Friday, October 31, 2008

Ayam Goreng KFC Lebih Enak


Aku dah kata ayam goreng KFC lagi sedap. Secara tepat-nya ayam goreng pedas KFC. Tapi rakan pejabat aku (baca : MUS) kata ayam McD lagi sedap. Keputusan 'poll' yang aku buat sepanjang minggu lalu dah membuktikan kebenaran kata aku. Terima kaseh pada yang mengundi. Aku harap rakan pejabat aku(baca: MUS) boleh menerima hakikat ini. Dia pun baru 'tag' aku. Aku tak faham tujuan 'tag'. Tapi aku cuba jawab sehabis baik. Harap lepas ni aku tak kena 'tag' lagi oleh siapa-siapa.


1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
~Wang ringgit

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
~Sabun mandi perisa lidah buaya

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
~Pejabat kadhi

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
~Tidak tahu

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
~Apa itu cinta?

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
~Bumbu Bali

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
~'Aku Budak Minang' - karya Ujang

8. Apakah nama penuh anda?
~Lupa

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
~Atau

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
~Osama Laden

11. Christina atau Britney?
~Christina kot. Sebab dia lebih seksi

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
~Ya. Dengan pertolongan mesin basuh saya

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
~Pulau yang tiada orang lain di situ. Aku sorang je.

14. Pelukan atau ciuman?
~Pelukan. Lebih hangat..asyikk!

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
~Rakan pejabat aku
~Bakal bapa(takde tokoh pun)
~Baru kalah PES dengan aku semalam
~Peminat Proton Wira
~Baru dapat hadiah telefon bimbit beradio

16. 2 perkara yang amat saya gilai
~Padang bola
~Kartun

17. 2 perkataan yang sering di ucapkan
~Siot!
~Ko!(baca di halkum, bukan dengan mulut)

18. 2 buah buku yang paling terbaru di baca (magazines also can?)
~PC World
~The Sun

19. 3 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
~Lagu Tiga Kupang
~Lagu untuk-mu
~Lagu labi (eh?)

19. 8 perkara saya pelajari tahun lalu
~Pasal Java
~Pasal Lombardi
~Pasal Pega
~Pasal kawan
~Pasal negara India
~Pasal kerja

20. Mangsa tag seterusnya
Mus

Tuesday, October 28, 2008

Prison Break Season 5

“ Ada cara?” tanya Lincoln Burrow memecah kesunyian.

“ Belum…” jawab Scofield ringkas.

Lincoln mengeluh. Merenung setiap inci bilik simen berjeraji besi itu. Kosong, sejuk dan hancing. Tiap saat yang berlalu sungguh lama dirasa-kan. Bagai terhenti putaran masa. Fikiran mereka berdua buntu. Tidak tahu lagi apa yang boleh di fikir-kan.

Kesunyian terus menjadi teman. Scofield lebih suka berdiam sekarang ini. Mungkin sedang berfikir bagaimana boleh mereka menerobos keluar dari ruang ini.

Sunyi. Hening. Sepi.

‘Pruuuut…!’

“Kau kentut eh?”

“Eh..mana ada!” balas Lincoln. Nada-nya agak tegas.

“Jangan main tuduh-tuduh,” sambung Lincoln lagi. Tak puas hati.

Scofield merenung keluar tingkap kecil itu. Malas nak bergaduh. Dia mengharapkan sedikit sinar harapan untuk mereka. Sedikit pun cukup-lah. Seperti mana sedikit-nya cahaya mentari yang mencuri masuk ke bilik mereka.

Tidak semena-mena Lincoln bangun.

“Aku dah tak boleh tahan, Scofield. Lama mana lagi kita nak terkurung macam ni, hah?! Tak kan kau tak ada idea langsung? Kita dah pernah pecah keluar dari penjara Fox River dan penjara Sona dulu. Lagipun, kau ada ‘Master in Science’. Apsal tetiba sekarang kau buntu?!! Kamon-kamon,”

Scofield menarik nafas panjang. Perlahan dia membuka mulut. ‘Trademark’ biasa dia tu-lah.

