"Aku ingat nak bina kandang baru-lah. Bina yang besar sedikit. Maklum-lah, 'family' aku dah besar sekarang. Bini-bini aku tak habis-habis beranak je," ujar si kambing kaya.
"Yela. Kau tu tak reti nak 'control'. Asyik menembak aje. 'Family planning' laa sikit. 'Anyway', kat mana kau nak bina kandang baru tu?" balas seekor lagi kambing. Beliau memiliki sebuah syarikat pembinaan sendiri. Kontraktor.
"Aku ingat nak buat kat atas Bukit Global tu. Menarik tak? Tapi selamat ke bina kandang kat lereng bukit tu?"
"Ooo..bagus-bagus. Dari atas bukit tu, pemandangan-nya memang cantik. Kau boleh lihat seluruh kota. Tambah-tambah pulak, waktu malam. Memang cantik 'view' dia. Kalau kau berminat, aku boleh tolong. Jangan risau, kawasan tu selamat. Lagipun aku dah bertahun-tahun pengalaman bina rumah-rumah kat lereng bukit. 'You can count on me, bro',"
"Kalau macam tu, aku suruh kau je-lah bina kandang baru aku tu. Member-member, kan. Nanti aku bagi 'blue-print', pandai-pandai lah kau 'handle',ok? Buat cantik-cantik, kukuh-kukuh. Pasal ongkos, usah khuatir. Cakap saja berapa. Aku kambing kaya. Najis aku gred A+. Terbaik dari ladang. Memang jadi rebutan untuk di buat baja,"
Maka si kambing kontraktor tadi pun pergi bertemu dengan sahabat-nya yang bekerja di majlis perbandaran, meminta untuk di lulus-kan projek kandang banglo di lereng bukit itu tadi.
"Tak boleh la, bro. Profesor kambing dari Universiti Kebangsaan Kambing dah bentang kajian beliau baru-baru ini. Kawasan bukit tu tak selamat untuk sebarang projek per-kandangan. Itu kawasan tadahan hujan. Tanah di situ lembut dan tak kukuh. Mudah bergerak dan runtuh. Nak-nak pulak kalau musim hujan," hujah kambing dari majlis perbandaran itu panjang lebar.
"Sudah-sudah. Kau ni macam tak kenal aku je. Aku dah lama buat kerja ni. Aku tau laa camana nak bina kandang kat area-area camtu. Kau 'approve'-kan aje. Aku hulur-hulur laa sikit," balas si kontraktor sambil menghulur-kan sebakul daun nangka di bawah meja sebagai suapan untuk sahabat-nya itu. Mata-nya meliar memerhati. Bimbang kalau-kalau ada kambing-kambing lain yang perasan perbuatan-nya itu.
"Eh, apa ni? Rasuah ke?" tanya kambing majlis perbandaran. Tapi dalam hati-nya berbunga riang melihat daun-daung nangka yang enak itu. Cukup untuk membuncit-kan perut-nya selama setahun.
"Bukan rasuah. Hadiah sikit. Untuk anak bini kau kat kandang. Ambik-lah. Takde apa-apa pun,"
Kambing majlis perbandaran mula rambang mata. Lantas menerima pemberian itu dengan tersipu-sipu malu dan gembira. Melulus-kan projek per-kandangan di lereng bukit sebagai tanda terhutang budi.
"Ah, bukan rasuah pun! Hadiah dari seekor sahabat je. Lagipun dia dah berpengalaman bina kandang-kandang di lereng bukit. Ok je. Tak ada masalah pun," getus hati-nya. Laju tangan-nya menanda-tangani surat kelulusan.
Selang beberapa tahun, tesergam-lah indah sebuah kandang banglo di lereng Bukit Global. Dari kejauhan tampak begitu indah sekali. Persis istana raja-raja zaman dahulu kala. Cukup untuk membibit-kan rasa iri hati sekelian kambing-kambing marhaen yang lain.
Si kambing kaya tidak putus-putus tersenyum. Bangga dengan kediaman baru-nya dan hasil tangan sahabat-nya itu. Singkap sahaja jendela rumah, maka terpampang-lah panorama kota di hadapan mata. Mahu lihat apa? Menara berkembar? Menara condong? Segala jenis pencakar langit di kota itu dapat di lihat. Indah. Sungguh indah.
