Pernah merasai kegagalan? Tak kisah lah gagal dalam apa benda pun..
Tau maksud gagal? Orang putih kata 'fail'...'failure', kegagalan..Mengikut pemahaman aku, gagal ni boleh laa kiranya kita katakan keadaan apabila kita tak dapat mencapai apa yang kita hajati atau mahukan.
Contoh mudah laa, sorang budak sekolah form 5, nak amik SPM, target 10A..Tapi bila keluar result, katakan dapat 5A je..kira gagal laa tu..boleh camtu?
Ataupun seorang 'businessman', yang lingkup perniagaannya, sepasang kekasih yang terputus di tengah jalan. Boleh konsider gagal?
Sebenarnya, perkataan 'GAGAL' tu luas maknanya. Bergantung pada pemahaman dan situasi seseorang tu. Seorang anak membesar dan terlibat dalam penagihan dadah. Curik duit mak ayah, pukul orang, masuk serenti, dapat HIV..at the end, mati katak.
Anak itu yang gagal dalam hidup dia, atau orang tua dia yang gagal dalam mendidik nya?
Ramai orang kata mak bapak tu yang gagal dalam mendidik anak dorang tu.Tapi kalau dah diberi segala kasih sayang, pendidikan, budak tu dah besar panjang, dah baligh, masih nak salah kan orang tua nya? Tak patut...tak patut..(sambil menggelengkan kepala)
Kata orang, kegagalan tu bukan pengakhiran hidup. Ramai yang pernah gagal lepas tu berjaya. Ramai jugak yang gagal, tak bangun-bangun lagi dah. It is not how you fail, but how you bounce back..itu yang membezakan antara orang berjaya dan orang yang terus kecewa. Betul, rasa kecewa selepas gagal itu pedih. Tambah-tambah pulak, kalau kita tak dapat sesuatu benda yang kita terlalu nak. Tak salah bersedih. Setiap manusia memang ada perasaan untuk bersedih. Tapi janganlah sampai kesedihan itu menguasai diri. Hanya kita yang boleh menentukan lama mana kesedihan itu berpanjangan. Dalam mana luka itu nak menghiris hati. Itu semua kita yang tentukan. Ada orang yang terus meratapi nasib selepas kegagalan. Menyalahkan takdir. Putus asa, rasa sudah hilang segala-galanya.
Menyalahkan takdir, samalah juga dengan menyalahkan sang Pencipta. Masakan Dia tidak tahu betapa remuknya hati kamu, betapa deritanya hidup kamu. Tapi apsal Dia bagi jugak semua kegagalan tu? Hanya Dia yang Maha mengetahui. Boleh jadi Dia tahu kamu akan jadi seorang yang sombong andai ditakdirkan perniagaan kamu berjaya. Boleh jadi Dia tahu kamu tak akan bahagia andai terus bersama dengan si dia. Boleh jadi jugak, Dia nak menyedarkan kamu setelah kamu dah lama melupakan Dia. Dia warning tu...cepat-cepat laa kembali ke pangkal jalan. Sebab Dia masih sayang kamu. Dia boleh bagi kamu segala kejayaan yang kamu hajati, kekayaan yang melimpah ruah. Tapi jauh dari rahmat-Nya. Itu yang kamu mahu?
Aku baru hidup atas dunia ni dalam 24 tahun. Masih muda. Baru nak kenal dunia orang kata. Berdiri atas kaki sendiri. Perah keringat sendiri buat merencanakan sebuah kehidupan. Dan aku pernah beberapa kali gagal. Pelajaran? Perniagaan? Percintaan? Semua aku pernah rasa. Memang aku sedih. Tapi cuba tengok sekeliling. Ramai yang lagi teruk. Aku gagal dalam pelajaran. Sekurang-kurang nya aku merasa gak masuk universiti. Aku gagal dalam perniagaan, sekurang-kurangnya takde laa sampai muflis. Aku gagal dalam percintaan, sekurang-kurangnya aku tak hisap dadah. Bodoh betul orang yang bunuh diri, hisap dadah pasal frust bercinta. Macam dah takde orang lain je dalam dunia ni. Pengalaman-pengalaman orang sekeliling inilah yang aku kutip jadikan panduan. Dan aku syukur. Nasib aku kira ok lagi laa...
