Sorot kembali sejarah hidup aku yang tidak berapa panjang ini. Terutama-nya pada petang jumaat. Mungkin boleh membongkar sesuatu.
Sekolah Rendah ~ Bersekolah di Terengganu, jumaat merupakan hari cuti hujung minggu di sana. Kebiasaan-nya selepas pulang dari solat jumaat dan makan tengahari, aktiviti yang ada hanya-lah menonton filem tamil atau hindustan. Zaman-zaman itu saluran Astro masih belum ada. Yang ada hanya TV1, TV2 dan TV3. Dan aku tidak pernah tonton filem-filem tersebut hingga habis. Biasa-nya akan tidur di pertengahan cerita. Kerana ayah dan arwah atuk pun biasa-nya akan tidur di depan televisyen sehingga-lah di kejut-kan untuk minum petang. Sampai hari ini aku tidak faham mengapa banyak filem-filem tamil dan hidustan di tayangkan pada petang jumaat.
Sekolah Menengah ~ Tinggal di sekolah berasrama di Perak, hari jumaat adalah hari sekolah. Mengikut jadual pihak sekolah, harus hadir kelas persediaan pada sebelah petang. Biasa-nya bemula pada pukul 3 petang. Namun, sambutan biasa-nya agak hambar. Siapa yang masih bersemangat untuk hadir setelah menapak hampir 2km pulang dari masjid? Di tambah pula setelah pekena cendol dan tau fu fa selepas solat jumaat. Perut yang kenyang serta perjalanan yang meletih-kan pada waktu tengahari yang panas hanya boleh di jawab dengan satu perkara sahaja. Tidur di atas tilam buruk katil dua tingkat yang hanya menunggu masa untuk menyembah bumi, sambil di hembus tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dari padang. Aduh, sungguh asyik. Dengan hanya berkain pelikat , nyata ia satu detik yang sungguh berangin dan nyaman. Namun lena kami itu biasa-nya akan terganggu sejurus bedilan rotan halus para warden hinggap di tapak kaki kami. Dan kami harus bangkit untuk menerima bedilan rotan yang kedua pada bahagian punggung. Sememang-nya kain pelikat nipis itu tidak mampu untuk menyerap kesakitan bedilan rotan halus tersebut. Silap aku tidak menginsuran-kan punggung pada waktu itu. Dan mengikut statistik, hari jumaat adalah hari yang paling kerap aku di rotan sepanjang 5 tahun di asrama.
Budak-budak hostel beraksi sebelum ke masjid
Zaman Universiti ~ Aku dan rakan-rakan kuliah seboleh-boleh akan mengosong-kan masa petang jumaat daripada sebarang aktiviti akademik. Jika ada kuliah atau makmal pada petang jumaat, kebarangkalian untuk hadir sudah boleh di jangka. Tipis. Senipis kulit bawang. Sumbat-lah kuliah petang jumaat pada hari lain. Tidak kesah-lah hari rabu atau khamis jadual sehari suntuk sekali pun. Asal-kan petang jumaat kami bebas. Di samping dapat beribadat(ehem), masa itu juga dapat di guna-kan untuk berehat(baca : tidor). Bangun pada sebelah petang, sebelum bersiap-siap ke padang bola atau sekadar melepak di warung bawah pokok. Minum teh dan cuci mata.
Zaman Berkerjaya ~ Petang jumaat biasa-nya semangat untuk bekerja sudah agak luntur. Barangkali kerana kekenyangan, berpanas semasa pulang dari masjid dan masuk ke zon berhawa dingin, menyebab-kan hormon-hormon produktif mulai menurun. Otak hanya berputar mencari tempat strategik untuk melelap-kan mata barang seminit dua. Masa pada petang jumaat juga dirasa-kan sangat pantas berlalu. Mungkin kerana esok adalah hujung minggu. Jadi, tiap kali tiba hari jumaat, aku akan rasa gembira.