“Macam ni-lah, Linc. Biar aku jelaskan pada kau. Kita pecah keluar dari Fox River dulu sebab aku dah bersedia dengan ‘blueprint’ penjara tu. Yang aku lukis jadi tatu kat seluruh badan aku tu. Masa kat Sona pulak, kita dapat keluar dengan pertolongan Whistler dan konco-konco ‘The Company’ tu. Masalah-nya sekarang kita kena tahan ISA! Mana aku sempat nak buat ‘blueprint’ apa jadah semua tu! Aku tak tahu pun yang aku nak kena tahan, sebab apa aku kena tahan. Apa salah kita?? Sedar-sedar aku dah kat dalam. Kau faham tak?!!”

Lincoln terdiam. Kelu tidak terkata. Dia duduk kembali di sisi Scofield. Sambil merenung ke satu penjuru bilik tersebut. Di situ kelihatan Alex Mahone sedang menggigil separa sawan babi menahan ketagihan dadah beliau.

Wednesday, October 22, 2008

Batman Chased By A Dog... WTH...?



Aku lukis gambar ini semasa di India dulu. Rasa mengantuk yang menggila pada waktu kuliah membuatkan aku menggerakkan tetikus untuk menconteng pada 'paint'. Dalam lukisan ini, ada sebab kenapa aku lakar-kan hero kesukaan aku di kejar seekor anjing.

Sengaja aku warnakan Batman ini dalam kostum klasik-nya, kelabu dan biru. Kalau diimbas kembali Batman yang pada waktu itu memandu Bat-mobil tanpa atap, yang mempunyai telefon bergagang wayar ropol-ropol. Kalau dalam adegan bergaduh, akan tertera 'popup box' tertulis 'paw!', 'dish!' atau 'ouch!' seperti dalam komik. Hahaha..klasik betul!

Seperti yang kita tahu, Batman tidak ada sebarang kuasa sakti yang di peroleh dari labah-labah, mutanisasi atau eksperimentasi makmal. Batman hanya seorang manusia yang hidup di sebalik topeng kerana trauma-nya pada masa silam. Seorang manusia yang pada luaran-nya tampak biasa dan normal, tapi penuh dengan campuran emosi yang pelbagai di dalam jiwa-nya.

Jadi, maksud di balik lakaran ini, Batman hanya seorang hero yang biasa. He just an ordinary person. Yang bisa melakukan kesilapan. Yang boleh luka dan cedera. Yang punya perasaan kecewa tatkala di-tinggalkan kekasih. Dan yang bisa di-kejar oleh seekor anjing gila.

Batman hanya boleh terbang dengan menggunakan gajet-gajet rekaan-nya dan Alfred. Logik bukan? Kalau kamu kreatif, reka-lah sesuatu yang boleh bawa kamu terbang seperti gajet Batman atau Ironman atau kapal terbang. Bukan-nya terbang dengan hanya sekadar mengikat kain merah di leher dan memakai seluar dalam merah di luar. Kesian Faizal Tahir masih terperangkap dalam ruang imaginasi tanpa sempadan ciptaan Joe Shuster itu.

Monday, October 20, 2008

Salam....

Assalamualaikum...(tak jawab dosa)

Entry ni sepatutnya aku letak pada permulaan aku tulis blog dulu. Bulan lepas. Baru lagi. Walaupun aku boleh 'publish' kan pada tarikh-tarikh tertentu pada bulan lepas, tapi aku saja tak mahu buat. Sebab bagi aku, itu tak 'real'. Tak asli. Orang Terengganu kata tak 'original'. Dah melanggar hukum fizik. Seperti Isaac Newton pernah cakap, 'masa yang dah lepas tak boleh di tebus balik'. Tapi tak lama lepas tu Albert Einstein berteori mengatakan kita mungkin boleh balik ke masa lampau andai kita boleh hasilkan satu ciptaan yang bergerak lebih laju dari cahaya. Tapi itu 'mungkin'. Belum tentu betul lagi. Dan sehingga hari ini, masih belum ada ciptaan yang bergerak lebih laju dari cahaya. Jadi aku patuh pada hukum alam itu. Kecuali entry pada 1984 itu. Sebab hari itu hari yang bersejarah bagi aku. Anggap sahaja aku menaiki mesin masa Doraemon dari dalam laci meja Nobita.

