Husin dan Baha menarik kerusi plastik. Melabuh-kan punggung. Segelas sirap dan teh tarik di pesan. Mamak pelayan kedai tekun menulis pesanan. Entah apa yang di tulis, hanya Tuhan yang tahu.
“Kau bila nak kahwin? Umur dah lanjut, dah tua! Hahaha,” usik Husin.
“Aku dan kahwin la, bro,” balas Baha.
“Ceh! Bila masa-nya kau kahwin? Takde siapa bagitau pun. Senyap je. Takde kad jemputan pun. Paling kurang, ‘sure’ kau dah upload gambar kat Friendster atau Facebook. Hahaha,” Husin tahu Baha memang suka berlawak. Tak boleh pakai punya orang. Sudah agak lama Husin kenal orang tua ni.
“Ni yang susah sikit nak cerita ni. Aku kahwin bukan macam orang lain,” serius nada Baha.
“Apasal? Kau kena tangkap basah ke? Hahaha,” Husin sambung ketawa. Sesekali dapat menyakat Baha.
“A’ah. Macam tu la lebih kurang cerita-nya,” balas Baha, perlahan.
“Kah kah kah! Dengan awek mana pulak kau kena tangkap ni? Macam-macam la kau. Tak habis-habis nak melawak,”
“Aku serius ni. Bukan buat lawak. Kau tengok muka aku ada muka tengah buat lawak ke? Serius ni,” ujar Baha sambil buat muka ketat. Serius habis.
Husin diam. Direnung-nya muka Baha. Senyap, hening, sepi.
“Hahaha. Tak boleh bla la kau buat muka camtu,” Husin tidak dapat menahan gelak. Pandai sungguh Baha buat muka ketat macam tu. Memang Baha pandai berlawak dan berlakon. Boleh masuk Raja Lawak ni.
Baha mengeluar-kan kad kahwin dari dompet. Menunjukkan gambar dia bersama isteri dan seorang bayi perempaun comel di telefon bimbit-nya. Terkedu Husin. Diam seribu bahasa.
“Aku dah setahun kahwin. Terlanjur dengan awek aku. Tapi tak kena tangkap basah laa. Budak dalam gambar ni anak aku laa. Aku rasa bersalah. Sebab tu aku kahwin dengan dia. Kitorang kahwin kat Masjid Kerinchi,” cerita Baha, jujur.
“Family kau dengan dia camana?”
“Masa mula-mula aku cerita kat mak aku, memang la dia marah. Family dia pun sama. Tapi lepas aku cerita satu-satu, aku nak bertanggungjawab apa semua, diorang setuju je lah. Benda dah jadi,”
Husin terdiam lagi. Kalau sebelum ini, Husin hanya lihat di kaca televisyen sahaja cerita-cerita keterlanjuran seperti ini. Tapi hari ini kawan dia sendiri sudah melakukan perkara yang sama. Sebelum ini, Husin marah kalau terdengar cerita-cerita seperti ini. Tapi hari ini Husin tidak marah. Tidak marah bukan kerana Baha adalah kawan-nya. Tapi Baha sanggup bertanggungjawab atas segala kesalahannya. Tidak ramai orang mampu berbuat demikian. Sekurang-kurangnya Baha tidak melarikan diri. Atau menyuruh perempuan itu menggugurkan kandungan. Di hati Husin timbul sedikit rasa hormat pada Baha.
Setiap manusia tidak dapat lari dari kesilapan. Besar atau kecil. Banyak atau sedikit. Memang sekarang Husin boleh berkata tidak mahu melakukan kesilapan yang serupa. Tapi siapa tahu esok atau lusa, perkara yang sama boleh terjadi pada Husin? Tapi bagaimana untuk mengaku dan memperbaiki kesilapan tersebut, itu yang lebih penting. Husin menghirup baki sirap dalam gelasnya.
6 comments:
mudah utk kita menghukum org yg melakukan kesilapan.
nway, seb baik baha responsible.ada kawan aku,siap g abort. nauzubilahh. tp tulah, berlapikkan alasan "bende dah nak jadi", segala2nya nampak sgt mudah.
Erk..
erm...kalo ada yg bertanggungjwb kira okeyla kalo x mmg kesian la pd girl tu.tp kenala beringt sebelum kena..huhu...
Orang yang paling bagus, ialah apabila dia melakukan kesalahan dan kesilapan dia bertaubat dan tidak mengulanginya lagi.
Semoga Allah menerima taubat Bala..eh Baha..heeeee..
miezi : kdg2 kite terlalai. dah jadi, baru menggelabah...mintak jauh. nanti siapa yg malu? mereka dan keluarga mereka
saizul : betul. aku setuju. mmg kena sentiasa beringat
afida : saya setuju dgn pendapat saudari
kdg2 kita tak tahu di mane silapnye...tak cukup didikan ke? balasan Tuhan atas dosa2 silam ke?
semuanye terserah pd iman dlm diri.bila dh nafsu menguasai...manusia lupe segala laranganNya...
cuma...ingtla pd ibu n ayah yg turut menaggung malu kelak
benda dh nk jadi??tak sesuai..em..pape pon try to elak lah..kalo dah suka be2-2 maka jangan lah.nanti akan ada yg ke-3..huhu..sapa lg SATAN lah..masa tu lah nak cucuk..
Post a Comment