Thursday, March 5, 2009

Fly

Salah satu aktiviti haram di asrama aku dahulu adalah ‘fly’. ‘Fly’ di sini bukan bermaksud lalat atau terbang, tetapi kegiatan keluar dari kawasan sekolah pada waktu malam. Istilah lain-nya adalah lompat pagar. Aku pun tidak berapa pasti dari mana datang-nya istilah ‘fly’ atau lompat pagar ini. Kerana sepanjang 5 tahun aku di asrama tidak pernah sekalipun aku keluar pada waktu malam dengan cara terbang atau melompat pagar. Mungkin pelajar-pelajar asrama sekolah lain ada jawaban-nya.

Fly’ adalah acara wajib budak-budak sekolah aku terutama pada malam-malam minggu. Namun bagi yang lebih ekstrem, tidak perlu menunggu hujung minggu untuk melaksana-kan acara ini. Setiap pelajar sekolah aku sekurang-kurang nya pernah-lah sekali terlibat dalam aktiviti ini. (Tapi aku rasa semua-nya lebih dari sekali). Mana-mana yang tidak pernah ‘fly’, memang akan di pandang serong oleh komuniti. Seolah-olah macam pesakit kusta pun ada. Bak kata Pipiyapong, tak ‘true’.Apa-kejadah duduk hostel tapi tak pernah ‘fly’? Macam tu la lebih kurang tanggapan masyarakat sekolah aku. Di tambah pula lokasi sekolah aku di tengah-tengah bandar. Fuh! Memang syorga. Sebab itu aku rasa dari senakal-nakal budak hingga-lah ke skema-skema nya, pasti buat aktiviti ni.

Antara sebab-sebab yang menyumbang kepada berlaku-nya aktiviti ini di sekolah aku adalah :

i - Lapar. Tidak dapat di nafi-kan ini adalah faktor utama. Kalau tengah-tengah malam lapar, dewan makan dan kantin dah tutup, larat ke asyik nak telan mee segera sahaja? Sekali sekala mahu juga merasa nasi goreng atau kuew teow kerang di benteng.(Nama medan selera di kawasan perumahan belakang sekolah)

ii -Games. Segala jenis permainan berkomputer. Waktu itu yang popular dan sering di mainkan adalah Championship Manager, Counter Strike dan Final Fantasy. Main kuda pun boleh di kategori-kan permainan berkomputer. (Aku pelik kenapa ia dipanggil main kuda. Walhal dalam paparan skrin permainan itu, bukan setakat kuda sahaja yang berlumba, ada juga arnab, anjing, burung unta dan haiwan-haiwan lain. Kenapa hanya kuda yang mendapat nama? Sungguh tidak adil)

iii - Arahan Senior. Situasi ini hanya melibat-kan pelajar junior sahaja. Kebiasaan-nya pelajar senior akan menyuruh adik-adik kesayangan untuk fly sebentar beli-kan makanan atau rokok. Yelah, abang senior nak SPM. Nak 'study'. Tapi part yang paling bedebah sekali bila-mana pelajar senior menghulur-kan duit syiling dua puluh sen beserta dialog ini, " Kau beli-kan aku nasik lemak lauk ayam, air teh ais dengan Dunhill 20. Duit lebih kau simpan,". Faham-faham lah tu. Taktik mengepau cara halus nama-nya. Nak melawan kang, mau kena belasah seround-dua. Tapi aku tak pernah buat kat junior aku dulu. Betul! (Sambil mengangkat tangan kanan dan menyilang-kan dua jari di belakang badan)

iv - Sangap. Ini lebih kepada mangsa keadaan. Kau tidak berniat pun mahu fly malam itu. Tapi dek kerana malam itu malam minggu, dan kamu telah merayau ke setiap asrama hanya untuk mendapati kesemua blok-blok usang itu kosong, maka kamu pun turut sama fly. Kadang-kadang tu, tak ada duit pun dalam poket. Tapi sekadar keluar menikmati angin malam. Lepak-lepak tengok member-member main games atau snooker. Untung-untung kalau mereka menang, dapat belanja minum. Penyesalan hanya akan tiba apabila pelompatan keluar pagar kamu malam itu berjaya diberkas warden. Memang tidak berbaloi. "Tau camni, baik aku tidur je kat dorm," adalah monolog-monolog biasa yang akan berbisik halus selepas itu.