Hikmah kegagalan ni, kita tak nampak dalam masa 2-3 hari. Ambik masa, beb..Cuba duduk, fikir elok-elok. Sebab apa gagal. Lama-lama, bila dah tiba masa yang sesuai, akal kita dah cukup matang, kita akan nampak kenapa kita gagal. Aku nak berkongsi sedikit kisah aku. Aku bersekolah nun jauh di utara tanah air. Sekolah asrama penuh. Glamer laa kiranya sekolah ni. Tapi bila berjauhan dari keluarga ni, paham-paham jelah. Lalai laa sikit. Ayah aku pernah datang 2 kali je sepanjang 5 tahun aku dok kat asrama. Masa hantar aku daftar masuk Tingkatan 1 dan masa SPM. Jadi sepanjang 5 tahun tu, pandai-pandai aku lah nak balik camne, uruskan hidup aku apa semua. Jadi, aku sedikit lalai. Abaikan pelajaran. Nak-nak pulak tengah remaja. Darah tengah panas. Tengah nak mencuba segala-galanya. Lebih percayakan rakan dari keluarga. Aku akui hubungan dengan keluarga agak renggang. Balik pun 3-4 bulan sekali. Yelah, kampung jauh kat Terengganu. Letak beg, terus keluar cari kawan dulu ape-ape hal pun. Sampailah keluar result SPM. Teruk...
Result yang tak sepatutnya aku dapat untuk seorang pelajar sebuah sekolah asrama penuh yang elit. Masa mak aku tengok result aku, masa tu lah aku sedar, aku dah hancurkan harapan seorang ibu. Dia tak menangis. Tapi dari riak wajah dia masa tu, dah cukup menggambarkan segalanya. Wajah yang penuh dengan kekecewaan, kesedihan. Dia tak cakap apa. Marah tidak, menangis pun tidak.
"Takpelah..dah takde rezeki," tu je dia cakap.
Tapi aku rasa sangat terpukul. Rasa bersalah yang amat sangat. Betapa 'derhaka' nya aku pada masa tu aku rasa. Aku tak sanggup nak tengok muka mak aku.
"Maaf, mak," tu je. Tu je yang boleh terkeluar dari mulut aku. Speechless.
Masa member-member aku daftar masuk matrikulasi, universiti apa semua, aku tak dapat mana-mana tawaran. Bayangkan camane rasa hati aku time tu. Kau bekas student sekolah berasrama penuh nih, sekolah elit. Tapi takleh pegi mana-mana. Peh! Memang bera rasa muka nih. Dalam sebulan lepas tu, aku dapat panggilan kedua matrikulasi dan tingkatan 6. Pikir-pikir, ambik matrikulasi. Dan aku berjaya survive. Walaupun tak dapat 4 flat, tapi berjaya jugak laa jejak sampai menara gading.
Sekarang dah 7 tahun lepas peristiwa kat atas tu. Baru sekarang aku nampak kenapa aku gagal. Andai kata aku dapat result ok, dapat study over-sea, aku tak rasa hubungan aku dengan keluarga akan serapat macam hari ni. Yup, lepas SPM tu, aku rapat balik dengan keluarga aku. Nasib baik aku sedar awal. Kalau sampai sekarang aku tak sedar lagi, tak tahulah. Semakin hari masa kita dengan orang tua kita makin singkat. Aku tak nak masa aku kucup dahi ayah atau mak aku saat mereka dikafankan, masa tu baru datang rasa menyesal. Baiklah aku menyesal sekarang.
Lepas pada tu, banyak lagi kegagalan aku tempuh. Tapi mungkin sebab aku dah matang sikit (cewah), so aku boleh terima seadanya. Aku semakin berani mencuba. Berani mengambil risiko. Sudah tidak takut pada kegagalan.
Aku cuma nak menikmati hidup ini perlahan-lahan. Menghargai setiap peluang dan ruang yang diberi. Dan cara aku memandang kegagalan sekarang dah tak sama masa aku lepas sekolah dulu. Yelah time tu budak hingusan lagi...srooot..(sedut hingus).
Jadi, jangan lah takut untuk gagal. Sebab kita tak tahu apa yang menanti di seberang sana. Usaha je dulu. Kalau itu rezeki kita, dapatlah. Kalau tak, sekurang-kurangnya kita dah mencuba kan?
