Thursday, February 12, 2009

Gambar Seksi

Tersengguk-sengguk pada petang hari, meratap kesejukan dari pendingin hawa nan membeku. Apa kejadah pasang penghawa dingin waktu-waktu hujan sebegini? Lantas teringat jaket cokolat muda di rumah. Alangkah nikmat-nya jika ada sesuatu buat pemanas badan kala begini. Terus minda aku menerobos kepada kain selimut, tilam dan bantal yang empuk di kamar beradu. Seakan-akan memanggil aku pulang. Uh, paling tidak waktu hujan-hujan begini menyantap ubi rebus dan secawan kopi adalah salah satu nikmat dunia yang tidak terhingga.

Cukup. Aku tidak mahu membiar-kan khayal imaginasi aku terus terbang jauh. Hanya membuat-kan aku menelan air liur dan jadi tidak betah duduk di kubikel seperti penjara ini.

Teringat kepada tag-tag dari beberapa rakan yang sengaja aku abai-kan. Pura-pura tidak terbaca entry-entry mereka yang mengetag aku sedikit waktu dahulu. Antara yang aku teringat adalah tag daripada Fida, Im, Feresa,Mas dan beberapa yang lain. Maaf jika aku tidak menulis nama kalian yang lain. Aku sudah lupa. Maaf juga kerana mengabai-kan tag kalian. Bukan kerana tidak menghargai kalian. Bukan juga kerana malas. (Ok, tidak baik tipu. Memang aku malas nak jawab tag-tag itu)

Dan 2 hari lepas Encik Aghoo pula mengetag. Memandang-kan telah banyak tag yang terabai dan tag daripada Encik Aghoo ini tidak memerlu-kan aku menjawab soalan-soalan yang banyak dan panjang, jadi aku bersetuju untuk melayan tag kali ini.

Tiada syarat dan peraturan yang jelas dari beliau. Jadi aku hanya mengikut bulat-bulat dari nukilan beliau itu.

Pertama, tag ini mahu aku letak-kan gambar diri aku yang paling seksi. Baik, ini gambar aku sewaktu di tepi pantai. Encik Aghoo pasti sudah tahu aku tidak akan letak-kan gambar aku di sini. Jadi, cukup-lah gambar lakaran sebagai ganti. Pantai mana dan bila masa-nya, tidak perlu-lah aku hebah-kan.

Uh, seksi-kah aku? Sila tergoda

Kedua, tag orang lain. Aku tidak mahu tag siapa-siapa. Aku mahu membasmi gejala tag-mengetag ini. Bersama kita membasmi-nya. Hanya sepuluh minit setiap minggu untuk membersih-kan persekitaran rumah dari takungan air yang boleh menyebab-kan pembiakan nyamuk aedes. Aedes pembunuh!

12 comments:

Ateh said...

wah...aku kagum ngan idung mu...sama mancung ngan mulut pelampung itikmu..adus..terguda..

wr@ said...

idung BOLAT..hehe..awat BOLAT sgt?

agHoo said...

mcm idung zizan wakakaka..
aku tau mu akan lukis,sbb tu aku tag mu..bior tmbah sikit kekreatifan mu tuh wakakakaka..

Afida Anuar said...

Aku wase, pahni aku tamo tag doh la mu yoe..erkkk..ngeeeee

btw..gambar tu mmg seksi..seksa lok aku tengok...wakakakaka

miezi said...

wah, ombak tu siap ada tone kaler.

-fa- said...

sila tergoda.....


uuuuuuuuuuuuuu......tak larat!hhhhhhhhhhaahaah

unicorn said...

ateh : terguda dgn pelampung atau dgn hidung aku?

wr@ : hmm...ramai yg komen psl hidung. hidung aku tidak sebesar itu. aku terlukis besar di sini. hidung aku agak-agak mancung.sepeti seludang kot..hehe

aghoo : mu memang jeles tgk aku xde keje. cis!

afida : laa...merajuk dah ke? aku xkesah kalo nak tag aku lg pasni. tp xtau la aku jwb x.heh

miezi : pencahayaan dari matahari itu menghasilkan bayang-bayang hitam lantas berlaku-lah tone kaler yg sesuai bergantung kepada sudut dan garisan horizon

fa : tak tergoda ke? aiseh..keciwa~

Anonymous said...

auwwwwwww...........

so sheksheeeee....

tergoda la ai yew....

Maslina Zolkepli said...

kalo ko takmau tayang muka ko kat cni, camane ko nak cari publisiti? ko dah ada awek belum? klo takde lagi aku suggest ko letak la muke ko kat cni sekali dua bg kasi naik tinggi sket saham ko.
lgpun aku dah setahun lebih tak jumpe ko. camane muke ko skang ni gaknye. baru botak kan? mcm masa baru2 sampai infy dlu la ye? tp itu pun aku dah lupa gak.

unicorn said...

putrixue : phew...ade gak org yg tergoda..heheh

maslina : sampai hati dah lupe muke aku. ade aku letak aritu muke aku kat sini.masa mule2 botak pale

Anonymous said...

yoe..pehal budak berpelampung itik kuning tu muke cam ko je?

unicorn said...

anon : mmg la aku pun. kan aku di tag..