v - Wayang. Aktiviti ni bukan-lah aktiviti utama. Hanya sebilangan kecil sahaja yang terlibat dalam aktiviti ni. Biasa-nya penggemar-penggemar filem. Apabila pulang dari menonton tayangan tengah-malam, kamu boleh mendengar kritikan-kritikan mereka tentang filem yang baru selesai di tonton tadi. Kritik berdegar-degar. Biasa-nya golongan ini juga yang banyak menjaya-kan pementasan drama di sekolah. Cita-cita nak jadi macam Spielberg.

16 comments:

Noli said...

penah dgr criter kwn yg fly time matrik dlu..xlepas!!sbbnye tersangkut kat pagar..haruu je..

Shy Syaz said...

haha...
teringat zaman dolu2...

Afida Anuar said...

Hari-hari aku dengor fly..erkk..

saizulhafiz said...

skolah asrama mmg gitu..lagi2 skolah laki smua mcm skolah kita.fly mmg wajib la..sebbnya lapar,mknan asrama mana la sedap..hahaha.

KakiTangan said...

teringat pagar ktt dungun, dah la tinggi, pastu diperbuat dari kayu2 ringan.. mmg mencabar. bila dah lepas, terasa lega.. cam escape from alcatraz lagaknye.

unicorn said...

noli : heheh..aku bersimpati. adat laa tu. mesti ada time2 kantoi

shywani : zaman-zaman nak merasa dunia luar. nak putar balik mmg x boleh, xpe la, simpan je dlm kotak memori

afida : fly fm ke?

saizul : betul tu. aku sokong. sape la yg atur-kan diet makanan kat hostel nih. mengarut betul

kakiTangan : pagar tu dh dihanti pagar baru. ktt tu sendri pun dh tggal kenangan

Lanz™ said...

fly dari opis bleh? haha!

cipan said...

fly p bli beger yg paling sedap penah aku mkn...kalah beger mcdonel

Anonymous said...

aku dok asrama tak tak berani fly. aku takut kene kejar dengan hantu kat padang sekolah.

KakiTangan said...

cipan, ko penah try otai beger tak ? lg best dr mcdonel.. kalo dulu jual kt skola mesti hari2 aku fly..

Hisham.Hazida said...

kat opis pun aku slalu fly gak. tu pun kalu bos xder. kah kah kah..

theblabber said...

ada ke yg dok hostel, tapi tak pernah fly? kagum dgn mereka :)

unicorn said...

lanz : boleh gak buat tu. tp tujuan dan modus opreandi die lain sket laa..

cipan : mmg besenye beger2 tepi jln tu lg sedap dr beger fas food..mahal je lebeh

niwtode : hantu tu pakat dgn warden eh?

kakiTangan : kalo aku tau ade regular customer cmni, mmg dr dulu lg aku meniaga beger tepi skolah

hisham : betul..betul..betul

miezi : ade. tambah2 pulak kalo skolah tu kat tepi2 hutan. nak fly gi mane?

Anonymous said...

betul tue, mcm kat sekolah aku dulu dah la tepi hutan dekat dgn kubur cina plak tue. nak fly pun tak berbaloi....

cipan said...

kakitangan: yup penah!best wooo..tambah2 time tgh prep tu..mmg sangap..termimpi2 beger..waduhhh...i miss those skool days!

unicorn: aku dah 5 bulan boikot fasfood..aku mkj beger depan 7e jek skang.lg maveles! onceponnetime aku igt i cannot live without big mac tp aku survived!

agHoo said...

huhu aku dulu kalo xfly sari rasa xlengkap hidop beb haha..