Sunday, January 16, 2011

Kura-Kura Dalam Perahu

Kecil-kecil dulu saya ada bela empat ekor kura-kura. Saya bela mereka dari mereka kecil, lebih kecil dari tapak tangan lagi. Saya nama-kan mereka Leonardo, Donatello, Raphael dan Michaelangelo.

Saya bela mereka dengan penuh kasih sayang. Saya letakkan mereka dalam besen sebab rumah saya tak ada akuarium. Saya bagi mereka makan sawi. Kadang-kadang saya bagi juga makan nasi lauk sardin. Tapi sayur dengan nasi ni mereka tak lalu sangat. Jadi saya bagi makan pizza. Selera betul mereka makan. Demand sungguh!

Bagi sawi je, menyorok dalam cengkerang. Perangai macam haram.

Petang-petang balik sekolah saya ajar mereka martial arts. Saya ajar silat, wushu dengan ninja. Saya bagi mereka senjata supaya mereka boleh praktis. Saya bagi pedang kat Leonardo, nunchaku kat Michael, sepasang sai kat Raphael dan sebatang kayu kat Donatello. Kayu tu kayu bekas penyapu. Saya buang bulu-bulu kat hujung tu, bagi kat dia. Maaf lah, Donatelo. Saya dah takde senjata masa tu. Malam biasanya lepas diner, saya ajar mereka menulis, membaca dan mengira. Walaupun saya ajar mereka semua itu, akhirat tidak lah pula dilupakan. Sekali-sekala saya bawa mereka ke surau. Dengar ustaz mengajar. Biar lah balance.

Saya pun ajar mereka supaya hormat orang yang lebih tua dan sentiasa menolong orang yang dalam kesusahan. Pendek kata mereka ni jenis yang menurut kata lah. Ada la gaduh-gaduh, nakal sikit tu. Biasa lah, budak-budak kan.

Meningkat remaja, mereka cakap nak keluar kenal dunia. Saya keberatan untuk melepaskan. Tapi mereka tetap berkeras mahu pergi. Mahu berdikari kata mereka. Konon. Maka saya pun permisikan mereka pergi.

Dah lama saya tak jumpa mereka. Makan belas-belas tahun jugak la. Tapi dengar-dengar cerita mereka sekarang di New York. Macamana boleh sampai sana pun saya tak tahu. Duit bukan ada nak beli tiket flight. Masa tu Tony Fernandes pun tak terfikir lagi nak setup Air Asia. Dengar-dengar jugak kat sana mereka kerja tak menentu. Maklumlah, ekonomi US pun tengah teruk sekarang. Dengar cerita pun mereka tinggal dalam longkang je sekarang.

Tu lah, gedik sangat nak berdikari. Basuh baju pun tak reti.

Saya harap kalau mereka terbaca nukilan ini, pulanglah ke tanah air. Kat sini kurang-kurang banyak jugak kerja yang ada. Kat Cyberjaya sekarang dengar cerita banyak opening. Kat Technology Park pun. Kalau tak reti teknikal, boleh kerja buruh, tebar roti, sapu sampah. Bibik pun tengah on demand sekarang. Boleh jugak kurangkan kebergantungan kepada warga asing.

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.

Balik la wok!

Gambar Michael je. Malas nak lukis empat-empat ekor tuh.

10 comments:

Afida Anuar said...

yoe...aku dengar la..depa bukan hidup merempat pun kat dalam longkang kat new york nun...depa membanteras keganasan . Bagus depa ni..tapi kalau dapat banteras keganasan kat KL ni lagi bagus!...

SaNg PenCinTa said...

hahahaha....cte boley pcaya ke??hehehehe

jamaliah said...

aduhai yoe....gelak guling2 aku baca entry ko kali nie.
cerita ko ni betul2 menghilangkan stress aku .....
hahhaha....

StingRay said...

Jadi..ko ni..tok guru yang tikus tu?

hahahahahhaha...

cit! cit! cit!

comel.

dalamdalam said...

Ye la ye la..amik la ubat tu. Aku tak bagi ko amik ubat tu terus dah teruk dah ko sekarang.

Niz said...

hebat kura kura ko sekarang
badan berketul ketul!
haha

aQila Aini said...

=___________________________=

wan said...

gile

miss nina said...

ninja turtle..go..go

@r3|4^2 said...

oit bila nk ada update baru ni??