Pernah merasai kegagalan? Tak kisah lah gagal dalam apa benda pun..
Tau maksud gagal? Orang putih kata '
fail'...'
failure', kegagalan..Mengikut pemahaman aku, gagal ni boleh laa kiranya kita katakan keadaan apabila kita tak dapat mencapai apa yang kita hajati atau mahukan.
Contoh mudah laa, sorang budak sekolah form 5, nak amik SPM, target 10A..Tapi bila keluar result, katakan dapat 5A je..kira gagal laa tu..boleh camtu?
Ataupun seorang '
businessman', yang lingkup perniagaannya, sepasang kekasih yang terputus di tengah jalan. Boleh konsider gagal?
Sebenarnya, perkataan 'GAGAL' tu luas maknanya. Bergantung pada pemahaman dan situasi seseorang tu. Seorang anak membesar dan terlibat dalam penagihan dadah. Curik duit mak ayah, pukul orang, masuk serenti, dapat HIV..at the end, mati katak.
Anak itu yang gagal dalam hidup dia, atau orang tua dia yang gagal dalam mendidik nya?
Ramai orang kata mak bapak tu yang gagal dalam mendidik anak dorang tu.Tapi kalau dah diberi segala kasih sayang, pendidikan, budak tu dah besar panjang, dah baligh, masih nak salah kan orang tua nya? Tak patut...tak patut..(sambil menggelengkan kepala)
Kata orang, kegagalan tu bukan pengakhiran hidup. Ramai yang pernah gagal lepas tu berjaya. Ramai jugak yang gagal, tak bangun-bangun lagi dah.
It is not how you fail, but how you bounce back..itu yang membezakan antara orang berjaya dan orang yang terus kecewa. Betul, rasa kecewa selepas gagal itu pedih. Tambah-tambah pulak, kalau kita tak dapat sesuatu benda yang kita terlalu nak. Tak salah bersedih. Setiap manusia memang ada perasaan untuk bersedih. Tapi janganlah sampai kesedihan itu menguasai diri. Hanya kita yang boleh menentukan lama mana kesedihan itu berpanjangan. Dalam mana luka itu nak menghiris hati. Itu semua kita yang tentukan. Ada orang yang terus meratapi nasib selepas kegagalan. Menyalahkan takdir. Putus asa, rasa sudah hilang segala-galanya.
Menyalahkan takdir, samalah juga dengan menyalahkan sang Pencipta. Masakan Dia tidak tahu betapa remuknya hati kamu, betapa deritanya hidup kamu. Tapi apsal Dia bagi jugak semua kegagalan tu? Hanya Dia yang Maha mengetahui. Boleh jadi Dia tahu kamu akan jadi seorang yang sombong andai ditakdirkan perniagaan kamu berjaya. Boleh jadi Dia tahu kamu tak akan bahagia andai terus bersama dengan si dia. Boleh jadi jugak, Dia nak menyedarkan kamu setelah kamu dah lama melupakan Dia. Dia
warning tu...cepat-cepat laa kembali ke pangkal jalan. Sebab Dia masih sayang kamu. Dia boleh bagi kamu segala kejayaan yang kamu hajati, kekayaan yang melimpah ruah. Tapi jauh dari rahmat-Nya. Itu yang kamu mahu?
Aku baru hidup atas dunia ni dalam 24 tahun. Masih muda. Baru nak kenal dunia orang kata. Berdiri atas kaki sendiri. Perah keringat sendiri buat merencanakan sebuah kehidupan. Dan aku pernah beberapa kali gagal. Pelajaran? Perniagaan? Percintaan? Semua aku pernah rasa. Memang aku sedih. Tapi cuba tengok sekeliling. Ramai yang lagi teruk. Aku gagal dalam pelajaran. Sekurang-kurang nya aku merasa gak masuk universiti. Aku gagal dalam perniagaan, sekurang-kurangnya takde laa sampai muflis. Aku gagal dalam percintaan, sekurang-kurangnya aku tak hisap dadah. Bodoh betul orang yang bunuh diri, hisap dadah pasal frust bercinta. Macam dah takde orang lain je dalam dunia ni. Pengalaman-pengalaman orang sekeliling inilah yang aku kutip jadikan panduan. Dan aku syukur. Nasib aku kira ok lagi laa...