Aku menulis blog ni sebab pada masa itu aku bosan. Tak ada kerja. Kebanyakkan masa aku di habiskan dengan membaca blog-blog orang lain. Ramai penulis blog yang bagus aku temui. Dari situ aku tergerak nak coretkan sesuatu. Sekadar untuk mengisi kebosanan. Dan mungkin untuk aku meluahkan isi hati. Aku tidak mahu memberitahu identiti aku. Kiranya aku nak jadi macam 'Batman' la. Penegak keadilan yang berselindung di balik topeng hitam. Keluar pun malam-malam. Tak ada siapa tahu yang dia tu adalah Bruce Wayne, si jejaka-tampan-kaya di Gotham City. Tapi aku tak boleh sorokkan identiti aku.(Hampeh)...Ya, aku memang meminati Batman. Kecik-kecik dulu aku pernah memilik figura Batman yang di beli di Pulau Pinang. Tapi sayang di telan ombak waktu aku bawak bermain di tepi pantai.

Sebab tu aku namakan blog ini 'Berita Dari Ombak'. Sampai hari ini aku masih menanti khabar berita figura Batman aku itu. Tapi belum ada khabar berita lagi.

Membesar di sebuah pekan kecil di tepi pantai membuatkan aku dekat dengan ombak dan laut. Di situ lah aku bermain, melepaskan tekanan, kesedihan atau mencari ketenangan. Dari zaman di asrama, universiti membawa-lah ke zaman kerja, kalau aku tak tentu arah, aku akan pulang ke kampung. Aku akan ambik satu waktu untuk aku berseorangan di tepi pantai. Tengok ombak. Serius, ia boleh beri ketenangan pada kamu. Terutama-nya kalau kamu pergi pada waktu pagi, lepas Subuh. Cuba-lah. Jadi, siapa kata ombak jahat?

Sejujur-nya, aku tidak pernah terfikir akan ada orang akan membaca blog ini. Maksud aku di kalangan teman-teman rapat atau sekerja. Mungkin akan ada orang lain dari alam cyber yang akan tersesat datang ke sini, tapi bukan teman rapat. Tapi yalah, tupai yang pandai melompat dari pokok ke pokok pun boleh jatuh, ini kan pulak aku yang tak pandai nak melompat dari pokok ke pokok. Aku 'kantoi' dengan rakan pejabat aku.

Jadi, pesanan untuk adik-adik, jangan tulis blog di pejabat. Kecuali kalau kamu memang mahu seluruh dunia membaca blog kamu.

Oleh itu, kepada teman-teman yang mengenali aku, anggaplah kamu membaca blog seseorang yang kamu tidak kenal. Kerana aku tidak mahu kalian menilai tulisan aku berdasarkan kepada 'siapa aku'. Saidina Omar pun pernah berkata, "Jangan lihat kepada siapa yang berkata, tapi lihat kepada apa yang di kata".

Aku akan merepek, meluah dan melukis di sini. Mungkin setiap hari, mungkin dua hari sekali, seminggu sekali atau sebulan sekali. Bergantung-lah pada ilham dan kerajinan aku. Aku juga mungkin akan berkongsi pengalaman aku atau pengalaman orang lain di sini. Pengalaman teman-teman atau orang-orang di tepi jalan yang aku pernah duduk berbual. Cuba-lah berbual dengan si penyapu sampah, penjual nasik lemak atau pelukis jalanan di Pasar Seni. Kamu akan temui satu kehidupan yang mungkin lain daripada kamu.

