Sunday, December 28, 2008

Angin Dari Lereng Bukit Itu

2 ekor kambing bertemu. Berbincang sesuatu.

"Aku ingat nak bina kandang baru-lah. Bina yang besar sedikit. Maklum-lah, 'family' aku dah besar sekarang. Bini-bini aku tak habis-habis beranak je," ujar si kambing kaya.

"Yela. Kau tu tak reti nak 'control'. Asyik menembak aje. 'Family planning' laa sikit. 'Anyway', kat mana kau nak bina kandang baru tu?" balas seekor lagi kambing. Beliau memiliki sebuah syarikat pembinaan sendiri. Kontraktor.

"Aku ingat nak buat kat atas Bukit Global tu. Menarik tak? Tapi selamat ke bina kandang kat lereng bukit tu?"

"Ooo..bagus-bagus. Dari atas bukit tu, pemandangan-nya memang cantik. Kau boleh lihat seluruh kota. Tambah-tambah pulak, waktu malam. Memang cantik 'view' dia. Kalau kau berminat, aku boleh tolong. Jangan risau, kawasan tu selamat. Lagipun aku dah bertahun-tahun pengalaman bina rumah-rumah kat lereng bukit. 'You can count on me, bro',"

"Kalau macam tu, aku suruh kau je-lah bina kandang baru aku tu. Member-member, kan. Nanti aku bagi 'blue-print', pandai-pandai lah kau 'handle',ok? Buat cantik-cantik, kukuh-kukuh. Pasal ongkos, usah khuatir. Cakap saja berapa. Aku kambing kaya. Najis aku gred A+. Terbaik dari ladang. Memang jadi rebutan untuk di buat baja,"


Maka si kambing kontraktor tadi pun pergi bertemu dengan sahabat-nya yang bekerja di majlis perbandaran, meminta untuk di lulus-kan projek kandang banglo di lereng bukit itu tadi.

"Tak boleh la, bro. Profesor kambing dari Universiti Kebangsaan Kambing dah bentang kajian beliau baru-baru ini. Kawasan bukit tu tak selamat untuk sebarang projek per-kandangan. Itu kawasan tadahan hujan. Tanah di situ lembut dan tak kukuh. Mudah bergerak dan runtuh. Nak-nak pulak kalau musim hujan," hujah kambing dari majlis perbandaran itu panjang lebar.

"Sudah-sudah. Kau ni macam tak kenal aku je. Aku dah lama buat kerja ni. Aku tau laa camana nak bina kandang kat area-area camtu. Kau 'approve'-kan aje. Aku hulur-hulur laa sikit," balas si kontraktor sambil menghulur-kan sebakul daun nangka di bawah meja sebagai suapan untuk sahabat-nya itu. Mata-nya meliar memerhati. Bimbang kalau-kalau ada kambing-kambing lain yang perasan perbuatan-nya itu.

"Eh, apa ni? Rasuah ke?" tanya kambing majlis perbandaran. Tapi dalam hati-nya berbunga riang melihat daun-daung nangka yang enak itu. Cukup untuk membuncit-kan perut-nya selama setahun.

"Bukan rasuah. Hadiah sikit. Untuk anak bini kau kat kandang. Ambik-lah. Takde apa-apa pun,"

Kambing majlis perbandaran mula rambang mata. Lantas menerima pemberian itu dengan tersipu-sipu malu dan gembira. Melulus-kan projek per-kandangan di lereng bukit sebagai tanda terhutang budi.

"Ah, bukan rasuah pun! Hadiah dari seekor sahabat je. Lagipun dia dah berpengalaman bina kandang-kandang di lereng bukit. Ok je. Tak ada masalah pun," getus hati-nya. Laju tangan-nya menanda-tangani surat kelulusan.

Selang beberapa tahun, tesergam-lah indah sebuah kandang banglo di lereng Bukit Global. Dari kejauhan tampak begitu indah sekali. Persis istana raja-raja zaman dahulu kala. Cukup untuk membibit-kan rasa iri hati sekelian kambing-kambing marhaen yang lain.

