Monday, January 4, 2010

Wakil Sekolah Part III

Sekolah aku letak-nya dalam daerah Kinta. Untuk pertandingan hoki peringkat daerah, Kinta dibahagikan kepada dua. Kinta 1 dan Kinta 2. Daerah Kinta 1 mengandungi beberapa sekolah antara-nya Sekolah Anderson. Sekolah ni jangan cakap-lah. Antara kuasa utama hoki. Bukan setakat di Perak sahaja, bahkan di Malaysia. Andai kurang percaya, sila bertanya kepada Encik Google. Mujur sekolah aku di zon-kan dalam Kinta 2. Budak-budak yang masuk Sekolah Anderson ni rata-rata memang dah main hoki dari kecik. Ada yang pernah wakil daerah atau negeri masa sekolah rendah. Sekolah projek hoki-lah katakan. Dibanding-kan dengan pemain sekolah aku, semasa di Tingkatan 1, baru 'first time' sentuh kayu hoki. Tu pun ada yang tertukar dengan sabit rumput.

Aku sendiri kurang pasti kenapa perlu dibahagi kepada 2 bahagian. Kerana setahu aku, sekolah dalam daerah Kinta yang bertanding hoki, bukan-nya banyak sangat pon. Aku syak mungkin nak bagi peluang sekolah aku menang dan mewakili daerah. Hmm politik dan sukan memang sukar dipisah-kan.

Secara tradisi-nya, sekolah aku memang kuasa besar dalam daerah Kinta 2. Beberapa kali juga kami menang peringkat daerah. Paling cicir pon, nombor empat, 'sure' dalam tangan-lah! Kerana Kinta 2 hanya ditandingi oleh 4 sekolah; Sekolah Izzudin, Sekolah Sultan Yusuf dan Sekolah St Michael.

Ada dalam satu tahun tu, aku ingat-ingat lupa dah tahun bila. 10000 BC kot. Macam biasa, kami menang peringkat Kinta 2. Yang best-nya, bila menang daerah, satu team boleh wakil daerah. Kira kalau engkau pemain simpanan, yang tak pernah main sekali-pun, buta-buta je dapat wakil daerah. Best-kan? Jadi dengan gaya berlagak wakil daerah kami pun ke Stadium Azlan Shah untuk pertandingan peringkat negeri. Selaku pemain daerah, sebelum 'game', kena taruk gel banyak-banyak kat rambut. Walaupun aku tahu tak ada orang nampak, sebab aku main pakai helmet. Tapi aku tak kesah.

Peringkat negeri, di mana wakil-wakil setiap daerah dari seluruh Perak datang berkumpul di Stadium Azlan Shah. Sekolah-sekolah yang tak pernah main atas 'turf' pon wajib datang. Aku tak ingat daerah mana yang satu kumpulan dengan kami. Yang penting, bukan dengan Anderson(Kinta 1). Dengan semangat kesukanan yang tinggi, kami bermain bermati-matian. Sebelum ini, kami tidak pernah melepasi peringkat kumpulan. Namun, kami bertekad untuk mencuba yang terbaik, memahat sejarah mencipta tamadun untuk melepasi peringkat kumpulan seterus-nya ke final.

Dan, kami berjaya. Kami dapat tempat kedua peringkat kumpulan, layak ke peringkat separuh akhir. Air mata kegembiraan bergenang di kelopak mata kami, meraikan detik bersejarah itu. Impian kami ke final semakin jelas. (Untuk kesan yang lebih mendalam, sila baca sambil mendengar lagu 'We Are The Champion')

Undian separuh akhir, kami akan bertemu juara kumpulan satu lagi. Sekolah mana lagi, kalau bukan Anderson. Kami meneliti kembali keputusan perlawanan sepanjang peringkat kumpulan. Kami menang 1-0, 2-1 dan seri 2-2. Dilihat pula keputusan yang dicatat-kan oleh Anderson pada peringkat kumpulan, mereka menang ketiga-tiga perlawanan dengan jaringan: 25-0, 12-0, 16-0. Sumpah aku tak tipu. Kalau tak caya, tanya la budak-budak hoki yang sekolah kat Perak. Mesti diorang pon menyampah kat Anderson nih.

