Thursday, February 26, 2009

Terima Kasih, Bulan

Apabila kehampaan sering kali bertandang, terkadang terasa juga ingin mencari di mana silap diri ini. Adakah perasaan aku senang sahaja bertukar dari benci kepada cinta. Sayang kepada marah. Atau barangkali rindu pada dendam?

Tolong-lah jawab, wahai bulan.

Bawa-lah aku terbang ke sana. Walau aku tahu tiada apa pada kamu. Hanya lohong-lohong sisa hempasan tahi bintang di sana sini. Tapi kamu masih setia menerangi malam aku.

Dan di saat aku merenung pada-mu. Aku juga mengharap kau begitu. Bukan sekadar renungan biasa. Tapi punya seribu satu makna. Biar-kan kita dengan tafsiran masing-masing. Aku punya malam yang panjang untuk duduk menterjemah renungan kamu itu. Harap-nya aku tidak tersilap baca.

Oh, aku rindu-kan bulan.

Dan aku kecewa saat kamu bersembunyi di balik awan-awan itu. Aku gundah. Aku gulana mencari kamu. Keluar-lah dan melayani aku. Terasa petikan-petikan halus tali gitar seolah-olah cuba membujuk aku.

Aku buat tidak endah puisi-puisi kamu. Berpura-pura tiada apa yang berlaku. Walhal kamu tahu aku sedang mencari bulan aku. Mana dia, oh mana?

Keluar-lah wahai bulan. Bawa bersama Twinkle si bintang kecil itu. Aku buta. Aku lemas tanpa cahaya kamu. Aku hanya mahu duduk di bawah sini. Merenung kamu dan tersenyum. Damai sendiri.

Kerana aku tahu, aku dan dia berkongsi bulan yang sama. Kerana aku tahu dia juga memerhati bulan yang sama.

Aku tahu dia mengerti.

Monday, February 23, 2009

Monalisa II

Terkesan dengan hasil percubaan pertama kali dahulu melukis Monalisa yang tiba-tiba menjadi makhluk ungu bergigi kuning, aku cuba mencari kembali kekuatan untuk kali yang kedua-nya. Di tambah pula dengan hasil karya dari seseorang yang mampu melakar dengan baik potret wanita misteri Leonardo Da Vinci tersebut, membuat-kan rasa tercabar makin meluap dalam denyut nadi jantan aku ini.

Aku akan bukti-kan sesuatu kali ini! Tekad awal aku. Tangan mula menarik-narik tetikus hitam tanpa gigi itu, memerhati dengan teliti lukisan rujukan agar bisa aku lorek, kabur atau hembus-kan sesempurna yang mungkin. Bahagian yang perlu di beri keutamaan pasti-nya pada aspek senyuman. Disitu-lah tersimpan kekuatan dan rahsia wanita ini, yang hingga ke hari ini hanya Leonardo sahaja yang tahu. Padan-lah di beri nama 'Senyuman Monalisa'.

Apa-kah hasil lakaran aku kali ini, akan menjadi satu titik pusingan (turning point?) dalam hidup aku? Satu anjakan untuk aku menghasil-kan karya-karya yang boleh di angkat menjadi hasil seni ulung atau rujukan generasi mendatang? Oh, mungkin aku sedikit ambisius. Tapi tidak mengapa, pasak impian kamu dengan angan-angan dahulu.

Ku sendat-kan halwa telinga dengar mendengar lagu Yuna. Unik suara si gadis ini. Cukup untuk menenang-kan dan menghilang-kan sedikit rasa gementar aku dalam menghasil-kan karya agung kali ini. Berdetik-detik waktu terselang. Tidak di sedari, karya itu sudah terhasil. Dengan sedikit sentuhan terakhir, aku merenung kembali wajah gadis misteri itu. Hmm....Aku serah-kan pada kalian untuk menilai.



Belum tiba masa untuk di angkat menjadi karya agung lagi, barangkali. Walaubagaimanapun, biar-lah senyuman gadis ini menjadi rahsia. Cukup hanya aku yang tahu.

Monday, February 16, 2009

Simpang Hidup

Dalam menempuh hidup seharian, kita pasti akan bertemu dengan persimpangan. Pada titik itu, kita terpaksa memilih salah satu daripada pilihan yang ada di depan mata. Dan adakala-nya pilihan kita itu akan merubah sebahagian besar kehidupan kita. Tidak kisah-lah kepada yang lebih baik atau lebih buruk. Bergantung kepada pilihan kita tersebut.

