Monday, October 20, 2008

Salam....

Assalamualaikum...(tak jawab dosa)

Entry ni sepatutnya aku letak pada permulaan aku tulis blog dulu. Bulan lepas. Baru lagi. Walaupun aku boleh 'publish' kan pada tarikh-tarikh tertentu pada bulan lepas, tapi aku saja tak mahu buat. Sebab bagi aku, itu tak 'real'. Tak asli. Orang Terengganu kata tak 'original'. Dah melanggar hukum fizik. Seperti Isaac Newton pernah cakap, 'masa yang dah lepas tak boleh di tebus balik'. Tapi tak lama lepas tu Albert Einstein berteori mengatakan kita mungkin boleh balik ke masa lampau andai kita boleh hasilkan satu ciptaan yang bergerak lebih laju dari cahaya. Tapi itu 'mungkin'. Belum tentu betul lagi. Dan sehingga hari ini, masih belum ada ciptaan yang bergerak lebih laju dari cahaya. Jadi aku patuh pada hukum alam itu. Kecuali entry pada 1984 itu. Sebab hari itu hari yang bersejarah bagi aku. Anggap sahaja aku menaiki mesin masa Doraemon dari dalam laci meja Nobita.

Aku menulis blog ni sebab pada masa itu aku bosan. Tak ada kerja. Kebanyakkan masa aku di habiskan dengan membaca blog-blog orang lain. Ramai penulis blog yang bagus aku temui. Dari situ aku tergerak nak coretkan sesuatu. Sekadar untuk mengisi kebosanan. Dan mungkin untuk aku meluahkan isi hati. Aku tidak mahu memberitahu identiti aku. Kiranya aku nak jadi macam 'Batman' la. Penegak keadilan yang berselindung di balik topeng hitam. Keluar pun malam-malam. Tak ada siapa tahu yang dia tu adalah Bruce Wayne, si jejaka-tampan-kaya di Gotham City. Tapi aku tak boleh sorokkan identiti aku.(Hampeh)...Ya, aku memang meminati Batman. Kecik-kecik dulu aku pernah memilik figura Batman yang di beli di Pulau Pinang. Tapi sayang di telan ombak waktu aku bawak bermain di tepi pantai.

Sebab tu aku namakan blog ini 'Berita Dari Ombak'. Sampai hari ini aku masih menanti khabar berita figura Batman aku itu. Tapi belum ada khabar berita lagi.

Membesar di sebuah pekan kecil di tepi pantai membuatkan aku dekat dengan ombak dan laut. Di situ lah aku bermain, melepaskan tekanan, kesedihan atau mencari ketenangan. Dari zaman di asrama, universiti membawa-lah ke zaman kerja, kalau aku tak tentu arah, aku akan pulang ke kampung. Aku akan ambik satu waktu untuk aku berseorangan di tepi pantai. Tengok ombak. Serius, ia boleh beri ketenangan pada kamu. Terutama-nya kalau kamu pergi pada waktu pagi, lepas Subuh. Cuba-lah. Jadi, siapa kata ombak jahat?

Sejujur-nya, aku tidak pernah terfikir akan ada orang akan membaca blog ini. Maksud aku di kalangan teman-teman rapat atau sekerja. Mungkin akan ada orang lain dari alam cyber yang akan tersesat datang ke sini, tapi bukan teman rapat. Tapi yalah, tupai yang pandai melompat dari pokok ke pokok pun boleh jatuh, ini kan pulak aku yang tak pandai nak melompat dari pokok ke pokok. Aku 'kantoi' dengan rakan pejabat aku.

Jadi, pesanan untuk adik-adik, jangan tulis blog di pejabat. Kecuali kalau kamu memang mahu seluruh dunia membaca blog kamu.

Oleh itu, kepada teman-teman yang mengenali aku, anggaplah kamu membaca blog seseorang yang kamu tidak kenal. Kerana aku tidak mahu kalian menilai tulisan aku berdasarkan kepada 'siapa aku'. Saidina Omar pun pernah berkata, "Jangan lihat kepada siapa yang berkata, tapi lihat kepada apa yang di kata".

Aku akan merepek, meluah dan melukis di sini. Mungkin setiap hari, mungkin dua hari sekali, seminggu sekali atau sebulan sekali. Bergantung-lah pada ilham dan kerajinan aku. Aku juga mungkin akan berkongsi pengalaman aku atau pengalaman orang lain di sini. Pengalaman teman-teman atau orang-orang di tepi jalan yang aku pernah duduk berbual. Cuba-lah berbual dengan si penyapu sampah, penjual nasik lemak atau pelukis jalanan di Pasar Seni. Kamu akan temui satu kehidupan yang mungkin lain daripada kamu.

Tak semua nukilan aku selari dengan minat kamu. Aku pun ada penulis blog yang aku gemari, yang ada beberapa nukilan-nya aku tak gemari. Adat-lah tu. 'Vice-versa'. Jadi, nilai-kan lah nukilan aku ini bukan kerana aku. Macam 'nickname' yang aku guna, Unicorn tu. Ingat aku saja-saja guna 'nick' tu? Sebab binatang itu tidak wujud. Dongeng. Mitos. Pernah jumpa kuda bertanduk? Jadi anggap-lah penulis ini mitos, dongeng, tak wujud.

