Wednesday, December 17, 2008

Gapai-lah Bintang Itu


Kadang kala kita lemas dalam menempuh arus hidup ini. Hilang suara dan kekuatan untuk berkata-kata. Ginjal dan paru-paru bagai di ikat tali tangsi yang halus dan meluka-kan.

Sesak. Pedih. Ngilu.

Mana cahaya itu? Datang-lah dan bawa aku ke hujung terowong penantian yang panjang ini. Aku sudah bosan berada dalam kegelapan yang membuta-kan. Aku mahu hirup udara kebebasan, bukan kerinduan.

Apa-kah kamu lupa pada sejarah Rom dulu? Siapa dalang membunuh Ceasar kalau bukan si Brutus? Kamu fikir orang-orang seperti ini sudah tiada? Brutus masih bersepah di sana-sini. Tinggal kamu sahaja untuk belajar atau tidak.

Lemas. Sepi. Hilang.

Cinta itu sudah hilang. Cinta itu sudah tiada. Usah tertipu dengan garisan pelangi halus di kaki langit itu. Garisan fatamorgana yang akan hilang apabila kamu mengejar-nya. Masih lagi tidak berhenti mengejar? Tidak penat-kah kamu?

Aku berdiri di sini bukan mahu mendengar teori-teori Newton kamu. Bukan juga cerita perang Cleopatra dan Ptolemy XIII. Jauh sekali teori-teori ekonomi kapitalis kamu yang menjerut leher itu. Halkum aku sudah tersekat. Mata aku mulai kabur. Jari aku sudah sejuk.

Buntu. Bingung. Hampa.

Ambil pistol di atas meja itu dan tembak-lah kepala-ku. Biar bersepai otak dan tengkorak ini. Biar bersembur darah beku dan serebelum agar mati segala saraf serta nadi. Biar bersepai.

Bernafas. Terbang. Jauh. Bawa aku ke sana.

14 comments:

miezi said...

what happened bero?

~~Noli said...

jgn bunuh diri..berdosa besar..
gheh!! =)

saizulhafiz said...

kdg2 hujan ribut buat kita susah hati tp di sebaliknya adalah pelangi yg indah setelah ianya berakhir...

N.H.A said...

Saudara, pikir dahulu sebelum bertindak.. Dirimu masih tidak kukenali.. Janganlah begini..

Qilah said...

its 11.59pm.. and baca tulisan you pasal otak bersepai.. duhhh..

Hafeez N. said...

Aku rasa sebab kau demam haritu,terus otak kau short eh?

haha!

Lek la bro,masih bnyak lg kau tak lalui.Hidup kat ibukota mmg mcam ini.Banyak suka,banyaklah dukanya.

nadxoxo said...

banyak tol ayat2 sejarah. xmasuk pale otakku langsung :P

Weed and Bandages said...

ada juga 'karutan'

:D

Afida Anuar said...

Dari mareng aku pelik dengan gambar tu..cemane la tembak kepala kt sebelah sini, darah kuar kut sebelah sana...hurmmm..still thinking.....eheh

Anonymous said...

ush, ni sejarah SPM dapat A ke? hebat.

tp macam ade cerita di sebalik post ini. hurm.. ape ek

47 said...

cool man!

aku pun suka sejarah, malangnya aku tak suka sejarah versi spm - sudah dibancuh dengan air kosong dan rasa macam air liur basi.

aku selalu kagum dengan pencapaian manusia zaman dulu kala yang sungguh epik proporsinya.

contoh: maharaja qin, qin shi huang. mengalahkan 6 buah negara yang sentiasa berperang dan menyatukan semuanya - akhirnya jadi china. dan semua ini dia lakukan hampir 2000 tahun lalu. tsk tsk tsk...

kesimpulannya take it easy, things will get better! :)

miSs dee 4 dino said...

hye yoe..aku bru jumpa blog ko..owh..memblogging xbagitau pun eh..pening gak first baca ayat2 ko..hebat eh SPM sejarah ko..aku sejarah mmg hampeh sikit thats y aku pening sikit baca..macam byk makna tersirat?what happened nie?but im sure u can handle it..ko sorg yg optimis!

~ida~

agHoo said...

yoe gile,makan daging lembu byk sgt wakakakaka!!!

rzy said...

Abstrak... Marah saper sebenarnya nih..