Tuesday, February 10, 2009

Cukup Laa Tu...

Politik. Politik. Politik.

Banyak benar perkara-perkara yang memual-kan akhir-akhir ini. Aku sudah malas dan bosan mahu mengikuti cerita-cerita sekeliling. Seperti tiada kesudahan. Sebelah sini kata begini, sebelah sana kata begitu. Lompat sana, lompat sini. Tidak ubah seperti kanak-kanak. Lalu, apabila golongan muda tidak hormat pada mereka, di cop kurang ajar, tidak mengenang jasa, tidak patriotik. Tapi orang-orang begini-kah yang perlu di hormati? Hidu kentut aku dulu-lah!

Seperti sudah tidak ada perkara lain selain berpolitik. Apa kukuh sangat-kah ekonomi kita saat ini? Apa cukup makan-kah rakyat marhaen ketika ini? Apa banyak sangat-kah lubang-lubang kerja untuk warga tanah ini?

Kenapa tidak di fikir-kan hal-hal itu? Kenapa tidak duduk semeja cari solusi untuk perkara-perkara itu? Hatta persatuan bola sepak yang sudah sedia nazak itu pun tidak habis-habis di kepal oleh tangan-tangan ahli politik? Mahu jahanam sampai mana lagi sukan itu? Mahu tunggu hingga terkeluar dari ranking FIFA?

Sudah-sudah lah. Tidak perlu-lah gila kuasa sampai begitu sekali. Tanah ini sekarang ada kurang lebih 27 juta manusia. Tolak ahli politik, sultan-sultan, artis, 'programmer' dan budak-budak sekolah, ada ramai lagi yang tahu dan mahir dalam bidang masing-masing. Biar-kan ahli ekonomi dengan kerja mereka. Dengar kata mereka. Mereka lebih arif. Tidak usah-lah mahu tunjuk pandai.

Biar-kan ahli sukan ambil alih persatuan mereka. Mereka lebih tahu sepak terajang dunia itu. Tidak usah-lah mahu tunjuk lagak konon engkau-lah pakar segala-nya. Sepak bola pun tak betul!

Cukup-cukup lah...Tidak penat-kah?

8 comments:

It4Ch1 said...

stamina 20.
tak penat.
takyah kena sub

miSs dee 4 dino said...

tah lah..aku pun makin xpaham dengan manusia2 sebegini..yang ruginya sape??pk lah sendiri..

miezi said...

****,***,******,$#%^$^#$&, @#!@^,
pendek kata semua yg tak best la pasal politik mesia ni. Huh

agHoo said...

duit ngn nama beb..itu penting untuk org2 atas...

unicorn said...

itachi : peh, tu dah taraf2 adebayor.

miss dee : keluarga kau, keluarga aku dan keluarga mereka yg rugi sama

miezi : komentar dari siam ke nih? sawadikappp

aghoo : yg pelik-nya, org2 bwh plak lebih2

~~Noli said...

tumpang gelak je..hahaha

taliban said...

mcm mana nk selesai. politik guna akal manusia yg bak setitik air berbanding lautan. mmg itu-lah hasilnya. sampai malaikat Israfil meniup sangka-kala baru berenti agaknya kemelut diorang ni.

letakkan agama Islam, al-Quran dan hadis di depan. jadikan petunjuk. insyaAllah semua lancar. pedulikan pendapat negatif yg lain.

huhu berkobar-kobar plak aku hahaha..

unicorn said...

noli : nak gelak pun x sampai hati..bangsa sendiri

taliban : bagus2.semangat ini yg kita mahu-kan