Tak semua nukilan aku selari dengan minat kamu. Aku pun ada penulis blog yang aku gemari, yang ada beberapa nukilan-nya aku tak gemari. Adat-lah tu. 'Vice-versa'. Jadi, nilai-kan lah nukilan aku ini bukan kerana aku. Macam 'nickname' yang aku guna, Unicorn tu. Ingat aku saja-saja guna 'nick' tu? Sebab binatang itu tidak wujud. Dongeng. Mitos. Pernah jumpa kuda bertanduk? Jadi anggap-lah penulis ini mitos, dongeng, tak wujud.

Baca dan nilaikan lah repekan-repekan aku di sini. Aku akan meng'approve' kan segala komen yang di tulis. Selagi ia tidak memesongkan akidah aku dan pembaca yang lain. Atau boleh membuatkan aku kena masuk ISA. Kalau tidak suka nukilan-nukilan aku, pegang tetikus kamu, bawak naik atas sebelah kanan tu, klik pada tanda pangkah yang tersedia.

' Aku tidak menjemput kamu ke sini, dan aku tidak menghalau kamu dari sini '

Wassalam...

(Macam tulis surat pulak aku rasa)


Thursday, October 16, 2008

Kuah Yang Tumpah.

Peribahasa hari ini.

'Kemana tumpah nya kuah kalau tidak ke nasi?'

Apa yang orang tua-tua dulu ingin sampai-kan?

Kalau kita nak tumpahkan kuah, pastikan hanya ke atas nasi. Sebab, kalau kuah itu tumpah di atas meja atau lantai, maka kotorlah meja dan lantai itu. Kalau tumpah atas baju, mungkin ibu kamu akan marah sebab baju itu baru lepas di cuci. Kalau kuah itu dari jenis kari, maka beliau terpaksa menggunakan Dynamo sebab ia tergolong dalam kategori kotoran degil. Tapi yang paling utama, jangan tumpahkan sebarang kuah ke atas muka bapak kamu yang sedang makan. Sebab ia boleh mematikan terus selera makan beliau. Silap haribulan, bapak kamu pulak tumpahkan 'tamparan' jantan-nya ke muka kamu. Nak selamat, makan saja hidangan yang tiada kuah. Macam nasik goreng atau roti. Selamat menikmati hidangan! Aku dah lapar. Nak pergi 'lunch'.

Wednesday, October 15, 2008

Minyak Turun 15 sen...


Tengahari yang malas..jadi aku lakarkan perbualan dua sahabat ini...

Tuesday, October 14, 2008

Monalisa smile...



Aku nak lukis potrait Monalisa, tapi tak berhasil. Alih-alih jadi makhluk ungu bergigi kuning ni pulak. Jadi, aku namakan kuda bersayap ni Monalisa. Smile, Monalisa...!!

Beza antara aku dan Leonardo da Vinci :

Leonardo : Lukis potrait Monalisa guna berus.
Aku : Lukis Monalisa ni guna tetikus.


Monday, October 13, 2008

Aku Sebatang Sudu..

Aku berasal dari Kuwait..ya, aku bukan nya lahir di Tanah Semenanjung ni...
Ibu ku adalah garfu, manakala bapa ku adalah pisau. Bukan pisau penyiang ikan tu. Bukan juga pisau pemotong daging tu. Tapi pisau yang orang buat diner tu. Helo, kami bukan dari keluarga sebarangan, ok? Keluarga kami berbangsa cutlery.

Kiranya keluarga aku ni berada jugak laa..keluarga kami digunakan bila untuk makan makanan yang hebat-hebat sahaja. High-class, western food dan sewaktu dengannya. Kalau setakat makan megi atau nasik goreng kampung tu, tuan aku guna sudu lain lah kat dapur tu. Not my standard-lah!