Kadang-kala selepas kita memilih salah satu daripada simpang yang ada, di sepanjang kita menyelusuri jalan tersebut, kita akan tertanya-tanya ada-kah betul laluan yang kita ambil ini? Apakah yang menanti kita di penghujung jalanan ini? Dan apakah yang akan terjadi kira-nya aku memilih haluan yang satu lagi? Persoalan-persoalan ini akan sering menerjah di benak kita kerana sebagai manusia yang lemah, kita tidak tahu perihal masa hadapan. Kalau awal-awal lagi kita sudah tahu, senang-lah sedikit, bukan?

Sebagai renungan, andai-kan kita mahu membuka sebuah kedai runcit atau barangkali sebuah restoran. Adakah kita tahu berapa ramai manusia yang akan singgah di kedai kita? Laku-kah jualan kita? Untung-kah perniagaan kita itu? Kita tidak tahu hingga-lah kita melakukan langkah pertama iaitu memulakan perniagaan tersebut. Dan apa yang terjadi selepas itu adalah rezeki kita. Itu adalah salah satu contoh. Kerana kadang-kala mungkin kita tersilap perhitungan dalam memilih haluan mana ketika di persimpangan hidup kita itu.

Kita merasa-kan jalan yang kita pilih itu adalah betul, tapi mungkin pengakhiran-nya tidak sama dengan apa yang kita impi-kan. Dan saat itu, kita akan merasa menyesal. Oh, aku sepatut-nya memilih haluan yang lagi satu, bukan yang ini. Oh, aku sepatut-nya memilih bersama dengan si dia di sana, bukan si dia yang di sini. Apakah dengan berasa begitu, dapat mengubah segala-nya? Tidak. Ada kala-nya, persimpangan yang kita temui tadi, hadir hanya sekali dalam hidup kita. Kita tidak bisa sama sekali berpatah balik atau mengundur waktu. Lantas, apa yang harus kita lakukan andai pilihan kita tadi salah?

Sebenar-nya, kebahagiaan tidak datang kepada kita. Tapi kita yang harus mencipta kebahagiaan tersebut. Bermain-lah dengan dunia sekeliling kita kerana itu jalan yang kita pilih, itu kehidupan yang diberi-kan kepada kita. Oleh itu, bina-lah kebahagiaan daripada apa yang ada di sekeliling kita. Kerana jika kita terus mencari kebahagiaan itu, sampai bila pun kita tidak akan ketemu.

Tidak perlu merasa cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Kerana kita tidak tahu cerita di sebalik-nya itu. Ada-kah kita tahu masalah yang menimbun di sebalik senyuman mereka itu? Atau adakah kita tahu betapa hebat-nya sengsara mereka sebelum beroleh kebahagiaan? Mungkin selepas ini, kita akan bertemu persimpangan yang lain. Dan jadi-kan lah pengalaman-pengalaman yang kita kutip di sepanjang jalan kita sebelum ini sebagai panduan untuk kita memilih haluan yang baru.

Tidak perlu gusar jika kita di persimpangan hidup. Tidak perlu gusar untuk memilih. Tidak perlu-lah kita hanya duduk diam di persimpangan itu, bimbang kalau-kalau pilihan kita itu salah dan tidak kena dengan angan-angan kita. Jika kita tidak memilih salah satu dari simpang hidup kita itu, tidak akan kita merasa sakit-nya jika terjatuh, pedih-nya terhiris duri atau manis-nya rasa madu.

Thursday, February 12, 2009

Gambar Seksi

Tersengguk-sengguk pada petang hari, meratap kesejukan dari pendingin hawa nan membeku. Apa kejadah pasang penghawa dingin waktu-waktu hujan sebegini? Lantas teringat jaket cokolat muda di rumah. Alangkah nikmat-nya jika ada sesuatu buat pemanas badan kala begini. Terus minda aku menerobos kepada kain selimut, tilam dan bantal yang empuk di kamar beradu. Seakan-akan memanggil aku pulang. Uh, paling tidak waktu hujan-hujan begini menyantap ubi rebus dan secawan kopi adalah salah satu nikmat dunia yang tidak terhingga.

Cukup. Aku tidak mahu membiar-kan khayal imaginasi aku terus terbang jauh. Hanya membuat-kan aku menelan air liur dan jadi tidak betah duduk di kubikel seperti penjara ini.

