Saturday, March 14, 2009

Topeng

Terbaca keluhan hati seorang sahabat. Keluh yang aku pasti bukan hanya dia yang merasa. Barangkali ramai lagi yang berkongsi atau pernah terkesan dengan situasi serupa. Dia, aku dan mereka di luar sana. Ya, kamu juga barangkali. Mengaku atau tidak sahaja. Meluah atau hanya memendam sahaja.

Betapa penat-nya melakar senyuman di bibir, sedang di hati menangis tersedu.
Betapa lenguh-nya rahang berdekah ketawa bersama teman, sedang di jiwa kosong kesepian.
Betapa letih-nya berpura bahagia, sedang di raga berduka cita, tiada siapa yang tahu.

Masih ada-kah yang sudi berbicara di luar sana? Berdoa dan berharap sebagaimana Yunus di dalam telanan si paus? Berfikir dan merenung sebagaimana Khaidir mengajar si Musa?

Lupa-kah kamu pada kisah kahfi dari gua? Yang bisa terlena ratusan tahun di sana. Apa kamu tidak yakin pada kuasa-Nya? Jika Dia mampu membawa gerombolan awan mendung itu kepada kamu, lantas tidak kemustahilan juga Dia mampu mengalih-kan-nya.

Benar, dunia ini tidak pernah adil pada kamu. Tidak pernah kasihan-kan kamu. Hey, bukan-kah itu tujuan kamu di hidup-kan? Jika di sini penuh dengan kebahagiaan dan kenikmatan, itu adalah syorga nama-nya!

Mana warna kehidupan andai semua-nya manis belaka? Tidak semua yang manis itu elok, dan tidak pula yang pahit itu sakit. Jika hanya manis yang kamu mahu-kan, kencing manis-lah jawapan-nya. Suka pada kencing manis?

Bangun dan sedar-lah. Keropek sahaja topeng kegembiraan itu. Tidak perlu lagi berpura-pura gembira. Kamu mampu tertawa sendiri. Cinta bukan untuk di tangisi. Cinta untuk di nikmati. Andai cinta datang bersama derita, lebih baik tidak usah bercinta.

9 comments:

miezi said...

takmao lah kencing manis. nanti kena potong kaki. hehehe

saizulhafiz said...

cinta bukan di tangisi tetapi utk di nikmati..huhu.lebih indah jika smua bfikir seperti itu..smoga cinta mendapat kemenangan

Hafeez N. said...

Kadang2,Tuhan tu nak jumpakan kita dengan orang yang salah dahulu.BAru dia jumpakan kita dengan orang yang betul.

Mak aku pesan,susah2 dahulu,senang2 kemudian.

Tapi mlm td Man Utd kalah teruk aku terus susah hati.haha..

miSs dee 4 dino said...

thanks sebab entry nie mambantu 'proses' aku..

Anonymous said...

bese beb...panahan cinta bukan semua yg merasa...
sape tau cinta,die tau apa itu merana...

cipan said...

it's a package. love comes with all sort of feelings...kalo nak bercinta sangat kene la trime sume.

JAMALIAH said...

yoe, sudah lama aku nantikan entry ko yg terbaru. kenapa ko dah lamer tak post apa2 cerita? penat aku tggu citer ko yoe....

-jem-

aQila Aini said...

agak terkesan baca entri ni.

>.<

unicorn said...

miezi : kurang-kan gula dlm minuman. tambah manisan dalam senyuman..hehe

saizul : dunia mmg perlu-kan cinta. tugas kita utk mencari

hafeez : betul ape yg ko ckp tu. tp bab M.U kalah tu, mmg xleh watpe..liverpool mmg power..hehe.jgn susah hati. try lg next season

miss dee 4 dino : sama-sama. my pleasure

anon : betul tu. tp setiap org pasti mahu-kan juga cinta.walopun tahu ia pahit kdg kala

cipan : hmm..tu la name nye the colourful of love eh? correct me if i'm wrong

jamaliah : byk kesulitan skg ni. susah nak update blog. hrp di maafi

aqila : harap ia boleh membantu.. =)