akan merasa menyesal. Oh, aku sepatut-nya memilih haluan yang lagi satu, bukan yang ini. Oh, aku sepatut-nya memilih bersama dengan si dia di sana, bukan si dia yang di sini. Apakah dengan berasa begitu, dapat mengubah segala-nya? Tidak. Ada kala-nya, persimpangan yang kita temui tadi, hadir hanya sekali dalam hidup kita. Kita tidak bisa sama sekali berpatah balik atau mengundur waktu. Lantas, apa yang harus kita lakukan andai pilihan kita tadi salah?
Sebenar-nya, kebahagiaan tidak datang kepada kita. Tapi kita yang harus mencipta kebahagiaan tersebut. Bermain-lah dengan dunia sekeliling kita kerana itu jalan yang kita pilih, itu kehidupan yang diberi-kan kepada kita. Oleh itu, bina-lah kebahagiaan daripada apa yang ada di sekeliling kita. Kerana jika kita terus mencari kebahagiaan itu, sampai bila pun kita tidak akan ketemu.
Tidak perlu merasa cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Kerana kita tidak tahu cerita di sebalik-nya itu. Ada-kah kita tahu masalah yang menimbun di sebalik senyuman mereka itu? Atau adakah kita tahu betapa hebat-nya sengsara mereka sebelum beroleh kebahagiaan? Mungkin selepas ini, kita akan bertemu persimpangan yang lain. Dan jadi-kan lah pengalaman-pengalaman yang kita kutip di sepanjang jalan kita sebelum ini sebagai panduan untuk kita memilih haluan yang baru.
Tidak perlu gusar jika kita di persimpangan hidup. Tidak perlu gusar untuk memilih. Tidak perlu-lah kita hanya duduk diam di persimpangan itu, bimbang kalau-kalau pilihan kita itu salah dan tidak kena dengan angan-angan kita. Jika kita tidak memilih salah satu dari simpang hidup kita itu, tidak akan kita merasa sakit-nya jika terjatuh, pedih-nya terhiris duri atau manis-nya rasa madu.
12 comments:
keliru simpang mana yg hendak di turuti? mudah saje.. tunai-kan solat 2rakaat ishtikarah dgn penuh kyusuk.. InsyaAllah,diberi-kan oleh-Nya petunjuk..
as a weak being, i cant halp myself to envy those better than me, don't you bro?
this remind me of robert frost-the road not taken.
Yoe, aku sokong apa yang mu tulis nih..krn aku pernah rasa...erkk..
tp klu terjumpa simpang di tengah jalan, tatau mau ke kiri or ke kanan, bole jadi sesat wooo..silap silap abes minyak kereta setong..eheh
nasib baik ade 2 simpang jee...huhu..but no u-turn..gulp!
confius which way to choose??
remember.. just follow your dreams...
aku baru je lepas satu simpang. simpang nk tuka keje atau tak.
palie : betul, betul, betul
miezi : bese la. kita manusia. kdg2 cemburu tu xleh di halang. cmne kite nak handle. itu yg penting.
aku pun teringat karya robert frost tu.kan bnde wajib di baca masa spm dulu?hehe..tp die menulis bnda yg semua org merasai-nya kan? entry aku ni pun sedikit sbyk inspired dr karya die tu
afida : xpe. honda city kan jimat minyak.. =)
noli : nanti nak letak traffic light kat simpang tu..heh
kunang2 : listen to ur heart
niwtode : aku br bace entry ko..its not about rite or wrong.but how to gain and learn something from the path that we choosed. good luck!
Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"
Salam, Ah Yoe! Aku baru duk belek2 hang punya blog ni. Apa cita la ni..taktau jln mana nak pilih ka? Hehe...Kalo nk ikut kan prinsip aku ade a few guidelines yang aku slalu follow:1. "Kalo dah jatuh, kena slalu pandai bangun sendiri, tak kira la susah macam mana pun." 2. "Before you make a decision, think hard. After you have made that decision, don't think anymore. Just do it!". All the best to you. Wei, ape2 hal, idea2 biz contact ar aku!
kekasih incik hitam : boleh buat lagu nih..tq
yasz : aku akan ingat nasihat ko tu...biz aku runcit2 je skg.tggu dh bsr, nak pakai org, aku hire ko..haha
Hang nak hire aku?Wah..hehe..aku duk ingat nak hire hang dulu..hehehe..ginila..kite partnershipla senang cite..=p
Takut tersesat... baik sentiasa bawak kompas dan peta... Al-Quran dan hadis... dan sunnah Nabi. :)
Post a Comment