Si kambing kaya tidak putus-putus tersenyum. Bangga dengan kediaman baru-nya dan hasil tangan sahabat-nya itu. Singkap sahaja jendela rumah, maka terpampang-lah panorama kota di hadapan mata. Mahu lihat apa? Menara berkembar? Menara condong? Segala jenis pencakar langit di kota itu dapat di lihat. Indah. Sungguh indah.

Hendak di jadi-kan cerita, dugaan Tuhan datang menimpa. Alam tiba-tiba mengamuk melampias-kan api amarah pada makhluk yang rakus menodai kesucian-nya. Hujan lebat sepanjang minggu yang lalu tiba-tiba meruntuh-kan tanah di Bukit Global. Kandang-kandang mewah habis musnah di timpa tanah. Kambing-kambing di situ panik dan tidak tentu arah. Ada yang bersedih, menangis, berhempas pulas menyelamat-kan harta benda malah ada yang marah pada pihak pemaju, majlis perbandaran hatta petugas penyelamat.

Peristiwa itu menjadi gempar. Segala macam jenis akhbar memapar-kan berita ini di muka hadapan selama berminggu-minggu. Pelbagai forum dan perbahasan melibat-kan pakar-pakar tanah dan alam sekitar di ada-kan. Semua-nya membincang-kan kewajaran membina petempatan di lereng-lereng bukit. Pak menteri mulai turun padang. Petugas tampak lebih sibuk menyambut pak menteri daripada menghulur-kan bantuan. Ketua menteri kambing melenting dan mahu semua projek-projek di lereng bukit di henti-kan serta merta dan di haram-kan selepas ini.

Semua menjadi bising dan hangat. Ya, hangat. Semua sibuk memperkata-kan perihal ini.

Kambing kontraktor dan kambing majlis perbandaran sahaja yang diam membisu entah ke mana. Sepi tanpa berita.
Dan peristiwa itu mulai sejuk. Sedikit demi sedikit tidak di endah-kan. 5 tahun kemudian, semua sudah lupa tentang-nya. Pak-pak menteri yang bising-bising dahulu juga mulai lupa. Semua kembali sibuk dengan rutin harian.

..

..

..

Di suatu sudut di sebuah pejabat majlis perbandaran. 2 ekor kambing bertemu. Berbincang sesuatu. Serius sekali bunyi-nya.

Kambing majlis perbandaran : "Aku tak boleh lulus-kan projek ni. Kawasan di situ bahaya. Tanah lembut. Apa, engkau sudah lupa peristiwa 5 tahun dahulu?"

Kambing kontraktor : "Alah, kamu seperti tidak kenal aku. Itu cerita dahulu. Sekarang aku sudah ada teknologi pembinaan terbaru dari German. Pasti selamat. Lagipun, pasti ada sedikit bahagian untuk kau. Jangan risau,"

Kedua-dua ekor kambing tadi tersengih. Dan acara menghulur berbakul-bakul daun nangka di bawah meja berlaku sekali lagi.

Friday, December 26, 2008

Petang Jumaat

Rasa mengantuk macam keldai. Rasa seperti mahu di selit batang mancis di celah kelopak mata ini. Ish, pedih, pedih. Aku cuba mengeleng-gelengkan kepala dan membuat sedikit senaman muka. Antara-nya berpura-pura mengunyah gula-gula getah, memusing-musingkan anak mata dan mengetuk kepala lutut. Namun masih belum hilang. Agak-nya petang jumaat memang senang mengantuk, barangkali?

Sorot kembali sejarah hidup aku yang tidak berapa panjang ini. Terutama-nya pada petang jumaat. Mungkin boleh membongkar sesuatu.

Sekolah Rendah ~ Bersekolah di Terengganu, jumaat merupakan hari cuti hujung minggu di sana. Kebiasaan-nya selepas pulang dari solat jumaat dan makan tengahari, aktiviti yang ada hanya-lah menonton filem tamil atau hindustan. Zaman-zaman itu saluran Astro masih belum ada. Yang ada hanya TV1, TV2 dan TV3. Dan aku tidak pernah tonton filem-filem tersebut hingga habis. Biasa-nya akan tidur di pertengahan cerita. Kerana ayah dan arwah atuk pun biasa-nya akan tidur di depan televisyen sehingga-lah di kejut-kan untuk minum petang. Sampai hari ini aku tidak faham mengapa banyak filem-filem tamil dan hidustan di tayangkan pada petang jumaat.