Sebagai anak tunggal dalam keluarga, aku memang manja habis-lah! Mak bapak aku pulak kaya. Apa yang aku nak, semua dapat. Aku ni boleh la dikategorikan sebatang sudu yang bernafsu besar. Lepas tamat sekolah kat negara Sudupura, aku sambung pulak kat Spoonford University. Bukan calang-calang universiti tu, bro..Kalau lu tak pandai atau kaya macam gua, jangan mimpi laa nak masuk situ. Simpan je laa angan-angan korang tu dalam almari.

Lepas dapat Master, aku balik ke tanah air, Sudusia. Walaupun aku tak lahir di sini, tapi aku nak mengaku jugak ni tanah air ku. Sebab parent aku orang sini. Aku je lahir kat over-sea..Oh ya, masa kat Spoonford University tu bapak aku mati. Patah dua sebab terjatuh dari kabinet dapur. Yelah, pisau tua. Dah berkarat sana-sini. Dah reput. Kesian aku. Jadi sudu yatim.

Aku mula-mula kerja biasa-biasa je. Mula-mula jadi sudu bancuh teh dan kopi kat coffee house, pastu jadi sudu untuk makan pasta kat Restoran Italy, pastu jadi journalist. Oleh kerana ayah aku dulu golongan bangsawan, kira aku kamceng jugak laa dengan kawan-kawan dia. Banyak laa lubang aku nak cari kerja. Aku tak nak kerja lekeh-lekeh. Camana nak sara hidup aku yang dah biasa bermewah-mewahan ni? Hasil pertolongan seorang sahabat ayah aku, ditambah pulak dengan aku yang bijak dan pandai jual diri ni, aku dapat jadi pembantu setiausaha sulit Timbalan Presiden United Sudu National Organization(USNO) , Pak Du. Seorang ahli politik tua dari utara semenanjung.

Bermula dari sini aku tidak menoleh ke belakang lagi. Inilah peluangku. Peluang untuk aku menambah kekayaan dan kuasa. Tapi aku kena bijak. Kalau setakat kerja macam ni, tak boleh buat duit. Tak dapat banyak projek.

Aku mula pasang strategi. Pak Du ada seorang anak perempuan. Senduk namanya. Tidaklah cantik mana. Biasa-biasa aja. Masih belum berkahwin. Aku pun rancang satu insiden. Konon-konon pertemuan yang tak di sangka-sangka laa. Masa tu dia tengah di tugaskan untuk memukul telur, untuk di jadikan telur dadar. Aku pun buat-buatlah sibuk. Dan kami berdua ter'accident' semasa sedang sama-sama memukul telur tu.

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Waiceh, terjiwang pulak aku...

Kami pun kahwin. Aku bukannya cinta sangat kat dia pun. Tapi demi mengejar harta dan kekayaan, tak kesah lah. Dah kaya nanti, ramai aweks akan cari aku. Tak lama lepas tu, Pak Du jadi Presiden USNO, merangkap Perdana Menteri Sudusia. Bermula saat itu, habis segala projek dapat kat aku. Dari projek mega sampai lah ke projek ciput pun aku bedal. Aku lah sudu untuk makan spagheti, aku jugak digunakan untuk bancuh kopi, aku jugak digunakan untuk pukul telur, buat bukak tin biskut, cungkil pintu di waktu tuan aku tertinggal kunci kat dalam bilik dan lain-lain. Hatta untuk membuka skru pun aku digunakan. Ini menimbulkan kemarahan kaum pemutar skru. Bukan kaum mereka sahaja, ramai lagi yang mula marah dengan aku. Kaum senduk, sudip, chopstick, teko dan ramai lagilah. Pengetip kuku pun dah mula marah dengan aku. Mereka kata aku kacau periuk nasik mereka. Tak boleh cari makan. Aku peduli apa? Siapa berani halang aku sekarang? Aku menantu Perdana Menteri.

