Petang semalam, sekali lagi berlaku perlanggaran antara 2 gerabak LRT berhampiran stesen Bukit Jalil. 'Six injured in LRT accident'- Laporan dari The Star. Kalau kalian boleh imbas kembali, ini kejadian kedua dalam masa 2 tahun. Bagi aku ini salah satu malapetaka kecil yang terjadi dalam komuniti kita.
2 gerabak Star-LRT sedang 'bercium'
Ya, mereka boleh memberi alasan kerosakan teknikal atau kecuaian pemandu. Tapi atas dasar apa yang membawa kepada alasan tersebut? Korupsi dan kerja sambil lewa. Aku malas nak sentuh pasal korupsi. Kalian boleh tengok sendiri fenomena retak dan runtuh yang berlaku kebelakangan ni.
MRR2 - 30 rekahan. Samy Vellu kata, faktor cuaca. RM70 juta disalurkan untuk kerja baik pulih. Masih lagi retak. Apa cerita, bai?
Bumbung dewan sekolah menengah runtuh di Terengganu.
Pejabat orang asli runtuh di Perak.
Spesifikasi tak pernah ikut tahap piawai yang ditetapkan.
Perkakas harga RM50, 'claim' sampai RM500 (macam kes di sebuah institut kemahiran satu masa dulu - tak perlu aku tuliskan nama). Jadi macam mana sekarang?
Kerja sambil lewa pulak. Perlu aku huraikan? Tak payah lah rasanya. Cuba kamu guna kan perkhidmatan komuter. Pasti kamu sakit hati. Tak pernah tepati masa. Aku rasa dalam banyak-banyak benda, komuter lah yang paling banyak aku maki. Membuang masa, merosakkan program orang, sendat, asyik rosak. Hish, kurang pahala puasa aku.
Kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri!"
Aku bersimpati kepada mangsa kemalangan LRT semalam. Sebagai bekas pengguna LRT sepenuh masa dulu, aku faham situasi dan perasaan mereka. Dalam keadaan letih baru balik kerja, berhimpit-himpit macam sardin, cium ketiak orang(aku tak pernah kena, sbb aku tinggi), menghidu pelbagai jenis aroma 'harum'..Nak lagi best, kalau time-time berhimpit tu, ada orang kentut. Peh! Memang bedebah rasa. Tapi nak tuduh pun tak boleh. Mana nak 'detect' si pengentut tu, kalau dah ramai-ramai camtu. Takpe lah, mungkin dia dah cuba menahan anginliar itu, tapi gagal.
Sepanjang menjadi pengguna sepenuh masa LRT, aku bernasib baik tidak pernah terlibat dalam kemalangan. Rosak tu, selalu-lah. Ya, aku bernasib baik, sama seperti aku bernasib baik tidak pernah 'kantoi' keluar malam sepanjang 5 tahun di asrama dulu.(Cerita lain kali). Tapi aku tak dapat bayangkan derita mereka yang terpaksa menggunakan komuter setiap hari. Aku yang kadang-kadang guna pun, dah maki-hamun. Kalian memang penyabar. (sambil buat tabik spring)
Kalau LRT dan komuter pun tak tepati masa dan penuh sendat dengan penumpang umpama ikan sardin, jadi apa beza nya perkhidmatan ini dengan perkhidmatan bas mini dahulu? Sama saja, bukan?
Mungkin yang berbeza- bas mini warna pink, LRT warna putih.
Bas Mini Wilayah
( Lagu 'Bas No. 13' dendangan M.Nasir mengalun - sbg lagu latar )
Sempena bulan Ramadhan ni, aku nak berkongsi something. Ni based pada pengalaman dan pemerhatian aku laa, sbg orang bujang yg menetap di pinggir ibu kota. Biasanya aku dgn budak-budak rumah akan membeli juadah di bazar Ramadhan je. Senang. Beli dan makan. Tambahan pulak rumah kitorang xde dapur..so, mmg x masak laa..Tapi kadang-kadang tu ade jugak berbuka kat luar, especially dgn budak-budak office atau member-member masa kat univ dulu.