Sekolah Menengah ~ Tinggal di sekolah berasrama di Perak, hari jumaat adalah hari sekolah. Mengikut jadual pihak sekolah, harus hadir kelas persediaan pada sebelah petang. Biasa-nya bemula pada pukul 3 petang. Namun, sambutan biasa-nya agak hambar. Siapa yang masih bersemangat untuk hadir setelah menapak hampir 2km pulang dari masjid? Di tambah pula setelah pekena cendol dan tau fu fa selepas solat jumaat. Perut yang kenyang serta perjalanan yang meletih-kan pada waktu tengahari yang panas hanya boleh di jawab dengan satu perkara sahaja. Tidur di atas tilam buruk katil dua tingkat yang hanya menunggu masa untuk menyembah bumi, sambil di hembus tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dari padang. Aduh, sungguh asyik. Dengan hanya berkain pelikat , nyata ia satu detik yang sungguh berangin dan nyaman. Namun lena kami itu biasa-nya akan terganggu sejurus bedilan rotan halus para warden hinggap di tapak kaki kami. Dan kami harus bangkit untuk menerima bedilan rotan yang kedua pada bahagian punggung. Sememang-nya kain pelikat nipis itu tidak mampu untuk menyerap kesakitan bedilan rotan halus tersebut. Silap aku tidak menginsuran-kan punggung pada waktu itu. Dan mengikut statistik, hari jumaat adalah hari yang paling kerap aku di rotan sepanjang 5 tahun di asrama.

Budak-budak hostel beraksi sebelum ke masjid

Zaman Universiti ~ Aku dan rakan-rakan kuliah seboleh-boleh akan mengosong-kan masa petang jumaat daripada sebarang aktiviti akademik. Jika ada kuliah atau makmal pada petang jumaat, kebarangkalian untuk hadir sudah boleh di jangka. Tipis. Senipis kulit bawang. Sumbat-lah kuliah petang jumaat pada hari lain. Tidak kesah-lah hari rabu atau khamis jadual sehari suntuk sekali pun. Asal-kan petang jumaat kami bebas. Di samping dapat beribadat(ehem), masa itu juga dapat di guna-kan untuk berehat(baca : tidor). Bangun pada sebelah petang, sebelum bersiap-siap ke padang bola atau sekadar melepak di warung bawah pokok. Minum teh dan cuci mata.

Zaman Berkerjaya ~ Petang jumaat biasa-nya semangat untuk bekerja sudah agak luntur. Barangkali kerana kekenyangan, berpanas semasa pulang dari masjid dan masuk ke zon berhawa dingin, menyebab-kan hormon-hormon produktif mulai menurun. Otak hanya berputar mencari tempat strategik untuk melelap-kan mata barang seminit dua. Masa pada petang jumaat juga dirasa-kan sangat pantas berlalu. Mungkin kerana esok adalah hujung minggu. Jadi, tiap kali tiba hari jumaat, aku akan rasa gembira.

Setelah dikira, di tambah, ditolak, bahagi dan darab, barangkali rasa keter-mengantuk-kan ini terhasil kerana latih tubi aku selama ini yang menge'set'kan minda bahawa petang Jumaat adalah masa untuk tidur. Mungkin benar rumusan aku kali ini. Perlu 'adjust' kembali minda.

Wednesday, December 24, 2008

Apa Sengih-Sengih?

Hujung minggu. Bergaya sakan. Turun ke pekan. Bertemu rakan.

Menunggu bas di hujung simpang. Panas, berpeluh, belengas. Gadis-gadis lalu. Singgah menunggu bas. Pura-pura tiada apa berlaku. Kawal tampan. Konon-nya jaga saham.

Angin liar tiba-tiba memberontak. Mahu keluar. Sabar, jangan di sini. Tapi gagal memujuk. Saat cuba menjauh-kan diri, lohong angin sudah tidak terkawal lagi lantas terbuka. Angin keluar. Lega dan sedikit nikmat. Tiada bunyi, tapi ada aroma kurang enak.

