Thursday, September 2, 2010

Gundah-Gulana.

Perjalanan bas kali ini sangat perlahan aku rasa-kan. Berulang kali aku melihat jam di pergelangan tangan-ku. Terasa jarum berputar seperti acuh tidak acuh. Sudah kelemahan bateri-kah? Aku seluk keluar pula telefon tangan dari kocek sebelah kiri seluar ku. Lihat tanda waktu di situ. Sama seperti waktu pada jam tangan-ku. Bermakna bateri jam tangan-ku masih normal.

Tapi masa memang sangat perlahan aku rasa-kan. Aku tidak betah untuk duduk di dalam perut bas ekspres ini. Penghawa dingin yang di pasang seolah tidak mampu menyaman-kan aku. Peluh memercik keluar dari dahi dan liang-liang roma yang lain.

Menggeletar dan menggigil. Seram sejuk aku rasa-kan. Berdebar dan tidak keruan. Sesekali aku mengerling melihat penumpang sebelah yang lena di ulit mimpi. Jaki sungguh aku lihat beliau tidor. Jaki kerana aku tidak dapat tidor seperti beliau. Mahu sahaja aku hulur-kan penampar mesra kepada beliau agar beliau bingkas bangun, agar beliau tidak dapat tidor seperti aku juga.

Owh, tapi itu tidak bermoral. Tidak baik berdengki. Astaga. Aku mengucap di dalam hati.

Tidak tahu berbuat apa. Cuma berdoa agar perjalanan ini cepat sampai ke destinasi. Aku perlu segera sampai. Agar aku dapat merungkai segala keresahan dan kekusutan ini.

Biar aku tenang, biar aku lega. Biar tiada lagi percikan halus peluh. Biar tidak lagi berdiri bulu roma di badan-ku ini. Biar selesai semua-nya.

Setelah beberapa jam berteman-kan gundah gulana serta perasaan yang tidak mententeram-kan, ku lihat bas mula memasuki ibu kota. Menuju ke hentian terakhir di perut hutan batu. Makin hampir, makin berdebar hati-ku. Saat yang semakin hampir. Untuk aku membuat perhitungan. Melangsai-kan segala yang terpendam dan tertunggak. Ya, aku nekad. itu perkara pertama yang harus aku laku-kan di kota ini. Apa nak jadi-jadi lah.

Saat bas berhenti, aku terus menerpa keluar, memecut laju menuju ke arah papan tanda yang aku tunggu-tunggu dari dalam bas tadi.





6 comments:

theblabber said...

oh yoe. aku ada experience yg sama. dari pudu smapai ke hentian sg buloh (kot, lupa dah) aku dok tahan nak buang hajat. mengigil2, nk duduk tak boleh, nak berdiri apa kes pulak kan? habis langsir tingkap bas aku dok usik/gomol/gumpal2 taktau apsal. haha

Anonymous said...

terbaik bro!

cepat lah menulis lagi..

hidayati yahya said...

dah dapat agak sejak paragraph ke-2. kihkihkih. sebab aku pn ada pengalaman camtu kot :P

Afida Anuar said...

Miezi menggelatar tahan hajat sampai gomol2 gumpal2 langsir bas??isk isk isk..

baru khusyuk nak layan cerita kembali ke kota..rupa2nya..lerrrr:P

@r3|4^2 said...

jahanam. aku ingatkan ko nak buat apa tadi. ayat dah mcm citer pendekar nk pergi bertarung, sekali...

hahahaha.. -_-;

[palie] said...

dpt agak.. sebab penah merasa.. paling teruk time cirit birit kat bangalore.. time nk balik naik bas tu perggghh.. dgn jalan raya kat sana yg lubang sana sini, bonggol sana sini lagi la membuak2 rasa.. sib baik la xde ape2 berlaku.. hehehe..