Wednesday, September 22, 2010

Berlari

Sedar tak sedar sudah dua tahun usia blog ini. Tiba-tiba tergerak mahu membuka nukilan-nukilan lama, baru aku terperasan nukilan pertama aku dahulu. Genap 15 september lepas merupa-kan ulang tahun kedua 'picisanku' ini. Aku memang dah tak ingat bila aku mula menulis. Ingat dalam bulan september 2008 macam tu je.

Nasib baik blog ini bukan seorang perempuan. Kalau tak, mau merajuk sebab tak ingat 'birthday' dia nih. Jenuh pulak nak memujuk.

Kepada perempuan di luar sana, jangan lah terasa ye. Ini fakta, bukan auta. Harap dapat diterima hakikat ini dengan tenang. Peace no war.

Diam tak diam juga tinggal sebulan lebih sahaja lagi aku di syarikat jjj ini. Benar, aku sudah hantar surat berhenti kerja. Kalau dalam bahasa profesional-nya, 'tender resignation letter'. Jujur-nya, berat hati ini nak melangkah pergi. Memikir-kan suasana di sini, staff-staff yang mesra alam dan tak kurang juga gila-gila membuat-kan aku selesa. Tapi apa boleh buat. Masa untuk aku melangkah pergi.

Ketidakpuasan dengan pengagihan kerja yang kurang tersusun, bos yang selalu berlagak tahu serba-serbi ditambah pula dengan peluang dalam bidang baru membuat-kan aku nekad untuk mengangkat kaki.

Rezeki ada di mana-mana. Aku akan terus berlari dan melompat. Sehingga-lah aku bertemu tempat dan minat aku. Bila dan di mana hanya Tuhan sahaja yang tahu.

8 comments:

miSs dee 4 dino said...

salam yoe,
benti keje?
ke mana pula?
bestnye boleh merasa kerja di banyak2 tempat..saya dr dulu disini aje..:(

Anonymous said...

adakah kita bakal menjadi opismet? adakah adakah! jika ya, TAHNIAH!!! i know u can do it

unicorn said...

deeno : laa..ko pun blh pindah sane sini ape?polytech kan byk kat msia ni?hehe

edot : no komen.

miSs dee 4 dino said...

yoe: xsemudah korang..hantar notis boleh berhenti n move tmpt lain..if i..mmm..dah setahun mintak tukar pun xapprove lagi..

Anonymous said...

"Nasib baik blog ini bukan seorang perempuan. Kalau tak, mau merajuk sebab tak ingat 'birthday' dia nih. Jenuh pulak nak memujuk..."


Tau la dah buat research..haha.

unicorn said...

deeno: sabar, rezeki masing-masing..

dalam2 : hahaha..xtau la berguna ke x research tu..

jamaliah said...

Yoe, mau pindah mana pula kali nie?
Pergi India semula ker? =P

[Palie] said...

pindah sama ngn edot? maknenye kat TPM la kan? haaa.. jom lepak.. leh ko banje.. hehehee..

bile start keje baru?