Datang ke pejabat hari ini di sambut dengan sunyi sepi dan kosong. Ya, tempat meletak kereta yang masih banyak kosong walaupun aku tiba lewat. Jika tidak, usah bermimpi untuk mendapat '
parking' selepas pukul 10 pagi.
Membunuh masa-masa terakhir sebelum keluar mengisi perut dan ke masjid, terlintas untuk aku mencuba melakar potret menggunakan Paint kali ini. Kenapa aku pilih mamat di bawah ini? Aku sendiri pun kurang pasti. Mungkin wajah pejuang revolusi Cuba kelahiran Argentina ini popular dan sering terpampang di mana-mana. Jangan pula anggap aku berideologi-kan fahaman si Marxist itu. Sekadar mencuba lakaran sesuatu yang baru selain daripada wajah-wajah haiwan dan karikatur.

Jika di tanya bahagian mana paling sukar untuk aku lakar-kan, jawapan-nya pada bahagian misai beliau. Majoriti masa aku lebih kurang sepuluh minit habis untuk meng'
adjust' misai itu sahaja. Jika tidak kerana perut aku ini yang berkeroncong, pasti aku akan menghabis-kan masa yang lebih lama pada misai si Guevara ini.
Baik-lah di bawah ini adalah gambar yang aku rujuk untuk lakar-kan gambar di atas. Mungkin untuk siapa-siapa membuat perbandingan dan mencuba lakaran wajah ini. Pasti di luar sana ada yang lebih berbakat. Aku tahu itu.

Jika di tanya lagi, bagi aku hasil lakaran kali ini jauh dari aku berpuas-hati. Memang tidak puas-hati. Tapi aku akur, percubaan kali pertama, mana bisa sempurna. Aku ingin keluar bersantap dan bersolat Jumaat sekarang. Jika ingin tahu pasal makhluk di atas ini cari-kan sahaja di wikipedia.
Aku sudah lapar. Aku sudah lapar.
Chill !