Hahahaha...(gelak dengan nada angkuh sambil membesarkan lubang hidung).

Aku semakin ambisius. Aku merancang menjadi Perdana Menteri sebelum umurku 40 tahun. Strategi aku yang meletakkan sudu-sudu proksi di setiap aset negara sangat menjadi. Harta dan khazanah negara mengalir masuk ke poket aku. Dah lah kaya, bakal PM termuda pulak tu. Bijak sungguh aku. Macam sang kancil. Hihihi...

Bapak mertua aku nak adakan pilihanraya umum. Dia tanya pendapat aku sebagai penasihat nombor satu beliau. Aku tengok situasi semasa, tak ada masalah. Tak ada isu besar, tak ada menteri kena pecat, jadi tak ada sebab kita akan kalah. Pak Du ikut je cakap aku. Dia memang akan sentiasa ikut cakap aku. Dia mana reti berfikir. Paper ekonomi dulu pun 'fail'. Dia hanya tau tidur je.

Tapi benarlah kata sudu-sudu tua. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Taktik aku kali ini tak menjadi. USNO yang kebanyakkan nya calon-calon aku kalah teruk. (Masih menang sebenarnya. Cuma tak dapat majority 2/3 aje. Kecoh betul diorang ni). Pak Du teruk dihentam. Pembangkang pun dah mula berani. Yalah, dah kuat. Aku pun dah mula terkena tempias nya. Panas punggung aku ni.

Desakan demi desakan menyuruh Pak Du turun makin kuat. Aku dah tak tau nak buat apa. Akhirnya Pak Du mengalah. Beliau akan resign awal tahun depan. Akal aku kena panjang. Aku buat keputusan bertanding jawatan Pemuda USNO. Nanti kalau jadi apa-apa hal, kurang-kurang aku dah ada jawatan yang kukuh. Tapi andai kata aku kalah, memang aku tak boleh buat apa dah. Musuh-musuh aku ramai. Mereka cuma menunggu masa je aku jatuh.

Takpe-takpe, dengan harta yang aku dah kaut ni, aku boleh keluar negara. Alang-alang dah kena kutuk, maki hamun, sumpah apa semua, baik aku cabut. Lagipun syarikat penerbangan tambang murah negara, Air Sudu, aku jugak yang punya. Hahahaha....pandai sungguh aku ni. Syabas, syabas!

"Pergi mampus kau, setan !!" ini sumpahan si penulis.

Saturday, October 11, 2008

Defining Java

Dear James Gosling, please define Java for me!

* klepap klepap (bunyi sayap burung)

A white dove fly out from my window..

A week later, my dove came back with a piece of paper tight at her leg.















Ok, after 4 years now I know what is Java...

Friday, October 10, 2008

Aku dan Segelas Sirap Di Pagi Raya

Aku tak ade kamera digital. Jadi aku lukis saje gambar aku di pagi raya haritu guna Paint...
So pathetic...



Tuesday, October 7, 2008

Gagal....

Pernah merasai kegagalan? Tak kisah lah gagal dalam apa benda pun..

Tau maksud gagal? Orang putih kata 'fail'...'failure', kegagalan..Mengikut pemahaman aku, gagal ni boleh laa kiranya kita katakan keadaan apabila kita tak dapat mencapai apa yang kita hajati atau mahukan.

Contoh mudah laa, sorang budak sekolah form 5, nak amik SPM, target 10A..Tapi bila keluar result, katakan dapat 5A je..kira gagal laa tu..boleh camtu?

Ataupun seorang 'businessman', yang lingkup perniagaannya, sepasang kekasih yang terputus di tengah jalan. Boleh konsider gagal?


Sebenarnya, perkataan 'GAGAL' tu luas maknanya. Bergantung pada pemahaman dan situasi seseorang tu. Seorang anak membesar dan terlibat dalam penagihan dadah. Curik duit mak ayah, pukul orang, masuk serenti, dapat HIV..at the end, mati katak.