Ape yg aku perasan, kalau time berbuka kat luar, biase laa kan, mesti kita sampai kat kedai tu dlm pukul 6:30-6:45 cmtu. Nak order ape sume dulu kan. So, sementara menanti makanan sampai, bukan main rancak lagi bersembang. Macam-macam cerita keluar dan dibualkan. Borak-borak, gelak-gelak. Orang-orang meja sekeliling pun sama. Pendek kata, mmg 'happening' laa kedai makan tu. Menu yg di 'order' pulak, macam-macam jenis. Dari nasik kosong dgn tomyam, telur dadar, nasik goreng laa dan hape-hape lagi laa. Tu belum campur sedikit kuih yg di beli kat bazar. Singgah jap tadi. Air pulak, tu dia...macam-macam kaler..sirap bandung, milo ais, laici, cendol..dah lah, malas nak cite.
Lepas azan Maghrib, berbuke laa..sambil makan pun ade lg topik yg nak di bicarakan. Tu dia, meriah sungguh..
Ok, kita tengok pulak pemandangan pada waktu sahur. Dalam masyarakat kita ni, aku dapati ada 4 golongan sahur :
i ) Golongan pertama ni yg bangun di penghujung malam. Biasenya, buat qiamulail dulu. Pastu baru sahur. Makan kurma dgn air susu. Tapi ade gak makan nasik..standard laa. Lepas sahur, siap-siap dan pegi surau utk solat Subuh. Bagus2...memang betul2 ikut sunnah nabi. Sejuk perut ibu mengandung. Memang itu pun tujuan di sunatkan bersahur lewat-lewat. Supaya kita boleh terus bersiap utk solat subuh. Tau-tau je laa nikmat tido time-time subuh ni.. masyuk yg amat.
ii ) Golongan yg kedua ni pulak lebih kurang same dgn yg first td. Bangun kat hujung-hujung mlm gak. Makan nasik atau kurma atau ape-ape jelah, bergantung pd besar mana nafsu time tu. Paling koman pun teguk air kosong je. Jadi laa, asalkan bangun sahur..betul x? Kira ok laa, ambik yg sunat tu. Tapi beza golongan ni dgn golongan di atas, lepas sahur...tidur balik. Bangun-bangun dah pukul 8.
iii) Golongan ni jenis yg makan dulu byk2 sebelum tido..Masa bersahur sekitar pukul 12 ke 2 pagi..pastu x bangun-bangun dah lah.
iv) Golongan ni pulak..memang x bgn sahur langsung. Err..ni boleh dikira golongan yg bersahur gak ke?
Aku dgn 'hehousemate' biasanya mmg akan bangun utk bersahur. Dan mmg kitorang akan terpaksa keluar utk bersahur. Kecuali kalau dah mls sgt, bedal je lah ape yg ada kat dapur.Kurma ke, roti ke, kuih berbuka smlm ke..belasah je.
Suasana di kedai makan pd waktu sahur. Walaupun dtg 4-5 orang, tapi suasananya amat hening sekali.
Aku : Bagi nasik goreng kampung satu, kak...telur mate. Air teh o' suam eh. Housemate 1 : Aaa same laa kak Housemate 2 : Saya pun samelah
Dan sementara menunggu nasik sampai, tiada bunyi perbualan dan gelak tawa yg memeriahkan suasana. Tgk orang meja-meja sebelah pun same je. Semua mata tertumpu pd rancangan kat TV..sambil sekali-sekala terdengar bunyi menghirup air teh o' suam. X kesah laa TV cerita ape pun..
Makanan sampai...sessi makan-makan dimulakan dgn senyap dan penuh tatatertib. Sambil mata dah separuh tertutup..Xtau laa ape yg orang kedai ni bubuh dalam nasik tu. Masih lagi tiada perbualan. Hening.
Hmm...pagi ni aku bangun tidur. Agak 'rush' sebab dah lewat ke 'opis'.. Tu laa siapa suruh tidur lepas subuh?...Tapi berbaloi laa semalam bangun tengok bola..Liverpool menang. Kalau tak, memang aku dah maki. Penat aku bangun tapi main macam haram..Opss..puasa, tak-leh maki hamun.. Astagfirullah...
