Tuesday, December 21, 2010

Isyarat

Aku sedang memandu di lebuh raya lebar itu. Jalan yang cantik, elok. Kereta yang sedap dipandu. Makin ditekan pedal minyak, makin laju. (Memang la, tak kan makin perlahan pula kot?)

Rugi la kereta mewah begini bawak perlahan. 160kmj, 170kmj dan semakin laju. Sambil memandu, tangan kanan memegang telefon bimbit. Berbual dengan kenalan lama, menghilang-kan bosan memandu keseorangan.

Dari kejauhan arah bertentangan, sebuah kereta memberi isyarat lampu. Berkelip-kelip kepadaku. Tidak lama selepas itu, sebuah lagi kereta mengelipkan lampu, memberi isyarat yang sama. Lalu pula sebuah lori, juga isyarat yang sama. Kalau sudah berbuah-buah kenderaan memberi isyarat itu, pasti ada sesuatu di hadapan.

Mungkin polis? Barangkali JPJ?

Terus aku letakkan telefon bimbit. Aku perlahankan kereta. Capai tali pinggang keledar dan pasangkan.

Takut. Ya aku takut pada polis atau JPJ atau apa-apa sahaja didepan sana. Bagaimana aku begitu yakin sedangkan aku belum nampak lagi apa yang ada di depan sana? Kerana sudah banyak isyarat yang aku nampak tadi daripada pemandu-pemandu arah bertentangan.

Tak perlu nampak, baru hendak yakin. Kalau aku masih terus memandu laju, memegang telefon bimbit, tidak memakai tali keledar dan apabila aku ternampak polis dihadapan baru aku hendak yakin ada nya mereka, bukan kah saat itu sudah terlambat?

Sudah terlambat untuk aku memperlahankan kereta. Sudah terlambat untuk aku meletakkan telefon. Sudah terlambat untuk memakai tali pinggang keledar. Hanya menunggu surat saman saja-lah jawabnya.

Dalam hidup kita, telah pelbagai isyarat dan peringatan telah diberi. Tapi kita masih tidak endah. Masih tidak yakin. Tidak ambil peduli.

Sampai bila mahu yakin? Sampai bila mahu ambil tindakan?

Sampai kamu melihat Tuhan kelak, baru kita yakin ada-nya Dia? Tunggu hingga kita lihat sendiri syurga dan neraka, baru yakin kedua-dua nya ada?

Bukan-kah saat kita melihat Tuhan, kita melihat syurga-neraka dan segalanya, saat itu sudah terlambat untuk bertindak? Saat dimana penyesalan tidak berguna lagi? Saat di mana kita lupa segala perkara kecuali taubat dan amal.

Ketika itu bukan lagi surat saman yang menanti....

4 comments:

Afida Anuar said...

Yoe, dah bayar saman? err

PS: Tazkirah terbaik yang aku baca pagi ni, terima kasih mengingatkan..

@r3|4^2 said...

Perghhhhh walaupun nk dpt entry baru ko ni bole buat berjurai2 bulu ketiak aku menunggu, tapi still penuh pengisian.. cayalah yoe huhuhu.

p/s - aik, kereta mewah? sudah upgrade kaa? apa dh jadi dgn WRC ko tu?

Hafizzul Kamarudin said...

aritu aku macam selisih ngan kete mu, plet WRC tp bumper R3 plop...nok wi api takut saloh orang...mu ke tu?

machonyer said...

die la tu.