Baca dan nilaikan lah repekan-repekan aku di sini. Aku akan meng'approve' kan segala komen yang di tulis. Selagi ia tidak memesongkan akidah aku dan pembaca yang lain. Atau boleh membuatkan aku kena masuk ISA. Kalau tidak suka nukilan-nukilan aku, pegang tetikus kamu, bawak naik atas sebelah kanan tu, klik pada tanda pangkah yang tersedia.

' Aku tidak menjemput kamu ke sini, dan aku tidak menghalau kamu dari sini '

Wassalam...

(Macam tulis surat pulak aku rasa)


16 comments:

Anonymous said...

Aku 'kantoi' dengan rakan pejabat aku.

errkk...saya tiada komen utk itu...huhuhu


footnote: ampun kerana hari itu ter'mengintai' monitor saudara tatkala saudara sedang mencoretkan buah fikiran...jgn marah ek!

Adam. said...

Kalau teori mesin masa ituboleh di-praktikal kan?Aku rasa banyk benda berubah.

Tapi kalau dah nama tiada kerja,kerja pula di sebuah syarikat ala-ala multinasional kah?

Aku rasa tulis blog ini tak salah.

eskapism itu adalah hak individu.

Anonymous said...

blog ni bole celen blog Afida.. susunan ayat yg sangat menarik. aku nk dtg bace lagi post seterusnye~ edot

It4Ch1 said...

uuuu... kabar gembira dari ombak.. ombak jahat ka papa jahat ka.. :D

go go batman!

Afida Anuar said...

Alaaaaa..boleh celen blog aku ke edot? ni yg tak leh jadi ni..heeee...

ala ko tatau lagi ke edot..yoe ni kan blogger sejati..tengok entry 25 january 1984...

sejurus diperanakkan terus menaip entry ..kagum arr aku sama mung yoe:D

unicorn said...

putrixue : x baik skodeng orang..tambah2 pulak kat ofis. xpe2, masih belum terlambat nak mintak maaf kat aku. belanja aku chilli's, cmne?

hafeez : kalau benar ada mesin masa, ramai orang yg nak blk ke masa lalu. buku teks sejarah akan sentiasa berubah. eskapism tu ape? ko ni terlalu terpengaruh dgn Kurt Cobain ni~heh

niwtode : selamat dtg, edot. jgn samakan dgn fida. aku baru nak merangkak. dia dah berlari. enjoy urself here,k

mustafa : jangan sebut batman, bro. aku sedih...

saizulhafiz said...

idea mesin masa kalo berjaya atau menjadi realiti aku org pertama nk try.mau balik zaman silam umbah mane yg silap buat.huuhu..pepun xslh kita berblogger,xkisah cara atau jenis apa nk smpaikan..we have right.go go batman...:)

unicorn said...

afida : rilek2, jgn risau..aku x celen ko.jauh lagi aku

saizul : kena beratur kalau nak naik mesin masa tu. ramai sgt yg nak naik...aduh, sebut Batman lagi

masz14 said...

woiiiii sile add aku!!!!! yoe aku ada simpan gambar2 yg ko lukis masa kat india dlu.. nak tak? nnt aku bagi... tgk gambo raya ko tu teringat gambo2 yg ko lukis dlu..
p/s: ni mas.. husband aku tanye, mana budak terengganu yg jumpe kat umah palie thn lepas, takde pon kat umah lan haritu.. :P

[Palie] said...

bertambah maju blog ni skang.. x di nafikan, mmg susunan ayat2 dlm blog nie menarik.. dah bleh celen sasterawan negara A.SAMAD SAID nie (betul ke aku sebut nama die ni).. smpaikan aku baca satu persatu ape yg cube di ungkapkan.. syabas bro.. teruskan berblog.. kabarkan pada kami berita2 dr kamu.. cewahhhh..

go go power ranges..

unicorn said...

mas : ye, aku dah add ko..terima kasih, mas...kalau ade mase, boleh la send gmbr2 lukisan aku dulu. terima kasih sekali lagi

palie : melampau sgt pujian ko tuh..mcm langit dgn bumi.nak kena blanje satay ke? eheh..thanx sbb x sebut 'batman'..aku sorg je blh sebut

Anonymous said...

waaaa.. enak2 sungguh kata2 mu yoe.. bila tgk ko blk, rase mcm xcaye plak ni blog ko.. rasenye ko ada multiple persona-lity kot hehehe..

unicorn said...

a/l kluangman : multiple persona-lity? mungkin ya, mungkin tidak...bergantung-lah pada keadaan cuaca

Anonymous said...

suka bangat ayat2 kamu..plus kartun2 kamu

unicorn said...

anon : terima kaseh

Unknown said...

Blog ko ni buat aku gelak sorg2 walaupun aku tgh tension nak balik n berperang dgn keje yg melambak + asakan dari org2 onsite yang nak suma siap cepat... thanks... anywhere.. kalau ko tau mana2 blog yg best2 tue tolong ar bgtau aku.. leh aku baca2 diwaktu aku tertekan..arigato..