Monday, February 23, 2009

Monalisa II

Terkesan dengan hasil percubaan pertama kali dahulu melukis Monalisa yang tiba-tiba menjadi makhluk ungu bergigi kuning, aku cuba mencari kembali kekuatan untuk kali yang kedua-nya. Di tambah pula dengan hasil karya dari seseorang yang mampu melakar dengan baik potret wanita misteri Leonardo Da Vinci tersebut, membuat-kan rasa tercabar makin meluap dalam denyut nadi jantan aku ini.

Aku akan bukti-kan sesuatu kali ini! Tekad awal aku. Tangan mula menarik-narik tetikus hitam tanpa gigi itu, memerhati dengan teliti lukisan rujukan agar bisa aku lorek, kabur atau hembus-kan sesempurna yang mungkin. Bahagian yang perlu di beri keutamaan pasti-nya pada aspek senyuman. Disitu-lah tersimpan kekuatan dan rahsia wanita ini, yang hingga ke hari ini hanya Leonardo sahaja yang tahu. Padan-lah di beri nama 'Senyuman Monalisa'.

Apa-kah hasil lakaran aku kali ini, akan menjadi satu titik pusingan (turning point?) dalam hidup aku? Satu anjakan untuk aku menghasil-kan karya-karya yang boleh di angkat menjadi hasil seni ulung atau rujukan generasi mendatang? Oh, mungkin aku sedikit ambisius. Tapi tidak mengapa, pasak impian kamu dengan angan-angan dahulu.

Ku sendat-kan halwa telinga dengar mendengar lagu Yuna. Unik suara si gadis ini. Cukup untuk menenang-kan dan menghilang-kan sedikit rasa gementar aku dalam menghasil-kan karya agung kali ini. Berdetik-detik waktu terselang. Tidak di sedari, karya itu sudah terhasil. Dengan sedikit sentuhan terakhir, aku merenung kembali wajah gadis misteri itu. Hmm....Aku serah-kan pada kalian untuk menilai.



Belum tiba masa untuk di angkat menjadi karya agung lagi, barangkali. Walaubagaimanapun, biar-lah senyuman gadis ini menjadi rahsia. Cukup hanya aku yang tahu.

14 comments:

lanz™ said...

munahlisa..bukan monalisa.. haha!

aQila Aini said...

hahahah!

percubaan yang bagus, tapi, cuba lagi ye?

hihihii!

It4Ch1 said...

monalisa adalah klise. tuse btul.

Anonymous said...

ala~ apesal tiru trademark aku ni? gigi kuning dah sedikit jongos tu.. mcm aku je

Afida Anuar said...

Lagu Yuna yang mu sedang dengo tu Dan Sebenarnya ke?

Yoe, aku rasa part gigi la yang menyebabkan kureng sket value pada 'munahlisa smile' versi mu ni,erkk...

p/s: Pelukis yang berjaya sanggup menerima kritikan dari pelbagai sudut dengan hati yang terbuka. eheh

Maslina Zolkepli said...

gile scary lukisan ko.. siap ada cleavage.. aduih sakit perut aku..

unicorn said...

lanz : ko ni...bagi laa name yg bandar sket. urban beb, urban.

aqila : baik!

itachi : tuse tu ade macam tosai x rase die?

niwtode : pelanduk dua serupa kot.

afida : setiap senyuman tu ada makna yg tersendiri

maslina : ko jgn mas. perut ko tu x ok lg.kalo jd ape2, aku x bertanggungjawab..

47 said...

LOL munahlisa..

kena kerap gosok gigi baru ok :)

Anonymous said...

awat hang minat beno ngan gigi kuning ni...

miezi said...

haha..terbatuk2 mak aku dirumah namanya disebut2 di sini. Eheh.

Yuna mmg best. Malaysia version of Norah Jones, or better, i may say:)

razor said...

aduh

wan maimunah

unicorn said...

47 : pakai listerine je, blh x?

putrixue : mengikut dentist, gigi kaler kuning lg kuat dan x serapuh gigi warna putih..haha

miezi : bukan aku sebut...dorang ni yg sebut. n'way, kem slama kat mak ko. Yuna tu kalo x mcm norah jones pun, mcm colby pun ade.kalo dh bakat kan, mmg jmpe gak. xyah nk masuk AF ke ape

razor : die hard fan die ke?

Dato Paduka Masri said...

cantek..... lukisan ni....

unicorn said...

masri : terima kaseh