Gadis-gadis tersengih-sengih memerhati. Sambil menutup hidung. Biar-kan, biar-kan. Tidak sengaja. Angin itu terlalu liar.

Gadis-gadis tadi masih tersengih sambil berbisik-bisik. Biar-kan, biar-kan. Mereka tidak tahu bahaya jika di sekat-sekat angin itu. Boleh undang penyakit. Bisa rosak-kan ginjal dan dinding perut. Berbisik menyedap-kan hati.

Gadis-gadis tadi masih menjeling mengusik. Baik-lah, tidak boleh biar-kan. Menapak pulang.

Hujung minggu. Bergaya sakan. Terlentang di rumah. Kebosanan.

Wednesday, December 17, 2008

Gapai-lah Bintang Itu


Kadang kala kita lemas dalam menempuh arus hidup ini. Hilang suara dan kekuatan untuk berkata-kata. Ginjal dan paru-paru bagai di ikat tali tangsi yang halus dan meluka-kan.

Sesak. Pedih. Ngilu.

Mana cahaya itu? Datang-lah dan bawa aku ke hujung terowong penantian yang panjang ini. Aku sudah bosan berada dalam kegelapan yang membuta-kan. Aku mahu hirup udara kebebasan, bukan kerinduan.

Apa-kah kamu lupa pada sejarah Rom dulu? Siapa dalang membunuh Ceasar kalau bukan si Brutus? Kamu fikir orang-orang seperti ini sudah tiada? Brutus masih bersepah di sana-sini. Tinggal kamu sahaja untuk belajar atau tidak.

Lemas. Sepi. Hilang.

Cinta itu sudah hilang. Cinta itu sudah tiada. Usah tertipu dengan garisan pelangi halus di kaki langit itu. Garisan fatamorgana yang akan hilang apabila kamu mengejar-nya. Masih lagi tidak berhenti mengejar? Tidak penat-kah kamu?

Aku berdiri di sini bukan mahu mendengar teori-teori Newton kamu. Bukan juga cerita perang Cleopatra dan Ptolemy XIII. Jauh sekali teori-teori ekonomi kapitalis kamu yang menjerut leher itu. Halkum aku sudah tersekat. Mata aku mulai kabur. Jari aku sudah sejuk.

Buntu. Bingung. Hampa.

Ambil pistol di atas meja itu dan tembak-lah kepala-ku. Biar bersepai otak dan tengkorak ini. Biar bersembur darah beku dan serebelum agar mati segala saraf serta nadi. Biar bersepai.

Bernafas. Terbang. Jauh. Bawa aku ke sana.

Monday, December 15, 2008

Sengkek itu Indah

Sahabat,

Aku teringat pada kamu sewaktu sedang menikmati sekeping roti canai dan kuah kari kambing baru-baru ini. Aku teringat-kan kamu bukan kerana muka kamu seperti roti canai, bukan juga kerana bau badan kamu seperti kambing. Bukan. Tidak pernah aku menganggap sebegitu. Aku teringat-kan kamu kerana kehidupan masa lampau yang kita lalui bersama, sahabat.

Kehidupan di mana kebergantungan kesihatan poket kita adalah sepenuh-nya kepada duit pinjaman yang tidak seberapa dan sumbangan ikhlas ibu bapa pada awal bulan. Kesihatan poket yang turut mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental serta tahap kekempisan perut kita sedikit waktu dahulu.

Masih ingat-kah kamu yang kita hanya menjamah mee segera untuk makan tengahari kadang-kala sehingga seminggu lama-nya terutama waktu-waktu hujung bulan? Berkongsi mangkuk merah kepunyaan orang lain beserta chopstik-nya. Dan kita menjamah sekeping roti canai pada waktu malam-nya untuk mengalas perut hingga subuh hari esok? Tapi kita tidak pernah mengeluh. Kita menghabis-kan masa berjam-jam pada waktu malam berbual dan berjenaka. Dengan hanya bermodal-kan sekeping roti canai dan segelas teh tarik serta sebatang rokok yang di kongsi dua.

