Sahabat,
Aku teringat pada kamu sewaktu sedang menikmati sekeping roti canai dan kuah kari kambing baru-baru ini. Aku teringat-kan kamu bukan kerana muka kamu seperti roti canai, bukan juga kerana bau badan kamu seperti kambing. Bukan. Tidak pernah aku menganggap sebegitu. Aku teringat-kan kamu kerana kehidupan masa lampau yang kita lalui bersama, sahabat.
Kehidupan di mana kebergantungan kesihatan poket kita adalah sepenuh-nya kepada duit pinjaman yang tidak seberapa dan sumbangan ikhlas ibu bapa pada awal bulan. Kesihatan poket yang turut mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental serta tahap kekempisan perut kita sedikit waktu dahulu.
Masih ingat-kah kamu yang kita hanya menjamah mee segera untuk makan tengahari kadang-kala sehingga seminggu lama-nya terutama waktu-waktu hujung bulan? Berkongsi mangkuk merah kepunyaan orang lain beserta chopstik-nya. Dan kita menjamah sekeping roti canai pada waktu malam-nya untuk mengalas perut hingga subuh hari esok? Tapi kita tidak pernah mengeluh. Kita menghabis-kan masa berjam-jam pada waktu malam berbual dan berjenaka. Dengan hanya bermodal-kan sekeping roti canai dan segelas teh tarik serta sebatang rokok yang di kongsi dua.
Dan kadang-kala kita memasak untuk menerus-kan kelangsungan hidup. Walaupun masakan kita hanya-lah telur goreng aneka rasa dan kicap di selang-seli dengan lauk daging kadang-kala, tapi kita masih mampu bergembira. Masih mampu ketawa. Ya, kita masih mampu makan. Memang aku tidak handal memasak seperti kamu, tapi kamu harus ingat aku pembantu yang baik di dapur, sahabat.
Ingat-kah lagi pada Cumi? Nasi lemak Cumi di bawah rumah pangsa kita itu. Yang menjadi santapan kita jika tidak setiap malam sekalipun. Nasi lemak yang mengadungi ikan bilis, telur rebus dan timun dengan harga seringgit itu-lah makanan paling berkhasiat yang kita mampu makan ketika itu. Baik sungguh Cumi. Apa khabar ya dia sekarang? Dan kita duduk di situ berjam-jam berbual dan berjenaka. Langsung kita tidak bersedih, sahabat.
Jika kamu lupa pada makanan-makanan ruji kita dahulu, masih ingat-kah kamu tika motor kita mati di tengah jalan kerana kekeringan petrol? Mati secara tiba-tiba bukan sekali dua tapi berkali-kali. Dan yang aku paling tidak boleh lupa semasa motor itu mati di depan tempat menunggu bas, di mana ramai minah-minah kilang berada di situ saat itu. Di mana ketika itu kita baru pulang dari pembentangan projek di kampus. Lengkap berpakaian baju kemeja lengan panjang ber-seluar pejabat dan menggalas komputer riba. Lagak-nya seperti jurujual barangan langsung. Mujur sahaja kita sudah membuka tali leher. Dan kita menolak motor hampir 10km hari itu, sahabat. Dan pulang ke rumah, kita ketawa mengenang-kan muka-muka minah kilang yang tersengih-sengih memandang kita.
Sengkek sungguh kita waktu itu, sahabat. Kita hanya merasa makan di restoran makanan segera pada awal semester sahaja. Bermakna dalam setahun hanya 2 kali. Cukup-lah daripada tidak merasa langsung, bukan? Dan kita memiliki banyak masa bersama lantaran kesengkekan yang membawa kepada ketidak-mampuan untuk keluar berfoya-foya di bandar pada hujung minggu. Tapi kita gembira dengan hidup kita waktu itu, sahabat. Melepak di beranda pada waktu malam dengan cerita-cerita dongeng kita dan alunan gitar kapok yang bisa membuat-kan jiran sebelah mengamuk tidak boleh tidur.
Jika kamu tanya aku hari ini, sahabat. Usah-kan roti canai, pizza pun aku boleh belanja kamu. Tidak perlu tunggu awal semester.