Anak itu yang gagal dalam hidup dia, atau orang tua dia yang gagal dalam mendidik nya?
Ramai orang kata mak bapak tu yang gagal dalam mendidik anak dorang tu.Tapi kalau dah diberi segala kasih sayang, pendidikan, budak tu dah besar panjang, dah baligh, masih nak salah kan orang tua nya? Tak patut...tak patut..(sambil menggelengkan kepala)


Kata orang, kegagalan tu bukan pengakhiran hidup. Ramai yang pernah gagal lepas tu berjaya. Ramai jugak yang gagal, tak bangun-bangun lagi dah. It is not how you fail, but how you bounce back..itu yang membezakan antara orang berjaya dan orang yang terus kecewa. Betul, rasa kecewa selepas gagal itu pedih. Tambah-tambah pulak, kalau kita tak dapat sesuatu benda yang kita terlalu nak. Tak salah bersedih. Setiap manusia memang ada perasaan untuk bersedih. Tapi janganlah sampai kesedihan itu menguasai diri. Hanya kita yang boleh menentukan lama mana kesedihan itu berpanjangan. Dalam mana luka itu nak menghiris hati. Itu semua kita yang tentukan. Ada orang yang terus meratapi nasib selepas kegagalan. Menyalahkan takdir. Putus asa, rasa sudah hilang segala-galanya.

Menyalahkan takdir, samalah juga dengan menyalahkan sang Pencipta. Masakan Dia tidak tahu betapa remuknya hati kamu, betapa deritanya hidup kamu. Tapi apsal Dia bagi jugak semua kegagalan tu? Hanya Dia yang Maha mengetahui. Boleh jadi Dia tahu kamu akan jadi seorang yang sombong andai ditakdirkan perniagaan kamu berjaya. Boleh jadi Dia tahu kamu tak akan bahagia andai terus bersama dengan si dia. Boleh jadi jugak, Dia nak menyedarkan kamu setelah kamu dah lama melupakan Dia. Dia warning tu...cepat-cepat laa kembali ke pangkal jalan. Sebab Dia masih sayang kamu. Dia boleh bagi kamu segala kejayaan yang kamu hajati, kekayaan yang melimpah ruah. Tapi jauh dari rahmat-Nya. Itu yang kamu mahu?

Aku baru hidup atas dunia ni dalam 24 tahun. Masih muda. Baru nak kenal dunia orang kata. Berdiri atas kaki sendiri. Perah keringat sendiri buat merencanakan sebuah kehidupan. Dan aku pernah beberapa kali gagal. Pelajaran? Perniagaan? Percintaan? Semua aku pernah rasa. Memang aku sedih. Tapi cuba tengok sekeliling. Ramai yang lagi teruk. Aku gagal dalam pelajaran. Sekurang-kurang nya aku merasa gak masuk universiti. Aku gagal dalam perniagaan, sekurang-kurangnya takde laa sampai muflis. Aku gagal dalam percintaan, sekurang-kurangnya aku tak hisap dadah. Bodoh betul orang yang bunuh diri, hisap dadah pasal frust bercinta. Macam dah takde orang lain je dalam dunia ni. Pengalaman-pengalaman orang sekeliling inilah yang aku kutip jadikan panduan. Dan aku syukur. Nasib aku kira ok lagi laa...

