Monday, October 13, 2008

Aku Sebatang Sudu..

Aku berasal dari Kuwait..ya, aku bukan nya lahir di Tanah Semenanjung ni...
Ibu ku adalah garfu, manakala bapa ku adalah pisau. Bukan pisau penyiang ikan tu. Bukan juga pisau pemotong daging tu. Tapi pisau yang orang buat diner tu. Helo, kami bukan dari keluarga sebarangan, ok? Keluarga kami berbangsa cutlery.

Kiranya keluarga aku ni berada jugak laa..keluarga kami digunakan bila untuk makan makanan yang hebat-hebat sahaja. High-class, western food dan sewaktu dengannya. Kalau setakat makan megi atau nasik goreng kampung tu, tuan aku guna sudu lain lah kat dapur tu. Not my standard-lah!

Sebagai anak tunggal dalam keluarga, aku memang manja habis-lah! Mak bapak aku pulak kaya. Apa yang aku nak, semua dapat. Aku ni boleh la dikategorikan sebatang sudu yang bernafsu besar. Lepas tamat sekolah kat negara Sudupura, aku sambung pulak kat Spoonford University. Bukan calang-calang universiti tu, bro..Kalau lu tak pandai atau kaya macam gua, jangan mimpi laa nak masuk situ. Simpan je laa angan-angan korang tu dalam almari.

Lepas dapat Master, aku balik ke tanah air, Sudusia. Walaupun aku tak lahir di sini, tapi aku nak mengaku jugak ni tanah air ku. Sebab parent aku orang sini. Aku je lahir kat over-sea..Oh ya, masa kat Spoonford University tu bapak aku mati. Patah dua sebab terjatuh dari kabinet dapur. Yelah, pisau tua. Dah berkarat sana-sini. Dah reput. Kesian aku. Jadi sudu yatim.

Aku mula-mula kerja biasa-biasa je. Mula-mula jadi sudu bancuh teh dan kopi kat coffee house, pastu jadi sudu untuk makan pasta kat Restoran Italy, pastu jadi journalist. Oleh kerana ayah aku dulu golongan bangsawan, kira aku kamceng jugak laa dengan kawan-kawan dia. Banyak laa lubang aku nak cari kerja. Aku tak nak kerja lekeh-lekeh. Camana nak sara hidup aku yang dah biasa bermewah-mewahan ni? Hasil pertolongan seorang sahabat ayah aku, ditambah pulak dengan aku yang bijak dan pandai jual diri ni, aku dapat jadi pembantu setiausaha sulit Timbalan Presiden United Sudu National Organization(USNO) , Pak Du. Seorang ahli politik tua dari utara semenanjung.

Bermula dari sini aku tidak menoleh ke belakang lagi. Inilah peluangku. Peluang untuk aku menambah kekayaan dan kuasa. Tapi aku kena bijak. Kalau setakat kerja macam ni, tak boleh buat duit. Tak dapat banyak projek.

Aku mula pasang strategi. Pak Du ada seorang anak perempuan. Senduk namanya. Tidaklah cantik mana. Biasa-biasa aja. Masih belum berkahwin. Aku pun rancang satu insiden. Konon-konon pertemuan yang tak di sangka-sangka laa. Masa tu dia tengah di tugaskan untuk memukul telur, untuk di jadikan telur dadar. Aku pun buat-buatlah sibuk. Dan kami berdua ter'accident' semasa sedang sama-sama memukul telur tu.

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Waiceh, terjiwang pulak aku...

Kami pun kahwin. Aku bukannya cinta sangat kat dia pun. Tapi demi mengejar harta dan kekayaan, tak kesah lah. Dah kaya nanti, ramai aweks akan cari aku. Tak lama lepas tu, Pak Du jadi Presiden USNO, merangkap Perdana Menteri Sudusia. Bermula saat itu, habis segala projek dapat kat aku. Dari projek mega sampai lah ke projek ciput pun aku bedal. Aku lah sudu untuk makan spagheti, aku jugak digunakan untuk bancuh kopi, aku jugak digunakan untuk pukul telur, buat bukak tin biskut, cungkil pintu di waktu tuan aku tertinggal kunci kat dalam bilik dan lain-lain. Hatta untuk membuka skru pun aku digunakan. Ini menimbulkan kemarahan kaum pemutar skru. Bukan kaum mereka sahaja, ramai lagi yang mula marah dengan aku. Kaum senduk, sudip, chopstick, teko dan ramai lagilah. Pengetip kuku pun dah mula marah dengan aku. Mereka kata aku kacau periuk nasik mereka. Tak boleh cari makan. Aku peduli apa? Siapa berani halang aku sekarang? Aku menantu Perdana Menteri.