Dan kadang-kala kita memasak untuk menerus-kan kelangsungan hidup. Walaupun masakan kita hanya-lah telur goreng aneka rasa dan kicap di selang-seli dengan lauk daging kadang-kala, tapi kita masih mampu bergembira. Masih mampu ketawa. Ya, kita masih mampu makan. Memang aku tidak handal memasak seperti kamu, tapi kamu harus ingat aku pembantu yang baik di dapur, sahabat.

Ingat-kah lagi pada Cumi? Nasi lemak Cumi di bawah rumah pangsa kita itu. Yang menjadi santapan kita jika tidak setiap malam sekalipun. Nasi lemak yang mengadungi ikan bilis, telur rebus dan timun dengan harga seringgit itu-lah makanan paling berkhasiat yang kita mampu makan ketika itu. Baik sungguh Cumi. Apa khabar ya dia sekarang? Dan kita duduk di situ berjam-jam berbual dan berjenaka. Langsung kita tidak bersedih, sahabat.

Jika kamu lupa pada makanan-makanan ruji kita dahulu, masih ingat-kah kamu tika motor kita mati di tengah jalan kerana kekeringan petrol? Mati secara tiba-tiba bukan sekali dua tapi berkali-kali. Dan yang aku paling tidak boleh lupa semasa motor itu mati di depan tempat menunggu bas, di mana ramai minah-minah kilang berada di situ saat itu. Di mana ketika itu kita baru pulang dari pembentangan projek di kampus. Lengkap berpakaian baju kemeja lengan panjang ber-seluar pejabat dan menggalas komputer riba. Lagak-nya seperti jurujual barangan langsung. Mujur sahaja kita sudah membuka tali leher. Dan kita menolak motor hampir 10km hari itu, sahabat. Dan pulang ke rumah, kita ketawa mengenang-kan muka-muka minah kilang yang tersengih-sengih memandang kita.

Sengkek sungguh kita waktu itu, sahabat. Kita hanya merasa makan di restoran makanan segera pada awal semester sahaja. Bermakna dalam setahun hanya 2 kali. Cukup-lah daripada tidak merasa langsung, bukan? Dan kita memiliki banyak masa bersama lantaran kesengkekan yang membawa kepada ketidak-mampuan untuk keluar berfoya-foya di bandar pada hujung minggu. Tapi kita gembira dengan hidup kita waktu itu, sahabat. Melepak di beranda pada waktu malam dengan cerita-cerita dongeng kita dan alunan gitar kapok yang bisa membuat-kan jiran sebelah mengamuk tidak boleh tidur.

Jika kamu tanya aku hari ini, sahabat. Usah-kan roti canai, pizza pun aku boleh belanja kamu. Tidak perlu tunggu awal semester.

Jika kamu tanya aku hari ini, sahabat. Usah-kan nasi lemak Cumi, sebut sahaja makanan di mana-mana steak-house, yang tidak pernah kita termimpi untuk masuk sebelum ini, aku boleh belanja. Tidak perlu tunggu awal semester.

Jika kamu tanya aku hari ini, sahabat. Sebut sahaja mana tempat kamu mahu pegi. Aku boleh bawa-kan. Tidak perlu risau tangki minyak kering.

Tapi kenapa kita tidak gembira sekarang, sahabat? Kenapa kita terlalu berkira dan bermasam-muka kerana wang ringgit, sahabat? Kepingan kertas yang tertera muka Yang dipertuan Agong pertama dan tanda-tangan gabenor Bank Negara itu sering kali mengeruh-kan kita. Kita terlalu takut kehilangan kertas-kertas itu berbanding kehilangan sahabat.

Kenapa jadi begitu sahabat? Bukan-kah kita pernah merasai kehidupan yang sengkek? Bukan sehari dua tapi bertahun-tahun. Dan kita bisa hidup gembira ketika itu. Kenapa sekarang kita perlu gundah, sahabat? Bukan-kan sengkek itu indah?

Thursday, December 4, 2008

Hang Tuah - Wirakah Dia?