Hikmah kegagalan ni, kita tak nampak dalam masa 2-3 hari. Ambik masa, beb..Cuba duduk, fikir elok-elok. Sebab apa gagal. Lama-lama, bila dah tiba masa yang sesuai, akal kita dah cukup matang, kita akan nampak kenapa kita gagal. Aku nak berkongsi sedikit kisah aku. Aku bersekolah nun jauh di utara tanah air. Sekolah asrama penuh. Glamer laa kiranya sekolah ni. Tapi bila berjauhan dari keluarga ni, paham-paham jelah. Lalai laa sikit. Ayah aku pernah datang 2 kali je sepanjang 5 tahun aku dok kat asrama. Masa hantar aku daftar masuk Tingkatan 1 dan masa SPM. Jadi sepanjang 5 tahun tu, pandai-pandai aku lah nak balik camne, uruskan hidup aku apa semua. Jadi, aku sedikit lalai. Abaikan pelajaran. Nak-nak pulak tengah remaja. Darah tengah panas. Tengah nak mencuba segala-galanya. Lebih percayakan rakan dari keluarga. Aku akui hubungan dengan keluarga agak renggang. Balik pun 3-4 bulan sekali. Yelah, kampung jauh kat Terengganu. Letak beg, terus keluar cari kawan dulu ape-ape hal pun. Sampailah keluar result SPM. Teruk...

Result yang tak sepatutnya aku dapat untuk seorang pelajar sebuah sekolah asrama penuh yang elit. Masa mak aku tengok result aku, masa tu lah aku sedar, aku dah hancurkan harapan seorang ibu. Dia tak menangis. Tapi dari riak wajah dia masa tu, dah cukup menggambarkan segalanya. Wajah yang penuh dengan kekecewaan, kesedihan. Dia tak cakap apa. Marah tidak, menangis pun tidak.

"Takpelah..dah takde rezeki," tu je dia cakap.

Tapi aku rasa sangat terpukul. Rasa bersalah yang amat sangat. Betapa 'derhaka' nya aku pada masa tu aku rasa. Aku tak sanggup nak tengok muka mak aku.

"Maaf, mak," tu je. Tu je yang boleh terkeluar dari mulut aku. Speechless.

Masa member-member aku daftar masuk matrikulasi, universiti apa semua, aku tak dapat mana-mana tawaran. Bayangkan camane rasa hati aku time tu. Kau bekas student sekolah berasrama penuh nih, sekolah elit. Tapi takleh pegi mana-mana. Peh! Memang bera rasa muka nih. Dalam sebulan lepas tu, aku dapat panggilan kedua matrikulasi dan tingkatan 6. Pikir-pikir, ambik matrikulasi. Dan aku berjaya survive. Walaupun tak dapat 4 flat, tapi berjaya jugak laa jejak sampai menara gading.

Sekarang dah 7 tahun lepas peristiwa kat atas tu. Baru sekarang aku nampak kenapa aku gagal. Andai kata aku dapat result ok, dapat study over-sea, aku tak rasa hubungan aku dengan keluarga akan serapat macam hari ni. Yup, lepas SPM tu, aku rapat balik dengan keluarga aku. Nasib baik aku sedar awal. Kalau sampai sekarang aku tak sedar lagi, tak tahulah. Semakin hari masa kita dengan orang tua kita makin singkat. Aku tak nak masa aku kucup dahi ayah atau mak aku saat mereka dikafankan, masa tu baru datang rasa menyesal. Baiklah aku menyesal sekarang.

Lepas pada tu, banyak lagi kegagalan aku tempuh. Tapi mungkin sebab aku dah matang sikit (cewah), so aku boleh terima seadanya. Aku semakin berani mencuba. Berani mengambil risiko. Sudah tidak takut pada kegagalan.

Aku cuma nak menikmati hidup ini perlahan-lahan. Menghargai setiap peluang dan ruang yang diberi. Dan cara aku memandang kegagalan sekarang dah tak sama masa aku lepas sekolah dulu. Yelah time tu budak hingusan lagi...srooot..(sedut hingus).

Jadi, jangan lah takut untuk gagal. Sebab kita tak tahu apa yang menanti di seberang sana. Usaha je dulu. Kalau itu rezeki kita, dapatlah. Kalau tak, sekurang-kurangnya kita dah mencuba kan?

Salah satu quote yang aku ingat sampai sekarang. Aku baca dari buku 'Chicken Soup For The Soul' masa aku form 3 dulu...

' Don't think about failure, think about the chances you will miss if you dont even try'

Acu cuba try test...ok?