Teringat kepada tag-tag dari beberapa rakan yang sengaja aku abai-kan. Pura-pura tidak terbaca entry-entry mereka yang mengetag aku sedikit waktu dahulu. Antara yang aku teringat adalah tag daripada Fida, Im, Feresa,Mas dan beberapa yang lain. Maaf jika aku tidak menulis nama kalian yang lain. Aku sudah lupa. Maaf juga kerana mengabai-kan tag kalian. Bukan kerana tidak menghargai kalian. Bukan juga kerana malas. (Ok, tidak baik tipu. Memang aku malas nak jawab tag-tag itu)

Dan 2 hari lepas Encik Aghoo pula mengetag. Memandang-kan telah banyak tag yang terabai dan tag daripada Encik Aghoo ini tidak memerlu-kan aku menjawab soalan-soalan yang banyak dan panjang, jadi aku bersetuju untuk melayan tag kali ini.

Tiada syarat dan peraturan yang jelas dari beliau. Jadi aku hanya mengikut bulat-bulat dari nukilan beliau itu.

Pertama, tag ini mahu aku letak-kan gambar diri aku yang paling seksi. Baik, ini gambar aku sewaktu di tepi pantai. Encik Aghoo pasti sudah tahu aku tidak akan letak-kan gambar aku di sini. Jadi, cukup-lah gambar lakaran sebagai ganti. Pantai mana dan bila masa-nya, tidak perlu-lah aku hebah-kan.

Uh, seksi-kah aku? Sila tergoda

Kedua, tag orang lain. Aku tidak mahu tag siapa-siapa. Aku mahu membasmi gejala tag-mengetag ini. Bersama kita membasmi-nya. Hanya sepuluh minit setiap minggu untuk membersih-kan persekitaran rumah dari takungan air yang boleh menyebab-kan pembiakan nyamuk aedes. Aedes pembunuh!

Wednesday, February 11, 2009

Lakaran Dari Seberang Jalan

Bagaimana dengan lakaran terbaru di atas? Hebat, bukan? Ok, ok. Cukup. Tidak perlu puji lebih-lebih. Sebab lakaran ini bukan hasil tangan aku. Salah seorang rakan dan pembaca blog ini telah mengirim-kan lakaran beliau. Pertama kali lihat, memang aku cukup kagum. Lihat-lah ketelitian lakaran beliau.

Agak sukar sebenar-nya untuk hasil seperti ini. Jika tidak percaya, cuba-lah tarik tetikus kalian dan lakar-kan. Lihat bagaimana hasil-nya. Terima kasih kepada sang pelukis. Akhir-nya ada juga lakaran seorang wanita pada blog aku. Jika ada yang perasan, aku belum pernah menghasil-kan lakaran seorang wanita. Mungkin akan aku ikhtiar-kan di masa mendatang.

Gambar di atas adalah lakaran Monalisa. Ada iras-iras, kan? Kalau pelukis ini sedikit rajin dengan mewarna-kan ia, lagi nampak sebijik. Sekurang-kurang nya tidak lah seperti Monalisa aku dahulu yang bewarna ungu. (Bergigi kuning)

Aku kenal pelukis ini. Orang-nya bijak. Kuat berfikir. Sang kancil pun kalah dengan beliau. Beruntung kalau siapa-siapa yang dapat menjadi pasangan hidup-nya. (Ayat promosi. Kepada si pelukis, sila sedia-kan wang lebih untuk belanja saya makan tengahari)

Jika kita rasa kita hebat, ramai lagi di luar sana yang lebih hebat dari kita.
Jika kita rasa hidup kita susah, ramai lagi yang lebih teruk dari kita.
Jika kita rasa masalah yang kita tanggung sekarang berat, banyak lagi masalah lain yang lebih berat dari itu.

Kesimpulan-nya, bersyukur-lah. Usah-lah mengharap-kan kesempurnaan. Kerana tiada apa yang sempurna. Dan kita tidak selalu-nya betul.

Tuesday, February 10, 2009

Cukup Laa Tu...

Politik. Politik. Politik.

Banyak benar perkara-perkara yang memual-kan akhir-akhir ini. Aku sudah malas dan bosan mahu mengikuti cerita-cerita sekeliling. Seperti tiada kesudahan. Sebelah sini kata begini, sebelah sana kata begitu. Lompat sana, lompat sini. Tidak ubah seperti kanak-kanak. Lalu, apabila golongan muda tidak hormat pada mereka, di cop kurang ajar, tidak mengenang jasa, tidak patriotik. Tapi orang-orang begini-kah yang perlu di hormati? Hidu kentut aku dulu-lah!

Seperti sudah tidak ada perkara lain selain berpolitik. Apa kukuh sangat-kah ekonomi kita saat ini? Apa cukup makan-kah rakyat marhaen ketika ini? Apa banyak sangat-kah lubang-lubang kerja untuk warga tanah ini?