Dalam nukilan sebelum ini, aku ada mempersoal-kan perihal kewujudan Hang Tuah. Dan bukan aku seorang sahaja yang mempersoal-kan tentang ini. Mungkin pihak-pihak tertentu boleh memberi bukti atau fakta-fakta yang mengatakan bahawa lagenda ini pernah hidup. Jika beliau pernah hidup-lah. Jika tidak, konklusi-kan sahaja perkara itu sebagai mitos rekaan orang-orang zaman dahulu.

Tinggal-kan dahulu perkara ini. Satu lagi persoalan yang telah lama terkurung dalam tengkorak aku ini adalah kenapa Hang Tuah di angkat sebagai wira bangsa? Apa relevan, justifikasi atau kriteria untuk seseorang itu di angkat sebagai wira? Adakah cukup sekadar kuat, handal bersilat atau pun kebal? Jika ini kriteria-kriteria yang diperlu-kan, aku percaya ramai 'bouncer-bouncer' atau kaki pukul di luar sana yang boleh di angkat sebagai wira. Walaupun mereka tidak kebal.

Bagi aku Hang Tuah bukan-lah wira. Tidak kisah-lah jika ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Aku tidak perlu-kan seorang wira yang membawa lari tunangan orang, Tun Teja untuk diperisterikan kepada Sultan Melaka. Bukan sekadar melari-kan tunang orang, malah mempermain-kan hati dan perasaan sang gadis tersebut hanya untuk membuktikan kesetiaan-nya pada sultan dan sepersalinan baju sebagai galang ganti-nya. Cukup murah harga sekeping maruah Hang Tuah, hanya dengan sepersalinan baju. Wira aku-kah itu?




Boleh-kah di angkat sebagai wira seseorang yang taat membuta tuli kepada sultan-nya? Benar, sultan adalah pemerintah, pengganti khalifah. Tapi jika sudah melanggar hukum-hakam tatasusila, apa perlu lagi diturutkan? Hatta orang tua kita sendiri pun, apabila menyuruh melakukan sesuatu yang salah, wajib di tegur. Ini kan pula? Tambah memilukan, sultan yang sama memerintahkan agar Hang Tuah di hukum bunuh lantaran terpedaya oleh dakyah dan fitnah pembesar-pembesar lain. Dan Hang Tuah masih tidak sedar tatkala dipergunakan oleh sultan untuk menghapus-kan Jebat derhaka. Derhaka Jebat kerana apa? Derhaka Jebat kerana membela ketidak-adilan terhadap Tuah. Lantas apa yang Jebat dapat? Tikaman oleh rakan karib yang di anggap saudara-nya sendiri yang telah buta mata hati-nya dek kerana ketaatan melampau pada sultan. Sanggup menumpah-kan darah saudara sendiri yang telah bersama sedari kecil. Wira aku-kah itu? Yang di cari bila terdesak dan di buang sesuka hati bila tidak diperlukan. Tidak ada-kah sekelumit rasa malu atau terhutang budi pada si Jebat?

Di mana Hang Tuah di kala armada Portugis membedil Melaka? Ada sebarang cerita atau hikayat tentang beliau pada waktu itu? Mana dia wira dendangan yang di bangga-bangga kan itu? Di mana wira yang di khabar-kan kebal itu?

Pada aku, Jebat adalah wira. Memang benar, dia derhaka. Tapi derhaka Jebat derhaka kerana kebenaran menentang kezaliman pemerintah. Amukan Jebat kerana sebuah persahabatan. Mati-nya Jebat mati bermaruah.

Dan jika Tuah dan Jebat tidak wujud, salah-kah aku jika mengangkat Panglima Awang sebagai wira? Jangan di lupa kehebatan Awang ini. Benar, dia tidak handal berpencak silat. Dia tiada taming sari untuk kebal. Benar, dia hanya-lah seorang hamba waktu di ambil oleh Ferdinand Magellan. Sekurang-kurang nya dia ada berjuang tatkala Melaka dibedil. Lantas kerana kebijaksaan-nya dalam ilmu laut serta kefasihan bertutur beberapa bahasa, dia di angkat menjadi penolong Magellan seterus-nya kapten kapal Victoria selepas Magellan mati di Filipina, menyambung pelayaran mengelilingi dunia. Usah tertipu dengan nama Enrique The Black yang dicerita-kan kononnya telah baptis itu. Itu adalah panglima Awang. Pelayar hebat dari Melaka. Sudah menjadi adat orang kulit putih mendabik dada mengatakan mereka-lah yang terhebat dan menafikan yang lain. Cukup-lah selama ini kita tertipu. Panglima Awang telah bukti-kan, anak Melayu pernah belayar mengelilingi dunia. Lama sebelum Azhar Mansor mengulangi-nya.