Hikmah kegagalan ni, kita tak nampak dalam masa 2-3 hari. Ambik masa, beb..Cuba duduk, fikir elok-elok. Sebab apa gagal. Lama-lama, bila dah tiba masa yang sesuai, akal kita dah cukup matang, kita akan nampak kenapa kita gagal. Aku nak berkongsi sedikit kisah aku. Aku bersekolah nun jauh di utara tanah air. Sekolah asrama penuh.
Glamer laa kiranya sekolah ni. Tapi bila berjauhan dari keluarga ni, paham-paham jelah. Lalai laa sikit. Ayah aku pernah datang 2 kali je sepanjang 5 tahun aku dok kat asrama. Masa hantar aku daftar masuk Tingkatan 1 dan masa SPM. Jadi sepanjang 5 tahun tu, pandai-pandai aku lah nak balik camne, uruskan hidup aku apa semua. Jadi, aku sedikit lalai. Abaikan pelajaran. Nak-nak pulak tengah remaja. Darah tengah panas. Tengah nak mencuba segala-galanya. Lebih percayakan rakan dari keluarga. Aku akui hubungan dengan keluarga agak renggang. Balik pun 3-4 bulan sekali. Yelah, kampung jauh kat Terengganu. Letak beg, terus keluar cari kawan dulu ape-ape hal pun. Sampailah keluar
result SPM. Teruk...
Result yang tak sepatutnya aku dapat untuk seorang pelajar sebuah sekolah asrama penuh yang elit. Masa mak aku tengok result aku, masa tu lah aku sedar, aku dah hancurkan harapan seorang ibu. Dia tak menangis. Tapi dari riak wajah dia masa tu, dah cukup menggambarkan segalanya. Wajah yang penuh dengan kekecewaan, kesedihan. Dia tak cakap apa. Marah tidak, menangis pun tidak.
"Takpelah..dah takde rezeki," tu je dia cakap.
Tapi aku rasa sangat terpukul. Rasa bersalah yang amat sangat. Betapa 'derhaka' nya aku pada masa tu aku rasa. Aku tak sanggup nak tengok muka mak aku.
"Maaf, mak," tu je. Tu je yang boleh terkeluar dari mulut aku.
Speechless.
Masa member-member aku daftar masuk matrikulasi, universiti apa semua, aku tak dapat mana-mana tawaran. Bayangkan camane rasa hati aku time tu. Kau bekas student sekolah berasrama penuh nih, sekolah elit. Tapi takleh pegi mana-mana. Peh! Memang bera rasa muka nih. Dalam sebulan lepas tu, aku dapat panggilan kedua matrikulasi dan tingkatan 6. Pikir-pikir, ambik matrikulasi. Dan aku berjaya survive. Walaupun tak dapat 4 flat, tapi berjaya jugak laa jejak sampai menara gading.
Sekarang dah 7 tahun lepas peristiwa kat atas tu. Baru sekarang aku nampak kenapa aku gagal. Andai kata aku dapat result ok, dapat study over-sea, aku tak rasa hubungan aku dengan keluarga akan serapat macam hari ni. Yup, lepas SPM tu, aku rapat balik dengan keluarga aku. Nasib baik aku sedar awal. Kalau sampai sekarang aku tak sedar lagi, tak tahulah. Semakin hari masa kita dengan orang tua kita makin singkat. Aku tak nak masa aku kucup dahi ayah atau mak aku saat mereka dikafankan, masa tu baru datang rasa menyesal. Baiklah aku menyesal sekarang.
Lepas pada tu, banyak lagi kegagalan aku tempuh. Tapi mungkin sebab aku dah matang sikit (cewah), so aku boleh terima seadanya. Aku semakin berani mencuba. Berani mengambil risiko. Sudah tidak takut pada kegagalan.
Aku cuma nak menikmati hidup ini perlahan-lahan. Menghargai setiap peluang dan ruang yang diberi. Dan cara aku memandang kegagalan sekarang dah tak sama masa aku lepas sekolah dulu. Yelah time tu budak hingusan lagi...srooot..(sedut hingus).
Jadi, jangan lah takut untuk gagal. Sebab kita tak tahu apa yang menanti di seberang sana. Usaha je dulu. Kalau itu rezeki kita, dapatlah. Kalau tak, sekurang-kurangnya kita dah mencuba kan?
Salah satu
quote yang aku ingat sampai sekarang. Aku baca dari buku '
Chicken Soup For The Soul' masa aku form 3 dulu...
' Don't think about failure, think about the chances you will miss if you dont even try'Acu cuba try test...ok?