Kenapa tidak di fikir-kan hal-hal itu? Kenapa tidak duduk semeja cari solusi untuk perkara-perkara itu? Hatta persatuan bola sepak yang sudah sedia nazak itu pun tidak habis-habis di kepal oleh tangan-tangan ahli politik? Mahu jahanam sampai mana lagi sukan itu? Mahu tunggu hingga terkeluar dari ranking FIFA?

Sudah-sudah lah. Tidak perlu-lah gila kuasa sampai begitu sekali. Tanah ini sekarang ada kurang lebih 27 juta manusia. Tolak ahli politik, sultan-sultan, artis, 'programmer' dan budak-budak sekolah, ada ramai lagi yang tahu dan mahir dalam bidang masing-masing. Biar-kan ahli ekonomi dengan kerja mereka. Dengar kata mereka. Mereka lebih arif. Tidak usah-lah mahu tunjuk pandai.

Biar-kan ahli sukan ambil alih persatuan mereka. Mereka lebih tahu sepak terajang dunia itu. Tidak usah-lah mahu tunjuk lagak konon engkau-lah pakar segala-nya. Sepak bola pun tak betul!

Cukup-cukup lah...Tidak penat-kah?

Friday, February 6, 2009

Siti dan Karipap


Siti suka makan karipap Mak Cik Limah. Ber-inti-kan kentang. Sedap. Isi-nya penuh dan padat. Hari-hari balik dari sekolah, Siti singgah beli karipap Mak Cik Limah. Siti lihat gerai Mak Cik Limah selalu ramai orang. Laku betul karipap Mak Cik Limah. Orang tua itu pun happy je melihat karipap-nya senantiasa sold-out.

Tapi sekarang, Siti sedikit keciwa. Karipap Mak Cik Limah tidak sesedap dahulu. Inti-nya pun sudah kurang. Hanya separuh. Sudah tidak padat lagi. Bila Siti tanya, Mak Cik Limah bilang, harga barang sudah naik. Mak Cik Limah terpaksa had-kan kandungan karipap-nya. Sekarang pun Mak Cik Limah jual dua ketul seringgit. Dulu kalau Siti beli seringgit, dapat tiga ketul. Siti tidak tahu kenapa harga barang naik. Siti tidak faham apa kaitan harga barang naik dengan karipap Mak Cik Limah. Siti baru darjah dua. Siti hanya mahu karipap Mak Cik Limah yang sedap macam dahulu.

Mak Cik Limah pun sudah tidak seceria dulu. Gerai-nya sudah agak lengang. Orang agak berkira hendak membeli sekarang. Tambah-tambah pula karipap-nya sudah kurang inti. Macam dalam iklan teh Boh, sudah tiada umph!

Pulang ke rumah, ibu dan ayah Siti sering bertengkar akhir-akhir ini. Ibu selalu cakap ayah bagi duit belanja sedikit. Tidak cukup beli barang dapur. Ayah melenting. Ayah cakap harga barang sudah naik. Ayah pun susah nak ada di rumah sekarang. Pulang dari pejabat, ayah akan bawa teksi sampai larut malam. Bila Siti tanya, ayah kata nak cari duit lebih. Sudah lama ayah tidak bawa Siti ke taman permainan. Siti bosan tinggal di rumah sahaja petang-petang. Siti hanya nak berjalan-jalan dengan ayah dan ibu. Siti hanya nak karipap Mak Cik Limah yang dahulu. Penuh dan padat dengan inti kentang.

Malam itu ayah dan ibu bergaduh lagi. Ibu minta duit dapur. Buat beli barangan. Ayah cakap tak ada duit. Duit bawa penumpang cukup-cukup buat bayar minyak dan sewa teksi. Ramai orang lebih suka naik bas sekarang. Ibu cakap harga telur sudah naik. Harga beras pun sudah naik. Sama juga harga susu dan tepung. Ibu suruh ayah jual-kan sahaja kereta lama ayah. Ayah buat muka sardin sahaja. Malas nak melayan ibu. Ibu marah-marah.

Siti buntu. Siti tak suka keadaan macam ini. Kenapa ayah dan ibu selalu marah-marah? Kenapa Mak Cik Limah sudah tidak gembira? Siti tidak faham. Apa kaitan harga barang naik dengan inti karipap Mak Cik Limah yang makin sedikit? Apa kaitan harga barang naik dengan duit belanja dapur? Siti tidak mengerti. Di sekolah cikgu cakap, Siti beruntung kerana negara ini ramai pakar ekonomi. Siti beruntung kerana negara ini menteri-menterinya pandai mentadbir negara.

