Thursday, February 26, 2009

Terima Kasih, Bulan

Apabila kehampaan sering kali bertandang, terkadang terasa juga ingin mencari di mana silap diri ini. Adakah perasaan aku senang sahaja bertukar dari benci kepada cinta. Sayang kepada marah. Atau barangkali rindu pada dendam?

Tolong-lah jawab, wahai bulan.

Bawa-lah aku terbang ke sana. Walau aku tahu tiada apa pada kamu. Hanya lohong-lohong sisa hempasan tahi bintang di sana sini. Tapi kamu masih setia menerangi malam aku.

Dan di saat aku merenung pada-mu. Aku juga mengharap kau begitu. Bukan sekadar renungan biasa. Tapi punya seribu satu makna. Biar-kan kita dengan tafsiran masing-masing. Aku punya malam yang panjang untuk duduk menterjemah renungan kamu itu. Harap-nya aku tidak tersilap baca.

Oh, aku rindu-kan bulan.

Dan aku kecewa saat kamu bersembunyi di balik awan-awan itu. Aku gundah. Aku gulana mencari kamu. Keluar-lah dan melayani aku. Terasa petikan-petikan halus tali gitar seolah-olah cuba membujuk aku.

Aku buat tidak endah puisi-puisi kamu. Berpura-pura tiada apa yang berlaku. Walhal kamu tahu aku sedang mencari bulan aku. Mana dia, oh mana?

Keluar-lah wahai bulan. Bawa bersama Twinkle si bintang kecil itu. Aku buta. Aku lemas tanpa cahaya kamu. Aku hanya mahu duduk di bawah sini. Merenung kamu dan tersenyum. Damai sendiri.

Kerana aku tahu, aku dan dia berkongsi bulan yang sama. Kerana aku tahu dia juga memerhati bulan yang sama.

Aku tahu dia mengerti.

14 comments:

miSs dee 4 dino said...

DIA??ermmm...

kenapa ya..bila musim2 hujan nie..terasa seperti badai yg melanda blog sphere ni..mostly blog rakan2 aku musti terselit cerita bulan,matahari dan yg sewaktu dengannya..

Afida Anuar said...

perghhh, sungguh puitis sekali..

bulan=qamar.. qamariah kah??eheh

miezi said...

"sama-sama", jawab bulan.

Kadri said...

aku mintak tolong satu je unicorn...
satu jer...
tolong la jangan kawen taun ni....
aku tahu yg ko rindu si "dia" yg merenung bulan yg sama tu...
tp tolong la jangan tahun ni....
byk sgt majlis kawen taun ni yg kene pegi...
kang taun depan bosan lak...so...adalah lebih baik ko kawen taun depan yerkk
hahhahaa

unicorn said...

miss dee : musim die kot..mmg skg ni musim demam, batuk, bulan bintang bla bla bla

fida : qurma-riah barangkali

miezi : uih, bulan berbicara di pagi hari?

kadri : jgn risau, aku x tanda pun dlm kalendar utk kawen tahun ni

miezi said...

bulan tu kan sentiasa ada. cuma siang yg buat kita tak nampak dimana ia berada. (matilah, nak berpuisi lak aku)..hahaha

unicorn said...

miezi : a'ah kan..betul gak tu. tp bulan kalo nmpk time siang, x lawa sgt..hehe

lanz™ said...

citer tentang bulan best gak.. he!
kala bulan mengambang, semua mengembang! he

Anonymous said...

puitis nye...so touching!!!

tp bulan mmg cantik...melihatnye sambil berbaring di hamparan rumput bersilingkan langit yg ditaburi bintang2 berkelipan...

mmg si 'dia' berkongsi bulan yg sama dgn kamu.

rzy said...

Fuh.. letih nak pahamkan..mmg tak boleh nak paham.. kat sini matahari sgt2 garang.. so kehadiran bulan mmg dinantikan... bahang giler kat sini... Nak balik..!!!!

unicorn said...

lanz : yup. due2 cite tu kelakar. mmg mennggeletek perut.

putrixue : aku, dia, kamu...kita semua berkongsi bulan yg sama. tafsiran saja berbeza.

rzy : x payah faham-kan. buat serabut otak je..hehe

Yasz said...

Wow...satu picisan cherita berkisahkan bulan yang teramat dalam maksudnya. Sekadar nak browse through aje ,memang confrim tak paham.Rupe2 nye, bermacam2 bende ek duk bergolak dalam otak seorang kaki seni nih!hehe..

unicorn said...

yasz : kaki aku berseni ke?haha

mia said...

yes, she look at the same bulan. dont u worry unicorn.