Friday, March 27, 2009

Mentaliti Masyarakat Maju

Dua wanita bertemu. Perbualan bermula.

Wanita A : "Eh, anak you kerja apa sekarang?"
Wanita B : "Kerja biasa-biasa saja. Dia melukis kat Central Market,"

Wanita A memandang wanita B dengan pandangan sinis. Seolah-olah memerli. Barangkali dalam hati-nya berdetik,"Apa kelas kerja camtu. Takde masa depan. Berapa sen sangat-lah dapat sehari?"

Satu contoh perbualan biasa yang terjadi dalam hidup kita. Aku tidak bermaksud hendak memperkecil-kan sesuatu pekerjaan itu. Tapi secara realiti-nya, pandangan masyarakat kita terhadap seseorang itu lebih bias kepada apa yang di laku-kan-nya sehari-hari.

Pandangan masyarakat secara majoriti-nya akan lebih teruja atau kagum pada pekerjaan bertaraf hebat seperti doktor, jurutera, peguam atau apa-apa sahaja yang sama waktu dengan-nya. Dan pandangan pada pekerjaan seperti petani, nelayan dan yang sewaktu dengan-nya pula pasti hanya dipandang sebelah mata. Atau barangkali langsung tidak di pandang.

Ada beberapa faktor yang menjadi penyumbang pada fenomena ini. Sudah lumrah-nya manusia hanya suka-kan pada perkara yang baik. Perkara yang sempurna. Perkara yang hebat. Tanpa belum pasti periksa apakah kesempurnaan atau kehebatan sesuatu perkara itu mendatang-kan faedah kepada komuniti atau masyarakat. Mungkin kerja sebagai jurutera tampak gah bunyi-nya. Perlu kelulusan setimpal buat menempah gelaran tersebut. Tetapi belum pasti lagi ia mampu memberi kesempurnaan kepada masyarakat atau keluarga sendiri. Kenapa di sisih-kan golongan petani atau nelayan? Walhal sekarang ini ramai sahaja golongan petani moden yang muncul di tengah-tengah kekalutan skeptikal masyrakat kita, yang telah aku temui nyata memiliki pendapatan dua atau tiga kali ganda pendapatan seorang peguam.

Faktor kedua mungkin lebih ter-arah kepada penampilan individu tersebut. Biasa-lah, golongan pekerja kolar putih pasti-nya sentiasa berketrampilan tinggi, segak. Sudah nama-nya pun kolar putih. Berbanding dengan golongan nelayan atau petani, dengan pakaian yang biasa-biasa aja. (Semua pun dapat gambaran penampilan seorang petani). Apa kejadah mereka hendak berpakaian kemas sedang kerja mereka menuntut untuk bergelumang dengan tanah dan tumbuhan?

Saban hari kita di sogok-kan untuk mencapai kemajuan. Menjadi negara maju. Mentaliti kelas pertama. Wawasan 2020. Yang terbaru Wawasan 2057. Aku tidak faham perlu-nya di letakkan matlamat sebegitu jauh. Kenapa tidak bekerja untuk merealisasi-kan benda-benda yang terdekat dahulu? Namun dalam kita sibuk mengejar kemajuan itu, kita terlupa perkara-perkara sebegini. Untuk menjadi negara maju, bukan bangunan-bangunan tinggi dan moden yang menjadi ukuran. Bukan betapa besar-nya kuasa beli sesuatu masyarakat itu yang di nilai. Tapi lebih kepada mentaliti atau pemikiran.

Masyarakat yang maju dan matang akan melayan setiap anggota komuniti yang lain sama rata. Kerana mereka tahu setiap anggota masyarakat punya peranan yang tersendiri. Jika semua mahu menjadi doktor, siapa yang mahu jadi pesakit-nya? Jika semua tidak mahu menjadi nelayan, mana bisa kita merasa enak-nya ikan pari bakar? Kenapa pelukis, pemuzik malah penghibur jalanan di kota Paris atau kota London di pandang hebat? Di agung-kan karya mereka? Kerana masyarakat di sana tahu, tanpa golongan ini, hidup mereka akan bosan. Kota mereka akan layu. Mati. Jadi golongan-golongan ini juga perlu wujud. Perlu ada dalam masyarakat untuk mewujud-kan keseimbangan. Usah di nafi-kan sumbangan mereka. Jangan di perkecil peranan mereka. Kenapa perlu di sekat kepelbagaian yang ada dalam diri tiap manusia? Biar-kan ia keluar. Beri sokongan. Jangan di mati-kan semangat mereka.

Pemikir silam Greek, Plato pernah berkata, " Never discourage anyone, who continually makes progress, no matter how slow,"

Mungkin sebahagian daripada kita tidak berfikiran stereotaip seperti di atas, tapi masih ada sebilangan lagi yang berfikiran begitu. Mentaliti ini boleh di ubah. Dan telah ada tanda-tanda pemikiran masyarakat kita telah menuju ke arah itu. Cuma ia mengambil masa. Mungkin satu atau dua generasi lagi. Barangkali. Saat itu, baru kita boleh berdiri dan mengaku kita sudah maju.

4 comments:

Anonymous said...

Satu penulisan yang cukup bagus... Tahniah..

aRo said...

betol..betol..betol

Adam. said...

bro,blog ni macam da jadi blog bisnes je.haha..

Kelip-kelip said...

bagus... bagus.... satu input yang amat bernas dan berguna skali... aku pun dah lamer terfikir nak jadi petani suatu hari nanti. tapi biler aku cakap sume org gelakkan aku...huhuhu

--- jgn publish comment aku nih!---
jem