Friday, April 24, 2009

Monolog Anggota Badan

Rembesan-rembesan asid cair mula keluar. Menggigit segala urat dan dinding perut. Mengeluar-kan dendangan halus yang aku sendiri tidak faham maksud-nya. Minta di isi. Minta dipenuhi. Otak mula memberi isyarat kepada kaki agar bingkas bangun, mencari barang sesuap makanan. Namun mata masih mahu disini. Memaku pandangan pada kaca televisi(Pengaruh Muspa).

Kaki juga seakan malas untuk bergerak. Lenguh kata-nya. Otak menerima pelbagai isyarat berbeza dari anggota badan yang berbeza. Otak semakin buntu. Perlu bertindak adil dalam hal sebegini. Biar keputusan bisa disambut baik oleh anggota yang lain.

Perut hantar isyarat lapar, mata mahu tonton televisi, kaki sudah lenguh tidak mahu melangkah. Setakat ini hanya tangan, telinga, mulut dan buah pinggang mengambil sikap berkecuali.

Otak pun sudah pening. Susah juga menjadi otak, ni. Nasib baik aku tak jadi otak. Kata hidung.

Diam, diam, diam.

Baik, otak sudah bermuktamad. Tidor sahaja.

Mata terkedu. Mulut terdiam. Kaki bersorak. Perut merajuk.

Shut down~

5 comments:

theblabber said...

haha..
eh, kau menghadapi kesukaran mengupdate blog ka?

Afida Anuar said...

Tak baik biar perut kosong time tido..kang masuk angin...kembung..tak pasai2 time tido jadi belon..melayang2 di udara..heh!
erkkk..hehehehe

cipan said...

ko btau perot ko, dah tua2 ni bawak2 la kurangkan majuk...buruk benar bunyi...

Yasz said...

Yoe!Kamu kata by this month sudah ade internet di rumah...apa jadi sudah??? hehe..

unicorn said...

miezi : dah ade kemudahan, tapi mase dan mood mcm xbrape kena skg.nak cari balik mood tu

afida : best ape melayang-layang di udara?

cipan : bunyi perut aku tu best..x jemu di dengar.haha

yasz : mmg dah ade. tp bile blk umah, rs dh mls nk ngadap monitor.cmne?