Wednesday, May 6, 2009

Kisah Zahid

Tengahari itu Zahid begitu bersemangat ke kelas persediaan petang. Entah apa yang merasuk diri-nya, beliau sendiri pun kurang pasti. Jarang benar beliau hadir ke kelas persediaan petang yang lazim-nya bermula jam 3 hingga 430 petang. Waktu-waktu begitu biasa-nya di hiasi dengan dengkuran-dengkuran indah di 'dormitary' yang separuh usang itu.

Namun berbeza sekali pada hari ini. Selesai sahaja makan tengahari atau dalam loghat Kuala Pilah-nya, 'lunch' Zahid terus bergegas ke kelas. Semangat yang berkobar-kobar untuk menjadi pelajar terbaik sekolah tahun ini menjadi azimat dan pembakar sifat kemalasan yang selama ini membaluti diri Zahid.

Langkah-langkah penuh keazaman di atur Zahid menuju ke kelas. Biar di panah terik mentari, namun sedikit pun tidak menggugat usaha murni beliau. Di hadapan beliau, kira-kira 200 meter terpacak seorang warden bertugas hari itu. Cikgu Kamarudin nama-nya. Merangkap jurulatih ragbi sekolah. Garang dan bengis orang-nya. Besar dan kasar tangan-nya. Kalau beliau ajak bergusti lengan pun, kena fikir dua tiga juga-lah.

"Zahid! Mai sini!" laung Cikgu Kamarudin.

"Ada apa, cikgu?" sapa Zahid tersenyum mesra.

Pang!!!

Satu tamparan hinggap tepat ke pipi Zahid. Zahid terpinga-pinga. Apa salah yang telah dia laku-kan? Kenapa Cikgu Kamarudin begitu kejam kepada-nya? Di rasa-kan diri nya seperti Bawang Putih di ketika ini.

"Mana tali leher kamu? Kenapa tak pakai? Tak ada disiplin langsung!" tanya Cikgu Kamarudin. Tegas. Garang. Bersedia dengan hukuman kedua. Kali ini dengan rotan panjang di tangan-nya.

"Tapi cikgu, 'tie' wajib pakai masa waktu sekolah sahaja. Kelas persediaan petang tak wajib pakai. Datang pakai baju sekolah je. Tak ada 'tie', " ujar Zahid perlahan. Menahan rasa sebak di hati kerana di kasari sebegitu rupa.

"Owh. Ya tak ya juga. Cikgu lupa. Takpe lah. Kamu boleh masuk kelas sekarang," ujar Cikgu Kamarudin tersipu-sipu. Perlahan-lahan rotan panjang tadi disembunyi-kan dan bergegas pergi. Berpura-pura masuk ke tandas.

Dan Zahid pada hari itu datang ke kelas persediaan petang dengan semangat yang luntur bersama hadiah istimewa daripada Cikgu Kamarudin. Hanya carutan-carutan halus kedengaran selepas itu di dalam kelas di sambut dengan dekahan ketawa rakan-rakan yang langsung tidak bersimpati.

2 comments:

miezi said...

prep petang pakai baju sekolah?? Wow, harus cemerlang pelajar2nya. Erk.

Hafizzul Kamarudin said...

aku percaya zahid itu adalah mu....adakah ini kisah mu?