Thursday, December 4, 2008

Hang Tuah - Wirakah Dia?

Dalam nukilan sebelum ini, aku ada mempersoal-kan perihal kewujudan Hang Tuah. Dan bukan aku seorang sahaja yang mempersoal-kan tentang ini. Mungkin pihak-pihak tertentu boleh memberi bukti atau fakta-fakta yang mengatakan bahawa lagenda ini pernah hidup. Jika beliau pernah hidup-lah. Jika tidak, konklusi-kan sahaja perkara itu sebagai mitos rekaan orang-orang zaman dahulu.

Tinggal-kan dahulu perkara ini. Satu lagi persoalan yang telah lama terkurung dalam tengkorak aku ini adalah kenapa Hang Tuah di angkat sebagai wira bangsa? Apa relevan, justifikasi atau kriteria untuk seseorang itu di angkat sebagai wira? Adakah cukup sekadar kuat, handal bersilat atau pun kebal? Jika ini kriteria-kriteria yang diperlu-kan, aku percaya ramai 'bouncer-bouncer' atau kaki pukul di luar sana yang boleh di angkat sebagai wira. Walaupun mereka tidak kebal.

Bagi aku Hang Tuah bukan-lah wira. Tidak kisah-lah jika ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Aku tidak perlu-kan seorang wira yang membawa lari tunangan orang, Tun Teja untuk diperisterikan kepada Sultan Melaka. Bukan sekadar melari-kan tunang orang, malah mempermain-kan hati dan perasaan sang gadis tersebut hanya untuk membuktikan kesetiaan-nya pada sultan dan sepersalinan baju sebagai galang ganti-nya. Cukup murah harga sekeping maruah Hang Tuah, hanya dengan sepersalinan baju. Wira aku-kah itu?




Boleh-kah di angkat sebagai wira seseorang yang taat membuta tuli kepada sultan-nya? Benar, sultan adalah pemerintah, pengganti khalifah. Tapi jika sudah melanggar hukum-hakam tatasusila, apa perlu lagi diturutkan? Hatta orang tua kita sendiri pun, apabila menyuruh melakukan sesuatu yang salah, wajib di tegur. Ini kan pula? Tambah memilukan, sultan yang sama memerintahkan agar Hang Tuah di hukum bunuh lantaran terpedaya oleh dakyah dan fitnah pembesar-pembesar lain. Dan Hang Tuah masih tidak sedar tatkala dipergunakan oleh sultan untuk menghapus-kan Jebat derhaka. Derhaka Jebat kerana apa? Derhaka Jebat kerana membela ketidak-adilan terhadap Tuah. Lantas apa yang Jebat dapat? Tikaman oleh rakan karib yang di anggap saudara-nya sendiri yang telah buta mata hati-nya dek kerana ketaatan melampau pada sultan. Sanggup menumpah-kan darah saudara sendiri yang telah bersama sedari kecil. Wira aku-kah itu? Yang di cari bila terdesak dan di buang sesuka hati bila tidak diperlukan. Tidak ada-kah sekelumit rasa malu atau terhutang budi pada si Jebat?

Di mana Hang Tuah di kala armada Portugis membedil Melaka? Ada sebarang cerita atau hikayat tentang beliau pada waktu itu? Mana dia wira dendangan yang di bangga-bangga kan itu? Di mana wira yang di khabar-kan kebal itu?

Pada aku, Jebat adalah wira. Memang benar, dia derhaka. Tapi derhaka Jebat derhaka kerana kebenaran menentang kezaliman pemerintah. Amukan Jebat kerana sebuah persahabatan. Mati-nya Jebat mati bermaruah.

Dan jika Tuah dan Jebat tidak wujud, salah-kah aku jika mengangkat Panglima Awang sebagai wira? Jangan di lupa kehebatan Awang ini. Benar, dia tidak handal berpencak silat. Dia tiada taming sari untuk kebal. Benar, dia hanya-lah seorang hamba waktu di ambil oleh Ferdinand Magellan. Sekurang-kurang nya dia ada berjuang tatkala Melaka dibedil. Lantas kerana kebijaksaan-nya dalam ilmu laut serta kefasihan bertutur beberapa bahasa, dia di angkat menjadi penolong Magellan seterus-nya kapten kapal Victoria selepas Magellan mati di Filipina, menyambung pelayaran mengelilingi dunia. Usah tertipu dengan nama Enrique The Black yang dicerita-kan kononnya telah baptis itu. Itu adalah panglima Awang. Pelayar hebat dari Melaka. Sudah menjadi adat orang kulit putih mendabik dada mengatakan mereka-lah yang terhebat dan menafikan yang lain. Cukup-lah selama ini kita tertipu. Panglima Awang telah bukti-kan, anak Melayu pernah belayar mengelilingi dunia. Lama sebelum Azhar Mansor mengulangi-nya.