Ok, sampai 'opis', baca 'paper'..eh Pak Lah 'still' PM lg? Aiseh, aku ingatkan Anwar dh jd PM...kalo tak, 'sure' harga minyak dah turun..(berangan)
So, masing-masing ada 'view' tersendiri....Ada kata Anwar 'bluffing', ada kata Anwar tak nak ambik alih kuasa tergesa-gesa...kang jd 'chaos' ke ape..die nak amik alih 'smoothly'... Hmm..entah lah..macam-macam laa...Political ni susah nak percaye sgt... Anwar pun entah betul entah tidak dia dah ada 31 org ahli parlimen nak lompat parti.. BN pun dlm dok nafi-nafi kan pasal tu, apsal nak hantar 49 org ahli parlimen ke Taiwan?Dari situ rakyat blh terfikir, "Oh, maybe betul kata Anwar"...
Pada aku, mungkin Anwar ada 'plan' mende-mende ni...Mungkin die pun memang dah ada 'list' ahli parlimen yg nak lompat..Tapi silap die kot pi habaq awai-awai..So tau-tau je lah..tak kan BN nak tengok je..Mesti laa penuh dengan ugutan dan amaran keras...
Jadi tak perlu laa aku ulas panjang-panjang..Sebab dah ramai yg ulas psl ni.. Carik je laa..Berlambak-lambak blogs dan posts pasal mende ni..
Ratio di atas adalah kuota yg baru di minta oleh pengusaha seni atau lebih tepat lg, penulis lagu, pelirik, penyanyi. Senang cerita karyawan-lah kpd Kementerian Penerangan agar stesen-stesen radio swasta menyiarkan 90% lagu2 tempatan dan hanya 10% lagu luar.
Bagi aku, ada pro dan kontra-nya. Sebagai peminat muzik(hanya peminat, bukan penggiat), aku terfikir sudah terlalu teruk-kah mutu lagu-lagu tempatan? Sehingga tidak mendapat tempat di stesen radio swasta? Radio swasta menjalankan modus operandi (mcm ayat Harian Metro la plak) sebagai satu entiti bisnes, yang bergantung sepenuhnya kepada pengiklanan. Dan bagaimana mereka hendak meyakinkan pengiklan? Dengan menarik seramai mungkin pendengar. Dan bagaimana utk menarik pendengar? Dengan menyiarkan lagu-lagu yang disukai oleh para pendengar....
Secara jujur-nya, memang akhir-akhir ini kebanyakkan lagu-lagu luar terutama dari seberang lebih 'catchy' dan sedap di dengar. Tapi itu tak bermakna lagu-lagu kita tak ada yg bagus. Cuba imbas kembali zaman 90-an. Aku rasa pada waktu itu lah lagu-lagu kita sangat merudum kualiti nya. Semua-nya lagu tangkap leleh, jiwang, putus cintan yg semuanya melankolik dan tangkap syahdu. Nasib baik juga aku pada waktu itu diperkenalkan dengan lagu-lagu Cromok(thanx Xoll, kerana 'introduce' kat aku diorang nih), Butterfingers, OAG, Bloodymarry dan lain-lain yang pada waktu itu masih lagi bersembunyi di 'bawah tanah'.
"Tapi sekarang dah 2008, bro"
"Jap laa..tak habes cerite lagi"
Akhir-akhir ini sudah banyak 'band' 'bawah tanah' yg mula keluar. Malah Butterfingers pun dah mula menyanyikan lagu dlm BM..'Grunge is dead?'. Mereka pun dah mengubah halatuju mereka daripada menjadikan Nirvana sebagai idola. Sekarang ni nampak gaya seolah nya mereka dah mula 'follow' Radiohead. Cuba perhati kan lagu dan lirik mereka, terutama bermula dari album 'Selamat Tinggal Dunia'. Eh, apsal aku melalut cerita pasal diorang pulak..?
Ok, kembali ke pangkal jalan..uhuk!
Bagi aku, karyawan ini takut untuk bersaing secara sihat. Sampai bila kita ingin dilindungi? Cuba hasilkan sesuatu yg berkualiti. Lagu yang baik bukan hanya dinilai pada betapa abstrak- nya muzik yang kamu tulis itu, betapa puitis-nya lirik itu.