Tapi kenapa semua orang tidak gembira sekarang? Siti hanya nak makan karipap kentang Mak Cik Limah. Itu sahaja. Besar sangat-kah hajat siti? Siti keliru. Siti sedih.

Monday, February 2, 2009

Bola Itu Bulat

Dalam hidup aku, salah satu tempat yang aku memang akan teruja kalau nampak adalah padang bola. Ya, memang aku suka main bola sepak. Tapi jangan-lah di imaginasi-kan skill main bola aku sehebat Kaka atau selaju Henry. Namun ada orang cakap gaya main aku sedikit seperti Requilme. Haih, mungkin orang itu bergurau sahaja. Tapi aku tetap tersipu-sipu sekarang. (Sambil pipi aku kemerah-merahan).

Namun, aku pernah-lah juga merasa wakil kampung. Itu pun kampung sebelah. Kenapa kampung sebelah? Jawapan-nya mudah sahaja. Kerana aku kena tendang dengan pasukan kampung aku sendiri. Aku memang langsung tidak berpuas hati dengan gaya kapten kampung aku waktu itu. Mat Nor nama beliau. Main bola macam nak bertinju. Pantang kaki kena usik sedikit, mula marah-marah nak bergaduh. Aku beritahu beliau, kalau tak nak kena 'tackle', pergi main ping pong lah! Terus aku di singkir-kan dari pasukan. Sama macam FAM. Langsung tak boleh kena kritik.

'Game' terakhir aku main untuk kampung aku adalah 'friendly' lawan pasukan Risda. Masa tu liga daerah dah nak bermula. Kampung aku seri 1-1 dengan Risda. Usah di tanya siapa yang menjaring-kan gol untuk pasukan kampung aku. Malas nak cerita. Nanti ada yang kata aku riak pula. Tapi, yang pasti, bukan aku yang 'score'. Lepas tu, aku kena tendang. Aku ambil keputusan untuk menggantung kasut. Merajuk. Tapi takde orang nak pujuk. Cis!

Keputusan aku untuk menggantung kasut bola itu tidak bertahan lama. Walaupun aku tidak menyertai liga kampung-kampung, tapi ada satu kejohanan bola sepak anjuran pemuda Pas akan di ada-kan (Waktu itu Terengganu di bawah pemerintahan Pas). Rakan aku dari kampung sebelah datang mengajak aku. Itu pun kerana kampung beliau tidak cukup pemain.

Memandang-kan aku tidak terikat kontrak dengan mana-mana pasukan, lantas aku bersetuju untuk menyertai pasukan kampung sebelah. Proses perpindahan dan menandatangani kontrak baru berjalan lancar. Aku masih ingat lagi kami memakai jersi kuning yang di pinjam dari Jabatan Bekalan Air dan berseluar 'track'. Ikut syarat pertandingan, kena tutup aurat. Bermain di bahagian tengah ala menyerang atau dalam bahasa taktikal-nya, 'attacking midfielder', aku tenang mengatur serangan. Segala jenis skill aku keluar-kan. 'Dribble' sana, 'dribble' sini, 'back-heel' dan segala cara 'through pass' aku buat untuk barisan penyerang. Bola rembatan aku semua lencong-lencong. Memang ala-ala Beckham-lah. Tak ada yang 'straight'. Sebab itu tak ada satu pun masuk gol.

Kami melepasi saingan peringkat kumpulan dan mara ke suku akhir. Sungguh bergaya sekali. 'Game' suku akhir di ada-kan pada waktu tengah-hari esok-nya.

'Game' pukul 2. Pukul 1 tu kami sedang melantak nasi minyak di kenduri kahwin sahabat kami. Orang dah jemput, tak baik menolak, kan. Gulai kambing, ayam masak merah dengan acar timun. Pekena pula buah tembikai dengan air sirap lepas tu. Peh, meleleh beb!

Dan hasil-nya, tahu-tahu sahaja-lah bagaimana pasukan kami bermain petang tu dengan perut masing-masing masih lagi penuh terisi dengan nasi minyak. Detik yang sukar untuk di lupa-kan. Barisan bintang kami di titik oleh barisan veteran dari kampung seberang. Pedih sekali untuk di telan. Tapi kami akur. Saat itu, aku mengerti bagaimana perasaan pemain Perancis tatkala tewas di tangan Senegal pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2002.

Skill 'teratai layu di tasik madu' yang macam kat atas ni,
aku rasa Zidane pun tak boleh buat.