Salah satu quote yang aku ingat sampai sekarang. Aku baca dari buku 'Chicken Soup For The Soul' masa aku form 3 dulu...
' Don't think about failure, think about the chances you will miss if you dont even try'
Acu cuba try test...ok?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
aku tau ape nama sekolah glamer tu.. STAR kan? hehehee.. bagus la mg yoe.. penulisan mg mmg mantap.. salute seehhh...
star?? amende tu? kuih raye ke?
hi,best citer mung yoe...mmg kite "kembar" laaa...hahahah
erk..bile mase aku ade "kembar"?
sape ni eh?
utara?dimanakah itu?kalo di kedah @ perlis tahu lah beta.(",)
oooo....dak STAR rupenye...dah abeh round satu Ipoh tuh?
anon : patik pun kurang pasti, tuanku
reha : silap orang nih...
en yoe..
saya ialah tak boleh tdo, lalu mengkatamkan blog anda.siyesly, sy adalah kagum the way incik menulis.
en,saya pun dr skolah elit.masa spm 2001 (sy rasa kita sebaya??), sekolah saya terbaik di malaysia. tp saya malu, sy tak dpt straight As. sampai sekarang sy tak amek sijil spm lagi. saya malu dgn cikgu2.sy tatau knp sy sgt rebel dulu2.smpi skrng kadang2 sy termimpi2 sy back to those spm days. sy mimpi sy score encik :( tp sy sedih bila bgn2 tdo, benda tu semua dah 7 tahun berlalu =/
incik, bila sy masuk matrik, 1st sem matrik saya bankrupt lalu kami semua dipindahkan ke matrik pusat di perak. sekali lg sy kecewa. pointer adalah sgt teruk ms tu.sy salahkan keadaan. lecturer x masuk ngajar, dok umah kedai etc. kita mmg mudah menyalahkan org lain kot? masa kat matrik ni sy tolak tawaran ke uni swasta, sbb konon2 nak try pursue matrik, nak amek medic :(
masa da masuk uni, abah sy offer p indon, sy tolak.tatau knp. skrng sy sgt jeles dgn kawan2 sy yg spmnya "biasa2" tapi da bergelar doctor. sy terasa loser bila memikirkannya. rezeki depa kot-sy mempositifkan diri.
bila pikir2kan balik, saya byk menolak rezeki.sy tatau knp. masa kecik2 dulu mungkin sy rebel kat abah, tp dah besar maybe sbb sy tak yakin, yg mana akhirnya memakan diri. sy benci diri sy kdang2 encik memikirkan semua2 ni. terukkan?
sy selalu mempositifkan diri, berharap satu hari nnt akan benar2 ada sinar utk saya.kdng2 sy penat menunggu.sy sgt2 berharap penantian sy berakhir dgn sesuatu yg sy leh banggakan. (tu sbbnya entry sy kadang2 byk macam bermonolog pasal nasib diri yg jinxed)
tp sy bersyukur, sbb dikurniakan mak yg super memahami. beliau la sumber kekuatan diri. sy berterima kasih kpd Tuhan utk itu.
pssst2..saya heran knp saya boleh menaip panjang2 disini. maafkan saya. ok, sekarang saya rasa sudah mengantok.selamat malam.
p/s: ayat aku tak boleh blah kan? Eheh
(eh, tak payah la approve. ter"blues" lak malam2 ni. malu org lain baca.eheh. Sekadar berkongsi keluh kesah )
miezi : jgn salah-kan masa lalu. sbb masa tu dah tak blh di putar kembali. jadikan ia sbg pengajaran.buat panduan utk kita lps ni buat sst decision.learn from mistake. jgn sampai kesilapan dulu buat kita jd takut utk mencuba sst yg baru.nasib orang x semua-nya sama.ada org jalan dia senang.ada org nak berjaya jalan dia pjg dan susah.once dah berjaya nnti, org xkan tgk dh kegagalan kita yg dulu. maaf, aku approve gak komen ko ni. sbb aku rase, maybe org lain blh share something kat sini.
hakim.. I really like this slot.. I dunno y.. but i think i learn sumthing from it.. thanks again.. :)
sayer mintak ijin sedut citer neh..tuk renungan kawan sayer yg down gler2 di ketika ini..maseh
Post a Comment