Bagaimana pula dengan Megat Panji Alam? Mati nya Megat kerana kebenaran. Merampas kembali tunangan-nya dari si Tuah. Mati-nya Megat bukan kerana perlawanan secara jantan. Tapi mati kerana di tikam curi oleh saudara si Tuah, Hang Kasturi. Siapa yang lebih bermauah di sini? Boleh-kah kita mengangkat Tuah sebagai wira andai begitu coretan hidup-nya? Aku tidak sanggup berwira-kan seseorang yang begitu murah maruah-nya. Biar-kan pertikaian terus di persoal-kan. Usah di biar anak cucu kita terus hanyut dengan dongeng lapuk mengagung-kan seseorang yang konon-nya wira tapi sebenar-nya penuh lumpur di badan-nya.

"Lu pikir-lah sendiri!"

P/S : Pembetulan untuk nama Panglima Awang. Di gelar Enrique of Melaka atau Henry The Black. Terima kasih Aqila, atas pembetulan itu. 'Typo error'.

20 comments:

aQila Aini said...

pendapat saya dari dulu:

-hang tuah tu bodoh, ada ke masih nak taat kat sultan yang 10 kali lagi bodoh?

-panglima awang itu sungguh hebat. tak tau la kenapa, dapat bayangkan panglima awang tu hot giler.. wahahahhah~ masa dengar cerita pasal dia, dalam minda dah terbayangkan muka dia. huish huish huish.. heee... :D

-pasal jebat, kagum dengan dia sebab dia berani. alang-alang dah buat jahat, biar jahat sampai mati.

:)

saizulhafiz said...

erk..aku terasa jahil sejarah la plak bila tiba tang Megat Panji Alam..hahaha.tp aku tetap dgn pendirian Hang Tuanh itu bukan hero samada dia wujud atau tidak

aQila Aini said...

kejap,

setau saya,

panglima awang gelarannya

enrique of malacca atau henry the black.

agHoo said...

hang tuah mungkin wujud disebabkan fakta yg mngatakan hang tuah pernah mengadap raja china di tanah besar..

hang tuah seorang yg sgt setia pd sultan,hang jebat pula sgt setiakawan..

panglima awang tu kalo xsilap die dibunoh selepas berjaya mengelilingi dunia kemudian diganti sejarah konon2 nya mereka yg berjaya..

apit-->nak buku psl sejarah kemerdekaan sbnr m'sia?aku ada huhu..

Afida Anuar said...

Yoe, apa kata mung stop jap bicara perihal hang tuah ni untuk next entry ni...bukannye apa..aku nk suh mung jawab tag aku jek.. amacam? boleh? eheh

unicorn said...

aqila : - tak tau nak label die bodoh ke ape. tp bg aku, ade ala-ala pembodek sket

- fuh, siap bygkan panglima awang tu. mcm muke sape?

- die bukan jahat. smgt setiakawan die tu tinggi. respek!

saizul : xpe2..sempat lg belaja

aqila : thanx for the correction. sudah di perbetul-kan

aghoo : sbb tu aku tulis dlm nukilan lepas, hang tuah boleh jd betul-betul wujud, tp laksamana biasa je.
psl panglima awang, aku xtau ending die camane lps die habis belayar tu. ada link mana-mana x, bro? yg boleh di baca

afida : aku pura-pura x baca entry terbaru mung...lalala

Afida Anuar said...

heh!..xpe2...

ada ubi ada batas..
ada hari..kita pakat gi kepala batas.. jmpa pok loh..huh!

agHoo said...

huhu sbnrnya komen pnjang yg aku bg entry sblm ni tuh tuk aku post kan lam akunya entry psl megat panji alam,tp since mu da cite psl hang tuah aku masukkan sume lam komen mu ehehehe...

psl pnglima awang tu aku xpenah try search tp tu cite yg cikgu aku ms aku form 1 yg cakap lam kelas..so sahih xsahih aku xtau huhu..

unicorn said...

afida : rilek2..ade mase aku buat, k

aghoo : eh..carry on laa. bgs ape cite psl megat panji alam tu..x ramai yg tahu.wira ganu tu...sambung aa cite psl die, bro

aQila Aini said...

panglima awang tu, dengar cerita dia tak abis belayar, dah mati.

masa magellan dll berperang kat satu tempat (kalau tak salah) kat filipina dipanggil perang mactan sebab nama tempat tu mactan (yang ni tak tahu sahih ke tak), kat sini la magellan mati, tapi si awang tu cedera je.

dan bila magellan mati, dikatakan si awang tu yang ganti tempat dia, but then ada orang lain (tak ingat sape) yang ketuai pelayaran.

jadi, bila pelayaran tu dah abis belayar satu bumi ini, yang tinggal ada 18 orang je. tapi, bila tengok senarai nama, nama enrique atau henry takde pun dalam 18 orang tu.

jadi, kemungkinan besar dia tak abiskan pelayaran sebab (ada 2 teori) dia meninggal atau dia menetap kat filipina.

lagi satu, saya ada terbaca yang sebenarnya si awang ni berasal dari sumatera, menetap di melaka dan lepas tu tinggal di filipina. jadi, indonesia, malaysia dan filipina claim si awang ni hero mereka.

erm, saya tak tau sahih ke tak, tapi, ini berdasarkan ingatan saya dan dengar2 cakap orang dan ada baca2 sikit masa dulu2.