Bagaimana pula dengan Megat Panji Alam? Mati nya Megat kerana kebenaran. Merampas kembali tunangan-nya dari si Tuah. Mati-nya Megat bukan kerana perlawanan secara jantan. Tapi mati kerana di tikam curi oleh saudara si Tuah, Hang Kasturi. Siapa yang lebih bermauah di sini? Boleh-kah kita mengangkat Tuah sebagai wira andai begitu coretan hidup-nya? Aku tidak sanggup berwira-kan seseorang yang begitu murah maruah-nya. Biar-kan pertikaian terus di persoal-kan. Usah di biar anak cucu kita terus hanyut dengan dongeng lapuk mengagung-kan seseorang yang konon-nya wira tapi sebenar-nya penuh lumpur di badan-nya.

"Lu pikir-lah sendiri!"

P/S : Pembetulan untuk nama Panglima Awang. Di gelar Enrique of Melaka atau Henry The Black. Terima kasih Aqila, atas pembetulan itu. 'Typo error'.

Monday, December 1, 2008

Hang Tuah - Wujudkah Dia?


Cuba teka nama watak di atas? Ok, aku bagi klu. Beliau bukan angkasawan negara. Tidak tahu? Baik-lah, watak yang aku lakar-kan di atas adalah watak Hang Tuah. Aku percaya ramai yang kenal Hang Tuah. Bukan, perkataan kenal agak tidak sesuai. Aku yakin ramai yang 'tahu' tentang Hang Tuah. Wira bangsa Melayu, pahlawan terbilang, kebal dari sebarang senjata, taat pada sultan dan sebagai-nya.

Waktu kecil aku memang percaya watak ini pernah hidup pada zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu kala. Di tambah pula ada-nya Hikayat Hang Tuah(yang tebal gila) di rumah nenek aku, menambah-kan lagi keyakinan aku ketika itu bahawa lagenda ini benar-benar wujud. Aku tidak pernah baca sehingga habis hikayat tersebut. Pertama sebab tebal gila, kedua sebab aku kurang mengerti tentang bahasa yang di guna-kan.

Apabila meningkat dewasa, aku sudah mula mempersoal-kan kewujudan Hang Tuah. Jika benar beliau pernah hidup, di manakah kubur-nya? Hanya ada satu sumber sahaja yang pernah aku baca, mengatakan makam Hang Tuah letak-nya di Tanjung Keling, Melaka. Namun tahap keraguan aku terhadap benar-kah ini makam Hang Tuah masih menebal. Sama tebal-nya sewaktu aku singgah di perigi Hang Tuah suatu masa dahulu. Siapa-siapa pun boleh menggali perigi dan menamakan-nya perigi Hang Tuah. Dan apabila masa kian berlalu, perkara itu mula di terima oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan.

Jika di lihat daripada konteks dokumentasi pula, hanya ada dua sumber yang menyatakan kewujudan Hang Tuah. Pertama-nya sudah pasti-lah Hikayat Hang Tuah. Hingga hari ini aku tidak tahu siapa penulis hikayat tersebut. Dari situ sudah cukup menambah-kan lagi keraguan di ruang otak aku yang sedia kosong ini. Mungkin sahaja hikayat ini hanya-lah cerita lipur lara orang-orang zaman dahulu pada waktu malam, sebelum menanti-kan waktu tidur. Lalu dicipta-kan satu watak yang di gambar-kan sangat gagah perkasa. Watak ini konon-nya pernah hidup satu masa dahulu dengan pelbagai lagi tambahan kesaktian. Dan cerita itu di dendang-kan kepada anak-anak mereka setiap malam, lantas di perturun-kan dari satu generasi kepada satu generasi, lalu di buku-kan.