Setelah dikira, di tambah, ditolak, bahagi dan darab, barangkali rasa keter-mengantuk-kan ini terhasil kerana latih tubi aku selama ini yang menge'set'kan minda bahawa petang Jumaat adalah masa untuk tidur. Mungkin benar rumusan aku kali ini. Perlu 'adjust' kembali minda.
12 comments:
wehh..aku ngntuk gak..da r sorg. smua blah da..haha! adakah?
Word Verification :- .BARIA.. mcm suh baring jer..baring a..haha
hahahaha...buat aku terkenang masa d asrama dulu.bab pkena cendol dgn tau fu fa tu mmg lazat.semesti mas berkerjaya hari jumaat paling d nanti.wekeend masa bersuka ria..tp adakah terasa weekend d kompeni xxx yg sememangnya tiada kerja..ehem
Ari jumaat,aku M.C.
haha!
Petang jumaat(baca:hari ni) aku tengok status kamu di komunikater opis offline...kamu tido(baca: ponteng) barangkali..uhuh..
p/s: Tido, tido jugak, jangan asar terbabas dah la.. peace no war!:D
bkn salah ko..
mmg jike hari cuti jatuh pd khamis, maka haruslah bercuti pada jumaatnye juge..
walau ko coba nk 'unset' minda yg jumaat bkn hari utk tido, slalunye nnt akan timeout juge...
p/s: serius ngantuk tahap gaban nih..
Hehe.. so, arini dapat tidur petang x?
yoe~
..mind set beb..
sila2 ubah eh...
tp mmg macam tuh kan...
aku rasa semua org pun...
ps: owh..kamu mmg dah praktik tido berjemaah dr sekolah rendah erk??
cam kenal jek baju melayu putih kain bersampin merah.. mcm baju anak buah aku.. STAR kan? hehehee..
cite aku plak..
time sekolah rendah
- ade 2 sesi.. jan - jun sesi petang, jul - dis sesi pagi.. kalo time sesi petang, jumaat la semangat skali sbb masuk kelas kol 2.. kejap je masa berlalu.. lagi2 ari jumaat la ramai cikgu x masuk kelas.. hehee..
time sekolah menengah
- lepas jumaat ade latihan pancaragam.. so x rasa mengantuk or ape.. mmg dah wajib..
time kat U
- biasa mesti ade kelas petang jumaat.. tensen jek.. kelas plak kol 3.. mmg potensi pegi kelas tu kureng la.. hehheee..
time bekerjaya
- lepas jumaat tu rasa mengantuk tu ade sket2.. tp biasanye, jumaat petang la bz nk settle kan report.. ari2 kene wat daily defect report, tp ari jumaat rasa cam masa x cukup plak nk siapkan.. so, agak kelam kabut la.. hehehe..
ehhh.. aku plak sibuk tulis sini.. mcm satu entry dah.. kekeke.. sorry yoe, aku makan space mg sket.. hehehee..
yes, i cant wait for fridays to end..hahaha
lanz : baring, jangan tak baring
saizul : dah lama tak makan cendol. mana boleh dapat cendol yang best2 kat area2 SK nih?
hafeez : aku memang dah agak. biasa...
afida : aku ada hal (baca:cuti)
shy_wani : lega kerana kau memahami situasi diriku..eheh
NHA : biar-lah rahsia
miss dee : baik-lah, saya akan cuba ubah..cuba tak semesti-nya berjaya,ok?
palie : xde hal, bro.mkn laa space byk2 pun. berkongsi cerita.bukan server aku pun.google punya server..
putrixue : hahaha...typical mindset
aku paling suka hari Jumaat...
Sebab:
1) waktu lunch lama..sampai leh shopping2 skit
2) esoknya CUTI!!!
3) ptg tue boleh balik kg..
4) malam tue boleh tido lambat...boleh berpoya-poya...
hahahahaa..
kalau hari jumaat petang je ke mengantuk?? masa dlm masjid dgr khutbah jumaat tak ngantuk ke??? :P
Post a Comment