Thursday, November 27, 2008
Abstrak
Usah di tanya apa yang aku lukis ini. Sebab aku pun tidak tahu. Cuma masa pada hari ini sangat perlahan aku rasa-kan. Aku menjadi lemau. Mengerti? Lemau seperti keropok-keropok keping dalam bekas kedap udara yang tidak di tutup rapat. Tiap kali aku mengerling jam di tangan aku, ku lihat seakan jarum-nya tidak berputar. Mustahil jam aku kehabisan bateri, kerana ia adalah jam tangan kinetik. Beli di bazar larut malam Cheras tu. Nama kota-nya, 'downtown'. Nama tak nak kalah.
Ini apa yang aku fikir-kan sewaktu lakaran ini dalam proses penyiapan. Jam tangan yang meliuk-lentuk itu aku gambar-kan sebagai diri aku yang lemau hari ini. Bukan lemau 'auww' itu ye. Sila buang karutan pada fikiran anda itu.
Lelaki tua itu pula simbol penantian aku menanti masa pulang dari kerja. Berjanggut aku menanti. Dan kura-kura itu sebagai penunjuk betapa perlahan-nya detik bergerak hari ini, hingga di buat perbandingan lebih perlahan daripada makhluk bercengkerang itu. Dan garis-garis belakang itu terhasil dari pergerakn di bawah sedar aku. Otak dan ginjal aku berfungsi tidak seiringan. Mungkin kerana proses perkumuhan aku hari ini tidak seperti jadual sepatut-nya.
Teman pejabat sebelah aku ini(baca : Muspa) mencadang-kan agar aku memberi tajuk lukisan ini sebagai abstrak dan menyuruh aku meminta siapa-siapa yang terbaca nukilan ini untuk memberi definisi mereka yang tersendiri. Oleh kerana beliau yang memberi cadangan, aku akan paksa beliau menjadi pengomen pertama untuk lukisan ini.
Mus, cepat beri definisi kau!
Labels:
Karutan,
Masterpiece
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
jam + kura-kura + orang tua = Jam Datuk Kame
sekian..
definisi aku :- ko mmg xde keja wakakakakaka!! err.. jgn marah aa macha.. :D
weh apsal pak cik tu aku tgk mcm gandalf mabok todi je? siap mata kuning pastu anak mata jd merah. kura2 tu mcm maskot ganu pun ye gak..
Definisi aku..
kura-kura yang mempunyai penyakit silau kerana ber'sunglasses'. Jalannyer amat berlagak sekali..
Jam pada zaman batu...kerana rupanya seolah jam pada zaman flinestone..
Org tua bermata merah dan kuning...erkk..kurang ngerti kenapa rambutnya hitam tapi janggutnye kelabu.Seolah ada masalah dalaman..huh! tidak dapat diberikan definisi yang tepat bagi satu-satu lakaran jika lakaran tersebut menghadapi masalah dalaman..eheh..
Sekian, terima kasih..
pacik jggut kelabu:"punyerla lambat ko sampai kekura"
kekura macho:"saba la..byk awek lalu nih..pergh!!"
aku tidak mahu komentar tentang definisi-definisi kalian. tiap orang ada pandangan tersendiri. terima-kaseh kerana sudi berkomentar
sungguh abstact skali lukisan ko tue.... agak sukar jugak untuk aku menafsirkannye.....aku tgk gambar org tua tue, mcm _ jer..... bentuk mata n hidung nyer sama lah.....
Post a Comment