:)

n saya terbayang muka dia cam ada ala-ala johnny depp skit. muahahaah~

miezi said...

incik..
enrique of malacca. (omputih tak eja "melaka".lalalalala) =D

entry ko telah membuatkan aku mengoogle pasal mr enrique ni.bila bercakap pasal sejarah ni, byk versinya. wikipedia pun cakap "based on hearsay"..hearsay-cam2 boleh jadi.

satu lagi versi, henry the black (btl ker?) ni ada yg pertikai asal usulnya.again, based on hearsay, ada yg ckp dia dr indon, dr filipin n of kos melaka, yg mana status bangsa dia boleh dipertikaikan.

byk la versi sejarah ni.patot la sejarah tak a1, aku jawab versi sendri masa spm dulu.haha

baca ni

http://www.chinahistoryforum.com/index.php?showtopic=6823

and

http://en.wikipedia.org/wiki/Enrique

juga

http://en.wikipedia.org/wiki/Enrique_of_Malacca

apapun, kudos :)

unicorn said...

aqila : yup. aku pun ada terbaca dia mati semasa belayar.ada juga yang tulis dia habis-kan pelayaran dan menetap di Portugal. tak ada bukti kukuh mana-mana teori pun. tapi yang pasti, dia bukan pembodek atau jenis yang taat membuta tuli. sekurang-kurangnya dia dah bukti-kan anak Melayu dah lama mahir ilmu pelayaran.mmg indonesia dan filipina pun ada 'claim' ckp awang ni berasal dari negara mereka.tp mcm biasa-lah, siapa ada bukti?sama jugak mcm filipina 'claim' sabah nak di masukkan ke bwh negara mereka. alasannya, dulu sabah pernah berada di bwh jajahan mereka.kalo camtu, ketua menteri melaka pun boleh 'claim' seluruh semenanjung, pulau batam dan sebahagian sumatera. sbb dulu kawasan ni sebahagian drpd Melaka.but, history is history..

p/s : lagipun, bukan-kah Malaysia, Indonesia dan Filipina serumpun? rumpun Melayu? =)

unicorn said...

miezi : aku menyahut seruan Ali Rustam masa study kat Melaka dulu. dia suruh eja Melaka as Melaka, bukan Malacca...hehe

mmg byk versi kalo melibatkan benda-benda sejarah ni. salah satu faktornya sebab orang kita dulu kurang mendokumentasikan sesuatu peristiwa atau perihal bangsa. sebab tu Tun Mahathir dulu pernah suruh kita amal-kan amalan mencatat.supaya apa yg jadi harini, generasi akan datang boleh tau.

byk kajian dan cerita pasal Hang Tuah, panglima Awang etc yg aku baca. nukilan ni la yg paling lama aku amik masa nak siap-kan.aku just amik mana yg aku fikir-kan logik dan ringkas-kan. sbb tu aku buat nukilan ni dua bahagian. sebab cerita dia pjg. dan aku tulis ni seringkas yg boleh(walopun rasa agak pjg jugak).

By the way, sejarah SPM aku dulu A1. sbb pengetua aku panitia soalan sejarah...hahahaha

Hafeez N. said...

Aku suka Puteri Hang Li-Po.agak2 cun tak dia?

haha!

~mademoiselle hana~ said...

haha.
hang tuah dan sejarahnya.
ia banyak beri persoalan.
cuma aku ada pandangan mengapa Hang Tuah taat pada sultan yang bodoh..
bagi aku,
itu lambang kedaulatan sultan melayu dahulu.
dan mungkin manusia zaman itu belum lagi berfikir dan mendalami ilmu.
mereka menghornati pemimpin seperti mana yang mereka tahu daripada tuntutan agama yang mungkin belum di dalami sebetulnya.
wujud atau apakah.
Allahualam ;)

unicorn said...

hafeez : aku rasa dia cun..sebab sultan-sultan dulu kebanyakkan nya suka yg cun-cun sahaja

hana : mungkin perkataan 'rebel' x popular lagi kot masa tu..

Anonymous said...

Hikayat Hang Tuah adalah cerita manusia yang tidak sunyi daripada kesalahan. Itulah manusia. Walaupun terus berusaha menghindari kesalahan. Awang Samad.

Anonymous said...

Panglima Awang was a very high ranking official in the Malacca sultanate. At the same time he was also a Portuguese collaborator. He had never been a slave throughout his life except for being the subject of the Malacca Sultan to whom Panglima Awang had served loyally. Panglima Awang changed his allegiance to Alfonso de Albuqueque and thus become another King of Portugal's subject on 16 July 1511. Panglima Awang fought on Portugal's side and eventually helped Alfonso de Albuquerque capture Malacca in late August 1511.

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

The Island of NAMOYAKI said...

salam hormat,
salam saya menumpang lalu,

sesungguhnya;
hang tuah itu ada,
hang jebat juga ada,
panglima awang ada,
enrique de malacca juga ada,

semuanya ada, kerana:
'tak sungguh orang tak kata',

'masakan bergoyang pokok jikalau tiada angin',

saya menanti tuan membuka kata-kata.
salam hormat.