Namun, aku yakin dengan jurulatih kami. Beliau biasa-nya penuh dengan idea dan strategi. Kami yakin strategi-strategi beliau mampu menewas-kan Anderson. Kami berlatih dengan gigih dan penuh keazaman. Di mata kami, terbayang saat paling hebat bakal di catat-kan dalam lipatan sejarah hoki negeri Perak. Di mana pasukan gergasi akan tumbang di tangan pasukan bawah anjing(under-dog).

Hari perlawanan. Angin petang itu agak-agak nyaman. Stadium mula dipenuhi pelajar-pelajar kedua-dua sekolah yang dipaksa hadir memberi sokongan. Pemain sekolah aku masing-masing sudah berkobar-kobar untuk menghadapi Anderson, hanya menunggu rencana terakhir daripada jurulatih kami. Dan, aku terkedu saat jurulatih memberitahu strategi kami pada petang itu.

"Petang ni, kita main untuk mengurang-kan jumlah gol. Itu sahaja,"

Sebaik semboyan di bunyi-kan, kami menyerang habis-habisan. Tapi hanya dua kali bola melepasi garisan tengah padang. Pertembungan sengit yang dijangka-kan memang benar-benar berlaku! Segala keringat telah diperah, kudrat dituntut, maruah dipertaruh-kan. Kami tidak rela diperlekeh dan diperkotak-katik-kan. Biar putih tulang, jangan putih mata. Genggam bara biar sampai jadi abu. Ibarat melepas-kan anjing tersepit. Dan segala macam peribahasa bermain-main di minda kami tika itu.

Setelah berjuang bermati-matian, mengerah segala keringat, namun kami terpaksa akur. Mereka lebih hebat. Tapi sekurang-kurang nya kami telah berusaha, dan hanya nasib sahaja tidak menyebelahi kami. Dalam perlawanan yang sengit dan mendebar-kan itu, kami tewas tipis 9-0. Namun, kami tetap berbangga. Kerana jersi pasukan sekolah kami lebih mahal daripada jersi pasukan Anderson. Jersi sekolah kami 'brand' Adidas. Kami cop nombor jersi di Kompleks Yik Foong. Bukan seperti mereka, jersi cap 'cobra'. Tak glemer sungguh!

Motto sekolah aku - 'Biar kalah asal bergaya'


Suasana semasa perlawanan. (Klik untuk besar-kan imej)

4 comments:

StingRay said...

x da jadi macam shoalin soccer?

@r3|4^2 said...

hahaa.. tu dia 10000BC. x hingat punyer lama :D

edot said...

kau, sekolah STAR? aku dulu sekolah rendah kat Perak jadi bila menang dan wakil daerah KKgsar, kami lawan hoki kat Ipoh. cuma nasib kami baik satu team sebab semua perempuan comel-comel main pakai skirt pendek + suar fit paras lutut + stokin pun paras lutut xperlu lawan skolah anderson. haha, mane de skolah rendah lawan skolah menengah, kan?

tp aku minat gile main hoki kat sekolah rendah mase tu walopon lawan peringkat negeri bola hoki kene tepat kat kening aku dah berdarah. lumpur padang pon masok mata.

aih, entry ko kali ni betol2 buat aku teringat zaman best main hoki kat perak.

unicorn said...

stingray : shaolin hockey boleh laa..hehe

arelanz : ingat2 lupe la tahun bile..

edot : menarik bukan kenangan main hoki kat perak?maybe kat sane hoki adalah salah satu sukan yg popular kot..byk skolah main, yg dtg tgk pon ramai..tu yg bikin happening.