Salah satu aktiviti haram di asrama aku dahulu adalah ‘
fly’. ‘
Fly’ di sini bukan bermaksud lalat atau terbang, tetapi kegiatan keluar dari kawasan sekolah pada waktu malam. Istilah lain-nya adalah lompat pagar. Aku pun tidak berapa pasti dari mana datang-nya istilah ‘
fly’ atau lompat pagar ini. Kerana sepanjang 5 tahun aku di asrama tidak pernah sekalipun aku keluar pada waktu malam dengan cara terbang atau melompat pagar. Mungkin pelajar-pelajar asrama sekolah lain ada jawaban-nya.
‘
Fly’ adalah acara wajib budak-budak sekolah aku terutama pada malam-malam minggu. Namun bagi yang lebih ekstrem, tidak perlu menunggu hujung minggu untuk melaksana-kan acara ini. Setiap pelajar sekolah aku sekurang-kurang nya pernah-lah sekali terlibat dalam aktiviti ini. (
Tapi aku rasa semua-nya lebih dari sekali). Mana-mana yang tidak pernah ‘
fly’, memang akan di pandang serong oleh komuniti. Seolah-olah macam pesakit kusta pun ada. Bak kata Pipiyapong, tak ‘
true’.Apa-kejadah duduk hostel tapi tak pernah ‘
fly’? Macam tu la lebih kurang tanggapan masyarakat sekolah aku. Di tambah pula lokasi sekolah aku di tengah-tengah bandar. Fuh! Memang syorga. Sebab itu aku rasa dari senakal-nakal budak hingga-lah ke skema-skema nya, pasti buat aktiviti ni.
Antara sebab-sebab yang menyumbang kepada berlaku-nya aktiviti ini di sekolah aku adalah :
i -
Lapar. Tidak dapat di nafi-kan ini adalah faktor utama. Kalau tengah-tengah malam lapar, dewan makan dan kantin dah tutup, larat ke asyik nak telan mee segera sahaja? Sekali sekala mahu juga merasa nasi goreng atau kuew teow kerang di benteng.(
Nama medan selera di kawasan perumahan belakang sekolah) ii -
Games. Segala jenis permainan berkomputer. Waktu itu yang popular dan sering di mainkan adalah Championship Manager, Counter Strike dan Final Fantasy. Main kuda pun boleh di kategori-kan permainan berkomputer. (
Aku pelik kenapa ia dipanggil main kuda. Walhal dalam paparan skrin permainan itu, bukan setakat kuda sahaja yang berlumba, ada juga arnab, anjing, burung unta dan haiwan-haiwan lain. Kenapa hanya kuda yang mendapat nama? Sungguh tidak adil)
iii -
Arahan Senior. Situasi ini hanya melibat-kan pelajar junior sahaja. Kebiasaan-nya pelajar senior akan menyuruh adik-adik kesayangan untuk
fly sebentar beli-kan makanan atau rokok. Yelah, abang senior nak SPM. Nak
'study'. Tapi part yang paling bedebah sekali bila-mana pelajar senior menghulur-kan duit syiling dua puluh sen beserta dialog ini,
" Kau beli-kan aku nasik lemak lauk ayam, air teh ais dengan Dunhill 20. Duit lebih kau simpan,". Faham-faham lah tu. Taktik mengepau cara halus nama-nya. Nak melawan kang, mau kena belasah seround-dua. Tapi aku tak pernah buat kat junior aku dulu. Betul! (
Sambil mengangkat tangan kanan dan menyilang-kan dua jari di belakang badan)iv -
Sangap. Ini lebih kepada mangsa keadaan. Kau tidak berniat pun mahu
fly malam itu. Tapi dek kerana malam itu malam minggu, dan kamu telah merayau ke setiap asrama hanya untuk mendapati kesemua blok-blok usang itu kosong, maka kamu pun turut sama
fly. Kadang-kadang tu, tak ada duit pun dalam poket. Tapi sekadar keluar menikmati angin malam. Lepak-lepak tengok member-member main games atau snooker. Untung-untung kalau mereka menang, dapat belanja minum. Penyesalan hanya akan tiba apabila pelompatan keluar pagar kamu malam itu berjaya diberkas warden. Memang tidak berbaloi.
"Tau camni, baik aku tidur je kat dorm," adalah monolog-monolog biasa yang akan berbisik halus selepas itu.
v -
Wayang. Aktiviti ni bukan-lah aktiviti utama. Hanya sebilangan kecil sahaja yang terlibat dalam aktiviti ni. Biasa-nya penggemar-penggemar filem. Apabila pulang dari menonton tayangan tengah-malam, kamu boleh mendengar kritikan-kritikan mereka tentang filem yang baru selesai di tonton tadi. Kritik berdegar-degar. Biasa-nya golongan ini juga yang banyak menjaya-kan pementasan drama di sekolah. Cita-cita nak jadi macam Spielberg.