Tuesday, March 10, 2009

Pupus


Pasti ada antara kamu yang menyangka nukilan kali ini tentang cinta yang bertepuk sebelah tangan. Kerana kumpulan muzik dari Indonesia, Dewa pernah menulis lagu yang berjudul 'Pupus'. Jika di hayati lirik-nya adalah tentang seorang pria yang menyukai seorang dewi, malang-nya cinta itu tidak terbalas.

Bukan. Bukan pasal itu. Mula-nya aku sekadar melorek-lorek tetikus. Dalam keadaan separa sedar, tiba-tiba terhasil lukisan di atas. Lantas aku tersedar dari lamunan dan bercadang mahu meletak-kannya di sini. Baru sahaja aku menaik-muat lukisan ini, dan berkira-kira mahu menulis sesuatu, terpacul di sisi aku muka yang sangat aku kenali. Yang agak jarang sekali datang melawat kubikel aku yang tinggi seperti dedalu di tengah-tengah lautan lalang. Benar, wajah encik Bos.

Di pendek-kan cerita, aku kantoi dengan beliau-lah. Macam biasa, soalan yang akan keluar dari mulut-nya, "What is this?".

Dalam bahasa ibunda aku, "Pebenda nih?".

Kalau terjemah dalam bahasa German pula, "Grundlegende Wörter?".

Ok, aku tipu. Aku tidak tahu berbahasa German. Ayat di atas entah dari mana aku petik dan tampal sahaja. Siapa suruh percaya?

Hmm..agak melalut nampak-nya. Berbalik kepada cerita asal. Selepas di terjah secara tiba-tiba, aku tidak tahu apa yang perlu di jawab. Aku sekadar mengata-kan aku sedang melaku-kan kajian dan analisa faktor sebenar kepupusan dinosaur.

Mujur hari ini 'mood' beliau agak baik. Maklum sahaja, kami baru menghadiah-kan kek hari lahir di iringi nyanyian suara-suara sumbang budak-budak department aku. Beliau hanya mengangguk. Tidak tahu-lah apa yang beliau fikir-kan. Mungkin dalam hati beliau berkata, " Apa jadah study pasal dinosaur? Bila masa department ni jadi pusat R&D dinosaur?" Atau apa-apa sahaja. Aku tidak tahu.

Sigh.. (mengeluh).

Siot sungguh. Hilang segala idea dan fakta untuk aku berbicara tentang haiwan purba ini. Sudah. Aku mahu pulang. Ada client menanti. Mungkin lain kali sahaja aku menulis pasal dinosaur.

Chiow!

10 comments:

Anonymous said...

perrggh...

mungkin lepas ini encik bos berhasrat untuk membida projek the distinction of dinosaurs

mungkin la...mungkin...

saizulhafiz said...

aku tumpang sedih dgn apa berlaku di department ko...smoga kekal hadapi cabaran.ada masa kita pancitkan tayar vios bos ko..hahahhaa

Anonymous said...

huu~ separa sedar.. hebat2
sama la macam matt parkman

miSs dee 4 dino said...

episod kantoi rupanya...yoe yoe..

Yasz said...

Hahahah...En Bos was lawatan ek...Hahahahhaa...

Dlm German, "Pekebende nih?" ialah = "Was ist das?"...sebutnye bunyi cam ni "Vas is das?"..Ape2 yg bermula dengan "W" dlm German disebut ,"V"..so BMW disebut BMV...hehe...alamak kasi lecture Deutsch(German) pulak...

Ku boleh bygkan ko menglentong org tua tu pasai dinosaur.Sure bunyi cam beria..Hahahah....Lawak2..

rzy said...

Erm.. cam nerlh korg leh berlakon setelah sekian lamanya.. tak ada keje tapi kene act macam busy giler.. Biar betul _ tu caya dgn jawapan ko tue?? ke ko sajer tipu kitaorg... aaaaaa..nasib baik aku wish besday dia smlm tue yg dia mood baik tau sbnrnya.. sajer bodek nak balik..

aro said...

wei..bg aku ym mu

Afida Anuar said...

bile baca bahasa jerman tu, kagum gok aku ..baru ingt nok suh mu ajo..rupanye...ceh..hehehhe

unicorn said...

putrixue : satu idea yg bernas. boleh di ketengah-kan nanti

saizul : ok. kite nanti-kan detik itu

anon : idea ketika separa sedar kdg-kdg agak hebat juga.kan?

miss dee : adat la tu. bukan kali ni je.dah berkali-kali

yasz : uish. boleh buat tusyen bhs German nih..brp pengeras nye cikgu?

rzy : bese laa..nak idop

aro : aku dh mls nak ym skg

afida : jgn mudah tertipu..hehe

Yasz said...

Yo..aku blajo bhs german katam level 1 jer.tu pun sbb aku mik mase last sem kat uni. if aku dulu degree kena 4thn, sempat la kot smpai level 3 ke kan..eheh...tak qualify weh nk jadi cikgu.hehe..