"Lu tak berjiwa seni laa,bro"
Memang, aku suka pada lagu yg puitis, muzik yg indah. Tapi jangan laa mengarut sangat. Bila kau sedang memandu, buka radio, kamu mendengar lagu untuk menghilangkan bosan, melayan halwa telinga, bukan utk memerah otak berfikir maksud-maksud di sebalik lirik dan muzik yg penuh abstrak itu. Ambil contoh Hujan. Lirik diorang entah hapa-hapa. Main hentam je tulis. Tapi kenapa mereka popular sekarang? Sebab muzik yg dibawakan ringan, mudah diikuti, seronok di dengar.
Kesimpulan-nya, jangan takut untuk bersaing. Kalau kamu hasilkan sesuatu yg berkualiti, orang akan tau dan gemarkannya. Tapi kalau dalam album tu ada 10 lagu, 1 atau 2 je yang 'best', jangan salahkan pendengar. Mereka membayar utk mendengar. Dan aku membeli album kamu menggunakan wang ringgit aku, bukan bulu hidung. Kalau wang itu senang di dapati seperti mendapatkan bulu hidung, aku tak akan komplen pasal kualiti lagu yg kamu hasilkan. Bila pendengar beli album artis luar, kamu kata mereka tak patriotik, tak menyokong industri muzik tempatan. Tapi lihat dahulu kualiti album yang kamu keluarkan. Aku bukan membenci kalian, tapi aku mahu kalian hasilkan sesuatu yg boleh dibanggakan. Aku tidak mahu kalian hasilkan lagu syok sendiri.
Kali terakhir aku beli album artis tempatan adalah pada 2006, album M.Nasir bertajuk 'Sang Pencinta'. Aku beli sebab nak menyokong industri muzik tanah air laa (kononnya). Beliau pun dah lama tak keluarkan album. Dan juga digelar sifu. Tapi aku kecewa. Daripada 10 lagu dlm album tu, ade laa dlm 3 kot yg boleh layan. Yang lain tu~tak dengar pun takpe. Macam bukan lagu M.Nasir.
"Lu tak berjiwa seni, bro"
Ok lah aku tak berjiwa seni. 'Maybe' aku tak faham apa yang dia tulis. Tapi utk seorang 'student' pada waktu itu, RM16.00 yang dikeluarkan untuk membeli sekeping kaset yg tidak mencapai gred A, amat lah besar maknenya. Boleh buat belanja makan 2 hari tu.
Lepas tu, aku tak beli dah album dari artis tempatan. Curik dari PC orang je. Atau 'download'.
Ada kebarangkalian ke akan terjadi perubahan kerajaan esok? Mungkin...walaupun Pak Lah & co menafikannya, tp tindakan mereka kebelankangan ini menceritakan sebalik-nya...Kenapa perlu dihantar 49 ahli parlimen ke Taiwan utk mendalami teknologi pertanian di sana? Rasanya jiran kita, Thailand lebih hebat dlm bidang itu... Dan kenapa perlu di hantar ahli parlimen?kenapa tidak di hantar Menteri Pertanian dan pegawai-pegawai-nya? Dan ada beberapa isu lagi yang terjadi, yang aku rasa malas untuk dikupas...dan tak reti untuk dikupas... Maklum-lah...aku bukan ahli politik... Mereka lagi handal bermain catur... Apa-apa pun, tunggu sajalah esok...
Aku menulis dan melukis sekadar suka-suka. Bereksperimentasi dengan bahasa dan ayat-ayat. Menterjemah fikiran dan luahan dalam lukisan.
Apa yang aku tengok tak semestinya aku setuju.
Apa yang aku tulis tak semestinya selari dengan pendapat kamu.
Persetan-kan apa yang orang lain mahu kata.
Kalau dah nama-nya manusia, apakah ada yang sempurna?
Pada sapa-sapa yang tengah mencari beg, singgah-singgah laa kat sini. Usha-usha dulu kot2 ada yang berkenan. Tak kena bayar pun kalau singgah. Meh laa. Klik je kat bawah ni.