Hahahaha...(gelak dengan nada angkuh sambil membesarkan lubang hidung).

Aku semakin ambisius. Aku merancang menjadi Perdana Menteri sebelum umurku 40 tahun. Strategi aku yang meletakkan sudu-sudu proksi di setiap aset negara sangat menjadi. Harta dan khazanah negara mengalir masuk ke poket aku. Dah lah kaya, bakal PM termuda pulak tu. Bijak sungguh aku. Macam sang kancil. Hihihi...

Bapak mertua aku nak adakan pilihanraya umum. Dia tanya pendapat aku sebagai penasihat nombor satu beliau. Aku tengok situasi semasa, tak ada masalah. Tak ada isu besar, tak ada menteri kena pecat, jadi tak ada sebab kita akan kalah. Pak Du ikut je cakap aku. Dia memang akan sentiasa ikut cakap aku. Dia mana reti berfikir. Paper ekonomi dulu pun 'fail'. Dia hanya tau tidur je.

Tapi benarlah kata sudu-sudu tua. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Taktik aku kali ini tak menjadi. USNO yang kebanyakkan nya calon-calon aku kalah teruk. (Masih menang sebenarnya. Cuma tak dapat majority 2/3 aje. Kecoh betul diorang ni). Pak Du teruk dihentam. Pembangkang pun dah mula berani. Yalah, dah kuat. Aku pun dah mula terkena tempias nya. Panas punggung aku ni.

Desakan demi desakan menyuruh Pak Du turun makin kuat. Aku dah tak tau nak buat apa. Akhirnya Pak Du mengalah. Beliau akan resign awal tahun depan. Akal aku kena panjang. Aku buat keputusan bertanding jawatan Pemuda USNO. Nanti kalau jadi apa-apa hal, kurang-kurang aku dah ada jawatan yang kukuh. Tapi andai kata aku kalah, memang aku tak boleh buat apa dah. Musuh-musuh aku ramai. Mereka cuma menunggu masa je aku jatuh.

Takpe-takpe, dengan harta yang aku dah kaut ni, aku boleh keluar negara. Alang-alang dah kena kutuk, maki hamun, sumpah apa semua, baik aku cabut. Lagipun syarikat penerbangan tambang murah negara, Air Sudu, aku jugak yang punya. Hahahaha....pandai sungguh aku ni. Syabas, syabas!

"Pergi mampus kau, setan !!" ini sumpahan si penulis.

10 comments:

[Palie] said...

wah.. menarik betul penulisan mg yoe.. mmg pandai la samekan sudu tu ngn tut... bijak2.. 10 markah utk anda

Anonymous said...

mendalam sungguh maksud tersirat entry ni..

It4Ch1 said...

klu tukar kepada "aku seekor kera jantan" baru lg releven. :p

unicorn said...

palie : syukran.. saya budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan.

putrixue : mendalam ke? ni salah satu cara meluah perasaan x puas hati

da mutafaca : kalo aku letak 'kera jantan', nanti nampak sgt. orang Ganu kata, 'obvious'..heheh

Afida Anuar said...

Camne ek mung leh pikir nk wat entry ni sudu based..kagum aku. Doh la panjang lebor dari A sapa Z kesudahannye..

apa pun, aku juga akan menulis seperti penulis di part akhir. Tapi secara terang-terangan..tiada lapik.
"Pergi m*mp*s kau KJ!!"..gagagaga

xaximie said...

hihi.. menarik menarik.. aku igtkan mmg cite pasal asal usul sudu, garfu, senduk dan sekaum dgn nya..

tp baca punye baca... haaaa.... baru tau~ :P~

theblabber said...

wow..menarek dan sgt sinikal.bagus2

Anonymous said...

Suka la cite you nih?nak pecah perut bace...nak tnye you la...sape yea nama anak sudu & senduk?hehehee =)

unicorn said...

afida : ilham tu Tuhan yg bagi..

xaximie : mmg cerita psl sudu pun. ko yg salah phm nih.

miezi : terima kasih =)

anonymous : aku kurang pasti. mungkin 'spatula' kot

Unknown said...

Lawak la...part yang buat cungkil tin + bla2 tue.. sakit perut aku.. nak gelak kuat2 ada org kat sebelah ni..tahan gelak jela..kau bertanggungjawab terhadap sakit perutku ini...