Thursday, October 16, 2008

Kuah Yang Tumpah.

Peribahasa hari ini.

'Kemana tumpah nya kuah kalau tidak ke nasi?'

Apa yang orang tua-tua dulu ingin sampai-kan?

Kalau kita nak tumpahkan kuah, pastikan hanya ke atas nasi. Sebab, kalau kuah itu tumpah di atas meja atau lantai, maka kotorlah meja dan lantai itu. Kalau tumpah atas baju, mungkin ibu kamu akan marah sebab baju itu baru lepas di cuci. Kalau kuah itu dari jenis kari, maka beliau terpaksa menggunakan Dynamo sebab ia tergolong dalam kategori kotoran degil. Tapi yang paling utama, jangan tumpahkan sebarang kuah ke atas muka bapak kamu yang sedang makan. Sebab ia boleh mematikan terus selera makan beliau. Silap haribulan, bapak kamu pulak tumpahkan 'tamparan' jantan-nya ke muka kamu. Nak selamat, makan saja hidangan yang tiada kuah. Macam nasik goreng atau roti. Selamat menikmati hidangan! Aku dah lapar. Nak pergi 'lunch'.

7 comments:

Hafeez N. said...

Kuah yang tumpah,

tak kemana pun.Berada di titik pegun dengan halaju malar.Di tambah dengan mg(mass x gravity).

camtulah jugak kehidupan kita ni.

haish!

Mustafa Bahrudin said...

aku tanak kuah dal. nak kuah kari ok.

Afida Anuar said...

Kuah kuah... slurp slurp kuah tomyam best jugak...tp kalau kuah tomyam tumpah ke meja atau lantai...sayanggggnyer... erkk..

abaikan..tade kaitan ngn peribahasa mung hari ni:P

Anonymous said...

makan nasi yang diletakkan kuah mengelakkan kita daripada tercekik...memang betul peribahasa itu -> "ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi."


pandai betul orang yang cipta peribahasa itu..

anak sapa la ek? ish ish ish...

miezi said...

x boleh blah ar kalau makan x de kuah.ibarat peserta fear factor je-kena paksa2 makan.eheh

unicorn said...

hafeez : ape yg ko merepek nih? aku cite pasal kuah je..yg sampai masuk bab2 fizik nih ape ke hal? tau la engineer..cet!

mustafa : ingat ni kedai mamak ke?

afida : kalau tumpah ke meja/lantai, hirup cepat2 sebelum kuman naik

putrixue : anak Pak Man Tempe tu..kecebub, kecebar, berlanggar, motokar..

miezi : kalau xde kuah, boleh try kicap..kicap tu dikire kuah gak ke?

StingRay said...

"Kalau kita nak tumpahkan kuah, pastikan hanya ke atas nasi. .."


bai...kuah laksa pe cita bai?...kuah rojak?

keh keh keh keh....