“ Ada cara?” tanya Lincoln Burrow memecah kesunyian.
“ Belum…” jawab Scofield ringkas.
Lincoln mengeluh. Merenung setiap inci bilik simen berjeraji besi itu. Kosong, sejuk dan hancing. Tiap saat yang berlalu sungguh lama dirasa-kan. Bagai terhenti putaran masa. Fikiran mereka berdua buntu. Tidak tahu lagi apa yang boleh di fikir-kan.
Kesunyian terus menjadi teman. Scofield lebih suka berdiam sekarang ini. Mungkin sedang berfikir bagaimana boleh mereka menerobos keluar dari ruang ini.
Sunyi. Hening. Sepi.
‘Pruuuut…!’
“Kau kentut eh?”
“Eh..mana ada!” balas Lincoln. Nada-nya agak tegas.
“Jangan main tuduh-tuduh,” sambung Lincoln lagi. Tak puas hati.
Scofield merenung keluar tingkap kecil itu. Malas nak bergaduh. Dia mengharapkan sedikit sinar harapan untuk mereka. Sedikit pun cukup-lah. Seperti mana sedikit-nya cahaya mentari yang mencuri masuk ke bilik mereka.
Tidak semena-mena Lincoln bangun.
“Aku dah tak boleh tahan, Scofield. Lama mana lagi kita nak terkurung macam ni, hah?! Tak kan kau tak ada idea langsung? Kita dah pernah pecah keluar dari penjara Fox River dan penjara Sona dulu. Lagipun, kau ada ‘Master in Science’. Apsal tetiba sekarang kau buntu?!! Kamon-kamon,”
Scofield menarik nafas panjang. Perlahan dia membuka mulut. ‘Trademark’ biasa dia tu-lah.
“Macam ni-lah, Linc. Biar aku jelaskan pada kau. Kita pecah keluar dari Fox River dulu sebab aku dah bersedia dengan ‘blueprint’ penjara tu. Yang aku lukis jadi tatu kat seluruh badan aku tu. Masa kat Sona pulak, kita dapat keluar dengan pertolongan Whistler dan konco-konco ‘The Company’ tu. Masalah-nya sekarang kita kena tahan ISA! Mana aku sempat nak buat ‘blueprint’ apa jadah semua tu! Aku tak tahu pun yang aku nak kena tahan, sebab apa aku kena tahan. Apa salah kita?? Sedar-sedar aku dah kat dalam. Kau faham tak?!!”
Lincoln terdiam. Kelu tidak terkata. Dia duduk kembali di sisi Scofield. Sambil merenung ke satu penjuru bilik tersebut. Di situ kelihatan Alex Mahone sedang menggigil separa sawan babi menahan ketagihan dadah beliau.
Tuesday, October 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
ala takat kem kamunting ja.. bkn susah bebenog pun.
aku da tag ko
ISA oh ISA.
makan free kot dlm ISA tuh?Duit rakyat lagi tuh.
PAk Lah dah terai naik komuter ari tu. apa kata Pak Lah terai masuk ISA lak. 2 ari pun jadi arr..nak terai pak lah? gagagagaga
kreatip..haha
mustafa : apsal laa tag aku? aku xreti menjawab soalan
hafeez : dah laa pakai duit rakyat, zalim...ape hal?
afida : betul tuh..terai tgk
miezi ; terima kaseh
nak dtg menyapa....lama dh u senyap kan...
Brader,ade Mak Bedah nak kenalan ngan ko.sila lihat blog aku.
haha!
Post a Comment