Wednesday, October 22, 2008

Batman Chased By A Dog... WTH...?



Aku lukis gambar ini semasa di India dulu. Rasa mengantuk yang menggila pada waktu kuliah membuatkan aku menggerakkan tetikus untuk menconteng pada 'paint'. Dalam lukisan ini, ada sebab kenapa aku lakar-kan hero kesukaan aku di kejar seekor anjing.

Sengaja aku warnakan Batman ini dalam kostum klasik-nya, kelabu dan biru. Kalau diimbas kembali Batman yang pada waktu itu memandu Bat-mobil tanpa atap, yang mempunyai telefon bergagang wayar ropol-ropol. Kalau dalam adegan bergaduh, akan tertera 'popup box' tertulis 'paw!', 'dish!' atau 'ouch!' seperti dalam komik. Hahaha..klasik betul!

Seperti yang kita tahu, Batman tidak ada sebarang kuasa sakti yang di peroleh dari labah-labah, mutanisasi atau eksperimentasi makmal. Batman hanya seorang manusia yang hidup di sebalik topeng kerana trauma-nya pada masa silam. Seorang manusia yang pada luaran-nya tampak biasa dan normal, tapi penuh dengan campuran emosi yang pelbagai di dalam jiwa-nya.

Jadi, maksud di balik lakaran ini, Batman hanya seorang hero yang biasa. He just an ordinary person. Yang bisa melakukan kesilapan. Yang boleh luka dan cedera. Yang punya perasaan kecewa tatkala di-tinggalkan kekasih. Dan yang bisa di-kejar oleh seekor anjing gila.

Batman hanya boleh terbang dengan menggunakan gajet-gajet rekaan-nya dan Alfred. Logik bukan? Kalau kamu kreatif, reka-lah sesuatu yang boleh bawa kamu terbang seperti gajet Batman atau Ironman atau kapal terbang. Bukan-nya terbang dengan hanya sekadar mengikat kain merah di leher dan memakai seluar dalam merah di luar. Kesian Faizal Tahir masih terperangkap dalam ruang imaginasi tanpa sempadan ciptaan Joe Shuster itu.

17 comments:

Mustafa Bahrudin said...

lebih baik menjadi keluang man.

Hafeez N. said...

Ah.

Semua hero adalah tipu.Baik menjadi diri sendiri.

hero ms kecil aku dulu telah mengkhianati aku.Sejak dari hari tu aku tak pernah percaya adanya hero.

All philospohies are liar-GreenDay

Afida Anuar said...

Aku suka batman sebab aku suka lakonan micheal keaton yang membawa watak batman itu. Tapi tidak pernah pulak aku tengok batman lakonan micheal keaton dikejar anjing spt dalam gambar tu..heeeeeeeee...

p/s: Aku rasa klu mung ato mana-mana syarikat majalah kartun atau komik sudah pasti terjual laku hasil lukisan mung ning. Doh la ada bakat melukis, bakat menulis pun mantap... Syukur pada anugerah yang dikurniakanNya ini.

Anonymous said...

saya suka betul dengan iron man.

lagi suka semenjak robert downey jr. yang jadi hero movie itu, hehe.

Palie said...

apesal mcm cacat sket je batman nie.. perut buncit plak tu.. kekkeee..

aku rasa time ni pelakon die muslim, sbb tu la die takut anjing.. kang x pasal2 plak kene samak.. aku rasa la... kekeek..

sitizero said...

ooo...
ko pn de blog gak eh?
aku terlambat tau la ni eh.
=D

unicorn said...

mustafa : keluang man sengkek, xde kete...heh

hafeez : aku bersimpati dgn kisah mase kecil ko..tp xsemua hero cmtu...ko pun sebenarnye mengalami trauma yg berpunca dr kisah hitam ms kecik..baik pegi berubat

afida : tq2..kartun2 kat komik tu lg lawa. idea lg hebat. kalau xde idea, xleh gak..jgn puji lebih2 sgt. sementara je semua nih. ramai lg penulis yg lg hebat..

putrixue : ironman pun best gak..tp dulu xglemer sgt..xpe, aku stick pd batman gak..

palie : batman br blk open house..byk mkn lemang, rendang..tu yg buncit sket

sitizero ; eh..x lmbt. aku br je stat tulis bulan lepas. selamat dtg!

edot said...

lukisan tu comey gak.. hehe. aku ske batman jugak!

Anonymous said...

cantek lukisan kamu :)

unicorn said...

edot & anon : terima kaseh,

saizulhafiz said...

aku suka watak joker dr batman dlm movie terbaru..watak lebih fresh dan scary.apakata korg??...hro ciptaan kita ni menjadi pujaan smpai skrg.kdg2 terkenang masa kita minat dulu siap ada toys dia lagi.heheh..lukisan cantik nanti boleh la mtk tlg lukis selitkan dlm album wedding 2nd aku nanti ya..hehe..

unicorn said...

saizulhafiz : joker dlm dark knight tu mmg gempak..over-shadow batman tu..damn!mmg mantap ah lakonan heath ledger tu..boleh je nak tlg lukis..kalau kena dgn upahnye..member2 aku bg diskaun..hahaha

maslina said...

aku ada ingat penah tgk gamba ni. tapi apasal takde dlm simpanan aku ye?tak ingat nak mintak kot.. huhuh.. mmg klasik la gamba2 ni yoe.. tak ramai org sanggup drag mouse tu pelan2 utk dpt gambar camni. ni mmg sah boring tahap gaban ni.

unicorn said...

maslina : bukan tahap gaban dah..boring tahap cipan+itik tahapa-hapa lagi lah!hehe...ko lupe mintak pic ni kot..n'way, thanx sbb send aku gmbr2 lame dulu...boleh post lepas nih =)

miezi said...

faizal tahir bercita-cita tinggi mungkin?

miezi said...

the terminal ada tgk,lupa nak tulis kot. tp citer tu biasa2 je, as in sape2 leh berlakon.
ok,makasih, nnt aku linkkan ko juga. teruskan usaha melukis anda!! eheh

unicorn said...

faizal tahir nak terbang ke? sungguh ambitius...anyway, thanx bro