Hendak di jadi-kan cerita, dugaan Tuhan datang menimpa. Alam tiba-tiba mengamuk melampias-kan api amarah pada makhluk yang rakus menodai kesucian-nya. Hujan lebat sepanjang minggu yang lalu tiba-tiba meruntuh-kan tanah di Bukit Global. Kandang-kandang mewah habis musnah di timpa tanah. Kambing-kambing di situ panik dan tidak tentu arah. Ada yang bersedih, menangis, berhempas pulas menyelamat-kan harta benda malah ada yang marah pada pihak pemaju, majlis perbandaran hatta petugas penyelamat.
Peristiwa itu menjadi gempar. Segala macam jenis akhbar memapar-kan berita ini di muka hadapan selama berminggu-minggu. Pelbagai forum dan perbahasan melibat-kan pakar-pakar tanah dan alam sekitar di ada-kan. Semua-nya membincang-kan kewajaran membina petempatan di lereng-lereng bukit. Pak menteri mulai turun padang. Petugas tampak lebih sibuk menyambut pak menteri daripada menghulur-kan bantuan. Ketua menteri kambing melenting dan mahu semua projek-projek di lereng bukit di henti-kan serta merta dan di haram-kan selepas ini.
Semua menjadi bising dan hangat. Ya, hangat. Semua sibuk memperkata-kan perihal ini.
Kambing kontraktor dan kambing majlis perbandaran sahaja yang diam membisu entah ke mana. Sepi tanpa berita.
Dan peristiwa itu mulai sejuk. Sedikit demi sedikit tidak di endah-kan. 5 tahun kemudian, semua sudah lupa tentang-nya. Pak-pak menteri yang bising-bising dahulu juga mulai lupa. Semua kembali sibuk dengan rutin harian.
Dan peristiwa itu mulai sejuk. Sedikit demi sedikit tidak di endah-kan. 5 tahun kemudian, semua sudah lupa tentang-nya. Pak-pak menteri yang bising-bising dahulu juga mulai lupa. Semua kembali sibuk dengan rutin harian.
..
..
..
Di suatu sudut di sebuah pejabat majlis perbandaran. 2 ekor kambing bertemu. Berbincang sesuatu. Serius sekali bunyi-nya.
Kambing majlis perbandaran : "Aku tak boleh lulus-kan projek ni. Kawasan di situ bahaya. Tanah lembut. Apa, engkau sudah lupa peristiwa 5 tahun dahulu?"
Kambing kontraktor : "Alah, kamu seperti tidak kenal aku. Itu cerita dahulu. Sekarang aku sudah ada teknologi pembinaan terbaru dari German. Pasti selamat. Lagipun, pasti ada sedikit bahagian untuk kau. Jangan risau,"
Kedua-dua ekor kambing tadi tersengih. Dan acara menghulur berbakul-bakul daun nangka di bawah meja berlaku sekali lagi.
7 comments:
susahnya sekarang ni org selalu anggap rasuah tu sebagai satu hadiah dari seseorang mahupun seekor kambing. niat tak menghalalkan cara kan yoe? kan? kan?
eh, pak menteri dan petugas-petugas tu bukan dari golongan kambing ke?
anyway, salah satu sebab aku suka blog ko ialah penulisan camni. the methaphor yang anda gunakan sgtlah..hmm..sgt apa ye? sgt kreatif dan yang penting right to the dot. Eheh. bagus2.teruskan :)
salam maal hijrah bro.
haha.. tak sedar2 lagi. ouh, bagus olahan. :)
hehe...cerita menarik penuh isi dan sindiran.hope pak2 kambing mgerti kan..untung je diorg pikir..tp rasuah ada d mana2 samada kita sedar atau tidak..
aku kagum lah yoe dgn corak penulisan blog ko nie..!
miezi : betul tu. ramai org buat2 anggap rasuah tu seperti hadiah.padahal dorang tahu.biasa la, matlamat menghalal-kan cara.asal perut kenyang.
salam maal hijrah
aqila : bila dorang nak sedar ek?
saizul : rasuah dah jd mcm sebahagian dr hidup skg..xtau lg cmne nak buang. bimbang kalau bala dtg menimpa.semua kena, beb
miss dee : terima kasih
Best + animasi yg berkesan...
Rasuah... ada kat mana2 skrg... aku pun ada ambik rasuah gak..dtg ofis tak cukup 9 jam dh balik...tapi ambik gaji utk keje 9 jam..apa lagi ek.. pastue 9 jam tue utk bekerja.. tapi ada 4,5 jam utk lepak2 nak buang masa..huk huk.. terasa aku dgn cerita kambing nih...
rzy : tu bukan rasuah kot..lain tu.eheh
Post a Comment