Wednesday, January 25, 1984

Salam Kepada Dunia

Pada detik ini, satu sejarah telah terlakar di bumi keramat ini.
Lahir-nya seorang bayi yang agak comel dan berbakat.
Tangisan bayi ini memecah keheningan subuh, mengejutkan seluruh warga Felda Jerangau untuk bangun bersiap menunaikan solat Subuh..(Oklah, tak semua. Mungkin warga rumah nenek aku sahaja).

Dan mungkin sahaja suatu hari kelak bayi ini bakal menjadi seorang manusia ulung. Mungkin bayi ini bakal menjadi seorang doktor? Majistret? Peguam? Bintang 'rock' hatta mungkin Presiden Amerika Syarikat? Siapa tahu?

Dan bayi itu adalah aku.

Sekian.

4 comments:

Afida Anuar said...

Mantap arr mung, sejurus diperanakkan terus tulis blog.. ni siap tarikh 25 jan 1984 lagi entry ni, kagum arr aku..

ni baru dinamakan blogger sejati:)

Anonymous said...

fida, aku dah bace post yg ko soh bace nih... mmg hebat bayi tu.. isk3

Call me -fa- said...

skang bayi tu jd ape????

Unknown said...

Wonderful start... keep me want to read more.. who are you???? :P