Tinggal-kan Hikayat Hang Tuah. Lihat pula pada Sejarah Melayu hasil tulisan Tun Seri Lanang. Mungkin ini sahaja satu-satunya dokumen yang menceritakan perihal bangsa Melayu. Namun, masih belum cukup untuk membukti-kan kewujudan sebenar Hang Tuah. Ini kerana Sejarah Melayu di tulis kira-kira 103 tahun selepas kejatuhan empayar Melaka ke tangan Portugis. Dan dalam masa satu abad, pelbagai perkara boleh terjadi, di tokok tambah dan sebagai-nya. Mungkin benar-nya watak ini wujud, tapi di tokok tambah kehebatan-nya. Tun Seri Lanang sendiri pun menulis berdasar-kan cerita orang-orang sebelum-nya. Malah di dalam Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang menulis bahawa Hang Tuah bertikam dengan Hang Kasturi, bukan Hang Jebat seperti yang ditulis dalam Hikayat Hang Tuah. Di situ pun sudah ada percanggahan fakta. Seperti permainan rantaian mesej. Orang yang pertama akan membisikan satu mesej ke telinga orang sebelah-nya begitulah hingga ke hujung barisan. Dan orang yang terakhir, apabila menulis kembali mesej tersebut, pasti tidak sama dengan mesej asal.

Malah nama Hang Tuah lima bersaudara itu sendiri sudah menjadi isu. Dari mana datang-nya pangkal nama 'Hang' di depan itu? Nama itu tiada dalam istilah identiti nama Melayu. Tidak seperti pangkal nama Nik, Wan dan lain-lain yang masih diguna pakai hingga kini. Mustahil keturunan Hang Tuah lima bersaudara ini tidak menggunakan pangkal nama tersebut. Malah mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk "Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan," cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika. Justeru, dari mana datang-nya pangkal nama 'Hang' ini?

Sedikit waktu dahulu ada sejarawan yang mangatakan bahawa Hang Tuah berasal dari Tanah Besar China. Ini berdasar-kan nama salah seorang puteri China, yakni Hang Li Po. Mereka di katakan datang sebagai pengawal peribadi Hang Li Po. Nama asal mereka adalah Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Tetapi bagaimana pula dengan Hang Kasturi? Kasturi itu terang-terangan adalah nama Melayu. Maka sejarawan tadi mengatakan Kasturi adalah orang Melayu Melaka. Namun dek kerana keakraban beliau dengan geng 4 'Hang' ini, maka beliau turut di beri nama Hang. Ada unsur-unsur ambil mudah di situ bagi aku. Unsur-unsur matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja cara atau teori di gunakan untuk membukti-kan hipotesis mereka yang mengatakan Hang Tuah berasal dari China dapat di terima. Jika begitu, aku pun mampu berhipotesis. Aku mengatakan Hang Tuah lima bersaudara ini berasal dari Kedah. Kerana apa, di sana perkataan 'Hang' cukup meluas di gunakan. Contoh-nya, "Siapa nama hang?", "Hang nak pi mana?", "Pak hang", "Mak hang" atau "Hang kata hang tera?".

Secara tidak sedar, terasa sudah panjang nukilan ini. Rasa kemalasan pun sudah mula hinggap di benakku untuk terus menaip, walaupun masih banyak persoalan hendak aku lontar-kan. Mungkin pada nukilan berikut-nya. Lantas, apa kesimpulan dari repekan panjang lebar aku ini? Pada aku, mungkin watak ini benar-benar wujud. Tapi tiada-lah dengan kehebatan kuasa luar biasa yang di gembar-gemburkan. Mungkin hanya seorang Laksamana biasa. Dan tiada nama Hang di depan. Barangkali mereka berlima menaruk pangkal nama 'Hang' sebagai identiti kumpulan mereka pada waktu itu. Jadi apabila mereka ke mana-mana, senang di kenali orang ramai sebagai geng Hang Lima Bersaudara. Sepertimana geng Mamak atau geng Gagak Hitam yang di anggotai oleh Farouk dalam Gila-Gila Remaja.