Friday, February 6, 2009

Siti dan Karipap


Siti suka makan karipap Mak Cik Limah. Ber-inti-kan kentang. Sedap. Isi-nya penuh dan padat. Hari-hari balik dari sekolah, Siti singgah beli karipap Mak Cik Limah. Siti lihat gerai Mak Cik Limah selalu ramai orang. Laku betul karipap Mak Cik Limah. Orang tua itu pun happy je melihat karipap-nya senantiasa sold-out.

Tapi sekarang, Siti sedikit keciwa. Karipap Mak Cik Limah tidak sesedap dahulu. Inti-nya pun sudah kurang. Hanya separuh. Sudah tidak padat lagi. Bila Siti tanya, Mak Cik Limah bilang, harga barang sudah naik. Mak Cik Limah terpaksa had-kan kandungan karipap-nya. Sekarang pun Mak Cik Limah jual dua ketul seringgit. Dulu kalau Siti beli seringgit, dapat tiga ketul. Siti tidak tahu kenapa harga barang naik. Siti tidak faham apa kaitan harga barang naik dengan karipap Mak Cik Limah. Siti baru darjah dua. Siti hanya mahu karipap Mak Cik Limah yang sedap macam dahulu.

Mak Cik Limah pun sudah tidak seceria dulu. Gerai-nya sudah agak lengang. Orang agak berkira hendak membeli sekarang. Tambah-tambah pula karipap-nya sudah kurang inti. Macam dalam iklan teh Boh, sudah tiada umph!

Pulang ke rumah, ibu dan ayah Siti sering bertengkar akhir-akhir ini. Ibu selalu cakap ayah bagi duit belanja sedikit. Tidak cukup beli barang dapur. Ayah melenting. Ayah cakap harga barang sudah naik. Ayah pun susah nak ada di rumah sekarang. Pulang dari pejabat, ayah akan bawa teksi sampai larut malam. Bila Siti tanya, ayah kata nak cari duit lebih. Sudah lama ayah tidak bawa Siti ke taman permainan. Siti bosan tinggal di rumah sahaja petang-petang. Siti hanya nak berjalan-jalan dengan ayah dan ibu. Siti hanya nak karipap Mak Cik Limah yang dahulu. Penuh dan padat dengan inti kentang.

Malam itu ayah dan ibu bergaduh lagi. Ibu minta duit dapur. Buat beli barangan. Ayah cakap tak ada duit. Duit bawa penumpang cukup-cukup buat bayar minyak dan sewa teksi. Ramai orang lebih suka naik bas sekarang. Ibu cakap harga telur sudah naik. Harga beras pun sudah naik. Sama juga harga susu dan tepung. Ibu suruh ayah jual-kan sahaja kereta lama ayah. Ayah buat muka sardin sahaja. Malas nak melayan ibu. Ibu marah-marah.

Siti buntu. Siti tak suka keadaan macam ini. Kenapa ayah dan ibu selalu marah-marah? Kenapa Mak Cik Limah sudah tidak gembira? Siti tidak faham. Apa kaitan harga barang naik dengan inti karipap Mak Cik Limah yang makin sedikit? Apa kaitan harga barang naik dengan duit belanja dapur? Siti tidak mengerti. Di sekolah cikgu cakap, Siti beruntung kerana negara ini ramai pakar ekonomi. Siti beruntung kerana negara ini menteri-menterinya pandai mentadbir negara.

Tapi kenapa semua orang tidak gembira sekarang? Siti hanya nak makan karipap kentang Mak Cik Limah. Itu sahaja. Besar sangat-kah hajat siti? Siti keliru. Siti sedih.

13 comments:

Palie said...

mak cik limah tu mung refer kepada im ek? hehehee..

wah, menaip entry pada 2.22am tu.. dasyat2.. xkeje ke arini? hehehe.. aku xpela, mmg ganti cuti thaipusam ari nie..hehee..

Anonymous said...

huh.. tetiba je lapar n teringin nk mkn karipap :P

miezi said...

sian siti. nnt abg belikan karipap sedap utk siti. tamao sedih2 lagi ye.

Afida Anuar said...

Tengok karipap mu tu macam sedap jek..erkkk...

bile sebut pasal harga barang naik..teringat si shahir rambut putih tu..bila tengok minyak tak turun2..teringat kat si shahir rambut putih tu lagi..haihhhhh

47 said...

siti kena hati-hati tau. kalau ada orang laki naik van dan offer siti karipap, siti jangan ambil, lari dan jerit "tolong tolong!" tau. Ok siti?


btw, thanks kerana komen di blog aku. walaupun nampak kecil, aku hargai. nanti bila hidup aku sudah senang, kita pergi minum ramai-ramai :)

Anonymous said...

dalam maksudnya entry kali ni.

aku pon terase harga barang naik. ikan, ayam, even sayur pun naik!
nak marah sape pun tak tahu

unicorn said...

palie : hahaha..bukan karipap im.karipap kat pantry aku menjadi sumber inspirasi

anon : makan, jgn x makan

miezi : siti, ckp terima kasih kat abg miezi..'terima kasih abg miezi'

afida : angau kat shahir rambut putih ke? eh, shahir ke shahrir?

47 : siti kena dgr nasihat abg 47 tu, tau.

no problemo, bro..hidup ni kena saling sokong menyokong.

niwtode : nak marah sape? kena fikir sendiri. aku ade bg hint tu. tp xtau la kemarahan kamu tu sampai x kat dorang. dan xtau la dorang nak endah-kan atau tidak.

It4Ch1 said...

dah dua hari berturut2 aku bli karipap untuk kau. dtg a opis awal sket.

saizulhafiz said...

mgidam rupanya..

agHoo said...

mendalam maksud entry mu nih huhuhu..

BudAk hijAu said...

siti nak berapa puluh karpap..sy poskan..mau?

unicorn said...

itachi : baik. aku akan cuba dtg awal..(cuba)

saizul : siap masuk dlm mimpi dah

aghoo : ade maksud ke? hmm...

budak hijau : pos laju eh?

Anonymous said...

aku tahu nak marah sape. tapi tak tahu camne nk salurkan kemarahan ni.

mak aku sendiri dah benti buat kuih karipap untuk dijual di gerai kuih. mak kata, harga barang naik..