Dalam hidup aku, salah satu tempat yang aku memang akan teruja kalau nampak adalah padang bola. Ya, memang aku suka main bola sepak. Tapi jangan-lah di imaginasi-kan skill main bola aku sehebat Kaka atau selaju Henry. Namun ada orang cakap gaya main aku sedikit seperti Requilme. Haih, mungkin orang itu bergurau sahaja. Tapi aku tetap tersipu-sipu sekarang. (Sambil pipi aku kemerah-merahan).
Namun, aku pernah-lah juga merasa wakil kampung. Itu pun kampung sebelah. Kenapa kampung sebelah? Jawapan-nya mudah sahaja. Kerana aku kena tendang dengan pasukan kampung aku sendiri. Aku memang langsung tidak berpuas hati dengan gaya kapten kampung aku waktu itu. Mat Nor nama beliau. Main bola macam nak bertinju. Pantang kaki kena usik sedikit, mula marah-marah nak bergaduh. Aku beritahu beliau, kalau tak nak kena 'tackle', pergi main ping pong lah! Terus aku di singkir-kan dari pasukan. Sama macam FAM. Langsung tak boleh kena kritik.
'Game' terakhir aku main untuk kampung aku adalah 'friendly' lawan pasukan Risda. Masa tu liga daerah dah nak bermula. Kampung aku seri 1-1 dengan Risda. Usah di tanya siapa yang menjaring-kan gol untuk pasukan kampung aku. Malas nak cerita. Nanti ada yang kata aku riak pula. Tapi, yang pasti, bukan aku yang 'score'. Lepas tu, aku kena tendang. Aku ambil keputusan untuk menggantung kasut. Merajuk. Tapi takde orang nak pujuk. Cis!
Keputusan aku untuk menggantung kasut bola itu tidak bertahan lama. Walaupun aku tidak menyertai liga kampung-kampung, tapi ada satu kejohanan bola sepak anjuran pemuda Pas akan di ada-kan (Waktu itu Terengganu di bawah pemerintahan Pas). Rakan aku dari kampung sebelah datang mengajak aku. Itu pun kerana kampung beliau tidak cukup pemain.
Memandang-kan aku tidak terikat kontrak dengan mana-mana pasukan, lantas aku bersetuju untuk menyertai pasukan kampung sebelah. Proses perpindahan dan menandatangani kontrak baru berjalan lancar. Aku masih ingat lagi kami memakai jersi kuning yang di pinjam dari Jabatan Bekalan Air dan berseluar 'track'. Ikut syarat pertandingan, kena tutup aurat. Bermain di bahagian tengah ala menyerang atau dalam bahasa taktikal-nya, 'attacking midfielder', aku tenang mengatur serangan. Segala jenis skill aku keluar-kan. 'Dribble' sana, 'dribble' sini, 'back-heel' dan segala cara 'through pass' aku buat untuk barisan penyerang. Bola rembatan aku semua lencong-lencong. Memang ala-ala Beckham-lah. Tak ada yang 'straight'. Sebab itu tak ada satu pun masuk gol.
Kami melepasi saingan peringkat kumpulan dan mara ke suku akhir. Sungguh bergaya sekali. 'Game' suku akhir di ada-kan pada waktu tengah-hari esok-nya.
'Game' pukul 2. Pukul 1 tu kami sedang melantak nasi minyak di kenduri kahwin sahabat kami. Orang dah jemput, tak baik menolak, kan. Gulai kambing, ayam masak merah dengan acar timun. Pekena pula buah tembikai dengan air sirap lepas tu. Peh, meleleh beb!
Dan hasil-nya, tahu-tahu sahaja-lah bagaimana pasukan kami bermain petang tu dengan perut masing-masing masih lagi penuh terisi dengan nasi minyak. Detik yang sukar untuk di lupa-kan. Barisan bintang kami di titik oleh barisan veteran dari kampung seberang. Pedih sekali untuk di telan. Tapi kami akur. Saat itu, aku mengerti bagaimana perasaan pemain Perancis tatkala tewas di tangan Senegal pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2002.
Skill 'teratai layu di tasik madu' yang macam kat atas ni, aku rasa Zidane pun tak boleh buat.