Jika kamu tanya aku hari ini, sahabat. Usah-kan nasi lemak Cumi, sebut sahaja makanan di mana-mana steak-house, yang tidak pernah kita termimpi untuk masuk sebelum ini, aku boleh belanja. Tidak perlu tunggu awal semester.
Jika kamu tanya aku hari ini, sahabat. Sebut sahaja mana tempat kamu mahu pegi. Aku boleh bawa-kan. Tidak perlu risau tangki minyak kering.
Tapi kenapa kita tidak gembira sekarang, sahabat? Kenapa kita terlalu berkira dan bermasam-muka kerana wang ringgit, sahabat? Kepingan kertas yang tertera muka Yang dipertuan Agong pertama dan tanda-tangan gabenor Bank Negara itu sering kali mengeruh-kan kita. Kita terlalu takut kehilangan kertas-kertas itu berbanding kehilangan sahabat.
Kenapa jadi begitu sahabat? Bukan-kah kita pernah merasai kehidupan yang sengkek? Bukan sehari dua tapi bertahun-tahun. Dan kita bisa hidup gembira ketika itu. Kenapa sekarang kita perlu gundah, sahabat? Bukan-kan sengkek itu indah?
Monday, December 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
malamg sekali kawan.
aku pun sengkek untuk sama2 pergi makan pizza kat equin tu mcm selalu kite buat.
haha!
hmmm..tetiba teringat kat the so called kawan.aku rasa dekat 2 tahun yoe, aku dok tolong makan minom dia kat u dulu.hari2!!takpelah, dia "susah", nak pulak rumate aku, aku pulak jenis cepat kesian. tapi skrng kalau dia dtg cari aku kat umah, tatau pehal aku boleh slumber halau dia balik.
duit kan?macam2 boleh jadi. kawan jadi lawan, suami isteri bercerai berai, akak tak ngaku adik.
wah,panjang lak aku komen. Eheh
teringat masa susah2 dulu.masa riang bersama kwn2.mcm2 benda berlaku kejap saja rasa...sengkek ke tidak..lepak bersama kwn mmg syok!!!!!!!!
Yoe..bukan kate kawan jek, saudara mara pun terputus hubungan disebabkan wang ringgit...
Biler nk belanje aku pizza ni?? Dah nak habes semester ni...~lalalalala~.. heeeee
aku rasa mcm tau jer sumer citer itu..
hahhaha...
tambah lagi yg main gitar kapok tu...
aku n wazir kene sound ngan jiran kita aka dekan utem psl nyanyi kuat sgt...
hahhaa..
kenangan2....betul2...kita skrg takut duit habis dari hilang sahabat....
isk isk isk....
wei, weekend ni aku balik...
cepat tempah court futsal sabtu malam...hehhehe
hafeez : tak mengapa. kalau sering ke situ, lama-lama bosan pulak nanti
miezi : betul tu. penangan kuasa wang ni jgn di pandang enteng.kena iman yg kuat kalau nak berduit byk
saizul : kumpul sebanyak boleh kenangan bersama teman-teman sebelum masing-masing membawa haluan
afida : dah nak habis semester ke? bila masa pulak semester start? kalo camtu, tgh study week laa nih...aiseh
kadri : aku tak nak tempah court futsal. takut habis duit...hahaha
konklusinya:
- dengar mcm Yoe dh byk duit
- Yoe baek ati nk banjer mkn kawan skrg ni~
baguihla banjer kawan2 mkn. nanti kawan tu doakan "semoga allah murahkan rejeki Yoe.. AMINNN" kalo 40org yg doakan?
ouh, baru je hilang duit. duit dalam atm semua lesap. uhhh~~~~~ abislah hidup utk next sem... harap ehsan ibu dan ayah je la..
niwtode : amiiinn...
aqila : aku bersimpati. sabar, ujian tu.
dulu mu janji nok blanje aku makan pizza time susoh dulu..lening time senang janji tinggal janji..mana piza aku???ehehe
aghoo : piza mung ade dlm peti sejuk tu...dtg aa amik.haha
Sahabat saya yang masih menjadi sahabat kebanyakkannya yang dulu berkongsi nasi sepinggan, berkongsi duit rm10. Sengkek memamg indah. it shows da true color of ur frens.
Post a Comment